Monday, February 20, 2012

:: Sepinggan Kuew Teow ::


Seorang lelaki baru bekerja di syarikat kami. Dia menyatakan dia terpaksa berhenti kerja di tempat lamanya kerana tertipu oleh bangsa sendiri.

"Biasalah tipu menipu nie kalau nak cepat kaya," usik saya kepadanya.

"Ini bukan sebab ditipu harta tapi mempermainkan agama. Boleh jadi murtad puan," suaranya sedikit keras.

Saya menyuruhnya membuka cerita. Dia bekerja di sebuah syarikat pengiklanan TV. Kerja memang banyak menjelang hujung tahun sehingga memaksa dia dan kawan2 bekerja hingga lewat malam.

Makan minum semua ditanggung majikan, janji kerja siap pada tarikh yang ditetapkan, kalau perlu bermalam di pejabat pun majikan tidak kisah. Hidangan makan malam dihantar terus ke meja pekerja. Hampir seminggu mereka berkampung di pejabat.

Suatu malam, bungkusan makan malam tidak dihantar seperti selalu kerana budak pelayan perlu balik awal. Dia menawarkan diri untuk mengambil makanan di kedai yang selalu ditempah oleh majikannya terutama kuew teow goreng kegemarannya.

"Nasi goreng dan kuew teow goreng order di bawah saja," beritahu kawannya.

"Kedai apek tu?" tanyanya balik, terkejut yang amat sangat.

"Kedai tu bukan Islam, berani kau order makanan untuk kita," katanya sambil mengurut tekak dan beristighfar panjang.

"Alah bukannya masuk daging babi pun," jawab kawannya selamba.

"Kualinya? Tak bercampur baur?" tanyanya lagi.

"Ah! Kau nie alim sangat. Dah bergantang2 kuew teow apek tu kau telan, sedap saja aku tengok kau makan. Selama hari nie kau tak pernah tanya pun, bos kita suruh beli makanan di mana," kawannya mula menyinga.

"Aku makan sebab aku yakin kita nie orang Islam." Seribu penyesalan tercerna di wajah lelaki itu.

"Alah, malaslah cakap dengan engkau, nak makan pergilah cari sendiri!" jerkah kawannya itu.

Oleh kerana terlalu lapar lelaki itu pun turun. Menjenguk ke kedai apek itu, na'uzubillah, daging panggang babi elok bergantungan di atas para dapur, di bawahnya kuali masakan, minyaknya menitis2 dalam kuali.

"Mahu order kuew teow berapa?" tanya apek berseluar kotok itu. Lelaki itu terus berlalu dengan rasa geram. Sekembali dari membeli makanan dia terus menyambung kerja di bilik penyuntingan.

Tiba2 kedengaran riuh di ruang tamu. Rupa2nya bos dan beberapa orang rakannya sedang minum air syaitan.

"Hei, minuman ini memabukkan. Setitik pun dah jadi haram," lelaki itu mengingatkan kepada semua.

"Alah itu hukum setitik, ini dah berteguk2, dah tak jadi haram lagi," gurau seorang rakannya. Bosnya hanya tersengih.

"Mempermainkan hukum tuhan boleh jadi murtad, berdosa besar." Suaranya sedikit tinggi. Sayangnya peringatan itu tidak diendah langsung.

Dia menjadi rimas apabila mereka semakin berani mempermainkan hukum Tuhan. Sudahlah urusan solat tidak pernah diambil peduli sehingga tempat solat pun tidak disediakan. Sesiapa yang hendak bersoalt perlu ke masjid atau bersolat di dalam stor yang sempit di hujung dapur. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Doanya semoga kawan2nya mendapat hidayah dari Allah dan kembali ke pangkal jalan.

.: ANIS :: MAC 2012 :: EDISI 175 :.

2 comments:

Ain::Zai::Ta said...

allahu akbar...
kita akan hadapi,allah3x

arju sa'adah said...

selamat pulang ye jijah-nim:)