Sunday, February 12, 2012

:: Tak Seindah Impian ::


Sehari, dua hari, seminggu, akhirnya hampir dua minggu juga blog saya sepi. Banyak kali saya cuba menulis, tetapi semuanya tidak sempat sampai ke penghujung. Banyak betul musyaqqah yang bertandang. Entah apa yang tersirat, Allahu a'lam.

Rutin saya berubah. Walaupun hanya dua jam ia bertukar dari biasa, tetapi saya merasakan hidup saya berubah hampir 180 darjah! Manakan tidak, saya hanya bertugas dua jam sahaja pada sebelah pagi. Hanya dua jam! Tapi selebihnya otak saya secara tidak langsung akan teringat2 wajah 'hijau' mereka. Bagaimana, apa, kenapa, semuanya bagai tidak jemu2 bertandang ke dalam kotak fikiran saya.

Kami menuntut di sekolah yang sama. Guru2 mereka sekarang, juga guru2 saya sebelum ini. Namun ada satu yang berbeza. Feel. Rasa zouq yang hilang. Agak terkilan, itu yang saya rasa pada hari pertama saya menghadirkan diri. Lost. Betul, saya benar2 terkapai2 untuk cuba menyesuaikan diri.

Sebelumnya saya sudah menjangkakan keadaan ini, namun bila sudah berada di situ, jujur saya mengatakan otak saya bagai terhenti sebentar. Memikirkan rasional tentang apa yang sedang berlaku di hadapan mata saya. Wajah2 yang seolah2 langsung tiada asas tentang Al-Quran. Yang bila ditanya apa beza Al-Quran dengan buku2 lain, hanya memandang sesama sendiri. Juga dengan wajah polos bertanyakan saya mengapa Al-Quran tidak boleh dihafal dengan mendengar lagu. Yang juga bertanya mengapa berdosa bila meninggalkan Al-Quran!


Dunia saya dan mereka sudah jauh berbeza. Benar. Zaman saya zaman garang, zaman ditengking, tapi zaman mereka zaman psikologi. Kerana itu saya menjadi buntu mencari penyelesaian untuk masalah mereka yang hakikatnya mereka tidak tahu itu adalah masalah. Ditegur salah, tidak ditegur saya pula rasa bersalah. Mereka bukan boneka. Dihantar ke sekolah hanya untuk belajar apa yang ada di dalam buku sahaja. Saya amat sedar akan hakikat tersebut.

Setiap hari, otak saya berfikir bagaimana caranya untuk menjadi seorang guru yang baik. Seperti guru2 saya yang disayangi para anak didiknya kerana didikannya yang menjadikan mereka manusia. Pernah saya terfikir untuk menggunakan cara didikan mereka. Garang, merotan dengan kayu setebal 3-4inci, denda, merajuk. Namun saya kira cara begitu tidak boleh digunakan setiap masa. Perkara itu mungkin relevan pada zaman saya, tapi bukan pada zaman mereka yang canggih manggih ini. Dugaan mereka pada arus ini bukan lagi pada jet kertas, tetapi pada jet besi di kaca tv. Tapi mungkin juga, akan tiba suatu masa saya akan menggunakan salah satu cara di atas. Hehe...

Begitu jauh rupanya perbezaan masa 10 tahun. Sehingga cara hidup manusia berubah hampir 90 peratus. Saya melihat mereka tanpa prejudis. Saya cuba mencungkil tahap pemikiran mereka satu persatu kerana mereka bukan berada di satu tahap umur sahaja. Anak2 didik saya terdiri dari usia 13-19 tahun. Jarak usia yang amat jauh, menjadikan tahap pemikiran mereka juga berbeza2.

Yang tingkatan 1, baru sahaja mencipta lorekan baru di dalam kanvas hidup mereka.

Tingkatan 2, baru merasa hidup sebagai senior.

Tingkatan 3, sudah mula merasa gelora jiwa remaja.

Tingkatan 4, dunia menengah atas sudah mula menampakkan wajah.

Kasihannya mereka, apabila yang masuk ke sekolah bukan dari kehendak sendiri. Tetapi kerana disuruh oleh ibubapa. Kasihan guru2 juga, kerana faktor terbesar untuk menyuruh mereka menghafaz adalah dari minat mereka sendiri. Mungkin ada yang berkata, minat boleh dipupuk. Saya tidak menafikan hakikat tersebut. Namun untuk memupuk minat mereka seorang demi seorang dalam masa 2 jam sehari seramai 24 orang adalah perkara yang memerlukan tahap kesabaran yang teramat tinggi!

Saya tidak mengatakan ianya mustahil. Malah itu juga adalah sebahagian dari tanggungjawab guru. Tapi janganlah tanggungjawab itu diserahkan sepenuhnya kepada guru. Dari kalangan anak2 murid saya, ada juga saya cuba merisik bertanyakan perihal ibubapa mereka. Majoriti mereka mengatakan ibubapa mereka sibuk. Selalu ditinggalkan keseorangan di rumah. Kelu.

Teringat zaman belajar dahulu, dari MTT sehingga MTANT, ada satu perkara yang menjadi keutamaan. Hormatkan guru. Walau semalas manapun pelajar2, mereka masih tahu kewajipan menghormati guru. Saya dahulu, bukanlah best student. Pelajar mithali jauh sekali. Dalam diam2 saya, ada degilnya. Pernah didenda, dirotan, berdiri di dalam kelas sehingga habis masa, dipenggang tengah2 terik mentari. Namun itulah yang kekal dalam ingatan. Membekas rasa malu dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Peliknya, kenangan2 itu menjadi indah bila dikenang kembali.

Waktu itu, langsung tiada rasa marah kepada guru. Itu perasaan saya dan saya tidak mewakili sahabat2 saya yang lain. Kerana saya tahu, di antara kawan2 saya ada yang merasa marah bila didenda. Mungkin mereka punyai sebab yang tersendiri. Wallahu a'alam.

Saya ingin sekali mencipta kenangan itu untuk anak2 murid saya. Tapi saya terfikir, adakah perkara yang indah pada saya juga akan menjadi indah buat mereka? Takut2 menjadikan mereka lebih benci seterusnya hilang minat terhadap Al-Quran, seperti yang terjadi pada salah seorang rakan saya. Saya tidak mahu perkara yang paling saya takuti itu berlaku. Nauzubillahi min zaalik!

Mereka, wajah2 itu amat mentah. Rasa bersalah bila melihat mereka. Yang sudah berada di menengah atas sekalipun masih terkapai2, apatahlagi yang baru menjenguk dunia menengah. Hendak ditengking, bimbang dikata bengkeng tidak bertempat. Tapi bila menegur lembut, dibuat main2 dan endah tidak endah sahaja.

Mungkin, cara saya meng'approach' mereka tidak kena. Minggu lalu, saya sudah mula menunjukkan taring. Sepanjang minggu itu, saya banyak menegur kesalahan mereka. Tapi hari ini mereka sudah mula cuba melarikan diri dari saya. I wonder, salahkah saya bila saya cuba menunjukkan ketidaksenangan hati saya terhadap kesalahan2 mereka? Apakah saya sudah jatuh ke tahap zalim? Apakah saya sudah gagal menjadi seorang guru??

Persoalan itu membuatkan saya menjadi takut. Esok, bagaimanakah cara untuk saya mendekati mereka? Setiap pagi saya mulakan dengan senyuman dan bertanya khabar. Untuk mewujudkan suasana ceria dan santai. Namun cara saya seolah2 tidak berkesan. Buntu.

Doa. Ya, mungkin kerana pergantungan saya dengan-Nya belum cukup kuat. Doa saya belum cukup ikhlas. Kerana itu, yang terbias adalah anak2 murid saya. Allah....la haula wala quwwata illa billah...rabbna yassir umuurana....habiibaati id'i3e li :)




p/s:

^_^ cita2 salah seorang pelajar saya nak jadi model. oh God! pelase guide her...
^_^ ada pelajar menangis tadi bila saya suruh tasmie, gulp! garang sangatkah saya??:s

4 comments:

Ain::Zai::Ta said...

k.ummi...
your story make my heart mengatakan..
"ya allah..."
apa-pun...zaman kita berubah..
inshaALLAH,betul doa dan pergantungan juga tadabbur itu penting utk kita dan mereka..moga tabah menghadapi hidup2 akan esok dan seterusnya..amin (--,)

arju sa'adah said...

yg pasti kalimah tu mmg xlepas dari mulut k.umie setiap kali dalam kelas...mohon doanya ya jijah..(",)

miEha said...

kak ummi,someone asked me,antara mtt ngn dq wich one is better??
n then,bissorohah..i ansed of cos,DQ!!
hehe..

midah penah jadi anak murid mtt gk..huhu

arju sa'adah said...

secara overall, bg k.umie dq..tp sistem 2 sekolah nie sgt jauh bezanya.mtt,student kne hfl quran+akademik dlm ms yg sama. sdgkn dq,lebih pd kitab2 kn?ok,ad je sbjek len.tp penekanan dberikn pd kitab2..

well,antara ank murid k.umie tu ad ex-dq,tp sygnya mereka jg antara yg memeningkn kepala otak i...huhu