Tuesday, May 31, 2011

:: Rantai Itu Masih Bersambung ::



Nikmat Allah terasa lagi. Tadi kami baru sahaja meletakkan taklifan sebagai barisan kepimpinan PRISMA 2010/2011. Terasa baru semalam menggalas taklifan tersebut dan melafaz ikrar. Tetapi hari ini sudah bergelar mantan. Mundar-mandir tanpa jawatan. huhu


Alhamdulillah segala2nya berjalan dengan lancar. Walaupun dengan kekangan bajet untuk program dan pelbagai masalah yang timbul sebelum itu, majlis tersebut tetap dapat berlangsung dengan jayanya. Sebagai penghargaan kepada seluruh AJK pelaksana program, syabas dan tahniah diucapkan kepada antum! Hanya Allah yang berhak membalasnya.


Sewaktu mantan presiden 2010/2011 (juga presiden sesi 2011/2012) membuat ucapan pembubaran tadi, serasanya terlepas segala amanah yang tergalas di bahu selama ini. Tiga tahun di dalam prisma, sudah tentu pelbagai kisah suka dan suka saya terakam di situ. Bermula dengan Ahli Majlis Eksekutif sehinggalah memegang tampuk pimpinan sebagai Ahli Majlis Tertinggi selama dua tahun, pastilah coretan diary hidup saya penuh dengan cerita Prisma. Perasaan sayang dan kasih sudah lama sebati dalam jiwa saya. Tipulah jika saya mengatakan saya tidak sayangkan persatuan ini...


Bermotokan Prisma United, saya bersama 22 orang lagi sahabat yang lain cuba menerajui prisma dengan lebih komited. Saya akui masih banyak kekurangan dan kelompangan yang harus diperbaiki. Namun sekurang2nya saya tidak mengalah pada kekurangan tersebut. Terharu saya pada kesatuan dan kerjasama yang diberikan seluruh barisan kepimpinan 2010/2011 terutama dari HEWISMA. Walaupun banyak rintangan dan dugaan yang harus kami tempuhi, namun sahabat2 saya ini tidak pernah berputus asa. Terkadang kami lemah, namun alhamdulillah masih ada yang sudi membangkitkan roh baru. Terkadang kami rebah, tidak mampu berdiri apatahlagi berlari, namun masih ada sahabat yang menahan kami dari tersungkur. Lantas jika anda di tempat saya, apakah wajar anda tidak menyayangi kesatuan ini?


Tatkala mata saya hinggap pada wajah2 baru kepimpinan akan datang, ada air mata mengalir ke pipi. Entah mengapa saya merasa kasihan pada wajah2 polos di hadapan saya. Menggalas sebuah amanah dan tanggungjawab yang bukan sedikit. Malah teramat banyak dan berat. Juga membawa impian sebahagian daripada kami untuk melihat prisma berubah. Impian ini tidak akan terlaksana di dalam jangka masa yang singkat. Mungkin kami sendiri tidak mampu untuk melihatnya apatahlagi merasainya. Mungkin yang akan merasainya nanti bukan anak2 kami, tapi cucu cicit kami di kemudian hari. Tidak mengapa, yang kami harapkan bukan natijah secara mubasyarah, tetapi natijah yang berpanjangan di hari kelak. Sekurang2nya kami sudah menjadi ejen pencetus, dan mengharapkan adik2 untuk menggerakkannya.


Panjang saya berceloteh kali ini. Terus terang saya katakan hati saya berat untuk meninggalkan prisma. Kasihankan adik2 yang bakal meneruskan perjuangan dengan dugaan yang berbeza di masa kelak. Semoga kalian tabah. Usah mundur jika musuh di depan mata. Bangkit bila tersadung langkah. Kalianlah mata rantai penyambung perjuangan risalah suci ini. Jangan mudah menyerah dan berputus asa. Allah ma3akum.

4 comments:

mieha. said...

terus terang saya katakan yang saya taknak kehilangan kak ummi.huhu.

kak ummi,patah tumbuh hilang berganti.jangan risau insyaallah ada yang terbaik yang akan menerajui PRISMA united.

yang penting banyakkan berdoa moga hati-hati kita terus bersatu dalam 1 fikrah.1 matlamat.!!

Anonymous said...

~satu hati. satu fikrah. satu matlamat. satu amal.~

insyaALLAH kher!! yang pasti dan penting, umie doakan untuk barisan kepimpinan baru terus kuat dan sabar meneraju PRISMA! moga ISLAM dan syariat ALLAH menjadi asas penting dalam terajuan dan perubahan itu!

Allah sentiasa mendengar rayuan kita!! (",) ^_^
DIA sentiasa ada bersama hamba-hamba-hambaNYA yang selalu bersama-NYA dan NASRULLAH pasti mengiringi!

semoga terus thabat di jalan-NYA walau di posisi mana anda berada!

perjalanan ini masih panjang!

terus memberi tanpa rasa jemu dan penat!
salam kasih fillah..;)

arju sa'adah said...

dik mieha,insyaAllah kita sama2 doakn yg terbaik.yg penting korg kne kuat.jgn cpt mengalah dgn situasi...
anonymous,rasa mcm tau je sape;) sama2 memberi.Semoga Allah mganjari dgn sebaik2 ganjaran.

mieha. said...

saya rasa tak kuat.sebab tu cepat kalah ngan situasi.oh tuhan,apa dayaku!