Monday, February 13, 2012

:: Kilauan Mimpi Indah ::


Mimpiku...
Bukan sekadar di bumi,
Bukan sekadar di atas pohonan sunyi,
Bukan sekadar di rimbunan sepi,
Bukan jua sekadar duniawi.

Tapi mimpiku...
Ingin menjejak langit tinggi,
Ingin mencapai awan yang memutih bak sucinya salji,
Ingin menggapai cita ukhrawi,
Jua mendakap redha Illahi.

Warna warni mimpiku...
Ronanya amat menyerlah,
Cahayanya mendamai resah,
Angannya terlayang indah.

Namun mimpiku...
Mencapainya tidak mudah,
Menggapainya juga bukan sahlah,
Menjadikannya bukan susah,
Memerlukan semangat yang gagah.

Mimpiku....
Dadaku wajib dipenuhi ilmu,
Yang terbias pada amalan harianku,
Kerana ku tahu di mana lemahnya diriku,
Kerana ku sedar di mana kurangnya aku,
Kerana ku jelas di tahap mana istiqamahku.

Angan-angan atau mimpi...
Bila tiba-tiba ianya digugah,
Persoalan bertalu-talu menerjah,
Sesak memikirkan hikmah,
Selepas menghadirkan natijah.

Wahai Allah Tuhanku,
Engkau sangat mengetahui mimpiku,
Tidakku berhenti melainkan dengan kehendak-Mu,
Justeru tunjukilah aku,
Pilihan yang terbaik untuk diriku dan agama-Mu,
Demi hidup dan matiku di tangan-Mu,
Ku serahkan segalanya pada-Mu.

No comments: