Monday, June 27, 2011

:: Walk Without Talk ::




Upah berjalan2 sekitar Mafraq. Banyak gelagat yang dapat diperhatikan. Teringat post Ustaz Hasrizal tentang 1001 ragam kehidupan yang dapat dilihat di Taman Tasik Ampang Hiliran. Hari ini, saya melakukan perkara yang sama. Cuma dari tempat dan gaya berbeza.

Dua tempat saya datangi hari ini. Masing2 memberi kesan yang berbeza. Di mana? Biarlah ia menjadi rahsia saya. Saya fikir tidak ramai pelajar melayu di sini tahu akan kewujudan tempat tersebut. Sejak dua tahun yang lalu, tempat itu sudah sebati dengan diri saya. Selama saya datangi tempat itu, belum pernah saya terserempak dengan mana2 pelajar melayu. Ini satu bonus untuk diri saya. Sekurang2nya saya mempunyai tempat 'lepak' saya sendiri. Dan saya tidak diganggu oleh sesiapa.

Tempat yang pertama, pakcik yang menjaga tempat itu rupa2nya masih ingatkan saya. Beliau bertanya ke mana selama ini menghilang? Saya akui sudah agak lama saya tidak bertandang ke situ. Beliau fikir saya sudah tamat belajar. Dan saya hanya tersenyum, tidak mengiakan telahannya yang ternyata benar. Segan untuk mengaku bahawa saya sebenarnya seorang khirrijah.

Di antara banyak2 tempat di muka bumi Mafraq ini, tempat inilah yang paling saya minati. Nyaman dan tenang. Di samping pelbagai gelagat yang dapat dilihat dari sini, banyak juga ibrah yang dapat diambil. Saya yakin, bila saya pulang ke Malaysia nanti, tempat ini adalah antara tempat yang akan saya rindui....walk without talk, but thought!

Ya Allah....campakkanlah sakinah-Mu:'(

Saturday, June 25, 2011

:: Dia Yang Hilang ::


Bila hubungan sesama makhluk terjejas, muhasabahlah hubunganmu dengan Alkhaliq. Kamu akan temui jawapannya di situ.

Subhanallah, alhamdulillah, astaghfirullah.....

Sudah beberapa hari mencari hati yang 'tiada'. Entah ke mana hilangnya. Puas dijenguk kiri dan kanan, kelibatnya tiada. Diintai pula ke depan dan belakang, bayangnya sahaja tidak sudi menjenguk, apatahlagi empunya diri. Akhirnya tenggelam dalam pencarian. Tercari-cari. Hanya kelam yang setia menemani.

Bila sudah begitu, sahabat2 yang berhampiranlah menjadi mangsa. Sudah sedaya upaya mempamerkan wajah yang ceria. Tapi hati yang menangis terkesan jua. Maafkanlah diri yang sedia lemah ini. Allah.......





Akibat ketiadaan mood yang melampau, maka terciptalah mereka.

Berharap 'rasa' ini segera pergi.





Friday, June 24, 2011

:: T.A.F.Q.I.N ::



Jom tafaqquh!!
Tafaqquh Fiqh Nisa' menjana minda.
Bersama menyemarakkan iman.
Berharap sinar itu tidak akan sirna.
Semoga Allah meredhai setiap aturan langkah yang tercipta.

Thursday, June 23, 2011

:: Krisis Hidup ::


Cemburu,
Pada orang yang sentiasa dilanda ujian.

Cemburu,
Pada orang yang hatinya sentiasa husnudzon pada Allah setiap kali ditimpa ujian.

Cemburu,
Pada orang yang tidak pernah suudzon dengan sesama makhluk.

Cemburu,
Pada orang yang sentiasa memohon ampun di atas dosanya.

Cemburu,
Pada orang yang jiwanya lembut dan sensitif dengan sahabat sekeliling.

Cemburu,
Pada orang yang disayangi kerana kebaikannya.

Cemburu,
Pada orang yang berjaya membahagiakan ibu bapanya.

Cemburu,
Pada orang yang tidak pernah jemu berusaha.

Cemburu,
Pada orang yang tidak pernah lelah berjuang untuk agama-Nya.

Monday, June 13, 2011

:: Diri vs Daie ::


Nak update blog pun kena ada mood jugak, betul tak? Huh, disebabkan mencari mood yang berhari2 tak sudi berkunjung, maka cerita saya kat Bumi Syuhada' Mu'tah dah jadi basi, huhu...terpaksa mencari cerita lain.

Tertarik dengan prinsip hidup blogger @ ustaz yang semakin dikenali, Ustaz Hasrizal - 'Erti Hidup Pada Memberi'. Semenjak nama beliau melonjak naik, ramai yang mengubah prinsip ini pada struktur ayatnya. Ayat yang pelbagai, namun maksudnya tetap sama.

'Indah Hidup Pada Memberi'
'Memberi Bukan Untuk Menerima'

Dan macam2 ayat lagi yang lebih kurang sama. Tak perlu berhujah siapa mengolah ayat siapa, yang penting masing2 mengolah bukan kerana sedapnya ayat tersebut. Tetapi lebih pada dalamnya erti dan penghayatan sebaris ayat itu.

Bergelar khirrijah, bukan bermakna pencarian saya di bidang ilmu turut khirij. Masih banyak ilmu Allah yang belum saya dalami dan fahami. Malah terlalu banyak. Dada saya masih kosong. Lompang dari segenap segi. Perasaan itu lebih terasa apabila saya dan rakan2 bercadang untuk memberikan tafaqquh kepada adik2 junior. Tafaqquh tersebut sebenarnya lebih kepada diskusi. Kerana saya sedar akan kurang dan ceteknya ilmu yang ada dalam diri ini. Tapi kalau diikutkan pada tahap ilmu yang ada, entah bila budaya ilmu akan wujud di bumi Mafraq ini. Menyedari hakikat waqie tersebut, saya dan rakan2 yang telah khirij berusaha menyahut cabaran untuk mewujudkannya. Pada saya, amat sukar untuk mengadakannya jika tiada yang mencetus. Malu saya pada sahabat2 di bumi Amman, Mu'tah dan Irbid yang telah melangkah lebih jauh. Meninggalkan kami yang masih terkial2 membina waqie itu sendiri. Doakan kami, semoga semangat kalian mengalir dalam diri kami di sini.

Kami tidak mensasarkan kehadiran yang ramai. Tidak perlu sehingga 20-50 orang. Cukup yang hadir itu benar2 ikhlas ingin menuntut ilmu. Kalaupun yang hadir hanya seorang, kami sepakat ingin meneruskan. Mudah2an dengan seorang itu, akan menghadirkan 100 orang pada masa hadapan. Kerana tafaqquh ini bukan kerana terpaksa, dan kami juga tak ingin memaksa. Allah yusahhil. Semoga dengan usaha yang sedikit ini akan berpanjangan dan bernilai di sisi-Nya.

Bulan Jun 2011 juga menyaksikan saya bergelar mantan kepada persatuan kami di sini atau lebih dikenali sebagai PRISMA. Begitu juga, bergelar mantan bukan bermakna sumbangan saya habis di sini. Saya punya impian yang lebih besar. Kerana itu, selagi kudrat dan tenaga saya masih diperlukan, saya bersedia. Bukan tamakkan taklifan, tetapi saya akan cuba membantu sedaya mungkin. Melihatkan pada posisi saya sekarang sebagai ahli kehormat, mungkin tidak banyak bantuan yang dapat saya hulurkan. Jika keringat saya sudah tidak lagi diperlukan, memadailah saya menjadi salah seorang ahli yang baik. Yang tidak menjadi 'bahan' untuk dibincangkan di dalam mesyuarat atau di kalangan pimpinan. Saya pernah berada di kalangan itu, maka saya tahu betapa peritnya taklifan tersebut. Membincangkan perihal seseorang di samping menjaga aibnya dan berhati2 agar perbincangan tersebut tidak menjadi umpatan. Jangan lupa, ada 5 keadaan yang digariskan oleh Imam al-Ghazali yang dibolehkan mengumpat :

1) Orang yang dizalimi boleh mengadu kezaliman yang ditimpakan kepadanya kepada pihak berkuasa.

2) Bila meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran

3) Apabila meminta fatwa, keaiban dan kelemahan orang lain boleh disebutkan.

4) Apabila cuba menyedarkan masyarakat tentang bahaya dan kesesatan yang berlaku di sekeliling mereka.

5) Apabila maksiat dan kemungkaran berlaku secara terang2an.

Ujian menjunjung taklifan itu amat berat. Berjuang untuk orang ramai, diri sendiri juga tidak wajar dilupa. Islah nafsak wad'u ghairak. Bukan senang mengerjakan dua perkara dalam satu masa. Adakalanya dek terlalu ghairah membetulkan orang lain, diri sendiri terabai. Mana mungkin lahirnya kepimpinan melalui tauladan andai pimpinan sendiri melupakan hakikat itu. Adakala rasa ingin menyendiri, melupakan segala keserabutan yang berpunca dari orang lain. Namun hati cepat menepis. Menyatakan hakikat diri tercipta bukan untuk diri sendiri. Ada hak2 orang lain yang wajib ditunaikan. Itu adalah dilema yang perlu dihadapi oleh seorang pemimpin.

Hakikatnya, diri kita keseluruhannya bukan milik kita yang mutlak. Selain Allah swt yang menjadi pemilik, sebenarnya ia juga milik orang2 di sekeliling kita. Soal pemimpin tolak dulu ke tepi (walau sebenarnya setiap orang adalah ma'sul). Setiap apa yang kita ada, perlu dikongsi dengan orang lain. Apa guna hidup tanpa memberi?

Sungguh saya kesal pada seseorang yang hidupnya hanya untuk diri sendiri. Saya pasti ramai yang tidak suka pada golongan ini atau lebih tepatnya dipanggil 'selfish'. Terus terang saya memang tidak suka golongan semacam ini. Hidup di dalam dunia sendiri. Tidak bergaul, tidak suka berkongsi. Oh sungguh saya tidak suka. Sukar untuk saya meletakkan diri di kalangan mereka. Cukupkah kekuatan saya untuk membawa mereka menyedari bahawa hidup ini indah jika kita berkongsi? Tidak ramai yang tahu, perkongsian membawa seribu kebaikan dari keburukan.

Berkongsi kegembiraan tatkala ada berita gembira mendatangi.

Berkongsi kesedihan tatkala berita sedih menyelubungi.

Berkongsi rezeki saat Dia membagi.

Berkongsi nikmat sebagai tanda mensyukuri.

Bukankah itu yang dianjurkan Nabi saw?

Tugas seorang daie tidak akan pernah berhenti. Walau sejahil manapun seorang mad'u, ia tetap menjadi tanggungjawab kita untuk memberi ajar. Bukan sekadar membetulkan mana yang silap, tetapi juga berjuang mempertahankan mana yang hak.

Monday, June 6, 2011

:: Tanah Itu Aku Bertandang ::


Salam...baru balik dari menziarahi bumi syuhada Mu'tah. Dua hari kami di sana banyak mengajar perkara baru di dalam hidup kami, terutama saya sendiri. Saya ke sana bersama 4 orang rakan akhawat bersama 2 orang muraqib (syabab). Tujuan asalnya pastilah untuk melihat dan merasai sendiri bagaimana sahabat2 PERMATA (persatuan pelajar Malaysia Mu'tah) ber'AGM' atau lebih tepatnya mengendalikan mesyuarat agung persatuan mereka sendiri.

Alhamdulillah, perjalanan yang mengambil masa selama 4 jam perjalanan itu tidak sia2. Banyak istifadah dapat saya belajar dari permusafiran kali nie. Semoga segalanya diberkati, ameen.

Malangnya untuk entry kali nie saya masih belum berkesempatan untuk menulis secara detail tentang perjalanan kami ke sana. Insya Allah saya akan cuba meluangkan masa untuk menulis di lain hari. Kepada mantan2 barisan kepimpinan PERMATA 2010/2011, tahniah kerana telah berjaya menjalankan amnah dengan sebaiknya. Kepada barisan kepimpinan yang baru, teruskan berbakti. Kalian adalah yang terbaik, justeru lakukan yang terbaik demi makmum2 antum!