Tuesday, May 28, 2013

:: Nikmatnya Ikhlas ::

Sewaktu melayari alam maya mukabuku, saya terlihat akan satu post yang memuatkan gambar guru2 saya. Saya tidak meletakkan perkataan 'bekas' di hadapan kalimah guru itu walaupun saya sudah lama meninggalkan alam menjadi pelajar mereka. Bagi saya, mereka tetap guru saya. Dulu, kini dan selamanya. Jasa mereka yang tercurah tidak mungkin saya lupakan.



Ini gambar terbaru. Sebahagiannya pernah menjadi guru saya, rakan sekerja saya, ada yang tidak sempat saya kenal. Dan sebahagian lagi yang pernah bergelar guru kepada saya tiada dalam gambar.

Ramai juga yang telah berpindah, mencari haluan dan rezeki di tempat lain. Yang masih kekal, masih istiqamah, seperti dalam gambar. Setiap kali saya menatap wajah2 yang masih istiqamah, hati saya sering dipagut pilu dan terharu. Saya teramat kagum. Sungguh. Pada keikhlasan dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak dahulu sehingga sekarang. Tiada ucapan penghargaan yang mampu diungkap. Pengorbanan mereka benar2 tidak ternilai.

Manakan tidak, sewaktu saya masih bergelar pelajar di situ, terlalu banyak andaian2 yang boleh meruntuhkan semangat mereka yang mendengar. Yang tidak pernah menjadi sebahagian dari warga ini, tidak akan pernah memahaminya.

Saya masih terlalu mentah ketika itu. Di usia 12 tahun, saya mula mengenali hidup berasrama. Mengenali kawan2 dari pelbagai latar belakang dan asal usul. Gurauan2 bahawa sekolah ini akan ditutup setahun atau dua tahun akan datang (ketika itu) sentiasa meniti di bibir para pelajar. Segalanya timbul melalui pengamatan terhadap sekolah yang daif, pada akhlak pelajarnya yang tunggang langgang, pada ketidakberangsangan akademik penghuninya, pada ketidakcukupan jumlah gurunya. Pendek kata segala shortcoming yang hadir dari sekolah itu pasti menjadi buah mulut pelajar.

Saya sendiri, pernah meramalkan bahawa MTT tidak akan bertahan lama. Mungkin cukup dalam 5 tahun. Salah satu tanda kecetekan akal yang ada pada saya ketika itu. Saya menyesal mengucapkannya. Sungguh2 menyesal. Entah dari segi mana akal saya mengukur, Allah...

Tetapi kuasa Allah, tiada siapa yang boleh menghalang. Masa menginjak dari tahun ke tahun, dan ia tetap kukuh mengorak langkah menuju tujuan asal penubuhannya. Melahirkan generasi rabbani yang berilmu dan beramal. Betapa sekolah itu, dalam kedhaifannya bersaing membina nama di tengah2 sekolah2 sains dan elit yang lain, masih teguh berdiri sehingga ke hari ini. Bersama dengan guru2 yang masih istiqamah. Dengan teguh dan ikhlasnya cuba membina peribadi muslim dalam setiap individu pelajarnya.

Saya kagum, pada setiap kerutan yang terukir di wajah, mereka masih teguh menyusun langkah. Guru baru datang bersilih ganti. Kebanyakannya beralih angin ke tempat lain apabila tempat lain menawarkan upah yang lebih lumayan. Berganda lumayan daripada gaji mereka di sini. Salah satu faktor yang menyebabkan saya mengagumi mereka.

Bergelar guru di sekolah swasta, gajinya tidak lumayan. Hendak menyamakannya dengan tempat2 yang lain, amat jauh bezanya. Terselit juga rasa hairan mengapa mereka masih teguh di sini. Gaji tidak banyak, dengan keperluan dunia sekarang yang terlalu mengagungkan wang, saya lihat mereka masih mampu tersenyum. Ada sesetengah mereka yang terdiri dari suami isteri, berada di tempat yang sama, dengan gaji yang tidak jauh beza. Bilangan anak2 yang ramai, dan kebanyakan anak para guru berada di sekolah ini, yang yuran bulanannya mencecah 3 angka setiap bulan. Hendak difikirkan dengan akal manusia, memang tidak akan tercapai. Akal kita tidak boleh memikirkannya. Dari mana mereka mendapat sumber rezeki, jika gaji bulanan mereka hanya sekitar seribu atau dua ribu sahaja yang dalam perkiraan kerajaan, mereka diisytiharkan sebagai miskin! Sungguh, Allah telah benar2 menunjukkan keagungan-Nya. Mereka masih mampu hidup, cukup malah masih mampu berinfaq. Rezeki yang tidak disangka2, bila hamba-Nya ikhlas dan menyerah diri kepada-Nya dengan sebenar2 penyerahan.

Saya memuji mereka, tidak bermakna saya tidak menyayangi guru2 saya di sekolah yang lain. Tetapi kerana mereka mempunyai keunikan yang tersendiri. Tanpa gaji yang beribu2, mereka mampu menyara keluarga. Mampu membeli kereta dan membina rumah. Bahkan ada di kalangan mereka lebih mampu daripada orang yang bekerja makan gaji dengan kerajaan. Melihat mereka, sering sahaja saya merasa insaf. Mungkin kesenangan dan ketenangan mereka itulah barakah dari duit hasil titik peluh mereka. Ada orang yang gajinya berbelas2 ribu, namun hidupnya sentiasa merasa sempit. Tidak tahu ke mana belasan dan puluhan ribu itu dihabiskan. Nauzubillah, moga Allah tidak memasukkan kita ke dalam golongan seperti ini.

Jauh di sudut hati, saya merasakan saya tidak akan mampu menjadi seperti mereka. Golongan pendidik yang sememangnya ikhlas mendidik pelajarnya. Bukan kerana gaji yang setiap bulan masuk poket, bukan jua dahagakan pujian yang melangit. Tetapi kerana ikhlas. Bukan saya tidak pernah mencuba, malah sudah dua kali saya cuba menyumbang tenaga di sekolah ini. Tapi dua kali juga percubaan saya gagal. Agaknya kerana saya belum cukup ikhlas. Disebabkan itu, saya menjadi malu untuk berhadapan dengan guru2 saya ini. Malu kerana saya tidak mampu menjadi seperti mereka. Bukan kerana didikan mereka tidak berjaya, tapi kerana diri saya sendiri yang tidak reti mendidik nafsu sendiri.

Saya hanya mampu menyumbang doa, semoga akan hadir pelapis guru2 yang saya sayangi ini untuk generasi akan datang. Saya berdoa semoga saya adalah orangnya, suatu hari nanti. Kalaupun bukan saya yang ditakdirkan, semoga Allah menghadirkan yang terbaik. Juga semoga Allah sentiasa memberikan kekuatan dan kesihatan kepada guru2 saya untuk sentiasa bersemangat mendidik pelajar. Bukan mengharapkan balasan dunia, semoga balasan syurga sahaja yang menanti. 


Guru2ku, sungguh kalian anugerah yang tidak ternilai. Keikhlasan kalian mendidik, hanya Allah yang berhak membalasnya dengan sebaik2 balasan. Ya Allah, kurniakan mereka kesihatan dan istiqamah. Semoga mereka terus setia.
.
Terima kasih....
Guru...

Saturday, May 18, 2013

:: 16 & 18 Mei ::


Tarikh keramat 16 mei. Hari Guru INSPI disambut meriah. Tapi bagi saya, meriah lagi tahun lepas. Mungkin faktor pensyarah dah tak ramai, jadi sambutan pun ala kadar je kan. Rasanya tahun lepas lagi banyak hadiah. Or...sama je kot. Huhu...

Indah betul bila fikirkan masa bergelar pelajar. Tak payah nak risaukan apa2. Risaukan exam jelah. Atau...risaukan sebab dah sakitkan hati guru. Ya, tapi walau semarah manapun guru, rasanya belum sampai tahap tidak redha dengan ilmu yang diberi. Sakit, tapi sakit hati dengan perangai anak murid tu sementara. Petang sikit dah hilang. Mana sampai hati nak marah anak orang lama2. Saya pasti itu perasaan kebanyakan guru. Ok, mungkin tidak semua. Tapi itulah perasaan saya.

Bila anak murid wish : 'Selamat Hari Guru, ustazah' or ' Selamat Hari Pensyarah, ustazah', hati saya berbunga. Gembira rupanya bila dapat ucapan, belum dapat hadiah lagi tu. At least, mereka masih rasa saya nie guru diorang kan? ^_^

Jazakumullahu khairaljaza'...semoga Allah menghadiahkan kejayaan dunia dan akhirat buat antum.

Tak lupa buat guru2 yang pernah mengajar saya...:

Cikgu dan ustazah di PASTI Tok Jiring ~ 1992-1993 ~
Ustaz dan ustazah di Madrasah Darul Taqwa Batu Enam ~ 1994-1998 ~
Ustaz, ustazah, cikgu, sir dan teacher di Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah (MTT) ~1999-2002 ~
Ustaz, ustazah, cikgu, sir dan teacher di Ma'ahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu   ~ 2003-2006 ~
Duktur dan dukturah di Jamiah Al al-Bayt, Jordan ~2007-2010 ~
Dan yang teristimewa guru paling awal dan selamanya, mak dan ayah tercinta

SELAMAT HARI GURU. BARAKALLAHU FI UMRUKUM.

Tarikh keramat 18 mei, ucapan khas buat ibubapa yang telah melahirkan, bersusah payah mendidik dan membesarkan sehingga 26 tahun usiaku, pada Allah sahaja diserah segala balasan.

Allahumma ighfir lana zunubana wa liwadiina warhamhuma kama rabbayaani saghira. Alluhamma amiin.

~Semakin bertambah umurku, semakin dekat pula aku dengan kematian. Semoga Allah ampunkan segala dosa laluku dan akan datang~


Wednesday, May 15, 2013

:: Allah, biddi qaus quzah ::



Alhamdulillah 3x.... dah dapat jadual untuk sem nie. Mula2 tengok jadual, rasa nak menangis pun ada juga. Banyak sangat taklifan yang tergalas di bahu. Walaupun kadar waktu tidaklah banyak kalau nak dibandingkan dengan guru2 di sekolah, tapi untuk bahasa arab sahaja sudah merangkumi 3 hingga 4 madah! Memang pengsan nak tunggu habis semester nie. Tapi insyaAllah selagi Allah izin, saya tetap akan menggalasnya dengan sehabis baik saya. Insya-Allah!

Sekarang nie tengah pening2 lalat lagi sebab minggu pertama pendaftaran. Banyak sangat perkara yang belum beres. Student2 dah ramai tanya bila nak masuk kelas, tetapi saya masih belum berkelapangan. Hari Ahad, sibuk menguruskan pendaftaran pelajar lama. Isnin, dengan mesyuarat, nama2 pelajar tasfiah, madah2 dan muqarrar madah yang dahulunya taklifan orang lain, semuanya tergalas di bahu saya. Selasa dan hari ini, Rabu, ada bengkel untuk pelajar2 baru diploma, yang pasti saya juga perlu turut serta. Pendek kata, ta3aban jiddan hazal usbu'.

Bila masuk bab pelajar, ada banyak perkara yang saya kurang setuju. *dah tak tahu nak luah kat mana. tak kisahlah blog nie dh macam diari.xde sape pun nk baca* 

Dalam mesyuarat tergempar baru2 nie, kami membincangkan mengenai imtihan tasfiah, jadual pembelajaran, konvo, dan banyak lagi hal2 lain. Yang pertama, saya amat tidak setuju bila mesyuarat diadakan pada saat2 akhir. Sepatutnya tempoh cuti semester selama dua baru2 ini digunakan sebaiknya untuk membincangkan perkara2 tersebut. Bukannya menunggu sehingga pelajar2 habis bercuti baru hendak dilaksanakan segala perkara. Kelam kabut sana-sini. Lagipun cuti yang hampir dua bulan itu sangat2 cukup untuk mengadakan mesyuarat. Sekadar membincangkan apa2 yang berkaitan dengan sistem. Bukannya memikirkan bagaimana untuk membuka cawangan INSPI yang baru!

Perkara kedua yang saya kurang setuju, apabila soalan2 tasfiah madah2 guru yang sudah tiada di bumi INSPI sekarang diletakkan sepenuhnya ke atas bahu saya! Bukan satu atau dua, tetapi enam kertas. Terlintas juga perkataan 'jual ikan' dalam hati saya. Kalau satu atau dua madah, saya masih rela hati menerimanya. Malah kalau tiada yang menawarkan sekalipun, saya sudi membantu. Bukan untuk orang lain, untuk pelajar2 INSPI juga. Tapi kalau sudah diletakkan enam madah yang TIDAK PERNAH saya ajar di atas bahu saya seorang, amat2 saya tidak suka. Sudahlah enam madah untuk tahun 1, tambah lagi 3 madah untuk tahun dua. Guru2 lain pula dengan senang hati menyerahkan pada saya. Sebulat suara, tiada bangkangan. Mestilah tiada, siapa yang nak buat kerja yang bukan kerja dia. Tambah menyakitkan, apabila ada perkara2 berbangkit dibincangkan, terdengar pula suara sumbang; "saya tidak kisah mana2, asalkan bukan saya yang buat soalan."

Saat itu, PAP! Allah! Betapa selfish nya empunya suara. Jauh sekali niat membantu, menenangkan hati juga tidak. Sampainya hati. Saat itu saya hanya mampu berdiam diri. Mengangguk tidak, menggeleng tidak. Jika itu keputusan mesyuarat, saya setuju dengan separuh hati. Semoga Allah ikhlaskan hati saya.

Selepas itu, segala yang berkait dengan tasfiah akan berkait juga dengan saya. Mujurlah, ada insan yang sudi membantu tanpa dipinta. Terasa hilang separuh beban yang saya tanggung. Semoga Allah memberi balasan yang sebaik2nya untuk dia. Daripada saya, hanya ungkapan terima kasih yang mampu saya beri.

Bukan senang buat soalan mengenai madah yang tidak pernah kita ajar. Malah, bentuk soalan sebelum ini pun saya tidak pernah tahu. Apa yang telah diajar dan apa yang tidak, saya perlu mengumpulkannya dari mula. Bertanya pada pelajar2, ada yang masih ingat dan ada yang tidak. Dalam hati, terguris juga dengan sikap rakan2 sekerja yang lain. Tapi saya hanya husnudzon, mungkin mereka lebih sibuk dengan hal2 lain. Mungkin mereka lebih banyak taklifan. Mungkin....walaupun bukan itu yang terbias di mata terhad saya.

Yang ketiga, bila ada mesyuarat di belakang mesyuarat. Dalam mesyuarat setuju lain, bila keluar lain pula keputusannya. Kalaulah keputusan luar mesyuarat itu dilakukan dengan kehadiran ahli mesyuarat, mungkin saya masih boleh terima. Tapi tidak. Perkara itu hanya dipersetujui oleh 2 orang, sedangkan point2 tersebut telah dibentangkan dalam mesyuarat dan sudah dihujahkan. Nak buat macamana, nasib orang bawah. Terpaksa menerima segala keputusan 'kepala'.

Yang keempat, bila berbincang mengenai pelajar mulalah keluar nama2 pelajar yang tidak sempat saya kenal tetapi sudah diberhentikan pengajian kerana perangainya juga. Kalau yang betul2 ingin belajar, sudi sahaja saya menerima dengan hati terbuka. Mungkin saya suudzzon, tapi itulah yang saya rasa bila pengetua ingin menerima kembali mereka yang telah diberhentikan pengajian. Salah siapa mereka diberhentikan? Salah mereka yang malas datang kelas, kena barred, tak boleh masuk exam dan diberhentikan pengajian. Bukan salah guru2 yang malas mengajar. Tapi kata ustaz pengetua, mungkin mereka mahu berubah. Mungkin...ya, mungkin mereka mahu berubah. Susah saya ingin menerima hujah itu. Manakan tidak, kalau betul2 mahu berubah, berubahlah di bumi lain. Mengapa bila pengetua sudah bertukar baru terhegeh2 kembali ke INSPI dengan alasan ingin berubah. Allah...benarlah, hati manusia sukar diduga. Semoga...semoga kehadiran kembali mereka ke bumi INSPI bukan untuk membuat onar lagi. Cukuplah sekali.

Kadang2 INSPI nie terasa macam kartun. Mentang2lah peraturan manusia boleh berubah, suka2 sahaja ia berubah mengikut hati manusia. Kalau begitu, tak usah susah2 memikirkan sistem, biarkan sahaja mengikut sesuka hati.

Damailah duhai hati, mohon Allah tunjukkan yang terbaik, kesabaran dan istiqamah di dalam alam pendidikan ini. Walau di mana pun kita berada, tujuan kita tetap satu. Redha Illahi....

Oh ya, esok 16 Mei hari guru. Saya dah dapat kad jemputan. Semoga Allah hadirkan pelangi untuk saya, selepas hujan ribut yang menggila.


^_^ comey plok cover kad taun nie ^_^