Monday, August 29, 2011

:: Milik Siapa? ::


Salam akhir Ramadhan.

Ada rasa tak sedih dalam hati sebab dah nak tinggalkan Ramadhan?

T_T

..........................................

Lama kan tak update blog? Hmm...banyak sangat cerita yang nak saya kongsikan kat blog nie. Tapi bila tak ada mood+daunpalas, tak jadi apa2. Salahkan malas. Ye, salahkan dia. :P

Sekarang pun bukan ada mood sangat nak menulis+menaip. Tapi paksakan diri jugak.

Setakat nie jelah dulu..hehe=)


Firman Allah s.w.t di dalam kalam-Nya:

يآء يها الذين ءامنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون

Dua kalimah akhir di penghujung ayat ini, 'لعلكم تتقون'. Membawa maksud 'mudah2an kamu menjadi orang yang bertaqwa.

Setelah sebulan kita menjadi hamba di bulan Ramadhan, apakah jaminan kita menjadi insan yang bertaqwa?

Tepuk dada, tanya iman. Kalau iman masih teguh di dada, insyaAllah piala taqwa itu pasti milik kita.

Selamat bermujahadah di sebelas bulan akan datang.~muhasabah~

Monday, August 15, 2011

:: Maksiat & Dosa ::



Dari sebuah hadith mafhumnya berbunyi begini :

'Barangsiapa yang melakukan kejahatan pada waktu malamnya dan Allah menutupi kejahatan iaitu maksiat yang dilakukannya itu. Tetapi pada siangnya dia berjumpa dengan rakan2nya dan mengatakan, 'malam tadi aku begini, begitu.(menceritakan kejahatan tersebut) maka sesungguhnya dia telah membuka keaibannya yang telah ditutup oleh Allah s.wt.

-sumber (?)-

Mohon maaf kerana tidak dapat berkongsi kesahihan riwayat dan matan hadith di atas.

Tiba2 saja saya teringat akan hadith nie. Sesungguhnya orang di atas masih beruntung dan bertuah kerana Allah telah menutup kesalahan dan keaibannya. Yang silap, bila dia sendiri yang membukanya.

Tapi aib yang dibuka Allah, bagaimana pula? Nauzubillahi min zaalik.

Kadang2 kita tidak sedar, dalam kehidupan seharian kita, banyak langkah yang tersasar. Seringkali bila kita membuat dosa, hati kita resah. Takutkan pandangan manusia, jatuh air muka dan bimbangkan pandangan orang pada kita. Pandangan Allah pula? Tidak pedulikah kita?

Panjatkanlah rasa syukur. Semoga dengan ketakutan dan kebimbangan dosa yang dilakukan itu terbongkar di mata manusia, membawa kita pada gerunnya neraka Allah. Berdoalah semoga Allah tidak membukanya, di samping taubat nasuha dengan harapan tidak akan kembali lagi ke tempat itu.

Seorang mu'min tidak akan terjatuh ke dalam lubang yang sama dua kali!

Kuatkan diri untuk meraih syurga dan redha Allah...


Diri terbuai dengan dunia yang hanya wasilah, sedang cahaya akhirah masih menyala untuk mencapai ghayah. Wake-up diri!!

Thursday, August 11, 2011

:: Doa Seorang Asing ::


Saya lupa nak bagitahu.

Pakatan kami tak jadi pergi Syria. :(

Namun kami yakin pasti ada hikmahnya yang kami tidak tahu. Tersembunyi dalam lipatan maarifah-Nya. Mungkin ini yang terbaik. Redha dan pasti. Mungkin Dia sedang mengaturkan kami pergi ke tempat yang lebih baik untuk kami:)

Kali nie saya nak ceritakan tentang qoror (peraturan) yang telah persatuan tetapkan untuk kami pelajar Malaysia di sini. Bumi Mafraq. Bumi yang paling tandus kot di Jordan nie. Tapi untuk digelar paling sahara, tak boleh juga. Sebab tanah atau tempat yang paling tandus bukan di Mafraq. Tapi saya lupa nama tempat yang seorang pakcik teksi pernah sebut sebagai gurun sahara di bumi Bani Hasyim nie.

Qoror kami, pelajar perempuan yang ingin keluar dari sakan atau rumah selepas maghrib hendaklah diiringi muraqib atau peneman daripada kalangan pelajar lelaki. Tidak lain tidak bukan ini sudah tentulah untuk keselamatan pelajar perempuan itu sendiri. Maklum sajalah bila berada di tempat asing. Segala pergerakan menjadi tumpuan. Sudah banyak kes kecurian, ragut dan tidak kurang pelajar perempuan diraba yang dilaporkan.

Setakat nie alhamdulillah, di Mafraq keadaan masih selamat untuk dihuni. :) Tapi risau pula bila penempatan di luar kawasan universiti dibuka, keadaan menjadi sebaliknya. Sebelum nie pelajar perempuan digalakkan untuk tinggal di asrama dalam universiti. Saya akui akan jaminan keselamatan pelajar perempuan di kawasan asrama. Apatahlagi kawasan universiti Al al-Bayt berada jauh dari penempatan dan bandar. Berlainan dengan Universiti Yarmouk di bumi Irbid. Yarmouk terletak betul2 di pusat bandar dan penempatan penduduk. Menjadikan Yarmouk salah satu daripada pilihan kegemaran pelajar Malaysia kerana kedudukannya yang strategik.

Kita sedia maklum, setiap malam bulan Ramadhan kita akan menunaikan sunat terawih dan witir. Bagi kita majoriti rakyat Malaysia, akan menunaikan solat ini secara berjemaah di surau atau masjid. Perkara yang sama juga dilakukan di sini. Setiap kali ingin menunaikan solat Isyak dan terawih, kami akan berjemaah di masjid2 yang banyak di sekitar Mafraq.

Tahun ini, tahun pertama saya menunaikan sembahyang terawih di luar kawasan universiti selepas berpindah ke rumah sewa Mei lalu. Agak kekok, tapi gembira kerana masih diberi kesempatan untuk merasai pengalaman itu. Kedudukan rumah sewa saya yang terletak bersebelahan dengan masjid memudahkan saya untuk keluar berterawih tanpa ditemani muraqib. Sudah dikira satu bonus.

Malangnya saya nie, seorang yang cepat bosan dengan perkara yang sama. Sebelum Ramadhan lagi, saya dan ahli Qasr merancang untuk berterawih di masjid yang berbeza2 setiap hari. Wah...kononnya lah menjadi makmum pada imam yang berbeza2. Mengenangkan qoror yang mewajibkan muraqib untuk keluar selepas maghrib, saya jadi lemah. Susahnya mencari seorang muraqib!

Bila difikir2kan balik, patutlah akhawat Mafraq nie dikata kuat (bukan saya yang cakap ya, adalah seorang ikhwah dari mantiqah lain yang cakap). Mungkin kerana sudah terpaksa berdikari sendiri dalam banyak hal. Syabab yang boleh diharap amat sedikit. Seringkali orang yang sama muncul menawarkan diri jika ada akhawat yang ingin meminta tolong. Bila dikata tak boleh diharap, melenting. Menyalahkan akhawat pula dan dikatakan syadid. Aduh...syadid sangatkah jika tidak bergurau senda dengan syabab??

Mencari seorang muraqib, ibarat mencari pasir di dalam timbunan batu. Payahnya mencari seseorang yang sudi memuraqibkan akhawat dengan ikhlas. Bukan tiada langsung. Tapi adanya satu dalam seribu. Sebab itulah akhawat lebih suka berjalan tanpa muraqib. Saya sendiri pun, kalau tidak kerana adanya qoror yang mewajibkan, sudah tentu saya tidak akan bersusahpayah mencari lelaki untuk menjadi muraqib.

Agaknya mereka fikir akhawat gembira berjalan ditemani muraqib? Oh tidak! Saya harap bukan itu yang terlintas di fikiran mereka. Kami mencari bukan untuk menyusahkan antum. Keluar malam2, sekadar menemani sehingga sampai di rumah atau asrama dan tidak mendapat gaji. Bukan itu yang kami rasakan. Kami juga, tidak mahu menjadi sasaran kesusahan antum. Kalau boleh, kami tidak mahu langsung mengganggu antum yang sedang tekun belajar. Kami lebih gembira berjalan2 tanpa lelaki. Bebas berjalan tanpa antum di depan dan belakang kami. Tapi qoror yang ditetapkan untuk dipatuhi bukan sebaliknya.

Dalam hati, terdetik juga perasaan bersalah bila antum sedia keluar memuraqibkan dan memastikan keselamatan kami. Di sebalik rasa tersebut, terselit juga rasa kagum pada antum yang sudi mengorbankan masa dan tenaga. Menjaga keselamatan kami yang langsung tiada hubungan darah dengan antum.

gambar nie diambil di Mesir. bagusnya mereka kerana sanggup melayan karenah kami sepanjang 9 hari di Mesir:)


Doa kami (bukan orang dalam gambar tu je ye):

1) Semoga Allah menghadiahkan ganjaran yang terbaik kepada antum.

2) Semoga Allah melindungi antum sepertimana kesungguhan antum melindungi kami.

3) Semoga Allah memastikan keselamatan ibu, kakak, adik2 perempuan, isteri dan saudara2 perempuan antum lebih daripada antum memastikan keselamatan kami di sini.

4) Dengan susah payah antum mengorbankan masa study sendiri kerana kami yang tidak penting ini, Allah menghadiahkan pemahaman yang sesungguhnya buat antum.

Jadilah antum mu'min yang kuat untuk mu'minat amnya. Seorang mu'min yang sebenar tidak terhenti pedulinya pada keluarga, isteri dan ibunya sahaja tetapi pedulinya pada seluruh umat Islam yang berkongsi aqidahnya.

Jazakumullahu khairal jaza'.

:: Nak, Tak Nak ::


FASA BERTINGKAT



Salam fasa kedua Ramadhan.

Sekejap je kan? Fasa pertama sudah pun berlalu. Tanpa membuang masa fasa kedua pula menjenguk diri. Entah apa yang telah aku buat untuk fasa pertama itu, hanya Allah yang berhak menilai. Saya yakin, pastinya doa saya dan kalian sama. Semoga Allah menilai dan meletakkan amalan2 dan segala taubat kita di sisi-Nya dengan nilaian terindah di akhirat kelak. Amiin.

Sejak sepuluh hari yang lalu, sangat jarang kami ahli Qasr Hauraa' berkesempatan beriftor di qasr kami. Hampir setiap hari ada undangan. Rezeki ramadhan. Berbuka di Mafraq, malah tidak kurang di Amman. Malah hari nie pun kami ada undangan. Alhamdulillah, sebab itulah tidak ada yang kebuluran di bulan Ramadhan. Di mana2 pun ramai yang berkenan mengeluarkan 'zakat'(",)

Istimewanya Ramadhan, ramai yang berebut-rebut mengeluarkan apa yang ada di dalam poket. Kalau di bulan2 lain hanya sekali dua mengeluarkannya dari poket, bulan Ramadhan sudah seminggu sekali. Sebulan sudah empat kali. Sifir yang sangat menarik.

Kadang2 saya tersenyum sendiri bila memikirkan hal ini. Bulan Ramadhan tersangatlah iltizam dan istiqamahnya sedekah dan melakukan amalan2 sunat yang lain. Ada yang susah bangun malam, senang bangun sahur. Susah baca quran walaupun satu muka surat, boleh menghabiskan sejuzu' pada bulan Ramadhan. Masing2 berebut dan tamakkan pahala dan rahmat bulan ini.

Tidak salah. Siapa yang mengatakannya salah? Mai habaq kat chek! hehe

Tapi bukankah lebih afdhal jika ia juga diamalkan pada bulan2 lain?

Sedekah bukan hanya bulan ini.

Tahajud juga bukan hanya dalam bulan ini.

Ya Allah, istiqamahkan kami. Thabbitna....

Alangkah nikmatnya jika bulan2 lain juga adalah Ramadhan^_^


UDARA URDUN

sekadar hiasan


Di bumi Urdun, yang paling best bila bulan ramadhan adalah udaranya. Tanyalah siapa2 yang pernah atau sedang belajar di Jordan (yang pernah melalui Ramadhan kat sinilah) apa yang paling best bila bulan Ramadhan? Saya pasti jawapan mereka bukanlah qutaiyef, bukan juga tamarhind, tapi udaranya.

Amat sukar untuk mencari lelaki yang tidak merokok di bumi padang pasir nie. Waktu mula2 saya menjejakkan kaki ke sini (sampai sekarang pun), saya amat sukar untuk menyesuaikan diri dengan tabiat mereka yang satu nie. Mungkin kerana environment saya dibesarkan tidak ada tabiat ini. Ayah saya juga tidak merokok. Sebab itu adik2 lelaki saya dah kena warning siap2. 'Ayah tak hisap rokok, anak2 jangan gatal2 nak hisap!'

Tapi di sini, jamiah, tempat2 awam, jalan (tambah lagi asap2 enjin kereta), malah di hospital dan klinik pun asap2 rokok berkepul2. Argh tensionnya saya. Kalaupun nak bunuh diri, janganlah bunuh sekali dengan orang2 sekeliling. Tak pasal2 orang lain pun jadi mangsa. Hisy!!

Tapi bila bulan rahmat nie tiba, kita dah tak perlu risau akan keadaan tu. Tiada lagi asap2 rokok yang berkepul2. Nak jalan2 pun rasa selesa. Udara pun segar. Alhamdulillah sekurang2nya ada lagi udara bersih untuk bumi Jordan nie. Hihi...:P


SABAN TAHUN

Tahun nie, ramai sangat sahabat2 yang balik ke Malaysia.

Sejak dua tiga tahun nie makin ramai pulak yang balik ke Malaysia setiap tahun. Bimbang pula saya. Penyakit pulang ke Malaysia setiap tahun semakin menular nampaknya. Bila setiap tahun pulang beraya bersama keluarga di Malaysia, bila pula ingin merasa beraya di Jordan? Empat tahun di bumi orang, sepatutnya kita mengutip pengalaman sebanyak mungkin. Melihat cara bangsa lain merayakan aidilfitri, tidak sama dengan bangsa sendiri. Juga cara mereka mengimarahkan Ramadhan, juga tidak sama. Terlalu banyak mutiara yang kita boleh kutip.


Dears, akal saya tidak mampu memikirkan akan terjadinya situasi begini suatu hari nanti.

A : Best tak Ramadhan dan raya kat Jordan?
B : Ramadhan? erm..erm...bolehlah...sama je dengan sini (Malaysia).

-dialog di atas adalah rekaan semata2. Harap maklum-

Si A adalah orang Malaysia yang tidak pernah ke bumi Jordan untuk berpuasa dan beraya di sana. Tetapi si B adalah salah seorang daripada ribuan graduan Jordan yang pernah menuntut selama empat tahun. Namun jawapannya sama seperti jutaan orang yang tidak pernah ke Jordan. Kerana apa? Kerana pengetahuan dan pengalamannya kosong! Tidak pernah merasai suasananya. Jadi apa yang boleh dia sampaikan kepada si A?

Amat sayang dan rugi jika kita tidak mengambil peluang tersebut. Yang paling saya kagum dengan mereka bangsa Arab di sini, bila masuk ke fasa terakhir Ramadhan. Saya masih belum ingin bercerita. Nanti bila dah masuk ke fasa tersebut, insyaAllah saya akan menulisnya. Tolong ingatkan saya!

Saya tidak berharap orang menganggap sangkaan saya ini sebagai sumpahan. Fikirlah secara positif dan rasional. Tiada yang lebih berharga daripada pengalaman. Setinggi manapun ilmu kita, masih tidak dapat menandingi tingginya harga sebuah pengalaman.

Saturday, August 6, 2011

:: Kotak Hati ::



RAMADHANKU

Pejam celik pejam celik, hari nie dah masuk hari ke-6 Ramadhan.

Semoga Allah sudi menerima segala penat lelah, lesu, lapar, dahaga, taubat dan amalan kita semua.

Juga Dia berkenan untuk memanjangkan hayat kita hingga ke Ramadhan2 seterusnya. Amiin.



PERMATAKU


Semalam, membuat panggilan ke rumah. Mafraq-Jordan-Malaysia-Terengganu. Tersentak seketika, emak di sana sudah 5 hari demam. Suara pun hampir2 tidak kedengaran. Hanya saya yang bercakap T_T....Sehari sebelum puasa, saya dah telefon ke rumah. Masa tu kesihatan emak masih baik. Jadi langsung tidak terlintas di hati keesokan harinya emak akan demam dan melarat hingga ke hari ini. Sahabat2, tolong doakan kesihatan ibu saya. Bila dengar suaranya semalam, rasa nak terus terbang ke Malaysia. Memang sejak kebelakangan ini kesihatan beliau kurang baik. Lebih daripada sedih, saya rasa takut..:/

Semalam juga masih tidak berkesempatan untuk bercakap dengan ayah. Tidak sampai hati pula untuk menyuruh emak memanggil ayah ke telefon dalam keadaannya yang begitu. Hendak bergerak pun sukar...hm, itulah susahnya bila ayah berkeras tidak mahu menggunakan handset. Jawapannya senang. Setiapkali kami menyuruhnya membeli sebuah handset untuk kegunaannya, dia akan jawab : 'Rumah kan dah ada telefon. Telefon jelah rumah.' Oh ayahku...kalaulah telefon rumah tu boleh dibawa ke mana2...:(

Oh permataku...T_T

Ya Allah, Engkau rahmatilah ibubapaku, kurniakanlah mereka kesihatan yang baik. Izinkanlah aku untuk terus berbakti kepada mereka ya Rabb....



اللهم اغفرلنا ذنوبنا ولوالدينا وارحمهما كما ربيانا صغيرا


Urusan tiket saya masih belum selesai sepenuhnya. Doakan semoga segalanya berjalan lancar dan dibukakan pintu2 kesenangan untuk kami pulang ke Malaysia.

Dalam rasa seronok untuk pulang, ada rasa sedih bermukim di dada. Empat tahun bukan jangkamasa yang singkat. Jordan sudah menjadi negara kedua saya. Mafraq sudah menjadi negeri kedua saya. Al al-Bayt sudah menjadi rumah kedua saya. Pelajar2 Al alBayt sudah menjadi adik beradik saya!

Saya pasti akan merindui semuanya. Padangnya yang luas berdebu tanpa tumbuhan. Kawasan jamiah yang hampir 80peratus daripadanya dihiasi pohon zaitun. Sedikit pohon pain dan pohon rhu. Mungkin 10 tahun akan datang, ianya masih begitu. Namun 10 tahun akan datang, saya belum tentu berkesempatan untuk kembali. Namun dalam hati saya masih berdoa untuk ke sini semula. Semoga Allah panjangkan rezeki saya untuk ke sini. Tidak bergelar pelajar pun tidak mengapa, asalkan saya berpeluang untuk menjejakkan kaki di bumi tinggalan anbiya' ini.


SYRIA KEDUA

Dua hari lalu, mendapat panggilan daripada Ketua Helwi PRISMA. Presiden sudah meluluskan permohonan kami ke Syria. Hati berbunga2. Alhamdulillah, semoga Allah mudahkan urusan. Memang sejak awal lagi kami merancang untuk beRamadhan di sana. Jadi bermulalah pencarian muraqib yang akan mengiringi kami pergi dan balik dari Syria.

Telefon sana sini, seorang sahabat saya sudahpun membuat status di FBnya. Syabab Mafraq sudah ramai yang berada di sana rupanya. Bila berita kami ingin ke sana diketahui, ramailah yang memberi nasihat agar dibatalkan saja. Katanya sudah banyak muzaharat (demonstrasi) berlaku di Syria. Damsyiq pun tidak ketinggalan. Tengah2 solat Terawih tiba2 kena lari bertempiaran adalah fenomena biasa. Allah....

Bila sudah begitu, presiden pula macam goyah untuk melepaskan kami. :(( Kalau kami lelaki, tidaklah terlalu sukar rasanya. Kalaupun kena lari semasa solat Terawih, kami boleh lari. Tetapi yang menjadi sukarnya bila kami perempuan. Tambahan pula kami pergi bukan seorang dua, tapi hampir 10 orang. Macamana musyrif hendak memastikan keselamatan kami?

Walaupun keyakinan saya sudah jatuh sedikit, jauh di sudut hati saya tetap ingin ke sana. Terfikir juga, degilkah aku? Tapi kalau bukan sekarang, bila lagi? Saya takut saya sudah tidak berkesempatan lagi untuk ke sana. Bila kaki sudah menjejak Malaysia, sudah pasti peluang ke sana amat tipis. Seperti tipisnya peluang saya untuk kembali ke sini lagi.

Walauapapun, kami masih menunggu keputusan presiden. Kalau ditakdirkan kami tidak diizinkan, insya-Allah adalah hikmah di sebaliknya. Jika presiden mengizinkan, insya-Allah kami akan bertolak ke sana pada 10 Ramadhan. Sahhil...sahiil...sahhil...ya Allah...


Monday, August 1, 2011

:: Excited ::


Dua hari sebelum Ramadhan bertandang, rumah2 Arab di sekeliling dah mula pasang lampu liplap (bahasa fushahnye apa ye?tak tahu,hehe) Mula2 saya perasan dua buah rumah di depan rumah sewa saya. Tapi semalam, semasa saya keluar ke masjid menunaikan solat Isya' plus terawih di Masjid Anas (sebelah rumah), rupa2nya semua rumah menyalakan lampu tersebut. Wah...meriahnya rasa. Seronok tengok lampu tu berkelip2 dalam macam2 warna dan bentuk. But mostly dalam bentuk bulan sabit la. Ada yang kecik, tak kurang yang sederhana sedikit dan besar. Ada sesetengah rumah menyalakan bukan satu, malah dua sekaligus. Memang meriah.

So terdetiklah nak pasang jugak lampu tu. Actually, dah lama nak beli lampu tu. Pasang kat depan rumah. Kalau tak di tingkap pun, letak kat depan pintu. Cantik2...berangan. Hari tu masa pergi Amman, nampak banyak sangat jual kat tepi2 jalan. Mula2 tanya, jd3. So tak jadi ambik. Mahal sangat. Lagipun timbalan bendahari cakap nanti dekat2 raya baru murah. Ikut. Jalan depan sikit, tanya lagi. Kali nie jd1.500. Wah! Baru je nak ambik, tiba2 timbalan bendahari cakap ayat sama. Kali nie saya dan kawan saya seorang lagi tergelak. Berapa agaknya yang diorang akan turunkan kalau harga sekarang dah jd1.500?? Adoi...susah jugak berjalan dengan bendahari nie. Hehehe so, akhirnya kami tak beli. Bukan sebab apa yang bendahari cakap. Kalau minta kurang, rasanya pakcik tu bagi je. Tapi sebab tak banyak pilihan. Nantilah, bila dah ada jodoh, kami beli. =P

Semalam, 31 Julai. Kami akhawat pergi ke kebun buah. Dah lama tak pergi. Biasanya rehlah ke kebun buah memang menjadi agenda tahunan kami akhawat kat sini. Tapi tahun lepas kami tak pergi sebab kekangan masa. Masa free, buah pulak tak ada. Tangguh punya tangguh, sampailah ke bulan Ramadhan akhirnya tak pergi. Cuaca pulak memang panas sangat. Tahun nie pun sama cuacanya. Panas yang amat. Tapi insyaAllah kheir...



Sebenarnya nak cerita pasal kisah semalam. Kebun buah tu besar sangat2. Entah berapa hektarlah kawasannya. Macam2 buah ada. Pear, epal, peach, peach leper, delima, timun cina (tembikai), tembikai susu, macam2 lagilah. Tengah2 semangat + excited mengutip buah semalam, tiba2 terdengar suatu suara. Alkisahnya, adalah 5orang sahabat nie seronok sangat mengutip buah. Sampaikan ke ceruk2 mana diorang masuk. Mula2 saya pun nak masuk jugak kawasan tu. Yelah, sebab sebelum nie tak pernah pun masuk bahagian tu. Nak tengok buah apa yang ada kat situ. Tapi 'anak2' yang ikut sekali dah letih. Tak nak masuk. So saya pun ikut jelah diorang. Rupa2nya ada hikmahnya ikut karenah 'anak2' nie. Tak pasal2 saya jadi 'ibu' sekejap semalam. Ramai sangat nak jadi anak. Hehe..ok, sambung. Bila kami membelok lalu kat kawasan tu, tiba2 terdengar satu suara.

'Macam suara anjing je.' Saya bersuara. Sahabat2 di kiri dan kanan saya memasang telinga. Makin lama makin kuat. Serentak mata saya menangkap sesuatu di hujung jalan. Waaa anjing! Kalau diikutkan rasa takut, memang dah lama saya berlari. Tapi teringatkan haiwan yang satu nie memang sangat berkenan kalau tengok orang berlari, terpaksa tahan niat tu. Kami berpatah ke jalan sebelahnya sambil jalan laju2. Bila saya toleh ke belakang, nampaklah 5orang yang semangat kutip buah tadi berlari ke arah kami.

'Jangan lari weh. Kat sini pun ada anjing jugak.' Rupa2nya suara anjing yang kami dengar tadi datang daripada anjing yang berada dalam kebun yang sama diorang masuk kutip buah. Tergelak2 kami bertiga tengok diorang berlari kelam kabut. Tapi bila anjing tu berpatah balik, diorang masuk balik. Haisy degil betul budak2 nih. =P

Pertama kali sepanjang saya ke kebun buah, ada orang kena kejar dek anjing. :D

Letih kutip buah, kami bertolak balik ke rumah dan sakan masing2. Walaupun letih, tetap best! Terima kasih semua.


**************************************************************************


Sebelah malamnya, kami bertarawih. Tak jauh. Untuk malam yang pertama terawih, kami adik beradik Qasr Hauraa' sepakat pergi masjid sebelah rumah je. Lagipun masing2 dah letih panjat pokok siang tadi:P

Kami sampai awal ke masjid. Bahagian perempuan hanya ada seorang makcik. Itupun sebab dia yang pegang kunci masjid. Kami pun mengambil tempat di bahagian tengah. Afdhalnya begitulah, mula saf dari bahagian tengah betul2 belakang imam. Baru je nak duduk, tiba2 seorang ahli qasr bersuara, alamak terlupa bawak kain. Hah? Hahaha...kami tergelak. Ya Allah...asalnya dia yang paling semangat + excited nak tarawih. Alih2 dia pulak yang tertinggal kain sembahyang. So berjalanlah lagi saya menemani dia balik ke rumah untuk ambil kain telekung yang tertinggal. Mujurlah rumah hanya beberapa langkah dari masjid. Kalau tidak, saya suruh je dia labuhkan kain kurung yang dipakai.

Awal 10 Ramadhan, tarawih di Masjid Anas berimamkan syab Malizi. Nak tahu siapa? Kenalah datang sini dengar sendiri.

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.

Ramadhan ini yang terakhir di Bumi Syam.

Berharap bukanlah terakhir untuk selama2nya.

Ramadhan kareem. Taqabbalallah, minna wa minkum solihul a'mal. Ameen.