Friday, December 24, 2010

:: No TitLe ::

Banyak betul perkara yang terjadi semenjak dua menjak nie sehinggakan saya sendiri buntu memikirkan hikmah di sebaliknya. Mengerti hikmahnya ada, namun tidak mengerti apakah ia.

Imtihan awal, thani & nihaie....
semuanya menuntut pengorbanan dan semangat juang yang bukan sedikit!
Itu baru imtihan dunia, belum lagi imtihan akhirat. Entah macamanalah persiapan ke sana. Gerun pula memikirkannya.

Dalam banyak2 madah yang saya ambil pada semester nie, yang paling saya takuti adalah madah Fiqh maliah I. Ouh kenapalah otak saya sangat sukar menghadam setiap bait2 fakta yang tercatat dalam kitab tu? Berbanding dengan madah2 lain, saya rasa lebih rela mengambil sepuluh madah lain daripada satu madah maliah. Sangat susah!! Kata kakak2 senior, madah nie madah skor. Tapi yang saya dapat hanya 'ngango'!! sadis betul!

Allah masih lagi menyembunyikan kefahaman itu daripada saya. Untuk memahami satu mukasurat Maliah sahaja, saya perlu menghabiskan hampir setengah jam masa saya. Bayangkanlah pula jika silibus yang perlu saya habiskan mengandungi beratus2 mukasurat! Sedihnya hanya Dia yang tahu. Hanya pada-Nya tempat saya mengadu segala rasa. Apatahlagi apabila mendapat kertas jawapan peperiksaan, markah saya hanya cukup2 makan. Bimbang pula apa nak jadi dengan pointer saya yang sememangnya tidak baik sedari awal.

Takut pointer menurun di ambang khirij, takut lagi bila memikirkan ilmu yang tidak cukup di dalam diri untuk terjun di dalam lapangan masyarakat.

Ada masanya saya membelek kembali ke dalam diri, mencari erti sebenar kehidupan yang sedang saya lalui. Apa sebenarnya yang saya mahu dalam hidup ini? Apakah cukup dengan hanya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah, seterusnya master dan mendaki tangga PHD lalu terhenti setakat itu? Menaiki tingkat demi tingkat dalam hidup, bergelar pelajar, menyempurnakan tingkat paling atas seorang pelajar, seterusnya mendapat kerja yang baik dan akhirnya mati. Nauzubillah...setakat itu sahajakah kehidupan saya terhenti??

Bila menjejak realiti, saya tahu hidup saya tidak wajar berlalu begitu sahaja. Tanpa sebarang sumbangan kepada orang lain, lalu apakah yang saya bawa menjadi bekal ke sana? Setelah berjanji dengan-Nya untuk menjadi hamba di alam lalu, wajarkah saya menjadi munafiq, berpaling daripada-Nya seterusnya melabelkan diri sebagai raja di alam fana ini? Oh tidak! Yang paling menggerunkan bukanlah dugaan atau ujian di dunia, tetapi natijah kita di sana.

Saya pasti, doa saya dan doa kalian pasti sama.

Semoga Allah menyelamatkan kita dari segala bala, bencana dan kemurkaan-Nya.

Semoga Dia mencantumkan segala perca2 hati kita agar selalu tertaut di jalan-Nya.

Semoga hidup kita di dunia tidak sia2, sepertimana Dia yang telah menjadikan kita bukan sia2.

Semoga Dia menthabatkan kita di jalan-Nya, berpegang teguh dengan kitab-Nya dan sunnah
kekasih-Nya.

Semoga mati kita di dalam husnul khatimah, wa su'ul khatimah nauzubillah ya Rabb.

p/s : Selamat menempuh imtihan kafaah markaz lughah buat semua adik2 tahun 1...juga tidak lupa kepada semua senior2 buat yang terbaik untuk nihaie. Bittawfeq wannajah!!
PUT YOUR TRUST IN ALLAH...walau apapun keputusannya.

Wednesday, November 17, 2010

:: Muhasabahku ::

Salam 10 Zulhijjah

Salam Eid Adha

Menyembelih nafsu dunia, bukan hanya sembelih haiwan semata.

Melapah ego dan tinggi diri, lemak hidup yang sentiasa dilimpahi nikmat dunia.

Bersama sepinggan nasi sabar, semoga hari ini menjadi saksi kesabaran hatiku mendidik nafsu yang tak pernah kenyang. Ku hidangkan sate cinta dan semangkuk kuah kacang taqwa agar ia kan menjadi pendinding buat diri yang sering alpa. Kerana ku mengerti duhai Sang Kekasih, tanpa kek kasih sayang-Mu mana mungkin dapatku gapai sepiring puding ehsan. Ku redha, bersama rendang tawakkal pada-Mu, hanya Engkau yang berhak menentukan hala tujuku....

Pada-Mu ku berserah....

Selamat menyambut Hari Raya Korban

Saturday, November 6, 2010

:: Thank You Allah ::

Alhamdulillah...imtihan awal mula melabuhkan tirai. Imtihan thani pula dalam proses menampakkan diri.

Pejam celik pejam celik, tak lama lagi kita akan menyambut Eid Adha. Pantasnya masa berlalu, usia pun sudah hampir ke penghujung. Memikirkan usia yang makin pendek, hati berdebar. Alangkah indah jika penghujung usia juga seperti kain putih. Suci tanpa noda. Bersih tanpa dosa. Namun itu hanya angan2. Mana mungkin seorang manusia biasa akan pulang seperti dia datang tatkala tanpa segan silu terang-terangan memungkiri-Nya. Dan kerana Allah itu Maha Penyayang, maka kita diberi pilihan samada jalan syurga atau neraka yang binasa.

اللهم اخثم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوء الخاتمة
'Ya Allah, matikanlah kami dengan pengakhiran yang baik dan janganlah Engkau matikan kami dengan pengakhiran yang buruk' Nauzubillah...

Semalam, jaulah kami mengambil tempat di Jerash dan Laut Mati. Memikirkan cuti semester yang akan datang mungkin sukar untuk berjaulah ke sana ke mari, maka Unit Perhubungan PRISMA mengambil inisiatif untuk melaksanakannya di tengah2 ribut semester pengajian. Dalam masa yang singkat, jaulah selama sehari itu tetap berjaya dilaksanakan setelah melalui pelbagai rintangan. Syabas kepada semua peserta dan AJK! Proud of you!:)

Benarlah di sebalik tiap kejadian, ada hikmah yang tersembunyi. Semua maklum dan faham, bahawa Laut Mati adalah bandar kaum Sadoum yang telah dilaknat oleh Allah. Nabi Muhammad s.a.w berpaling bila melaluinya dan para ulama' juga tidak menggalakkan kita ke sana melainkan untuk mengambil ibrah. Namun sejauhmana manusia ke sana untuk mengambil ibrah? Sepanjang pengamatian selama 4 tahun di bumi barakah ini, tiada yang ke sana semata2 untuk mengambil pengajaran. Kebanyakan yang pergi ke sana hanya untuk mengambil 'berkat' garam, bukan ibrah atau pengajaran!

Alangkah ruginya.

Saya bersyukur kerana diselamatkan pada rehlah kali ini. Entah mengapa hati saya tidak terlalu riang ke Laut Mati tempoh hari. Mungkin kerana sebelum kami bertolak ke sana, kami hampir juga melakukan perkara yang sama dengan orang2 yang jahil. Berbabeque dan bersuka ria! Tidak dapat saya bayangkan jika kami meneruskan perancangan awal kami dan sepanjang itu kami berada di bawah murka-Nya! Nauzubillah min zaalik!

Alhamdulillah, kami diselamatkan oleh Allah dengan wasilah salah seorang adik junior. Dia yang pada mulanya meminta izin daripada ayahnya untuk menyertai rehlah ini, jawapan ayahnya ringkas. Jangan pergi kalau buat berbeku di Laut Mati. Alasannya cuma satu, kerana di dalam tentatif kami, ada perancangan untuk berbabeque di Laut Mati. Terpana juga saya ketika itu. Malu pula rasanya, bila orang yang belajar agama dan mendalami ilmu syariat-Nya, melakukan perkara yang bertentangan pula dengan apa yang dipelajari. Selama ini bukan tidak tahu, tetapi buat2 tidak tahu. Pelbagai alasan dicipta untuk mengelakkan rasa berdosa. Alangkah ceteknya iman. Mengikut petunjuk syaitan. Tanpa menyedari ada Dia yang berkuasa memberi hukuman.

Apalah ertinya mencipta kemanisan di atas tingkat dosa? Gerun memikirkan bala yang akan menimpa jika benar kami memungkiri perintah-Nya.


Segalanya Dia


Hikmahnya Allah bila Dia menegur dengan pelbagai cara. Ada hamba-Nya yang ditegur dengan cara mendatangkan musibah. Ada juga dengan wasilah manusia. Tidak kurang kehilangan orang tersayang atau ditimpa penyakit. Andai dengan melaluinya hubungan dengan-Nya bertambah dekat, apalah sangat dengan ujian yang sedikit ini? Maka beruntunglah mereka yang masih ditegur Allah.

Ada manusia yang lalai, lupa dan jauh dari rahmatnya. Ada yang gundah gelana meskipun telah memiliki segala harta dunia. Ada yang berpangkat tapi bahagia sentiasa sepi daripadanya.

Indahnya hidup bila merasa diri bertuhan. Merasa diri adalah hamba. Tanpa melupakan Dia, meneruskan hidup dengan manusia di sekeliling sebagai cermin. Bila ditegur, terima dengan redha. Uslub bukan soalnya. Yang penting ego diletak tepi, terima atas dasar sesama manusia, sesama hamba. Kerana tiada istilah BENAR atau SALAH, yang ada hanya UKHWAH!

وتعاونوا على البر والتقوى ولا تعاونوا على الاثم والعدوان

Sunday, October 3, 2010

:: Corat-coret Awal Fasal ::

Salam ukhuwah dan salam mahabbah...

Suasana sakan masih lagi berdebu. Pening-pening awal fasal ada lagi. Buku kuliah pun masih lagi tak tersentuh. Quran pun banyak lagi tak habis ulang. Sakan belum teratur. Bilik dan barang2 masih bersepah! Aduh...otak saya needs rest.

Semalam 23 Syawal, kami HELWISMA :D (olok2 je) kami akhawat PRISMA beraya. Buat pertama kali dalam sejarah saya berada di sini, kami meraikan syawal dalam dewan, akhawat sahaja!! Gembira dan teruja. Bila diberi peluang yang jarang2 dapat, mengawal keseluruhan dewan by ourselves, tanpa kehadiran lain jenis, perasaan saya sukar diterjemah. Tiba2 merasa sangat beruntung.

Bila berada di atas pentas, baru saya menyedari akan ramainya pelajar2 melayu yang sedang menuntut ilmu di sini. Bayangkan tanpa kehadiran siswa, bilangan kami sudah mencecah 1/3 dewan. Itu belum termasuk sahabat2 lain yang masih bercuti di Malaysia. Agaknya semalam kalau semua ahli siswi berada di dalam dewan tersebut, keadaan saya bukan lagi di Jordan, tetapi di Malaysia. Di mana2 pasti terserempak dengan budak melayu. Namun saya harap janganlah sampai saling tidak mengenali. Sekurang2nya pertambahan ini biarlah memberi impak positif. Bukan semakin ramai semakin renggang.

Semalam, setiap batch dikehendaki membuat satu persembahan. Temanya bebas, suka hatilah nak buat persembahan apa2 pun. Yang sedihnya, kami batch tahun akhir langsung tiada persediaan. Bayangkanlah, kami hanya berlima! Masa tu baru terasa betapa sedikitnya bilangan kami, senior di tahun akhir. Sebenarnya batch kami bukan hanya lima orang, tetapi selebihnya masih berada di Malaysia, ada yang kurang sihat dan sebagainya. Huhu...sadis pulak bila difikirkan balik....:(

Baru2 nie kami ke pameran buku seJordan. Hajatnya nak juga beli buku2 yang payah nak dapat kat kedai buku yang biasa kami pergi tapi hampa. Hajat saya tak kesampaian. Buku2 di situ agak mahal. Mungkin kerana harga tapak yang disewa, menyebabkan harganya pun turut melambung. Berlainan dengan pameran buku di Malaysia, pasti harga buku yang dijual jauh berbeza murahnya daripada kedai2 biasa. 3ala kulli hal, sekurang2nya merasa juga saya mengikuti pameran buku di Jordan selain pameran buku Mesir dua tahun lalu.

Tengahari tadi di dalam kelas Fiqh Aiman, saya tertarik dengan ungkapan yang terlahir daripada mulut sang murabbi Doctor Anas. Beliau mengulang ungkapan ulama' yang ditujukan kepada alQurra' iaitu para ulama' yang banyak membaca. Mafhum ungkapannya lebih kurang begini,

'Wahai alQurra', kamu ini ibarat garam. Jika kamu baik, maka baiklah orang di sekeliling kamu. Tetapi jika kamu rosak, maka rosaklah orang di sekeliling kamu.'

Hal tafhamuuna maaza aqul?~ciplak ayat doctor, hehe~

Mengapa alQurra' dikaitkan dengan garam? Kerana garam adalah sesuatu yang tidak akan rosak, melainkan jika ada sesuatu yang datang lalu merosakkannya. Dan ibarah ini saya tujukan balik buat diri sendiri dan sahabat2.

Di dalam dunia ini, kita adalah garam. Kuasa memilih di genggaman kita, bukan orang lain. Jika kita memilih untuk tidak mendekati perkara2 yang boleh merosakkan kita, maka kita tidak akan rosak dan merosakkan. Tetapi jika kita memilih sebaliknya, maka kita akan menjadi rosak dan merosakkan. Maka pilihlah yang terbaik dari kalangan yang terbaik. Bukan pilihan sebaliknya yang melalaikan kita dan orang lain.

Be the best among the best!
Wallahu a3lam.

p/s: Tahniah buat seluruh AJK pelaksana Majlis Hari Raya PRISMA!! Baarakallahu fikunna


Friday, September 24, 2010

:: Pokoknya Hati ::

Alhamdulillah...kuliah dah bermula sejak 19 sept lepas. Kalau nak diikutkan 'uruf kat sini, pelajar2 ramai lagi yg masih bercuti hari first tu. Ramai jugak yang dah mula, ada jugak yang doktornya masih belum menampakkan diri..hehe.. 'ala kulli hal, dah namanya student, takkan pensyarahnya yang tunggu student. Perkara yang wajar adalah sebaliknya.

Dalam kesibukan kuliah yang baru nak bermula, daerah qobul wattasjil masih lagi sibuk dengan pendaftaran subjek2 kuliah. Dengan ragam pelajar2 baru yang masih hijau dengan dunia universiti, para musajjil masih sibuk dengan urusan masing2. Geram juga bila memikirkan sikap suka tangguh kerja segelintir bangsa Arab. Sepanjang cuti bulan Ramadhan, pelajar2 yang berulang alik ke qobul tasjil langsung tidak dilayannya. Bila kuliah dah mula, mulalah cepat marah sebab banyak urusan tak settle. Haaa..kan dah mula membe..bel. huhu...

Sepanjang minggu pertama, sahabat2 saya sibuk berulang alik ke setiap ceruk bangunan universiti. Di bawak terik matahari yang sangat terasa bahangnya, kadang2 kesabaran teamat tipis bila berurusan. Apatahlagi bila tiba2 banyak pula subjek yang mulghah (digugurkan). Dalam pada nak uruskan adik2 junior yang baru sampai ke dunia padang pasir ini, madah yang mulghah ini sangat2 membebankan jiwa. Terdetik juga, kenapa lambat sangat senarai madah mulghah nie turun??? Menggelegak jiwa bila difikirkan.

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...

Bila difikir2kan, inilah sebenarnya kehidupan. Kerana hidup ini bukan milik kita selamanya, maka wajar untuk kita merasakan kepahitan dan kepedihan. Kalau asyik rasa manis je, naik lemak la jadinya. ya tak??;;)

Episod Baru

Pagi yang cerah. Dalam dada, kosong. Saya blurr..tak tahu macamana nak describe perasaan saya waktu tu. Entahlah, mungkin kerana saya sangat tidak bersedia untuk memulakan semester baru. Apatahlagi dengan segala kelam-kabut menyambut adik2 junior, rasanya perasaan saya tidak menentu. Letih...dan saya berdoa agar keletihan dan penat lelah kami bernilai di sisi-Nya. Semoga ianya menjadi mutiara pahala dan rantai kesenangan untuk hari
kelak.

Kelas Sirah Nabawiyyah. Baru saja ingin melepas lelah di kerusi, Doktor Zu'bii sudah menjengukkan muka. Saya lihat jam, 3 minit lagi sebelum ke angka 8. Cepatnya doktor nie masuk. Beliau memulakan muqaddimah.

Selepas 15 minit memulakan muqaddimah mengenai subjek yang kami ambil pada semester ini, dia menyambung. Apa yang terkesan di hati saya, beliau mengajak kami sama2 membetulkan niat. Waktu itu saya terkedu. Murabbi...sentiasa tahu apa yang berada di fikiran anak2 muridnya. Saya tahu ketidakikhlasan saya akan menyukarkan saya dalam setiap perkara yang saya lakukan. Kerana IKHLAS itu kunci. Walaupun di dalam perkara2 yang kecil seperti memasak, mengemas barang, namun impak IKHLAS itu besar. Subhanallah, maha suci Dia yang menyedarkan saya pada hari itu dengan wasilah sang murabbi...

Setiap hal yang berlaku dalam hari2 kita sememangnya disertai hikmah. Kerana itu pentingnya kita mendengar tazkirah. Tazkirah bukanlah perkara baru, tetapi perkara lama yang diingatkan. Namun ramai yang menyangka tazkirah itu hanya dibuat untuk orang2 yang jahat dan bermasalah. Diberi untuk menyindir dan menghiris hati. Alangkah ceteknya pemikiran seperti itu. Nauzubillah...

Thabbitnaa ya Allah...
Tawakkalna 3alallah...

Sunday, September 12, 2010

:: EiD MuBaRak ::

Salam aidilfitri buat semua....kullu am wa antum bikheir

Dah sebulan blog nie tak ber'update'...hm...nak kata sibuk, bolehlaa...banyak sangat perkara yang berlaku dalam sebulan nie. Tak tahu macamana nak create. Anyway, alhamdulillah ala kulli hal. Ramadhan yang berlalu telah selamat ditempuh. Sejauh mana penerimaan Yang Maha Esa, hanya Dia yang lebih mengetahui. Allahu a'lam.

Malam 1 syawal, tiba-tiba hati terasa sayu. Tiba-tiba terbayangkan tahun ini adalah raya terakhir saya di Jordan, insya Allah kalau diizinkan Tuhan Perencana. Sedih jugak, tapi ini adalah hakikat yang perlu ditempuh. Namun saya merasa sangat bertuah kerana diizinkan-Nya untuk berada di sini, bumi anbiya' yang penuh barakah. Biarpun jauh di perantauan, tanpa ibu dan ayah di sisi dan adik-adik menemani. Tahun depan mungkin saya belum kembali ke pangkuan keluarga kerana saya ada rencana untuk berRamadhan di tempat lain, insyaAllah.

Tamat Ramadhan bermakna episod kuliah bakal bermula. Kalau melihat taqwim jamiah, kuliah akan bermula pada 19 oktober nanti. Berdebar...sebab saya sudah berada di tahun akhir. Takut...kerana masih banyak yang belum saya tahu. Gelisah...kerana tidak tahu apa yang bakal saya tempuhi nanti. Sebenarnya saya lebih bimbang akan hakikat yang saya sudah berada di tahun akhir. Rasa kosong, apa yang telah saya usaha selama ini? Apa yang telah saya raih selama saya berada di sini?

Harapan saya, semoga tahun terakhir saya adalah tahun paling istimewa saya di Jordan.
Doa saya, semoga Allah meredhai usaha dan ilmu saya dan sahabat-sahabat.
Taqabbalallahu minna wa minkum
Ahlan wasahlan kepada semua adik-adik yang bakal menadah ilmu di bumi anbiya'...




Wednesday, August 11, 2010

:: Madrasah Ramadhan ::

Satu Ramadhan,
Aku perlu kekuatan,
Untuk meneruskan kehidupan,
Biar perit kehidupan menghalang,
Ku akur hakikat perjuangan,
Walau tanpa kawan,
Biar tanpa teman,
Wajib ku teruskan,
Wajib ku laksanakan,
Di jalan ini ku tetapkan pilihan,

Benar,
Ia jalan keperitan,
Ia jalan kepedihan,
Ia jalan kesusahan,
Namun tidak ku tega menafikan,
Ia juga jalan kemanisan,
Ia juga jalan kemenangan,
Ia juga jalan PERJUANGAN!

Ya Allah,
Sampaikan salamku buat junjungan,
Jangan lupakan aku duhai Tuhan,
Di Madrasah Ramadhan tetamu diundang,
Juga di masa silam dan akan datang





Saturday, August 7, 2010

.: Iman Yang Kelam :.

Hati yang kusut ini,
Tak mungkin jumpa lerainya,
Jika hanya tersiram bunga kelalaian,
Mengikut kata nista syaitan,
Ya Tuhan,
Aku ingin kembali,
Pada-Mu Yang Maha Penyayang

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah....
Pagi tadi selesai sudah imtihan duniaku untuk musim soifi yang sangat menguji. Bahang mentari yang terik memancar sepanjang minggu ini amat terasa. Tidak sanggup membayangkan peritnya Mahsyar. Nauzubillah ya Allah...ampuni kami.

Tamat imtihan nihaie, bermakna episod Ramadhan bakal bermula. Bulan tarbiyyah....gentar rasa hati mendengarnya. Mampukah aku?? Takut tertewas lagi. Takut gagal lagi. Takut terlepas lagi. Terfikir, bagaimana mereka mampu mengharunginya dengan cemerlang? Sedangkan aku, masih bertatih, terkial-kial mencari kekuatan diri melawan nafsu.

Untungnya mereka....ruginya aku....Allah....
Selamat menempuh bulan tarbiyyah, semoga diberi kekuatan.

Saturday, July 17, 2010

:: Atas Nama Cinta ::


"Korang kat mana?"

"Dalam bot kaca nie, dah kat tengah laut."

"Semua dah naik bot ke?"

"A'ah. Kecuali nenek, kakak dan adik je(bukan nama sebenar). Diorang taknak."

"Sampai hati korang. Akak pun nak naik jugak..." Suaranya terdengar rajuk.

Saya terkedu.

"Erm, takpe2, petang nie kita naik lagi ye. Lagipun lepas nie nak naik bot kayuh pulak.” Pujuk saya berbaur cuak.

“Tapi tak sama...”

Alahai...matilah saya. Teman di sebelah berpaling bila menyedari perubahan air muka saya.

“Kenapa?” Dia bertanya. Saya tersenyum pahit.

“Betul akak, nanti kita naik sekali lagi. Petang nie, lepas makan ye.”

Sebaik sahaja panggilan ditamatkan, saya dihimpit rasa bersalah. Betapa tidak endahnya saya pada sebuah pertalian bernama persahabatan. Sepatutnya sewaktu dia membenarkan kami membuat aktiviti bebas sementara dia bersama seorang lagi sahabat mencari hotel untuk kami menginap, kami boleh pergi membeli-belah atau membuat aktiviti lain. Kerana saya tahu, dia juga ingin bersama-sama menaiki bot kaca tersebut dan merasai perasaan melihat ke dasar laut di sebalik cermin yang dipanggil ‘kaca’ itu.

Cukup setengah jam mengelilingi pantai Aqabah, pengemudi bot tersebut memberhentikan botnya di tepi jeti yang dipenuhi remaja-remaja lelaki Arab yang sedang enak bermandi-manda, bukannya di pesisir pantai tempat kami mula-mula menaiki bot tadi. Segan juga, tapi sempat lagi kami berpossing di atas jeti tersebut dan mengabadikan wajah-wajah ceria dalam memori kami.

Langkah kami dipercepatkan ke coaster yang sedia menunggu dan mengambil barang masing-masing sebelum keluar mencari makan tengahari. Dua sahabat kami sudah merehatkan tubuh yang kepenatan di dalam bilik masing-masing setelah penat berulang-alik mencari hotel yang murah.

Dipendekkan cerita, demi menebus semula kesilapan dan kesalahan kami pada si teman yang merajuk tadi, kami membuat keputusan untuk kembali ke pantai dan menaiki sekali lagi bot kaca tersebut. Walaupun bot kali kedua ini tidak serancak dan seriuh bot yang pertama, tapi saya tetap gembira kerana Allah masih mengizinkan kami menunaikan hajat si sahabat yang hampir merajuk tadi.


Saya lega. Lega apabila melihat wajah yang hampir mendung kembali menggariskan senyuman. Pada saya, nilai sebuah persahabatan bukan hanya terletak pada gembira dan duka si teman, tetapi pada kesediaan kita berkongsi suka dan duka bersamanya. Mungkin dengan keikhlasan atas nama ukhwahfillah dan cintakan sahabat, susah terasa senang, pahit menjadi manis dan racun bertukar penawar. Kerana itulah tunjang sebuah persahabatan.

Dialah sahabat yang membimbingmu ke syurga,

Jauh dari neraka,

Membawamu kepada kebaikan,

Jauh dari kejahatan,

Yang membuka pintu hatimu ,

Melemparkannya dengan cahaya iman,

Dan menutupnya dari wajah-wajah syaitan,

Dialah sebaik-baik sahabat….

p/s : Uhibbukunna fillah…jazakunnallah akhawati…

Friday, June 18, 2010

:: Blog Ku Yang Bersawang ::

Oh alangkah tak rajinnya saya mengupdate blog nie. Agaknya dua tahun sekali baru saya buka blog yang dah naik habuk berkaki-kaki nih. Hehe…apalah nasib engkau ye wahai blogku…

Saya dah mati idea. Blog nie memang pada asalnya untuk suka-suka. Itu sebab nama dia pun macam tak ada maksud je. Alkisahnya blog ini boleh tercipta, sebab gatal sangat bila tengok orang lain ada blog, nak ada blog jugak. Akibatnya blog ini terkurung lama sehingga naik hitam kelabu…huhu…

Blog nie sebenarnya dimiliki tiga orang pemegang syer terbesar (syer kecik2 tak termasuk ye). So tak boleh salahkan saya seorang sahaja yang gatal nak berblog. Disebabkan birthday blog ini dah lama tak dicelebrate so saya rasa tak salah kalau saya menyambutnya sendirian. Yang sebenarnya lagi 2 orang pemegang saham blog ini dah berpatah arang. Yang satu memang dah tutup syarikat a.k.a muflis dan seorang lagi dah melabur dalam syarikat blog yang lain. Waahhhh…apalah nasib blog malang ini. Agaknya sebab saya yang tamak kot, jadi mereka dah tak nak sambung kontrak. Huh, apalah yang saya melalut nie ye...

Anyway, banyak sebenarnya yang saya nak kongsikan kat sini. Pada 3 Jun yang lalu, bermulalah cuti rasmi saya selepas bertungkus lumus menjawab peperiksaan akhir semester yang bermula pada 22 Mei 2010. Walaupun sebenarnya sudah ramai sahabat-sahabat yang menamatkan kertas mereka sebelum itu lagi, tapi takpelah. Biar lambat asal selamat. Huhu…

So nak dijadikan cerita, sepanjang tempoh exam memang banyak yang terencana di minda. Kononnya untuk lepaskan tension study. Nak pergi sana, jalan sini, rehlah situ…plan punya plan, akhirnya terancanglah sebuah plan untuk ke Aqabah dan Wadi Rum. Itu saja yang termampu dalam kemelesetan ekonomi nie. Tak kisahlah, asalkan tak terperuk dalam sakan je.

Bila tengok cuaca yang panas kering musim 'bahang' nie, kami jangkakan tentulah pantai Aqabah lebih dahsyat dari tempat tinggal kami. Jadi untuk persediaan awal, kami pesan kat kawan-kawan yang akan ikut serta ke Aqabah tu untuk bawak sunblock, spek mata hitam, topi pantai dan bagi sesiapa yang ada payung bawaklah semua. Dalam seronok-seronok nak pergi ke sana, terdetik jugak kat hati takut-takut cuaca panas sangat bimbang pulak ada yang pengsan ke, balik nanti dah tak kenal sape ke..(dek terbakar kena matahari) tapi alhamdulillah, bila sampai je kat Aqabah, terjeda sejenak. Alangkah indahnya perancangan Allah...lain yang kami fikir, lain pula yang menanti kami kat sempadan tanah haram Israel itu.

Kami bertolak lebih kurang jam 4.00 pagi. Alhamdulillah pagi tu senang je semua orang bangun. Walaupun mata masih merah dek kurang tidur, tetapi semua masih bersemangat untuk meneruskan rehlah. Masa tu terfikir jugak, alangkah indahnya kalau setiap hari semangat untuk bangun merintih di dinihari macam tu ada dalam diri masing-masing. Hmm...memang syaitan pangkat Jeneral yang dihantar untuk menidurkan anak Adam di bumi Urdun nie.

Sampai di sana, jarum jam baru di angka 9. Angin pantai yang kuat menerpa ke wajah masing-masing. Hairan, anginnya sejuk. Tidak seperti jangkaan kami. Subhanallah...cuaca di pantai Aqabah memang terbalik dengan darat. Langsung tidak terlintas di hati apakah yang berada dalam rencana Illahi. Terharu...waktu itu baru menyedari betapa tidak minatnya saya pada matapelajaran Geografi dahulu...hinggalah sekarang. Patutlah saya masih terkial-kial bila diterangkan oleh seorang teman tentang bayu laut, bayu darat...n etc...

Perkara pertama yang perlu kami buat adalah mencari hotel untuk menginap dan merehatkan badan malam nanti selepas penat bershopping. Hehe...so dua orang dayang dan seorang hulubalang ditugaskan untuk membookinghotel bersama seorang lagi pak nujum yang dikatakan telah masak dengan selok belok Aqabah. Tunggu punya tunggu (sambil bergambar), sampai pula posto mengatakan semua rakyat jelata bolehlah menjalankan aktiviti bebas. Jadi sebahagian daripada kami mencadangkan agar menaiki bot kaca dahulu sebelum shopping. Dan masing-masing setuju.

Selepas tawar-menawar dan rajuk-merajuk di antara kami pelanggan dengan pemandu bot kaca berlaku, akhirnya kami sepakat menaiki bot kaca dengan harga JD1 seorang. Maka belayarlah kami membelah pantai Aqabah pagi itu dengan gembira dan riuhnya. Bila hampir di tengah-tengah laut, saya mendapat satu panggilan.

....alamak bersambung pulak...