Tuesday, December 18, 2012

:: Hujan Lagi ::

Musim hujan. Tidak terkira titisan hujan yang turun membasahi bumi. Alhamdulillah....

Pagi tadi ditugaskan bagi tazkirah mewakili pensyarah2 dalam perhimpunan pagi. Berdebarnya memang susah nak kata. Tapi 3ala kulli hal, alhamdulillah selesai dengan baik. All thanks to Allah and my housemate k.Day. Dia yang bersungguh2 memberi semangat dan menadah telinga mendengar luahan debaran saya. Entah2 dah berkarat telinganya mendengar rungutan kosong dan tidak berisi daripada saya. Sorry ya sis! Nak buat macamana, housemate yang lain seorang dah ke Mesir, seorang lagi honeymoon, terpaksalah you seorang yang mendengarnya. =P

Akhirnya dah habis pun tugas tazkirah pagi untuk tahun nie. Alhamdulillah 3x....Harapnya tahun depan tak sempat dah bagi tazkirah. Haha...apa punya ustazah lah kan. Nak suruh bagi tazkirah je pun, bukan suruh mati berjihad halau musuh masuk negara. Penakutnya tak habis2 lagi. Terfikir juga bila agaknya perasaan gemuruh nie nak hilang. Harapnya janganlah sampai ke tua masih takut nak bercakap depan orang.

Bila tengok rintik2 hujan di luar kelas tadi, tiba2 teringat lagu nie. Lepas tu mulalah teringat2 ke wajah mak, ayah, adik2....


Mujurlah Allah mentakdirkan saya bekerja di Kemaman sahaja. Tidaklah jauh sangat dengan rumah kalau nak dibandingkan sampai ke luar negeri Terengganu. Paling kurang, setiap hujung minggu boleh balik menjenguk muka kecuali bila ada hal2 atau program2 tertentu yang menyebabkan saya tidak dapat balik pada hujung minggu. Tapi setakat nie, penglibatannya belum terlalu mendesak.

Kadang2 kasihan juga pada pelajar2 nie. Mereka masih perlukan tunjuk ajar yang banyak untuk menjayakan sesuatu program. Agaknya mereka tidak pernah berdikari untuk menjalankan sesuatu aktiviti. Semuanya bergantung kepada pengurusan dan pentadbiran sekolah. Ah, masuk bab nie malas saya nak ulas. Sudahnya nanti semua terbongkar.

Okey, selamat berhujanlah diriku di sini dan buat adik2 Jordan, all the best 4 ur exams. Bittaufeq wannajah!!! Rindunya lah kat korang2 semua :D

Monday, December 17, 2012

:: SMS ::


Ayah masih sama. Keadaannya tidak banyak berubah. Cuma 2 hari lalu, dia nampaknya sudah boleh bergerak lebih banyak dari biasa. Syukur alhamdulillah. Hari demi hari, kami sekeluarga masih mendoakan kesembuhan yang lebih baik buat ayah.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tidak ramai orang yang benar2 boleh menghayati apa yang orang lain rasa. Saya tidak menujukan kepada siapa2, contoh yang paling dekat adalah diri saya sendiri. Sejauhmana saya boleh merasai keperitan dan kesusahan orang di sekeliling saya. Saya akui, adakalanya diri sendiri sukar untuk meletakkan rasa yang serupa di dalam kasut orang yang melaluinya.

Bila ayah diserang sakit, saya mula merasainya. Dengan hanya sepotong sms 'macamana ayah?' sudah cukup membuatkan saya merasa senang. Rasa sedih terubat apabila ada yang bertanyakan keadaan ayah walaupun orangnya tidak berada di depan mata. Saat ini memang terasa indahnya bersahabat. Mungkin dia sukar untuk berziarah lantaran kerja dan kekangan waktu. Ia langsung tidak menjadi masalah.

Kadang2 saya sendiri hairan, macamana dengan pertanyaan khabar dari seseorang membuatkan kita rasa gembira. Membuatkan kita merasa dihargai dan diingati. Hanya dengan sepotong sms. Yang ditanya pun bukanlah khabar keadaan kita, tetapi khabar ayah. Tidak perlu berada di depan mata berziarah. Juga tidak perlu menelefon bercakap berjam2. Cukup sekadar itu.

Ada ketikanya saya menangis apabila menerima sms begitu. Hati yang sedang sarat dengan rasa sedih kerana ayah yang terlantar, terubat dengan sms ingatan dari sahabat. Saya mulai mengerti, betapa ingatan dan doa seorang sahabat amat bermakna jika kita di dalam kesedihan dan kesunyian. Betapa Allah...menghadirkan rasa nikmat ukhwah dalam cara yang berbeza. Di dalam pelbagai bentuk yang tidak terduga.

Allah...terima kasih. Engkau menghadirkan sahabat yang ikhlas bersamaku. Walau apapun kekurangan yang kekhilafan yang aku perlihatkan kepada mereka, mereka masih setia bersamaku. Jasad mereka mungkin jauh, tetapi mereka masih berada di bumi yang sama denganku.

Ya Allah...peliharalah kami, kumpulkanlah kami di dalam halaqah rahmat-Mu yang Pengasih. 

Sahabat....terima kasih atas keprihatinanmu. Uhibbukunna fillah.
 


Saturday, December 15, 2012

:: Dia Yang Ku Panggil Ayah -2- ::


Perjalanan kami pada kebiasaannya mengambil masa kira2 3 jam tetapi malam itu anehnya terasa singkat. Mungkin Allah telah melipat dan memendekkan jalan untuk kami. 3ala kulli hal, alhamdulillah. Perodua Alza yang dipandu k.Day membelok masuk ke perkarangan hospital. Saya telah sedia maklum, ibu tiada di situ. Yang menunggu di wad kecemasan hospital saat itu ialah dua orang adik saya, abang angkat, isteri dan anaknya, juga dua orang bapa saudara saya. Ketika kami sampai, hanya adik saya yang kedua menemani ayah saya di wad kecemasan manakala yang lain berada di lobi hospital menunggu keputusan doktor yang merawat.

Selepas menerangkan serba sedikit tentang sakit ayah, abang angkat saya meminta agar membawa anak isterinya balik ke rumah untuk berehat. Mereka sekeluarga berkejar dari Besut selepas kakak ipar menghadiri temuduga j-Qaf di sana siang harinya. Dan mereka belum dapat merehatkan tubuh sedari pagi. Apatahlagi anaknya yang baru berusia setahun, sudah pastilah keadaan di hospital kurang selesa buat mereka sekeluarga. Sekali lagi saya meminta jasa baik k.Day untuk menghantar kami pulang ke rumah. menemani ibu yang keseorangan.

Saya, ibu, adik dan abang angkat berangkat ke hospital pada pagi esoknya. Adik saya yang kedua sememangnya berada di hospital sejak semalam. Sejak dari awal pagi lagi dia menelefon, memaklumkan doktor ingin berjumpa dan berbincang. Sampai di hospital kami masuk melalui pintu kecemasan memandangkan pintu utama tidak dibuka sebelum waktu melawat jam 1 tengahari.

Sampai di wad 7EF, hanya 2 orang yang dibenarkan masuk ke ruang pesakit. Saya bergilir dengan abang angkat melihat keadaan ayah. Sebaik sampai di katil ayah, saya cuba menahan sebak tetapi gagal. Waktu itu bermacam2 andaian buruk melintas di fikiran. Bagaimana jika ayah pergi dulu? Adakah sudah sampai waktu? Tangisan saya pecah jua walaupun sudah saya tahan beberapa kali.

Pernafasan ayah sangat tidak stabil. Melihatnya terbaring begitu menjadikannya nampak tua  dan lemah. Doktor memaklumkan ayah perlu dibedah dengan segera. Otak kiri ayah bengkak dan membengkak dengan pantas. Kalau tidak dibedah segera mungkin akan melarat ke bahagian kanan pula. Waktu itu saya sudah tidak dapat berfikir. Yang saya mahu waktu itu agar ayah sembuh seperti sediakala.

Setelah berbincang dan bertanyakan pendapat saudara-mara, akhirnya kami memutuskan agar ayah dibedah. Walaupun risikonya tinggi kerana ayah akan dibedah bahagian kepala, kami redha kerana itu sahaja pilihan yang kami ada. Selebihnya hanya berdoa dan bertawakkal semoga Allah menyelamatkan ayah.

Ayah dibawa masuk ke bilik pembedahan jam 3 petang. Alhamdulillah pembedahan berjalan lancar dan selepas itu ayah dimasukkan ke Acute Stroke Ward untuk pemeriksaan lanjut dan jagaan rapi. Dalam 48 jam ayah tidak sedarkan diri. Selepas itu hanya matanya sahaja terbuka sekejap2 tidak sampai seminit pada suatu2 masa. Sejak itu saudara dan kenalan2 ayah tidak putus2 hadir berziarah.

Hampir 3 minggu ayah berada di wad. Kesihatannya stabil, tetapi keadaannya tetap sama. Langsung tidak boleh bercakap. Hanya matanya yang terbuka dan bahagian badan sebelah kirinya sahaja boleh bergerak. Selebihnya kaku.

Saya tidak tahu apakah dia memahami bahasa kami atau tidak. Tetapi yang pasti, saya sentiasa mendoakan ayah. Memberitahunya bahawa saya sangat sayangkan dia. Juga tidak lupa mewudhu'kan dia setiap kali tiba waktu solat dan menyuruhnya berzikir. Saya langsung tidak menyangka, ayah yang sebelum ini sangat kuat dan jarang sakit, akan terlantar begini di atas katil tidak berdaya. Adakalanya saya tertanya sendiri, apakah selamanya dia akan begitu? Dalam hati, kami sekeluarga tetap mendoakan ayah. Mendoakan agar dia segar semula. Mungkin mustahil untuknya sembuh seperti biasa, cukuplah sekadar dia dapat memahami, bercakap dan bergerak semula.

" Waizaa maridhtu fahuwa yashfiiin." Allahumma istajib du3aana....

Wednesday, December 12, 2012

:: Dia Yang Ku Panggil Ayah ::


Tergagau saya mencari arah. Panggilan telefon dari ibu lewat senja itu menyentap perasaan. Ayah tidak sedarkan diri! Minda sedar saya mula mengutip waras. Mengutip kembali wajah dan kondisi ayah yang saya tinggalkan subuh tadi. Ayah tidak menunjukkan apa2 yang negatif. Subuh itu, dia masih mantap menyusun langkah mengelilingi rumah. Malah masih kuat mengejutkan adik yang lena untuk menunaikan solat Subuh. Wajahnya segar, nada suaranya kuat. Cuma malam tadi...ya, malamnya saya terperasankan sesuatu saat memandang wajah ayah.


HUJAN DAN LEBUHRAYA

Sabtu 10 November, saya mendapat khabar ibu, ayah dan adik kemalangan. Waktu itu saya sudah bersiap2 menunggu kedatangan Husna untuk kembali ke Kemaman setelah bercuti hujung minggu. Jantung saya berdebar. Toyota Avanza yang dipandu adik terbabas di lebuhraya. Wajarlah, jika keadaan hujan lebat dan jalan yang licin adik saya masih menekan minyak tanpa 'rasa bersalah'.

Petang itu, saya masih meneruskan perancangan kembali ke tempat kerja walaupun hati berdebar.  Apabila mendengar ketiga2nya selamat, saya merasakan tidak ada apa2 yang perlu dirisaukan tetapi masih ada rasa kurang enak menyapa. Malam itu saya tidur dengan perasaan yang sukar ditafsir. Ada rasa debar berlagu tidak henti.

Ahad 11 November, sebaik sahaja tamat kelas saya terus melangkah ke pejabat. Bertanyakan kerani jika saya boleh mengambil cuti keesokan harinya. Alhamdulillah cuti saya diluluskan dan saya bertolak pulang petang itu juga. Hampir seminggu saya berada di rumah, tiada apa2 yang merisaukan. Ibu tiada apa2 yang cedera, cuma kakinya sedikit bengkak. Adik juga tiada apa2 selain gigi depannya sahaja yang patah. Cuma ayah, selain gusi dan mulutnya bengkak, tulang rusuknya terperosok ke pintu kereta menyebabkan daya kekuatan di bahagian kiri sedikit berkurang. Secara keseluruhan, keadaan semakin pulih seperti biasa. Saya cuba memujuk ayah untuk membuat pemeriksaan lanjut di hospital tetapi tidak dihiraukan. Bukan saya seorang, rasanya hampir setiap orang yang datang menjenguk membuat usulan yang serupa. Tetapi ayah langsung tidak berganjak dari keputusannya untuk tidak bertemu doktor dan membuat imbasan x-ray.

Selasa 13 November, saya masih berkira2 untuk mengikuti lawatan akhir pelajar STAM 2012 ke Pulau Langkawi dan Cameron Highland selama 5 hari. Berat hati untuk bergembira dalam keadaan ayah yang masih belum pulih sepenuhnya. Apatahlagi setiap hari ada sahaja yang datang berziarah. Saya terhimpit di antara dua kondisi. Berat hati untuk pergi tetapi saya kasihankan k.Day, teman serumah saya yang keseorangan jika saya tidak turut serta. Setelah berbincang dengan ibu, dia tidak berbicara banyak. Cuma mengatakan 'tidak baik menyusahkan orang dengan keputusan last-minute. Mana mereka nak cari pengganti menggantikan kamu di saat akhir...' Saya terdiam. Akhirnya dengan berat hati malam itu saya melangkah jua ke Menara YIT, menunggu bas ke lawatan 5 hari 4 malam itu.

Tengah malam 17 November, saya selamat tiba di Terengganu. Tidak menunggu lama, adik saya sudah sampai bersama sepupu untuk menjemput. Esoknya sehari lagi saya mengambil cuti kecemasan. Cuti rehat selepas 5 hari kosong dari kerehatan.

Saya bercadang untuk kembali ke INSPI pada pagi Isnin. Jadi saya masih ada masa sehari untuk mengemas rumah dan menyiapkan barang2 untuk dibawa ke rumah sewa di Kemaman. Malangnya dek kerana terlalu ramai yang datang berziarah, rancangan hanya tinggal rancangan. Baju2 yang dibawa semasa bercuti sempat dibasuh, tetapi tidak sempat bersidai. Rumah juga tidak sempat dikemas. Ayah pula nampaknya semakin pulih walaupun saya masih ragu2 dengan kesihatannya. Malam itu dia nampak kurang bermaya dari hari2 sebelumnya. Tapi tidak pula terlintas apa2 yang kurang elok di fikiran.

Pagi Isnin 18 November, sebelum Subuh saya bangun untuk bersiap. Perjalanan dari KT ke Kemaman jika mengikut jalan pantai mengambil masa kira2 3 jam. Tapi jika mengikut lebuhraya pula hanya memakan masa 2 jam perjalanan. Untuk menjimatkan masa, biasanya jika bertolak pagi kami melalui lebuhraya agar sampai tepat pada waktu sementelah waktu masuk kerja bermula jam 8 pagi.

Usai sembahyang Subuh, saya lihat ayah sudah mula berjalan2 sekitar rumah. Imej lemah ayah semalam terhapus melihatnya yang sudah bertenaga Subuh itu. Hati saya sedikit lega.

"Ayah nak makan bubur jagung?" Saya bertanya setelah teringat bubur jagung yang saya panaskan sebelum solat Subuh.

"Boleh juga." Balas ayah ringkas. Selepas menyiapkan bubur jagung, saya menyalami tangan ayah.

"Mana kereta?" Kereta yang dimaksudkan ayah ialah Myvi kuning milik Husna. Memang pagi ini kami bercadang untuk pergi bersama ke Kemaman.

"Nanti sampailah agaknya. Kak pergi dulu." Jawab saya meminta diri. Sempat saya melihat anggukan ayah. Walaupun Myvi kuning belum kelihatan, saya sudah bersiap2 menunggu di luar rumah. Apatahlagi melihat jam di dinding sudah menunjukkan ke angka enam. Tidak lama, sebaik sahaja tayar kereta menjengah laman rumah saya terus masuk dan kami bertolak ke Kemaman meredah gelap pagi.


DERINGAN WAKTU SENJA

Tamat waktu kerja, saya dan rakan serumah, k.Dayah atau saya lebih senang memanggilnya dengan nama k.Day -tepat dan ringkas- bertolak balik ke rumah. Seperti biasa, sebaik sahaja sampai di rumah perkara pertama yang kami lakukan pastilah mengisi perut yang lapar. Sambil makan kami berbual2 dan menonton tv. Sebuah rancangan yang sangat jarang kami terlepas ialah 'Islam KTP' iaitu sebuah sinetron dari Indonesia yang ditayangkan di TV alHijrah jam 6 petang. Jika tiada apa2 halangan biasanya sinetron inilah yang menjadi pilihan kami serumah. Sinetron ini mempunyai keunikannya tersendiri. Mengisahkan sebuah kampung yang didiami oleh watak2 tetapnya Abang Ali (seorang kiai/wali), Mamat dan Karyo (anak muda yang miskin tetapi tidak pernah jemu mencuba menjadi muslim yang baik), Madit Musyawarah (orang kaya yang riak dan sentiasa sibuk dengan buku amal di tangan), juga watak2 sampingan iaitu Sabrina (anak Abang Ali) dan orang2 kampung yang lain.

Tepat jam 7 malam, waktu itu azan maghrib mulai berkumandang dari surau2 dan masjid2 berdekatan. Telefon saya berbunyi. Saat itu dada saya berdebar bila melihat nama 'ayah' tertera di skrin handset. Suara ibu berbaur sebak. Saya cuba bertenang mendengar berita yang disampaikan ibu. Ayah dibawa ke hospital kerana tidak sedarkan diri. Sebaik sahaja perbualan tamat, saya segera memberitahu k.Day dan kami bertolak pulang ke KT selepas solat Maghrib. Mujurlah beg pakaian saya belum terusik sejak saya sampai pagi tadi. Jadi dengan beg pakaian yang sama saya menuju ke KT.

Di dalam perjalanan, saya menelefon kerani sekolah menyatakan saya dan k.Day mengambil cuti kecemasan untuk keesokkan hari dan seterusnya sehingga hari Khamis. Husna yang sedang berkursus di Kuantan juga saya khabarkan perkara yang sama. Tidak banyak yang kami bualkan di dalam perjalanan. Cuma doa saya tidak putus meminta jauh perkara2 yang buruk terjadi pada kami sekeluarga.

Sunday, July 29, 2012

:: Hadir Semula ::

Salam 9 Ramadhan.

Sudah hampir satu pertiga.

Sudah di tahap mana iman di dada?

Setiap hari, hati diterjah soalan yang serupa. Sepanjang kehadiran Ramadhan kali ini, berapa banyak amalan2 yang bertambah daripada bulan2 selainnya. 

Mendidik hati dan jiwa jauh dari dosa, bukanlah semudah memetik jari. Apatahlagi untuk mengikis segala sifat2 mazmumah yang sudah tertanam sepanjang 11 bulan yang lalu. Kerja memakan masa yang bukan sedikit. Tertarik dengan dokumentari yang saya tonton di Al-Hijrah baru2 ini. Kisah masyarakat Muslim di China pada bulan Ramadhan. Bila ditanya kepada salah seorang imam di sana apakah persediaan yang beliau lakukan untuk menyambut Ramadhan, jawapannya mudah. Beliau sudah mula berpuasa dan melakukan amalan2 yang biasa dilakukan di bulan Ramadhan sejak masuknya bulan Rejab dan Syaaban. Bermakna Ramadhan beliau sudah masuk ke bulan ketiga jika dihitung2. Subhanallah. Jika hendak dibandingkan dengan kita, mungkin bezanya bagai langit dengan bumi. Apa tidaknya, sehari sebelum Ramadhan pun kita masih bergelak ketawa, riang memasukkan makanan demi makanan yang tidak pernah putus di depan mata. 

Allah....

Saat ini.....

Bagi mereka yang sedang atau bakal menghadapi imtihan,

Bagi mereka yang masih tercari2 tujuan hidup yang fana,

Bagi mereka yang sedang tergores hati sesama makhluk-Nya,

Bagi mereka yang jodohnya masih dalam rahsia Allah,

Bagi mereka yang sedang menunggu rezeki yang barakah dari Allah,

Semoga Ramadhan ini menjadi penyinar dan penyembuh buat kalian semua.

Allahu yuftah 3alaikum jamii3an wa yahfazullahu lakum fi hifzih.

Thursday, July 5, 2012

:: Pot.Pet.Pot.Pet ::

Lagi sepuluh hari, genaplah tiga bulan berkampung(?) di bumi INSPI. Berubah angin. Suasana juga berbeza. Bak kata seorang kawan, kalau dulu kita berhadapan dengan karenah remaja, sekarang kita berhadapan dengan karenah orang dewasa. Orang berkerjaya, tapi corak dan cara pemikiran yang berbeza. Alhamdulillah ala kulli hal. Semoga Allah mengurniakan yang baik2 sahaja untuk kami di sini.

Hari ini INSPI sudah mula lengang. Cuti mid-sem bermula esk, 060712 hingga 140712. Jeles betul tengok mereka angkut2 beg, ada sebahagiannya ibubapa yang datang menjemput tapi majoritinya naik bas. Pagi tadi lepas checking asrama, bas dah siap menunggu. Pelajar2 tempah bas ramai2 dan diangkut ramai2 ke stesen bas. Agaknya penuhlah stesen bas tu dengan warga INSPI. Ada yang balik ke KT, Dungun, Besut, malah ke luar negeri pun ada. Luar negeri, bukan luar negara. Saja buat lawak sengal tengahari nie ^_^

Jadi tinggallah kami barisan pensyarah(?) [erkk...masih tergeliat lidah nak mengaku pensyarah] dalam bilik yang besar gedabak nie. Tapi untungnya untuk pensyarah2 hafazan, lepas checking asrama kelas hafazan wujud seperti biasa. Pelajar2 diploma juga tak dibenarkan pulang awal seperti pelajar2 bidang lain. Dan sebenarnya untuk midsem ni mereka tak dibenarkan bercuti. Ada kem menunggu untuk mereka sehingga hari rabu kecuali mereka yang ada musyaqqah sahaja dibenarkan excuse. Bimbang kalau benarkan mereka bercuti, takut Al-Quran pun turut 'cuti'. Seksa nak mula balik bosss!!! Exam pun dah tak lama. Mana nak kejar muqarrar hafalan lagi, nak muraja'ah lagi. Berdebar nak lepaskan diorang main2 masa nie.

Untung juga ada kem nie. At least kami pensyarah2 ada kerja nak dibuat sepanjang cuti midsem. Ini yang tak best bila bergelar penjawat awam. Waktu kerja dari pukul 8am hingga 5pm. Bila orang cuti kami tak cuti. Sebab tu jeles bila tengok budak2 nie balik kampung. Rindu zaman belajar. So sebab kami tak cuti, kami plan untuk ambil cuti rehat hari ahad nie. Walaupun kesian juga kat budak2 diploma sebab terbengkalai tasmi'e mereka hari ahad tu, tapi nak buat macamana kami dah plan nak pergi holiday. Huhu...sorry ye anak2:P

Petang nie kalau tak ada aral insyaAllah kami akan bertolak dari Kemaman ke KL. Plan asalnya hanya untuk pergi borong tudung dan jubah. Tapi tak tahulah kan kalau dah sampai sana lain pula jadinya^_^ ok, doakan keselamatan kami sepanjang permusafiran nie. Semoga Allah mengiranya sebagai pahala ibadah, ameen ya Rabb.

Tuesday, June 5, 2012

:: Kun Fayakun ::


Bismillahirrahmanirrahim.

Allahuakbar! Apa khabar semua? Lamanya tak menulis. Ruang blog nie dah bersawang lagi. Bukan seminggu atau 2 minggu. Tapi untuk beberapa bulan yang tak terhitung. Bukan tidak sudi, tapi mood yang tak boleh dipaksa. Apakan daya, duri daun palas amat kuat cengkamannya=P

Terlalu dan teramat banyak cerita yang ingin ditulis dan dikongsikan. Tempat baru, suasana baru, dan sudah tentu rutin juga baru. Ala kulli hal, Allah memang sangat penyayang. Perancangan-Nya yang sangat halus namun hikmahnya masih tersimpan rapi. Belum tercapai ke akal fikiran seorang manusia biasa. Hanya menerima dan terus menerima dan insya-Allah redha dengan segala yang telah Allah aturkan. Cuma berharap agar ini adalah nikmat, bukan istidraj. Nauzubillah!

Sudah hampir dua bulan berubah angin. Hampir setiap minggu juga melalui jalan panjang tiga jam dari Kemaman ke Kuala Terengganu. Berulang-alik dari Binjai ke Padang Air. Secara jujur, saya masih belum dapat menerima perubahan ini dengan sepenuhnya. 5 bulan menanam anggur. Hasilnya tidak nampak2. Kalau dapat hasil bestlah juga. Malangnya beras makin susut, badan tak surut2. Untuk 5 bulan yang pertama, menjadi surirumah tak bertauliah. Sakit juga. Waktu itulah terasa cepat2 nak sambung belajar. Walau tidak pasti sejauhmana kemampuan diri menggalas tugas sebagai seorang pelajar sarjana, namun keinginan untuk keluar daripada title 'surirumah' itu menyebabkan saya tidak mahu berfikir dua kali.

Benarlah, Allah sebaik2 perancang. Bila Dia mengatakan jadi, maka jadilah sesuatu itu dengan kehendak-Nya. Ingin menyambung pengajian bukan cukup hanya dengan azam dan keinginan. Material juga penting. Dengan status 'surirumah', saya kurang dari segi material.

'Pasal duit jangan bimbang, mak ayah akan tanggung.' Demikian kata ibu.

Mendengarnya bukan mengundang senang, malah menambah beban di hati. Kalaulah ibu dan ayah saya masih sihat, muda dan bertenaga, tawaran itu terasa rahmat. Tapi kata2 itu keluar dari mulut seorang ibu yang sudah tua. Kudratnya sudah semakin tiada. Hati anak mana tidak perih. Akhirnya panggilan temuduga sebagai tenaga pengajar di sekolah kelolaan YIT saya sambut.

Temuduga dihadiri dalam perasaan yang berbelah bahagi. Hati saya kuat mengatakan temuduga saya tidak akan berjaya. Saya kurang dari segala segi. Apatahlagi melihatkan calon2 yang lain yang kuat latar belakangnya, cemerlang akademiknya, membuatkan saya lebih terasa kerdil. Ditambah lagi dengan keadaan diri yang kurang sihat, ruang temuduga saya masuk dengan perasaan yang bercampur baur.

Dengan kuasa Allah yang maha hebat, kasih-Nya yang melimpah, entah macamana saya dan rakan2 yang menjalani temuduga pada hari yang sama diterima dan dikehendaki melaporkan diri dalam waktu yang terdekat juga. Dalam kelam kabut dan terkejut, saya masih menimbang2 apakah ingin menerima atau menolak tawaran yang hadir dalam sekelip mata ini. Tapi apabila melihat reaksi ibubapa yang sangat gembira dengan tawaran tersebut, saya jadi lemah. Biarlah untuk kali ini, saya mengikut kehendak mereka setelah bertahun2 mereka memenuhi kehendak saya.

Kesan dari penerimaan jawatan tersebut adalah, saya terikat dengan segala tatatertib sebagai seorang penjawat awam. Impian saya juga mungkin tertunda. Kalau sebelum ini saya nekad ingin menyambung pengajian untuk pengambilan september ini, bermakna impian saya tertunda ke bulan februari atau paling tidak ke bulan september tahun hadapan. Tetapi saya tidak berani membayangkan kemungkinan pengajian saya hanya terhenti di peringkat sarjana muda sahaja. Sungguh saya tidak sanggup walaupun sekadar membayangkan sahaja.

Doa saya, semoga Allah memperkenankan segala hajat yang tersimpan di hati ini. Allahumma, sahhil 3umuuri wa 3umuurana jami3an. Yakinlah dengan Allah, duhai hati!



Wednesday, February 29, 2012

:: Satu Yang Bermakna ::


Pelajar terasa. Guru juga ikut terluka.

Sejak mula mengajar semula, ada suatu rasa yang sukar diungkap beraja di dalam diri. Walhal bukanlah saya tidak pernah bekerja sebelum ini. Tetapi kali ini, aneh. Saya tidak tahu bagaimana untuk mentafsir.

Kata bidalan orang tua2, guru ibarat sebatang lilin. Dirinya terbakar, tapi cahayanya menyimbah ke seluruh pelusuk hati manusia. Bagi saya, jika dirinya sudah dibakar, bagaimana hendak memberi cahaya? Bidalan yang kurang tepat mungkin? Jadi kata bidalan apa yang sesuai diungkap buat guru? Matahari? Bulan? Saya lebih menyukai perkataan bulan^_^ cahayanya menerangi malam gelita, tapi dirinya tidak terbakar.

Dua minggu lalu, saya membuat target hafazan yang perlu dihabiskan oleh pelajar2 saya. Hanya tiga mukasurat bagi mereka yang agak kurang kemampuan hafalannya. Bagi saya, tiga mukasurat tersangat sedikit untuk dihabiskan dalam masa dua minggu. Pelajar malas seperti saya pun insya-Allah dapat menghabiskannya. Tetapi demi meraikan komitmen mereka kepada subjek2 yang lain, maka dengan berat hati saya meletakkan target tersebut. Tiga mukasurat yang bermakna.

Pihak sekolah menetapkan tingkatan 1 wajib menghabiskan hafalan dari surah an-Nas sehingga al-Buruuj untuk bulan Februari ini. Manakala lain2 tingkatan wajib menghabiskan sekurang2nya tiga mukasurat. Mereka yang tidak dapat mencapai target tersebut akan dibatalkan cuti mereka Mac ini. Ini yang merunsingkan saya.

Tidak perlu banyak. Tidak perlu panjang. Cukup sekadar mereka mahu menunjukkan kesungguhan mereka. Walau satu mukasurat seminggu sudah memadai, saya faham. Bukan semua mereka tidak bersungguh, tidak rajin. Cuma mereka belum tahu untuk mengurus masa dan menyekat pengaruh2 yang ada di sekeliling mereka.

Saya tahu apa yang menyebabkan mereka menjadi malas untuk menghafal al-Quran. Selain tiada minat, masa juga memainkan faktor yang penting. Bagi mereka yang tinggal di rumah, mereka hanya perlu melatih diri menjadi lebih rajin kerana mereka tidak terikat dengan peraturan2 asrama. Namun cabaran mereka terletak pada biah atau suasana di rumah pula. Ibubapa perlu dibantu, kawan2 yang memanggil untuk bermain, maka di situ terbentuk pula suatu cabaran lain.

Bagi mereka yang tinggal di asrama pula, mereka perlu mematuhi peraturan asrama. Sesi persekolahan tamat pada jam 4 petang. Masa yang diperuntukkan untuk hafalan hanya selepas maghrib. Dalam masa kurang 1 jam, berapa ayat sangatlah yang boleh mereka hafal. Hanya mereka yang benar2 rajin sahaja akan mencuri masa lain untuk menghafal. Manakala yang selebihnya sekadar mengikut waktu2 yang telah dikhususkan.

Saya sedar, pembinaan minda mereka tentang hafaz al-Quran baru ingin terbentuk. Mereka perlu diberi pengetahuan dan pendedahan sebelum mereka boleh menghafal. Itu hak mereka. Tapi saya sendiri terasa sukar untuk melakukannya kerana ada silibus yang diberikan oleh pihak sekolah yang harus dihabiskan dalam masa setahun. Jadi buat masa sekarang saya masih gagal untuk memberikan hak tersebut. Sebab itu, bila saya mengumumkan nama2 yang gagal mencapai target dan tidak boleh pulang bercuti, hati saya sakit.

Hati saya mengatakan saya sudah gagal. Kegagalan mereka juga kegagalan saya. Kesedihan mereka juga kesedihan saya. Mereka sangat kasihan kerana mendapat saya sebagai guru. Mungkin kalau mereka berguru dengan orang lain, mereka boleh menjadi lebih baik dan tidak perlu menanggung luka begini. Perit rasanya melihat airmata mereka.

Hanya satu mukasurat, tetapi ia sangat bermakna jika ingin pulang bercuti. Di satu sudut hati saya, ingin benar saya melepaskan mereka pulang ke rumah bercuti seperti rakan2 mereka yang lain. Tapi saya tidak boleh mengkhianati amanah yang terpikul di bahu saya. Salah mereka kerana mengambil mudah amaran saya, tapi silap saya kerana tidak menemui cara terbaik untuk mentarbiyah mereka. Semoga Allah mengampuni segala kekhilafan dan keculasan.

Monday, February 20, 2012

:: Sepinggan Kuew Teow ::


Seorang lelaki baru bekerja di syarikat kami. Dia menyatakan dia terpaksa berhenti kerja di tempat lamanya kerana tertipu oleh bangsa sendiri.

"Biasalah tipu menipu nie kalau nak cepat kaya," usik saya kepadanya.

"Ini bukan sebab ditipu harta tapi mempermainkan agama. Boleh jadi murtad puan," suaranya sedikit keras.

Saya menyuruhnya membuka cerita. Dia bekerja di sebuah syarikat pengiklanan TV. Kerja memang banyak menjelang hujung tahun sehingga memaksa dia dan kawan2 bekerja hingga lewat malam.

Makan minum semua ditanggung majikan, janji kerja siap pada tarikh yang ditetapkan, kalau perlu bermalam di pejabat pun majikan tidak kisah. Hidangan makan malam dihantar terus ke meja pekerja. Hampir seminggu mereka berkampung di pejabat.

Suatu malam, bungkusan makan malam tidak dihantar seperti selalu kerana budak pelayan perlu balik awal. Dia menawarkan diri untuk mengambil makanan di kedai yang selalu ditempah oleh majikannya terutama kuew teow goreng kegemarannya.

"Nasi goreng dan kuew teow goreng order di bawah saja," beritahu kawannya.

"Kedai apek tu?" tanyanya balik, terkejut yang amat sangat.

"Kedai tu bukan Islam, berani kau order makanan untuk kita," katanya sambil mengurut tekak dan beristighfar panjang.

"Alah bukannya masuk daging babi pun," jawab kawannya selamba.

"Kualinya? Tak bercampur baur?" tanyanya lagi.

"Ah! Kau nie alim sangat. Dah bergantang2 kuew teow apek tu kau telan, sedap saja aku tengok kau makan. Selama hari nie kau tak pernah tanya pun, bos kita suruh beli makanan di mana," kawannya mula menyinga.

"Aku makan sebab aku yakin kita nie orang Islam." Seribu penyesalan tercerna di wajah lelaki itu.

"Alah, malaslah cakap dengan engkau, nak makan pergilah cari sendiri!" jerkah kawannya itu.

Oleh kerana terlalu lapar lelaki itu pun turun. Menjenguk ke kedai apek itu, na'uzubillah, daging panggang babi elok bergantungan di atas para dapur, di bawahnya kuali masakan, minyaknya menitis2 dalam kuali.

"Mahu order kuew teow berapa?" tanya apek berseluar kotok itu. Lelaki itu terus berlalu dengan rasa geram. Sekembali dari membeli makanan dia terus menyambung kerja di bilik penyuntingan.

Tiba2 kedengaran riuh di ruang tamu. Rupa2nya bos dan beberapa orang rakannya sedang minum air syaitan.

"Hei, minuman ini memabukkan. Setitik pun dah jadi haram," lelaki itu mengingatkan kepada semua.

"Alah itu hukum setitik, ini dah berteguk2, dah tak jadi haram lagi," gurau seorang rakannya. Bosnya hanya tersengih.

"Mempermainkan hukum tuhan boleh jadi murtad, berdosa besar." Suaranya sedikit tinggi. Sayangnya peringatan itu tidak diendah langsung.

Dia menjadi rimas apabila mereka semakin berani mempermainkan hukum Tuhan. Sudahlah urusan solat tidak pernah diambil peduli sehingga tempat solat pun tidak disediakan. Sesiapa yang hendak bersoalt perlu ke masjid atau bersolat di dalam stor yang sempit di hujung dapur. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Doanya semoga kawan2nya mendapat hidayah dari Allah dan kembali ke pangkal jalan.

.: ANIS :: MAC 2012 :: EDISI 175 :.

Sunday, February 19, 2012

:: They're Not Anybody ::


Dalam ramai2 manusia, siapa yang paling kita sayang?

Soalan tersebut tidak asing. Hanya jarang didengar. Biasanya ia ditanya kepada kanak2 yang berada di pra sekolah. Sekadar untuk memupuk rasa hormat dan kasihkan ibubapa. Bagi saya objektif soalan ini tercapai. Bila ditanya, mereka jadi berfikir kenapa dan mengapa mereka perlu menghormati ibubapa dan orang yang lebih tua daripada mereka.

Melihat orang yang paling dekat dengan saya semakin hari semakin lemah, saya jadi takut. Takut kehilangan mereka. Rasanya saya belum bersedia untuk melangkah ke hari itu. Tapi bagaimana caranya untuk saya menghalang? Mana mungkin, kudrat manusia saya yang terbatas mahu melawan takdir Tuhan yang paling atas?

Hanya mampu berdoa. Minta dipanjangkan usia kedua mereka. Dikurniakan kesihatan yang baik dan keberkatan dalam usianya yang berbaki.

Aku belum sempat berbakti pada mereka. Berikan aku kesempatan itu ya Allah...


Monday, February 13, 2012

:: Bicara Sang Pemimpi ::


'Bila nak kahwin?'

Sejak kebelakangan nie ramai sungguh yang bertanya. Kenapa agaknya ya? Aneh rasanya bila ditanya soalan yang sama berulang2 kali. Bosan pun ada. :P

Suatu ketika dulu bila diajukan tentang kahwin, berdetak juga rasa hati. Yelah, siapa yang tak nak kahwin kan? Kalau ada yang cakap dia tak pernah rasa nak kahwin, memang pelik kenyataan tu. Kahwin itu fitrah. Setiap orang mesti pernah merasai perasaan tu. Bagi saya, soal jodoh, nikah, kahwin adalah sangat di luar batasan akal fikiran saya.

Hidup nie, tiada siapa yang dapat menafikan ia adalah pinjaman sepenuhnya dari Illahi. Apalagi mempersoalkan bicara jodoh dan pertemuan. Itu semua kerja Allah. Cuma, kita perlu berusaha. Doa juga satu bentuk usaha bukan? Senjata orang mu'min, sudah terjamin kesahihannya.


Yes, sila baca dan fahami betul2 ayat di dalam gambar di atas. Kalau tak faham juga, sila belek kamus. Hihihi...

Saya punya prinsip dan impian tersendiri mengenai pernikahan. Bukan memilih, tapi saya sedar di taraf mana saya berada. Bila hadir seorang lelaki cuba mentaqdim, istikharah menjadi pilihan yang pertama. Mana mungkin saya membuat keputusan yang besar di dalam hidup saya tanpa petunjuk daripada-Nya? Justeru kalau yang hadir itu orangnya sempurna di mata orang lain, belum tentu dia adalah pilihan terbaik untuk saya. Mungkin dia sempurna untuk menjadi nakhoda orang lain, bukan saya.

Sebuah perkahwinan, diasaskan dengan rasa kasih sayang dan cinta yang diredhai. Dua manusia yang saling menyayangi kerana Allah. Kekurangan dan kelebihan disambut dengan redha. Segala kelemahan saling ditampung dan tidak berkurang rasa kasih kerana kesalahan yang tidak disengajakan. Inilah perkahwinan yang sakinah. Dipayungi rahmat dari Allah dan redha-Nya mengiringi.

Kerana itu bagi saya, untuk mendapat perkahwinan yang mawaddah wa rahmah, bermula dari alam sebelum perkahwinan. Bermula dari sesi taqdim, taaruf (pertunangan), sehingga membawa kepada alam pernikahan. Islam menganjurkan alam pertunangan sebagai medan untuk keduanya saling berkenal-kenalan. Maka tempoh ini perlu digunakan dengan secermat yang mungkin kerana dalam tempoh inilah ramai pasangan yang terbabas. Menganggap alam pertunangan sebagai tiket halal.


Nauzubillah! Saya tidak mahu terbabas. Tunang, belum tentu menjadi suami yang sah. Peratusnya mungkin 80, tapi jangan memandang enteng pada 20 peratus yang berbaki. Bila Allah sudah berkata 'Kun', maka 'fayakun' menyusul selepasnya.

Saya mengimpikan seseorang yang dapat menerima saya dengan seadanya. Jangan mengada-ada meminta yang lebih dari kemampuan saya. Rupa paras, cukup ianya menjadi penenang pada pandangan saya sekalipun tidak di pandangan orang lain. Lagipun saya sangat aware tentang fizikal saya^_^ Bercakap mengenai rupa, saya kira kaum hawa tidak terlalu memilih. Kalau suami terlalu hensem pun tak selamat juga, banyak godaan. Hehe...

Pernah ada seseorang bertanya kepada saya, kenapa menolak? Tak rasa menyesal ke nanti? Kebaikannya memang diakui, sudah cukup segalanya untuk membina rumahtangga. Tapi penolakan itu juga berasas. Hati tidak cenderung kepadanya walaupun setelah beristikharah berhari2. Lalu untuk apa memaksa diri?

Mungkin dia memang bukan jodoh saya. Kalau ditakdirkan saya tidak berjodoh di dunia nie sekalipun, insyaAllah saya tidak menyesal. Bila sudah diserahkan segalanya kepada Allah, tidak akan ada sekelumit pun perasaan menyesal. Pastinya Dia sedang mengaturkan yang terbaik. Perancangan Allah, tidak akan pernah lebih buruk dari perancangan manusia. Manusia menilai melalui mata kasar. Hakikatnya belum tentu pandangan manusia itu betul.

Sejak kebelakangan nie, pemikiran saya sudah beredar jauh dari alam perkahwinan. Soal jodoh, sudah jatuh ke tangga ke berapa dalam prioriti hidup saya. Hati saya sedang kuat memikirkan untuk menyambung pengajian. Tiba2 saya merasa takut kalau2 otak saya beku untuk belajar. Kalau ilmu yang ada sudah cukup, pasti saya tidak terlalu cemas. Bukan menolak sunnatullah. Tapi keutamaan saya adalah pada bekalan apa yang akan saya bawa nanti menghadap raja paling agung.

Dalam pada saya sudah menetapkan hati saya, tiba2 hadir pula soalan yang serupa. Saya jadi kelu. Rencana apakah yang sedang menunggu saya? Allahu a'lam. Hanya Allah yang tahu. Hanya Dia yang layak memberitahu. Cuma Dia tempat mengadu. Doa saya, semoga Dia menghadirkan petunjuk yang jelas bila sudah sampai masanya.

:: Kilauan Mimpi Indah ::


Mimpiku...
Bukan sekadar di bumi,
Bukan sekadar di atas pohonan sunyi,
Bukan sekadar di rimbunan sepi,
Bukan jua sekadar duniawi.

Tapi mimpiku...
Ingin menjejak langit tinggi,
Ingin mencapai awan yang memutih bak sucinya salji,
Ingin menggapai cita ukhrawi,
Jua mendakap redha Illahi.

Warna warni mimpiku...
Ronanya amat menyerlah,
Cahayanya mendamai resah,
Angannya terlayang indah.

Namun mimpiku...
Mencapainya tidak mudah,
Menggapainya juga bukan sahlah,
Menjadikannya bukan susah,
Memerlukan semangat yang gagah.

Mimpiku....
Dadaku wajib dipenuhi ilmu,
Yang terbias pada amalan harianku,
Kerana ku tahu di mana lemahnya diriku,
Kerana ku sedar di mana kurangnya aku,
Kerana ku jelas di tahap mana istiqamahku.

Angan-angan atau mimpi...
Bila tiba-tiba ianya digugah,
Persoalan bertalu-talu menerjah,
Sesak memikirkan hikmah,
Selepas menghadirkan natijah.

Wahai Allah Tuhanku,
Engkau sangat mengetahui mimpiku,
Tidakku berhenti melainkan dengan kehendak-Mu,
Justeru tunjukilah aku,
Pilihan yang terbaik untuk diriku dan agama-Mu,
Demi hidup dan matiku di tangan-Mu,
Ku serahkan segalanya pada-Mu.

Sunday, February 12, 2012

:: Tak Seindah Impian ::


Sehari, dua hari, seminggu, akhirnya hampir dua minggu juga blog saya sepi. Banyak kali saya cuba menulis, tetapi semuanya tidak sempat sampai ke penghujung. Banyak betul musyaqqah yang bertandang. Entah apa yang tersirat, Allahu a'lam.

Rutin saya berubah. Walaupun hanya dua jam ia bertukar dari biasa, tetapi saya merasakan hidup saya berubah hampir 180 darjah! Manakan tidak, saya hanya bertugas dua jam sahaja pada sebelah pagi. Hanya dua jam! Tapi selebihnya otak saya secara tidak langsung akan teringat2 wajah 'hijau' mereka. Bagaimana, apa, kenapa, semuanya bagai tidak jemu2 bertandang ke dalam kotak fikiran saya.

Kami menuntut di sekolah yang sama. Guru2 mereka sekarang, juga guru2 saya sebelum ini. Namun ada satu yang berbeza. Feel. Rasa zouq yang hilang. Agak terkilan, itu yang saya rasa pada hari pertama saya menghadirkan diri. Lost. Betul, saya benar2 terkapai2 untuk cuba menyesuaikan diri.

Sebelumnya saya sudah menjangkakan keadaan ini, namun bila sudah berada di situ, jujur saya mengatakan otak saya bagai terhenti sebentar. Memikirkan rasional tentang apa yang sedang berlaku di hadapan mata saya. Wajah2 yang seolah2 langsung tiada asas tentang Al-Quran. Yang bila ditanya apa beza Al-Quran dengan buku2 lain, hanya memandang sesama sendiri. Juga dengan wajah polos bertanyakan saya mengapa Al-Quran tidak boleh dihafal dengan mendengar lagu. Yang juga bertanya mengapa berdosa bila meninggalkan Al-Quran!


Dunia saya dan mereka sudah jauh berbeza. Benar. Zaman saya zaman garang, zaman ditengking, tapi zaman mereka zaman psikologi. Kerana itu saya menjadi buntu mencari penyelesaian untuk masalah mereka yang hakikatnya mereka tidak tahu itu adalah masalah. Ditegur salah, tidak ditegur saya pula rasa bersalah. Mereka bukan boneka. Dihantar ke sekolah hanya untuk belajar apa yang ada di dalam buku sahaja. Saya amat sedar akan hakikat tersebut.

Setiap hari, otak saya berfikir bagaimana caranya untuk menjadi seorang guru yang baik. Seperti guru2 saya yang disayangi para anak didiknya kerana didikannya yang menjadikan mereka manusia. Pernah saya terfikir untuk menggunakan cara didikan mereka. Garang, merotan dengan kayu setebal 3-4inci, denda, merajuk. Namun saya kira cara begitu tidak boleh digunakan setiap masa. Perkara itu mungkin relevan pada zaman saya, tapi bukan pada zaman mereka yang canggih manggih ini. Dugaan mereka pada arus ini bukan lagi pada jet kertas, tetapi pada jet besi di kaca tv. Tapi mungkin juga, akan tiba suatu masa saya akan menggunakan salah satu cara di atas. Hehe...

Begitu jauh rupanya perbezaan masa 10 tahun. Sehingga cara hidup manusia berubah hampir 90 peratus. Saya melihat mereka tanpa prejudis. Saya cuba mencungkil tahap pemikiran mereka satu persatu kerana mereka bukan berada di satu tahap umur sahaja. Anak2 didik saya terdiri dari usia 13-19 tahun. Jarak usia yang amat jauh, menjadikan tahap pemikiran mereka juga berbeza2.

Yang tingkatan 1, baru sahaja mencipta lorekan baru di dalam kanvas hidup mereka.

Tingkatan 2, baru merasa hidup sebagai senior.

Tingkatan 3, sudah mula merasa gelora jiwa remaja.

Tingkatan 4, dunia menengah atas sudah mula menampakkan wajah.

Kasihannya mereka, apabila yang masuk ke sekolah bukan dari kehendak sendiri. Tetapi kerana disuruh oleh ibubapa. Kasihan guru2 juga, kerana faktor terbesar untuk menyuruh mereka menghafaz adalah dari minat mereka sendiri. Mungkin ada yang berkata, minat boleh dipupuk. Saya tidak menafikan hakikat tersebut. Namun untuk memupuk minat mereka seorang demi seorang dalam masa 2 jam sehari seramai 24 orang adalah perkara yang memerlukan tahap kesabaran yang teramat tinggi!

Saya tidak mengatakan ianya mustahil. Malah itu juga adalah sebahagian dari tanggungjawab guru. Tapi janganlah tanggungjawab itu diserahkan sepenuhnya kepada guru. Dari kalangan anak2 murid saya, ada juga saya cuba merisik bertanyakan perihal ibubapa mereka. Majoriti mereka mengatakan ibubapa mereka sibuk. Selalu ditinggalkan keseorangan di rumah. Kelu.

Teringat zaman belajar dahulu, dari MTT sehingga MTANT, ada satu perkara yang menjadi keutamaan. Hormatkan guru. Walau semalas manapun pelajar2, mereka masih tahu kewajipan menghormati guru. Saya dahulu, bukanlah best student. Pelajar mithali jauh sekali. Dalam diam2 saya, ada degilnya. Pernah didenda, dirotan, berdiri di dalam kelas sehingga habis masa, dipenggang tengah2 terik mentari. Namun itulah yang kekal dalam ingatan. Membekas rasa malu dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Peliknya, kenangan2 itu menjadi indah bila dikenang kembali.

Waktu itu, langsung tiada rasa marah kepada guru. Itu perasaan saya dan saya tidak mewakili sahabat2 saya yang lain. Kerana saya tahu, di antara kawan2 saya ada yang merasa marah bila didenda. Mungkin mereka punyai sebab yang tersendiri. Wallahu a'alam.

Saya ingin sekali mencipta kenangan itu untuk anak2 murid saya. Tapi saya terfikir, adakah perkara yang indah pada saya juga akan menjadi indah buat mereka? Takut2 menjadikan mereka lebih benci seterusnya hilang minat terhadap Al-Quran, seperti yang terjadi pada salah seorang rakan saya. Saya tidak mahu perkara yang paling saya takuti itu berlaku. Nauzubillahi min zaalik!

Mereka, wajah2 itu amat mentah. Rasa bersalah bila melihat mereka. Yang sudah berada di menengah atas sekalipun masih terkapai2, apatahlagi yang baru menjenguk dunia menengah. Hendak ditengking, bimbang dikata bengkeng tidak bertempat. Tapi bila menegur lembut, dibuat main2 dan endah tidak endah sahaja.

Mungkin, cara saya meng'approach' mereka tidak kena. Minggu lalu, saya sudah mula menunjukkan taring. Sepanjang minggu itu, saya banyak menegur kesalahan mereka. Tapi hari ini mereka sudah mula cuba melarikan diri dari saya. I wonder, salahkah saya bila saya cuba menunjukkan ketidaksenangan hati saya terhadap kesalahan2 mereka? Apakah saya sudah jatuh ke tahap zalim? Apakah saya sudah gagal menjadi seorang guru??

Persoalan itu membuatkan saya menjadi takut. Esok, bagaimanakah cara untuk saya mendekati mereka? Setiap pagi saya mulakan dengan senyuman dan bertanya khabar. Untuk mewujudkan suasana ceria dan santai. Namun cara saya seolah2 tidak berkesan. Buntu.

Doa. Ya, mungkin kerana pergantungan saya dengan-Nya belum cukup kuat. Doa saya belum cukup ikhlas. Kerana itu, yang terbias adalah anak2 murid saya. Allah....la haula wala quwwata illa billah...rabbna yassir umuurana....habiibaati id'i3e li :)




p/s:

^_^ cita2 salah seorang pelajar saya nak jadi model. oh God! pelase guide her...
^_^ ada pelajar menangis tadi bila saya suruh tasmie, gulp! garang sangatkah saya??:s

Tuesday, January 31, 2012

:: Macam-macam Ada ::


Salam akhir Januari (",)


Blog tertunda lagi. Act bukan blog je yg tertunda. Mukabuku, buku, laptop semua tertunda. Pening betul nak uruskan masa. Ops bukan uruskan masa. Uruskan diri. Masa tak boleh urus, memang akan berlalu setiap detik.


Tilik2 cerita urduniyyin, sekarang cuti. Berrehlah ler jawabnya budak2 kat sana. Best la korang, jalan jangan sampai lupa akhirat sudah...ambik gambar banyak2 buat kenangan. Dah balik nanti belum tentu boleh sampai lagi kat tempat tu. [ikut nasihat orang ada pengalaman neh!!hehe]


Belek pula cerita budak Malaysia. Kawan2 yang dah dapat j-Qaf dah lapor diri semalam. Selamat berkursus ya!! Nak jugak pergi jumpa diorang yang kursus dekat2 nie tapi tak pasti macamana jadualnya. Bila waktu free, rehat, etc... agaknya kursus bakal guru nie kena ambik handset juga ke? kui3 ^_^

Pagi Isnin,


"Ustazah, ustazah baik dop?" Soalan pertama yang menerpa ke telinga saya. Nak ketawa pun ada dengar soalan tu. Kalau tidak kerana title 'ustazah' yang saya bawa pagi tu, dah lama saya tergelak depan kelas tu :D

Comel je soalan tu kan? Banyak kali pulak soalan yang sama diulang2. Akhirnya saya jawab, "Dop baik. Kalu awok takmboh tasmie ustazah denda. Ddiri tengoh padang beh gop owp." Sambil menayang muka 'bekeng' dalam loghat teranung pekat. Hihi.

Terdiam budak2 tu. Hoho...buat muka garang sesekali apa salahnya kan?? ;;)

Tapi diam budak2 tu sekejap je. 5 minit lepas tu 'huha-huha' balik. Argghh rasa macam nak tercabut anak tekak menjerit dalam kelas tu. Tapi tak tahu kenapa, tak rasa nak marah. Maybe sebab ke'hijau'an dan ke'mentah'an yang terpamer di wajah mereka. Kesian pun ada. Hmm...

اللهم افتح علينا فتوح العارفين

Mohon doanya ya teman2...:)


Wednesday, January 18, 2012

:: Bukan Takziah ::


Perasaan bercampur-baur.

Semalam tak berpeluang untuk online. Jadi laman muka buku tak sempat dibuka dan tak tahu mana sahabat yang dapat tawaran J-Qaf untuk pengambilan 2012.

Hari nie bila buka, alhamdulillah. Syukur kerana semua yang menghadiri temuduga hati tu diterima. Tumpang bangga dan gembira. Sungguh. Rasa macam saya pula yang mintak J-Qaf tu. Mungkin kerana ramai sangat kawan2 yang bersungguh merebut peluang J-Qaf. Tapi setakat yang saya tahu, mereka belum tahu di sekolah mana mereka akan ditempatkan. Semoga dapatlah mana2 sekolah yang mereka doakan. Yelah, sebab ada orang yang tak mahu keluar negeri. Yang mintak ke luar negeri pun ada. Jadi terpulang, all the best je yang mampu saya ucapkan.

Bunga nie untuk korang!! Nak post bunga betul pun takut layu sebelum sampai. Hoho:P


Tahniah!!! :-)

Sebenarnya di sebalik keputusan J-Qaf nie, ada sesuatu yang mungkin merubah hala hidup saya. Sebab itu saya juga seolah2 tertunggu2 keputusan nie walaupun saya tak mohon J-Qaf. Dan bila keputusan dah diumumkan, saya mula percaya 60%. Mungkin tempat saya di situ.

Saat ini, sangat terasa kasih sayang Allah bersama saya. Dia tidak mengizinkan saya terus hanyut dalam khayalan dan fitnah dunia. Semoga...langkah saya seterusnya akan membuka lembaran baru dalam hidup saya...yang sebenar2nya, dalam dakapan rahmat dan redha-Nya.

Insya-Allah kheir.

Sunday, January 15, 2012

:: Diary?? ::


Kelelahan memandu (",)

Tak adalah lelah sangat pun sebenarnya. Saja nak besar2kn. Hihi...

Oh ya, dengar kata ada sahabat yang sedang belajar memandu sekarang nie. Gudlak ye untuk orang tu. Walaupun belajar dua jam je seminggu, berikan perhatian yang sepenuhnya. Sayang pula kalau dua jam yang sedikit itu dibiar sia2. Allahumma yassir umuurona...

Tadi mengumpul kekuatan pergi ke yayasan. Uhuk3...kumpul kekuatan kononnya nak pergi tanya pasal claim tiket balik Malaysia hari tu. Tapi sayangnya pegawai yang nak dijumpai tersangat sibuk. Ke hulu ke hilior (orang Perak cakap, hehe) macam tak cukup batu konkrit nak dipijak. Jadi tak ada jodoh kami nak jumpa hari nie. Tak apalah, insyaAllah lain kali kami datang lagi ya Kak Na! :D

Bila plan pertama tersekat tengah jalan, kami mengubah haluan. Naik ke tingkat tiga bahagian Imtiaz. Hajatnya nak tanya bila agaknya keputusan temuduga yang kami hadiri akan keluar. Bila dah naik, lama pulak bersembang dengan pegawai yang bertugas. Hmm...isi perbincangannya biarlah dirahsiakan. Susah juga kalau semua nak ditulis dalam blog nie. Kesimpulannya, natijah itu akan keluar mungkin akhir Januari. Mereka akan panggil by phone untuk pengambilan bulan Februari. Tapi kenapa lambat sangat? Kesian kat pelajar2 kan? Mesti terkontang-kanting tunggu guru yang tak sampai2. Inilah kelemahan sistem pendidikan kat sini. Bukan nak cakap Imtiaz je. Lain2 sekolah pun sama. Macam pengambilan sesi baru guru J-Qaf. Natijahnya akan keluar 17 Januari nie. Itu baru natijahnya yang keluar. Tak termasuk tarikh untuk melapor diri, persiapan dan lain2. Memerlukan masa yang bukan sekejap. Sementara itu, pastinya murid2 yang terabai. Kesian pulak budak2 nie. Tapi maybe jugak diorang happy. Yelah, cikgu tak masuk kelas diorang boleh main, tidur...uhuk3 cam cakap kat diri sendiri pulak. Hoho..


Malas nak mengulas panjang. Rasa kesal pun ada sebenarnya bila tengok proses nie.

Penat mengomel, singgah sekajap kat Radix Fried Chicken (RFC). Tak jauh, betul2 belakang bangunan Yayasan Terengganu. Tapi sayangnya bagi saya tempat nie tak strategik untuk premis perniagaan, apatahlagi untuk sebuah restoran. Mungkin di sekelilingnya penuh dengan bangunan2 pentadbiran, tetapi pelanggannya tidak hanya tertumpu kepada pekerja2 pejabat sahaja bukan? Sasarannya juga orang awam. Jadi kedudukannya yang agak tersorok itu memang tidak sesuai kalau mahu untung yang besar. Sepatutnya RFC, jenama yang agak suam2 terkenal itu membuka premisnya di tepi jalan2 utama, bukan lorong2 kecil sahaja. Tapi mungkin pemiliknya ada sebab tersendiri. Kita husnudzzon je lah.

Oh banyak pula kritikan di dalam tulisan kali nie. Harapnya jangan sampai ada yang tersinggung. Bukan kritikan, sekadar pandangan orang biasa. **cover line** haha

Selesai 'urusan' di RFC, bertolak pula ke Batu Buruk. Ke rumah mertua Ebah, mengambil barang yang sudi ditumpangkan di dalam bagasi mereka dari Jordan. Hepi sangat2!!^_^ dah lama tinggalkan barang tu kat Jordan. Dan hari nie bila dapat bertemu semula **dah macam jejak kasih=.=** rasa hepi tak tahu nak gambarkan macamana. Jazakumullahu khairaljaza' Ebah dan Amer. Allah sahaja yang layak membalasnya. Bukan saya saja yang hepi, orang 'mengidam' pun hepi sangat2. :D

Akhirnya kembali ke rumah dalam keadaan separa letih. Hepi punya pasal, mengharungi jalan sesak (sebab time orang balik kerja) masa balik rumah tadi pun tak terasa. Erk...dah macam pening2 sikit. *_*


sekadar gambar hiasan.
Munsief Fathi : anak k.com bol :-> comey ngat budok ning!!


p/s : Sekali baca post kali nie dah macam diary, haha

Friday, January 13, 2012

:: Kerana Mimpi ::


Salam yaumul barakah.

Hujan lagi hari nie. Rasanya dah hampir seminggu hujan kat Malaysia. Dengar kata Jordan dah turun salji. Bestnya kalau masa nie saya berada di Jordan. Hehe...berangan lagi. Asyik mimpi duk Jordan je dua tiga hari nie. Mana tahu kot2 ada rezeki, boleh ke sana lagi kan. InsyaAllah...ameen ya Rabb.

Oleh kerana semalam mimpi Jordan lagi, maka hari nie saya bersarapan dengan falafil. Kalau ada khubuz 3adi dan humuz best jugak. Boleh buat sandwish falafil. Malangnya tak ada. So makan je lah falafil dengan sos cili dan mayonis. Okey lah kan daripada langsung tak ada. Hidup nie kena banyakkan syukur. Berpada-pada dengan apa yang ada. Jangan tamak sangat. Peringatan buat diri sendiri =)

nyum3=D


KUASA MEMILIH


Wah dah macam kempen pilihanraya :P

Sebenarnya saya dalam dilema. Tak tahu nak pilih yang mana satu. Kuasa memilihnya ada di tangan saya. Tapi mana satu pilihan yang terbaik untuk agama, keluarga dan diri sendiri? Kalau nak diikutkan, hati saya lebih berat ke arah 'sini'. Entahlah...@_@

Peliknya, saya tidak melakukan solat istikharah. Saya hanya solat hajat, meminta petunjuk jalan mana yang harus saya pilih. Tapi setakat nie saya masih belum mendapat apa2 petunjuk. Nampaknya saya kena menjalankan istikharah dalam masa yang masih berbaki ini. Mungkin tidak sempat untuk melakukannya selama 7 hari seperti yang dianjurkan Nabi Muhammad saw, tapi saya berdoa semoga dengan melakukannya hati saya akan lebih ikhlas dan redha menerima apa sahaja ketentuan-Nya nanti.

Saya takut andai pilihan saya nanti akan membuatkan saya menyesal di kemudian hari. Walaupun saya kurang pasti apa yang sedang diaturkan untuk saya, namun saya pasti ada hikmahnya. Tak apalah, hidup kan banyak pilihan, tinggal kita je untuk memilih^_^

Walau apapun yang akan terjadi selepas nie, pinta saya agar Allah menjadikan saya dari kalangan assyakiriin wal mukhlisin. Ameen.

Bismillahi tawakkaltu 3alallah....


p/s : Jangan fikir jauh sangat tentang istikharah dan pilihan tu...=)

Monday, January 9, 2012

:: Hingga Tiba Waktu ::


TAHUN BARU 2012

Bukan seorang yang bertanya kenapa dah lama tak update blog. Jawapannya senang, malas nak mengarang. Tambah pula tak ada cerita nak menulis apa. Eh bukan, bukan tak ada cerita. Ceritanya sangat banyak. Cuma penyakit yang satu tu memang susah nak ubah. Penyakit mim.alif.lam.alif.sin...hmmm...

Rasanya belum terlewat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru buat semua *walaupun dah lebih seminggu,huhu*. Semoga tahun ini merupakan tahun yang bertuah anda dunia dan akhirat. Tak mahulah bertuah kat dunia saja tapi kat akhirat kacau bilau kan?^_^ Kullu 'am wa antum bikhair.

WA IYYAKA NASTA3IEEN


Jauh betul saya melarikan diri sejak balik ke Malaysia nie.

Hanya mereka yang mengerti sahaja yang akan memahami maksud ayat di atas. Private and confidental only =).

Sebenarnya saya tak pernah terfikir untuk melarikan diri. Cuma mungkin kerana kelemahan diri saya yang menyebabkan saya ke sini. Dan saya tidak berharap saya akan berada di laluan ini terlalu lama. Berdoa semoga Allah menghantarkan 'malaikat' penyelamat untuk saya. Keluarkan saya dari 'tempat gelap' ini buat selama2nya.

Program Itqanul Muluk Bita'diil Suluk merupakan program kedua saya berada di tanah air. Malu untuk mengungkapkannya. Tapi itulah hakikat yang terjadi kepada diri saya:'(

Bersama Husna, saya memandu ke Kuala Berang yang jarak perjalanan dari rumah saya boleh tahan jauhnya. Pada mulanya ayah saya berat hati untuk melepaskan saya kerana jarak yang jauh dan memikirkan kesesakan lalulintas yang pasti di tapak program. Tambahan pula kami hanya berdua dan dua2nya perempuan. Alhamdulillah bila saya mengatakan kami dilantik menjadi AJK di program tersebut, ayah saya diam. Diam ayah saya bermakna dia setuju(",).

Kami bertolak agak lewat. Program itu bermula pada pukul 9a.m, namun kami sampai pada pukul10 lebih. Gelabah juga, takut dimarahi oleh Kak Norma, orang yang bertanggungjawab menjadikan kami ajk bawahannya. Itulah, bertolaknya sudah lewat, ditambah pula kesusahan mendapatkan tempat parkir, menyebabkan kelewatan kami berganda.

Beberapa kali kami 'tawaf' tapak program mencari tempat kami ditugaskan. Seluruh tapak program kami jelajah, kecuali tapak yang dekat dengan pentas. Mana taknya, pengunjung yang tersangat ramai menyebabkan khemah yang disediakan penuh. Penangan Ustaz Azhar Idrus. Memang dahsyat.

Setelah penat mencari, akhirnya kami memutuskan untuk menelefon Kak Norma. Rupa2nya tempat yang kami ditugaskan untuk menjaga telah dipenuhi dengan muslimin. Menyebabkan kami 'hilang kerja' sebelum sempat membuat kerja. Agak sedih juga mendengarnya. Tak apalah, mungkin belum ada rezeki untuk menyumbang tenaga.

Sempat membeli air dan keropok, Kak Norma menghantar mesej. Menyuruh kami ke kawasan muslimat untuk mengagihkan nasi dan air minuman kepada pengunjung2 selepas majlis perasmian. Alhamdulillah, walaupun kecil, itu lebih baik daripada berulang-alik dari selatan ke utara tanpa tujuan=P

Melihat pengunjung dan penyokong tidak mengenal usia yang tidak putus2 berkunjung ke program itu, saya merasa insaf. Mereka tersangat ikhlas di dalam perjuangan ini. Walaupun terpaksa memarkir kereta jauh daripada tapak, sanggup pula berjalan kaki hampir 500 meter ke tapak program. Di kalangan mereka bukanlah orang2 muda belia, tapi mereka yang telah mencapai usia senja. Namun semangat mereka mengalahkan pemuda. Ada juga yang sanggup memberi rumah mereka untuk dijadikan penginapan petugas. Allah...

Kelebihan inilah yang tiada di kalangan penyokong parti2 lain. IKHLAS. Mereka berjuang bukan kerana duit. Dunia diletakkan di tangan, bukan di hati. Walau apa bentuk kesusahan yang dihampar di depan mata, mereka masih sanggup menempuhinya demi sebuah perjuangan.

Melihat keikhlasan mereka, sahabat di sebelah meluah tanya, 'kita ini pendokong ke penyokong?'

Dan saya hanya tersenyum. Menelan jawapan yang pahit untuk diterima.

p/s: Sampai bila mahu begini sahabatku?