Lama tak berkarya. Okey, saya tak pasti samada blog nie boleh dikatakan karya ataupun tidak. Rasanya sekadar coretan. Itu pun ketika rajin. Kalau malas, bagi duit berjuta pun belum tentu saya update blog nie :-P
Cerita yang ada memang banyak sehingga tak tertaip kisahnya. Tapi kali nie terasa benar ingin menghapdet blog. Lagipun lama sangat blog nie bersarang, sudah masanya dibersihkan segala sawang2 dan debu hama yang menyinggah.
Februari 2014. Bulan ini tahun ini agak istimewa bagi saya. Bukan kerana hari lahir saya. My wedding day?? Oh my! absolutely not! Jodoh kan rahsia Allah :) Tapi februari kali ini sememangnya akan menjadi kenangan manis saya sampai bila2. Selagi Allah mengurniakan akal dan ingatan dan masih diizinkan-Nya, insyaAllah ia akan sentiasa melekat di hati saya hingga ke hujung hayat saya.
April 2014, genaplah 2 tahun saya berada di bumi INSPI. Bumi yang sungguh unik. Jika ditanya apakah INSPI pada saya, jawapannya ialah UNIK. Setiap perkara yang berlaku di sini, jarang berlaku di tempat lain. Malah mungkin langsung tidak berjumpa kisah yang serupa di bumi lain selain INSPI. Di sini, saya belajar banyak perkara. Dari politik pejabat, sehingga tabiat2 manusia yang saya belum pernah jumpa. Ada yang baik, tidak kurang saya ambil jadi sempadan. Ini hakikat yang tidak dapat dielak. Setiap tempat pasti ada fikrahnya tersendiri.
Yang saya mahu ceritakan, hanyalah pengalaman peribadi saya. Yang saya rasa ingin berkongsi kegembiraan dan keterujaan saya di dada blog kayuroo. Ada kena mengenanya dengan yang hidup, tapi tiada yang telah meninggal dunia.
Sewaktu mula2 saya menjejakkan kaki ke sini, saya ditugaskan menjadi guru tasmie diploma 3 perempuan. Ada sedikit teruja mendapat tugas baru di samping tidak sabar ingin bertaaruf dan mengenali wajah2 bakal hafizah. Sedikit penerangan diberikan kepada saya. Muqorror hafazan, bilangan pelajar dan sedikit latar belakang nama dan umur. Itu sahaja.
Hari pertama memasuki kelas, saya gementar. Tangan saya sejuk, sehingga saya terpaksa menyuruh mereka memperlahankan kelajuan kipas ketika itu atas alasan sejuk. Walhal yang sejuk ketika itu hanyalah tangan saya, dahi saya sudah basah dihujani peluh. Lucu rasanya bila dikenangkan balik. Tapi memang itu lah saya. Gemuruh bila berhadapan dengan orang yang saya baru kenali.
First impression saya, mereka punya personaliti yang sangat bagus. Jika tidak kerana mereka yang meng'approach', mungkin saya tidak akan mengenali mereka serapat sekarang. Saya amat bersyukur, sesungguhnya Allah Maha Tahu apa batas daya saya. Sewaktu mula2 ditanya samada saya ingin mengajar diploma semester tiga atau satu, dalam hati memang saya ingin mengambil semester 3. Persoalan ini menjadi lebih mudah apabila sahabat saya dengan cepat menjawab dia ingin mengajar semester 1. Dalam hati sudah tentu saya menarik nafas lega, kerana saya tahu saya tidak mungkin dapat membimbing pelajar yang baru ingin mengenal dunia Al-Quran.
Apabila sahabat saya mengambil semester 1, secara auto nya semester 3 berada di dalam bimbingan saya. Kerisauan saya berkurang, kerana mereka telah dididik oleh guru yang hebat sebelum nie. Jadi tugas saya hanyalah meniupkan semangat agar ruh Al-Quran tidak pudar dalam jiwa mereka.
Banyak hal yang dilalui, kesabaran kerap teruji. Seringkali bila mereka tidak dapat menyempurnakan muqorror yang diberi, saya diserang rasa bersalah. Boleh jadi kerana saya yang berbuat dosa, balasannya mereka yang terima. Saya tahu malah teramat sedar, jiwa saya bukan jiwa pendidik. Ibadah dan akhlaq saya sendiri terkontang-kanting, manakan mungkin ingin membawa jiwa2 kecil ini kepada Tuhan. Setiapkali habis semester, perkara yang sering menghantui saya ialah mampukah saya untuk terus membimbing. Mungkin saya harus berhenti kerja? Menyambung pengajian yang saya idamkan sekian lama?
Seringkali, istikharah sarjana saya tidak mendapat balasan positif. Allah tidak menunjukkannya melalui mimpi, tetapi dihadirkan perkara2 yang saya tidak dapat elak. Jauh di sudut hati, saya sedih apabila impian saya melanjutkan pengajian tidak kesampaian. Apatahlagi rakan2 sekeliling sudah mengorak langkah ke arah itu. Berat saya memujuk hati, memujuk diri sendiri, agar redha dengan pilihan Allah. Mungkin ada yang lebih baik bagi saya. Bukan semua perkara yang baik untuk orang lain, juga baik pada diri sendiri. Saya redha.
Berbalik pada cerita anak murid saya. Daripada 12 orang yang saya ambil pada mulanya, seorang terkandas di tengah perjalanan. Waktu itu dia sudah di semester 4 dan sudah memasuki gerbang semester 5. Peritnya hanya Tuhan yang tahu sewaktu menerima keputusan itu. Saya tahankan air mata, tatkala ingin menyampaikan berita itu kepadanya. Matanya bergenang, saya tahu dia sedih dan kecewa. Tapi saya kagum dengan kekuatan yang Allah pinjamkan padanya. Saya rasa amat gagal ketika itu. Apatahlagi dia rebah di tangan saya. Waktu itu saya persoalkan kelayakan saya menjadi gurunya. Apakah dia jatuh kerana ketidaksempurnaan saya sebagai seorang guru? Boleh jadi jika dia mendapat orang lain sebagai gurunya, dia tidak akan rebah dan jatuh begitu. Sedih, perit dan pedih. Ikhlas, memang itu yang saya rasakan sepanjang minggu itu dan dua minggu berikutnya. Mungkin saya tidak menangis di depannya, tetapi dada saya tetap merasa sakit menahan sebak yang hadir tatkala menatap wajahnya.
Waktu itu, perasaan ingin berhenti kerja hadir menggebu. Saya takut mereka yang berbaki ini juga akan turut rebah di pertengahan. Saya sudah menaip surat berhenti kerja apabila tiba2 ada perkara yang terjadi dan menghalang saya meneruskan niat. Saya tidak tahu apa rencana Allah untuk saya, tapi saya tahu Allah tidak pernah zalim.
Perjuangan mereka diteruskan, walaupun telah hilang seorang sahabat. Dalam kekalutan saya menahan rasa dan kesusahan mereka menghafaz ayat Allah, saatnya hampir tiba. Target saya mereka khatam pada semester 5 tidak menjadi kenyataan. Hanya beberapa orang sahaja yang diizinkan oleh Allah. Selebihnya membawa ke semester akhir dan yang terakhir khatamnya pada bulan Februari 2014. Saat itu, hanya Allah yang tahu. Jujur, mereka khatam kerana usaha guru mereka yang sebelum saya. Tidak sedikitpun saya boleh berbangga dengan mengatakan mereka adalah hasil didikan saya kerana saya tahu mereka boleh lebih berjaya dengan guru sebelumnya. Tetapi Allah telah memberi penghormatan kepada saya, mereka khatam di tangan saya. Walaupun hakikatnya kesedaran dan keikhlasan mereka adalah hasil tangan orang lain. Saya bersyukur, akhirnya Allah izinkan mereka bergelar hafizah.
Sesungguhnya, kalaulah bukan kerana nikmat Allah yang Maha Luas, tidaklah mungkin kita mampu menggalas amanah ini. Maka setelah bersusah payah menghafaznya, mengapa dengan senang kamu melupainya. Menghafaznya bukan senang. Malah tidak sedikit yang tergelincir sebelum waktunya. Berhujan berpanas didenda guru, merah muka menahan malu tatkala ditegur dan ditengking gurumu, bukanlah sedikit pengorbanan yang telah kamu curahkan. Jika pengorbanan ini dirasa mu tidak berbaloi, dipersilakanlah melupakan segala hafazanmu. Usah mengaku dirimu hafizah, jika ujian kemalasan pun tidak mampu kamu harungi. Tahniah!! Semoga yang baik2 sahaja menantimu di sisi Allah <3 p="">3>