Friday, June 18, 2010

:: Blog Ku Yang Bersawang ::

Oh alangkah tak rajinnya saya mengupdate blog nie. Agaknya dua tahun sekali baru saya buka blog yang dah naik habuk berkaki-kaki nih. Hehe…apalah nasib engkau ye wahai blogku…

Saya dah mati idea. Blog nie memang pada asalnya untuk suka-suka. Itu sebab nama dia pun macam tak ada maksud je. Alkisahnya blog ini boleh tercipta, sebab gatal sangat bila tengok orang lain ada blog, nak ada blog jugak. Akibatnya blog ini terkurung lama sehingga naik hitam kelabu…huhu…

Blog nie sebenarnya dimiliki tiga orang pemegang syer terbesar (syer kecik2 tak termasuk ye). So tak boleh salahkan saya seorang sahaja yang gatal nak berblog. Disebabkan birthday blog ini dah lama tak dicelebrate so saya rasa tak salah kalau saya menyambutnya sendirian. Yang sebenarnya lagi 2 orang pemegang saham blog ini dah berpatah arang. Yang satu memang dah tutup syarikat a.k.a muflis dan seorang lagi dah melabur dalam syarikat blog yang lain. Waahhhh…apalah nasib blog malang ini. Agaknya sebab saya yang tamak kot, jadi mereka dah tak nak sambung kontrak. Huh, apalah yang saya melalut nie ye...

Anyway, banyak sebenarnya yang saya nak kongsikan kat sini. Pada 3 Jun yang lalu, bermulalah cuti rasmi saya selepas bertungkus lumus menjawab peperiksaan akhir semester yang bermula pada 22 Mei 2010. Walaupun sebenarnya sudah ramai sahabat-sahabat yang menamatkan kertas mereka sebelum itu lagi, tapi takpelah. Biar lambat asal selamat. Huhu…

So nak dijadikan cerita, sepanjang tempoh exam memang banyak yang terencana di minda. Kononnya untuk lepaskan tension study. Nak pergi sana, jalan sini, rehlah situ…plan punya plan, akhirnya terancanglah sebuah plan untuk ke Aqabah dan Wadi Rum. Itu saja yang termampu dalam kemelesetan ekonomi nie. Tak kisahlah, asalkan tak terperuk dalam sakan je.

Bila tengok cuaca yang panas kering musim 'bahang' nie, kami jangkakan tentulah pantai Aqabah lebih dahsyat dari tempat tinggal kami. Jadi untuk persediaan awal, kami pesan kat kawan-kawan yang akan ikut serta ke Aqabah tu untuk bawak sunblock, spek mata hitam, topi pantai dan bagi sesiapa yang ada payung bawaklah semua. Dalam seronok-seronok nak pergi ke sana, terdetik jugak kat hati takut-takut cuaca panas sangat bimbang pulak ada yang pengsan ke, balik nanti dah tak kenal sape ke..(dek terbakar kena matahari) tapi alhamdulillah, bila sampai je kat Aqabah, terjeda sejenak. Alangkah indahnya perancangan Allah...lain yang kami fikir, lain pula yang menanti kami kat sempadan tanah haram Israel itu.

Kami bertolak lebih kurang jam 4.00 pagi. Alhamdulillah pagi tu senang je semua orang bangun. Walaupun mata masih merah dek kurang tidur, tetapi semua masih bersemangat untuk meneruskan rehlah. Masa tu terfikir jugak, alangkah indahnya kalau setiap hari semangat untuk bangun merintih di dinihari macam tu ada dalam diri masing-masing. Hmm...memang syaitan pangkat Jeneral yang dihantar untuk menidurkan anak Adam di bumi Urdun nie.

Sampai di sana, jarum jam baru di angka 9. Angin pantai yang kuat menerpa ke wajah masing-masing. Hairan, anginnya sejuk. Tidak seperti jangkaan kami. Subhanallah...cuaca di pantai Aqabah memang terbalik dengan darat. Langsung tidak terlintas di hati apakah yang berada dalam rencana Illahi. Terharu...waktu itu baru menyedari betapa tidak minatnya saya pada matapelajaran Geografi dahulu...hinggalah sekarang. Patutlah saya masih terkial-kial bila diterangkan oleh seorang teman tentang bayu laut, bayu darat...n etc...

Perkara pertama yang perlu kami buat adalah mencari hotel untuk menginap dan merehatkan badan malam nanti selepas penat bershopping. Hehe...so dua orang dayang dan seorang hulubalang ditugaskan untuk membookinghotel bersama seorang lagi pak nujum yang dikatakan telah masak dengan selok belok Aqabah. Tunggu punya tunggu (sambil bergambar), sampai pula posto mengatakan semua rakyat jelata bolehlah menjalankan aktiviti bebas. Jadi sebahagian daripada kami mencadangkan agar menaiki bot kaca dahulu sebelum shopping. Dan masing-masing setuju.

Selepas tawar-menawar dan rajuk-merajuk di antara kami pelanggan dengan pemandu bot kaca berlaku, akhirnya kami sepakat menaiki bot kaca dengan harga JD1 seorang. Maka belayarlah kami membelah pantai Aqabah pagi itu dengan gembira dan riuhnya. Bila hampir di tengah-tengah laut, saya mendapat satu panggilan.

....alamak bersambung pulak...