Saturday, March 19, 2011

:: Mencari Ibrah ::


'Zon Selesa' di Jordan sesekali terarah jua pada saya. Pada akal saya. Pada jiwa dan hati saya.

Dalam kesibukan Mesir menghentikan muzoharot rakyatnya, Libya dan Yaman turut terkena tempiasnya. Jordan, masih aman biarpun muzoharot itu tercetus juga di beberapa tempat. Alhamdulillah ia masih terkawal. Ia berlaku di Amman, sedikit di Aqabah dan sedikit di Irbid. Namun masih terasa selesanya di bumi sahra' Mafraq. Tidak sedikitpun rasa terganggu. Masih sempat bersenang-lenang mencari 'keperluan' diri.

Astaghfirullah....di mana perginya rasa satu ummah dan aqidah?

Atau sekurang-kurangnya pada harga sebuah kemanusiaan??

Tidak lama, Jepun pula mengerah iktibar. Tsunami melanda. Hampir musnah segala yang dibina. Hancur lumat hati rakyat jelata. Namun syukur Allah itu Maha Penyayang. Bencana disedari awal. Manusia terselamat kerana sayangnya Dia pada hamba.

Alhamdulillah.


ANTARA AKAL DAN IMAN


Setiap sesuatu pasti ada ibrah dan hikmahnya. Hanya manusia yang bertindak tanpa ingin mencarinya. Teringat saya pada kata-kata seorang murabbi, bezanya AKAL dan IMAN adalah pada susunan taarifnya.

AKAL : Bermula dari rasional, kemudian percaya akhirnya buat.

IMAN : Bermula dengan buat, kemudian percaya barulah mencari rasionalnya tindakan tersebut.

Bukankah begitu? Setiap kita yang bertindak atas nama 'kehendak', pasti akan menimbang dahulu baik dan buruknya tindakan tersebut. Namun sejauh mana tindakan di atas nama iman, mengimbangi baik dan buruk tindakan dan kelakuan kita? Contohnya ketika kita bersolat dan melakukan ibadah lain. Apakah kita melakukan kerana kita tahu hikmah dan rasionalnya ia??

Ada yang melihat bencana di negeri Matahari Terbit itu dengan mata akal. Tidak kurang yang melihatnya dengan mata iman. Justeru mereka yang melihat dengan mata akal tidak akan berhenti menyalahkan takdir dan tuhan atas segala bencana ini. Sekelip mata melupakan segala kurnia dan rahmat-Nya yang melimpah sebelum ini.

Mungkin mereka pernah bersyukur. Mungkin jua mereka pernah berterima kasih. Tapi sayangnya syukur itu hilang. Juga dengan sekelip mata. Membuktikan betapa syukur mereka tidak lain hanya di bibir.

Yang melihat dengan mata iman pula, tidak akan kering bibir mereka dengan istighfar. Setiap hari tidak mampu melelapkan mata dek kerana takutnya peringatan yang mungkin akan diturunkan buat kali kedua. Hati mereka bergetar. Gentar. Bukan kerana takut hilang dan sayangnya mereka kepada harta. Bukan jua pada nikmat anak dan isteri yang fana. Tetapi pada maha dahsyatnya bentuk ujian yang diturunkan-Nya.

Kerana itu, hamba yang bersyukur dengan sesungguh-sungguh syukur tidak akan mealpakan syukurnya saat ini. Tidak akan sesekali menggugurkan tahap hambanya ketika ini. Mereka tahu siapa Tuhan yang mereka sembah. Mengerti akan ibrah yang cuba disampaikan Tuhan mereka.



Tiada siapa yang lebih sabar melainkan Allah. Tatkala mereka berpaling dan tidak mendengar-Nya, Dia tetap setia memberikan kesihatan dan nikmat kepada mereka.


Berharap ibrah dan hikmah itu kan tersingkap. Allahumma ameeen..

Friday, March 11, 2011

:: Teda Ceta ::

Berjalan-jalan. Melompat dari blog ke blog lain. Tiba-tiba teringat blog sendiri. Oh, nampaknya sudah lama saya tidak menjenguk blog sendiri. Post terakhir adalah bulan Januari. Ish, kesian blog nie bertuankan saya. Huhu...:)

Bersawang lagi blog nie.

Nak dijadikan kisah, hari nie saya masih belum sempat menglipur lara. Masih dalam kekalutan selepas menjayakan program tempoh hari. Program yang sangat meninggalkan kesan di dalam hati. Alhamdulillah...semoga semuanya bernilai ibadah di sisi-Nya. Nak sangat bercerita, tapi masih belum berkesempatan.

Ada amanah yang masih belum terlaksana.

Ada hutang yang belum langsai. Baik dengan Allah mahupun manusia.

Ada kisah di sebalik cerita.

Oh Tuhan, andai ini yang terbaik....ku redha akan semuanya.

Mode : Sangat merindui family. Semoga Allah izinkan kami berjumpa lagi.:D