Thursday, February 27, 2014

:: Keyakinan : Wasilah vs Penyembuh ::


Semalam, barang yang saya order daripada kawan sudah selamat sampai. Setiapkali saya beli barang2 suplemen macam nie, pasti saya akan teringat kata2 adik saya. Waktu itu, kami dalam perjalanan ke bandar. Sambil berbincang tentang pelbagai perkara, tiba2 terdengar di corong radio yang sedang rancak mengiklankan pelbagai produk kecantikan, kesihatan dan sebagainya. Sebaik sahaja mendengar iklan sedemikian, lantas adik saya berkata;

'Pelik betul aku dengan orang2 nie. Macam dia dah beri'tiqad yang ubat2 tu yang menyembuhkan semua. Tanpa ubat tu tak boleh sembuh dan sihat. Seolah2 Allah itu tiada.'

Tersentap jua hati saya saat itu. Sebelum itu, saya tidak langsung terfikir perkara sedemikian. Bagi saya, ubat yang diambil itu usaha. Tapi mungkin jua, menyebabkan kita rasa ubat itu yang menyembuhkan kita. Tawakkal mungkin, tapi sekadar di bibir. Padahal yang layak menyembuhkan hanya Allah.

Ya,dari suatu sudut sesiapapun mampu berkata ubat ini hanya ikhtiar. Tetapi sejauhmana kita percaya bahawa ubat itu sekadar ikhtiar? Dan sejauhmana pula rasa yakin di hati bahawa Allah sahaja yang berkuasa atas segalanya iaitu tawakkal? Sungguh, meletakkan dua perkara ini dalam satu masa di dalam tempat yang sama iaitu hati, amat sukar. Sepatutnya ubat yang dianggap usaha itu hanya 10 peratus daripada keyakinan kita di dalam hati. Selebihnya adalah keimanan kita kepada Allah bahawa Dia yang Maha Berkuasa.

Seringkali yang terjadi, adalah apabila kita meletakkan ubat yang kita ambil sebagai penyebab kesembuhan kita 90%. Padahal kita lupa sebenarnya yang berkenan dan memberi keizinan kepada kita untuk sembuh adalah Dia. Jika dia tidak memberi izin, makanlah seberapa banyak ubat sekalipun penyakit kita tidak mungkin sembuh.

Inilah yang sepatutnya kita iktiqadkan dalam hati. Tapi sejauhmana kita mampu menyeimbangkan kedua perkara ini?

Ia bermula dari diri kita sendiri, setiapkali mengambil ubat perlu membetulkan niat. Niatkan kita mengambil ubat sebagai usaha, bukan kerana ubat itu kita sembuh. Selepas itu bertawakkallah. Semoga Allah perkenan untuk menyembuhkan kita dengan wasilah ubat tersebut. Jangan terus bertawakkal tanpa ikhtiar. Jangan juga berikhtiar semata2 tanpa tawakkal. Bukan mudah menjaga hati, tapi menjadi kewajipan kita untuk mengawalnya dari perkara yang boleh menjerumuskan kita ke lubang binasa.

Ubat oh ubat...botak kepala saya cari duit =.=

No comments: