Monday, February 13, 2012

:: Bicara Sang Pemimpi ::


'Bila nak kahwin?'

Sejak kebelakangan nie ramai sungguh yang bertanya. Kenapa agaknya ya? Aneh rasanya bila ditanya soalan yang sama berulang2 kali. Bosan pun ada. :P

Suatu ketika dulu bila diajukan tentang kahwin, berdetak juga rasa hati. Yelah, siapa yang tak nak kahwin kan? Kalau ada yang cakap dia tak pernah rasa nak kahwin, memang pelik kenyataan tu. Kahwin itu fitrah. Setiap orang mesti pernah merasai perasaan tu. Bagi saya, soal jodoh, nikah, kahwin adalah sangat di luar batasan akal fikiran saya.

Hidup nie, tiada siapa yang dapat menafikan ia adalah pinjaman sepenuhnya dari Illahi. Apalagi mempersoalkan bicara jodoh dan pertemuan. Itu semua kerja Allah. Cuma, kita perlu berusaha. Doa juga satu bentuk usaha bukan? Senjata orang mu'min, sudah terjamin kesahihannya.


Yes, sila baca dan fahami betul2 ayat di dalam gambar di atas. Kalau tak faham juga, sila belek kamus. Hihihi...

Saya punya prinsip dan impian tersendiri mengenai pernikahan. Bukan memilih, tapi saya sedar di taraf mana saya berada. Bila hadir seorang lelaki cuba mentaqdim, istikharah menjadi pilihan yang pertama. Mana mungkin saya membuat keputusan yang besar di dalam hidup saya tanpa petunjuk daripada-Nya? Justeru kalau yang hadir itu orangnya sempurna di mata orang lain, belum tentu dia adalah pilihan terbaik untuk saya. Mungkin dia sempurna untuk menjadi nakhoda orang lain, bukan saya.

Sebuah perkahwinan, diasaskan dengan rasa kasih sayang dan cinta yang diredhai. Dua manusia yang saling menyayangi kerana Allah. Kekurangan dan kelebihan disambut dengan redha. Segala kelemahan saling ditampung dan tidak berkurang rasa kasih kerana kesalahan yang tidak disengajakan. Inilah perkahwinan yang sakinah. Dipayungi rahmat dari Allah dan redha-Nya mengiringi.

Kerana itu bagi saya, untuk mendapat perkahwinan yang mawaddah wa rahmah, bermula dari alam sebelum perkahwinan. Bermula dari sesi taqdim, taaruf (pertunangan), sehingga membawa kepada alam pernikahan. Islam menganjurkan alam pertunangan sebagai medan untuk keduanya saling berkenal-kenalan. Maka tempoh ini perlu digunakan dengan secermat yang mungkin kerana dalam tempoh inilah ramai pasangan yang terbabas. Menganggap alam pertunangan sebagai tiket halal.


Nauzubillah! Saya tidak mahu terbabas. Tunang, belum tentu menjadi suami yang sah. Peratusnya mungkin 80, tapi jangan memandang enteng pada 20 peratus yang berbaki. Bila Allah sudah berkata 'Kun', maka 'fayakun' menyusul selepasnya.

Saya mengimpikan seseorang yang dapat menerima saya dengan seadanya. Jangan mengada-ada meminta yang lebih dari kemampuan saya. Rupa paras, cukup ianya menjadi penenang pada pandangan saya sekalipun tidak di pandangan orang lain. Lagipun saya sangat aware tentang fizikal saya^_^ Bercakap mengenai rupa, saya kira kaum hawa tidak terlalu memilih. Kalau suami terlalu hensem pun tak selamat juga, banyak godaan. Hehe...

Pernah ada seseorang bertanya kepada saya, kenapa menolak? Tak rasa menyesal ke nanti? Kebaikannya memang diakui, sudah cukup segalanya untuk membina rumahtangga. Tapi penolakan itu juga berasas. Hati tidak cenderung kepadanya walaupun setelah beristikharah berhari2. Lalu untuk apa memaksa diri?

Mungkin dia memang bukan jodoh saya. Kalau ditakdirkan saya tidak berjodoh di dunia nie sekalipun, insyaAllah saya tidak menyesal. Bila sudah diserahkan segalanya kepada Allah, tidak akan ada sekelumit pun perasaan menyesal. Pastinya Dia sedang mengaturkan yang terbaik. Perancangan Allah, tidak akan pernah lebih buruk dari perancangan manusia. Manusia menilai melalui mata kasar. Hakikatnya belum tentu pandangan manusia itu betul.

Sejak kebelakangan nie, pemikiran saya sudah beredar jauh dari alam perkahwinan. Soal jodoh, sudah jatuh ke tangga ke berapa dalam prioriti hidup saya. Hati saya sedang kuat memikirkan untuk menyambung pengajian. Tiba2 saya merasa takut kalau2 otak saya beku untuk belajar. Kalau ilmu yang ada sudah cukup, pasti saya tidak terlalu cemas. Bukan menolak sunnatullah. Tapi keutamaan saya adalah pada bekalan apa yang akan saya bawa nanti menghadap raja paling agung.

Dalam pada saya sudah menetapkan hati saya, tiba2 hadir pula soalan yang serupa. Saya jadi kelu. Rencana apakah yang sedang menunggu saya? Allahu a'lam. Hanya Allah yang tahu. Hanya Dia yang layak memberitahu. Cuma Dia tempat mengadu. Doa saya, semoga Dia menghadirkan petunjuk yang jelas bila sudah sampai masanya.

5 comments:

Ain::Zai::Ta said...

hahuuuuh~
"semoga ALLAH menghadirkan petunjuk yang jelas bila sudah sampai masanya"

amin..(--,)

miEha said...

kak ummi..
"semoga akan tiba masanya.."

ameen~~

arju sa'adah said...

jijah n mieha: ameennnn insyaAllah.doakan kebaikannya ya..hihi ^_^

miEha said...

walaukadangkala..persolan ini akan menjadikan kite stress.ya,stress.

Ain::Zai::Ta said...

[tergelak]
midah,midah..
stress~