Saturday, December 3, 2011

:: Qalbi ::


Dua bulan lebih berada di bumi sendiri, belum pernah saya merasa rindu pada Jordan sepertimana yang saya sedang rasakan pada hari ini.

Jordan tidak pernah lekang dari hati saya. Tidak mungkin saya boleh melupakan negara padang pasir itu!

Saya rindukan kuliah para doktor....rindukan syaikhah2 saya...rindukan sahabat2 saya...adik2 saya...keluarga besar saya di sana...

Bila menonton rancangan2 Arab di TVAlHijrah, ingatan saya terus ke bumi Jordan. Walau bagaimana tandus sekalipun tanah itu, di situlah keringat dan tapak kaki saya jatuh. Bersatu bersama debu2 halus yang setia berkorban untuk sang angin.

Melupakan memori2 itu? Satu perkara yang terakhir akan saya lakukan.

Jordan...mampukah ke sana lagi??

Terasa ingin terbang terus saat ini juga....T__T Allah....Allah...Allah....

Ya Allah...sampaikan salamku pada tanah Hasyimiyyah itu...:'(

Wednesday, October 26, 2011


Assalamualaikum dears!! (macamlah ramai yang tolong jawab salam nie,huhu)

Tak tahu apa yang sedang saya sibukkan. Blog nie pun dah hampir bersawang, tapi nasib baik sempat bertindak. keh3x...

Tadi masa tengah belek2 posts lama2, baru saya perasan. Banyak rupanya post saya yang tak sempat dipublish. Hampir 10 jugak bila dikira balik. Saya tersenyum sendiri (dah macam orang 'kureng',hahaha). Herm...saya pun tak tahu di mana diri saya menghilang. Duduk di rumah, dah jadi macam mayat hidup. Saya rasa otak saya pun dah makin tumpul. Huh!

Malasnya mengarang...:P Oleh kerana saya tak mahu janakan lebih banyak draft, baik saya post je yang ini walaupun tanpa tajuk. *bertuah punya blogger!!* Lain kali jelah baru update kesah terkini. Inipun dah dapat 'kerja' baru. Takpelah, at least saya tak duduk sajje bak kata seseoran:')

Babay^_^

Saturday, October 1, 2011

:: Kosong ::


Benar, hidup ini memang banyak cabarannya.

Tatkala usia makin meningkat dewasa, saya sedar cabaran yang akan saya lalui juga makin besar dan hebat. Memimpin dan dipimpin, saya akur dengan tuntutan hidup.

Selepas dua minggu berada di bumi bertuah Malaysia (insya-Allah), saya rasa hidup saya tiada erti. Kosong. Benar, hati dan perasaan saya sangat2 terasa lompangnya. Justeru itu, saya harus mencari jalan. Mengubati iman yang kian menjauh daripada saya=(

Ternyata, tiada yang lebih indah dari kalamullah. Ubat paling mujarab.

Subhanallah!

Hampir dua minggu tidak bermuamalat dengan masyarakat. Hanya bersama dengan orang2 yang terdekat. Saya dapat merasa keyakinan diri saya semakin terhakis. Oh Tuhan, semoga Engkau tidak mencampakkan rasa indah menjadi 'seorang' ke dalam hatiku...Allah...


Kekurangan orang lain itu,
Mungkin menjadi ladang pahala untuk kita,
Supaya kita dapat bersabar dengannya,
Berbuat baik padanyam
Memaafkan dia,
dan...
Menutup aibnya...


Saya sangat tersentap dengan ayat di atas. Semoga Allah membalas dengan sebaik2 ganjaran untuk dia yang sudi berkongsi ayat ini=)

Tuesday, September 6, 2011

:: Menanti Hari ::


Cepat betul masa berlalu. Pejam celik,pejam celik, kami bakal meninggalkan bumi Syam Urdun, tanah sahara Mafraq.

~Andai dapat ku undurkan putaran dunia...~~

Dah tak lama...

Tiba2 rasa seakan2 masa yang berbaki cemburu dengan keberadaan kami di Jordan. Banyak hasrat yang mustahil akan terlaksana.

Tadi dah pergi Amman, alhamdulillah tiket dah confirm. Tapi sebenarnya banyak lagi urusan tak settle. Urusan khirij belum siap sepenuhnya. Masih perlu berulang-alik ke jamiah. Kena pergi Amman lagi. Lagi amanah sahabat2 yang sudah fly dulu ke Malaysia pun masih tak selesai. Macamana nak selesai kalau doktor asyik tak ada je. Hurm....

Esok, kena pergi Amman sekali lagi. Harap2nya setel la urusan ke Amman esok, amiin. Lusa, cadangnya ke Irbid. Kalau tak ada aral yang melintang di hadapan langkah2 kami nie...nak pergi ambil gambar khirij, ....... ^rahsia,hehe^ , kalau sempat pergi terus jumpa adik2 Irbid. Nak ke Mu'tah rasanya dah mustahil. Jauh sangat. Kalau ulang-alik dalam masa sehari tak berbaloi rasanya.

8 September, setakat nie perancangannya nak keluar beli hadiah untuk raya EMJ. Rasanya busy jugakla 8hb tu. Then 9hb satu pasangan pengantin akan diakadnikahkan di masjid Bilal bin Rabah. 9hb malam pula akan ke EMJ untuk persiapan jamuan hari raya pada 10hb. 18hb dah nak fly. Waaa....saya dah tak tahu nak atur jadual saya macamana....Allahu yusahhil, amiin....

Takut nak balik Malaysia. Itulah, siapa suruh malas study! Haisy!

:'(

Monday, August 29, 2011

:: Milik Siapa? ::


Salam akhir Ramadhan.

Ada rasa tak sedih dalam hati sebab dah nak tinggalkan Ramadhan?

T_T

..........................................

Lama kan tak update blog? Hmm...banyak sangat cerita yang nak saya kongsikan kat blog nie. Tapi bila tak ada mood+daunpalas, tak jadi apa2. Salahkan malas. Ye, salahkan dia. :P

Sekarang pun bukan ada mood sangat nak menulis+menaip. Tapi paksakan diri jugak.

Setakat nie jelah dulu..hehe=)


Firman Allah s.w.t di dalam kalam-Nya:

يآء يها الذين ءامنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون

Dua kalimah akhir di penghujung ayat ini, 'لعلكم تتقون'. Membawa maksud 'mudah2an kamu menjadi orang yang bertaqwa.

Setelah sebulan kita menjadi hamba di bulan Ramadhan, apakah jaminan kita menjadi insan yang bertaqwa?

Tepuk dada, tanya iman. Kalau iman masih teguh di dada, insyaAllah piala taqwa itu pasti milik kita.

Selamat bermujahadah di sebelas bulan akan datang.~muhasabah~

Monday, August 15, 2011

:: Maksiat & Dosa ::



Dari sebuah hadith mafhumnya berbunyi begini :

'Barangsiapa yang melakukan kejahatan pada waktu malamnya dan Allah menutupi kejahatan iaitu maksiat yang dilakukannya itu. Tetapi pada siangnya dia berjumpa dengan rakan2nya dan mengatakan, 'malam tadi aku begini, begitu.(menceritakan kejahatan tersebut) maka sesungguhnya dia telah membuka keaibannya yang telah ditutup oleh Allah s.wt.

-sumber (?)-

Mohon maaf kerana tidak dapat berkongsi kesahihan riwayat dan matan hadith di atas.

Tiba2 saja saya teringat akan hadith nie. Sesungguhnya orang di atas masih beruntung dan bertuah kerana Allah telah menutup kesalahan dan keaibannya. Yang silap, bila dia sendiri yang membukanya.

Tapi aib yang dibuka Allah, bagaimana pula? Nauzubillahi min zaalik.

Kadang2 kita tidak sedar, dalam kehidupan seharian kita, banyak langkah yang tersasar. Seringkali bila kita membuat dosa, hati kita resah. Takutkan pandangan manusia, jatuh air muka dan bimbangkan pandangan orang pada kita. Pandangan Allah pula? Tidak pedulikah kita?

Panjatkanlah rasa syukur. Semoga dengan ketakutan dan kebimbangan dosa yang dilakukan itu terbongkar di mata manusia, membawa kita pada gerunnya neraka Allah. Berdoalah semoga Allah tidak membukanya, di samping taubat nasuha dengan harapan tidak akan kembali lagi ke tempat itu.

Seorang mu'min tidak akan terjatuh ke dalam lubang yang sama dua kali!

Kuatkan diri untuk meraih syurga dan redha Allah...


Diri terbuai dengan dunia yang hanya wasilah, sedang cahaya akhirah masih menyala untuk mencapai ghayah. Wake-up diri!!

Thursday, August 11, 2011

:: Doa Seorang Asing ::


Saya lupa nak bagitahu.

Pakatan kami tak jadi pergi Syria. :(

Namun kami yakin pasti ada hikmahnya yang kami tidak tahu. Tersembunyi dalam lipatan maarifah-Nya. Mungkin ini yang terbaik. Redha dan pasti. Mungkin Dia sedang mengaturkan kami pergi ke tempat yang lebih baik untuk kami:)

Kali nie saya nak ceritakan tentang qoror (peraturan) yang telah persatuan tetapkan untuk kami pelajar Malaysia di sini. Bumi Mafraq. Bumi yang paling tandus kot di Jordan nie. Tapi untuk digelar paling sahara, tak boleh juga. Sebab tanah atau tempat yang paling tandus bukan di Mafraq. Tapi saya lupa nama tempat yang seorang pakcik teksi pernah sebut sebagai gurun sahara di bumi Bani Hasyim nie.

Qoror kami, pelajar perempuan yang ingin keluar dari sakan atau rumah selepas maghrib hendaklah diiringi muraqib atau peneman daripada kalangan pelajar lelaki. Tidak lain tidak bukan ini sudah tentulah untuk keselamatan pelajar perempuan itu sendiri. Maklum sajalah bila berada di tempat asing. Segala pergerakan menjadi tumpuan. Sudah banyak kes kecurian, ragut dan tidak kurang pelajar perempuan diraba yang dilaporkan.

Setakat nie alhamdulillah, di Mafraq keadaan masih selamat untuk dihuni. :) Tapi risau pula bila penempatan di luar kawasan universiti dibuka, keadaan menjadi sebaliknya. Sebelum nie pelajar perempuan digalakkan untuk tinggal di asrama dalam universiti. Saya akui akan jaminan keselamatan pelajar perempuan di kawasan asrama. Apatahlagi kawasan universiti Al al-Bayt berada jauh dari penempatan dan bandar. Berlainan dengan Universiti Yarmouk di bumi Irbid. Yarmouk terletak betul2 di pusat bandar dan penempatan penduduk. Menjadikan Yarmouk salah satu daripada pilihan kegemaran pelajar Malaysia kerana kedudukannya yang strategik.

Kita sedia maklum, setiap malam bulan Ramadhan kita akan menunaikan sunat terawih dan witir. Bagi kita majoriti rakyat Malaysia, akan menunaikan solat ini secara berjemaah di surau atau masjid. Perkara yang sama juga dilakukan di sini. Setiap kali ingin menunaikan solat Isyak dan terawih, kami akan berjemaah di masjid2 yang banyak di sekitar Mafraq.

Tahun ini, tahun pertama saya menunaikan sembahyang terawih di luar kawasan universiti selepas berpindah ke rumah sewa Mei lalu. Agak kekok, tapi gembira kerana masih diberi kesempatan untuk merasai pengalaman itu. Kedudukan rumah sewa saya yang terletak bersebelahan dengan masjid memudahkan saya untuk keluar berterawih tanpa ditemani muraqib. Sudah dikira satu bonus.

Malangnya saya nie, seorang yang cepat bosan dengan perkara yang sama. Sebelum Ramadhan lagi, saya dan ahli Qasr merancang untuk berterawih di masjid yang berbeza2 setiap hari. Wah...kononnya lah menjadi makmum pada imam yang berbeza2. Mengenangkan qoror yang mewajibkan muraqib untuk keluar selepas maghrib, saya jadi lemah. Susahnya mencari seorang muraqib!

Bila difikir2kan balik, patutlah akhawat Mafraq nie dikata kuat (bukan saya yang cakap ya, adalah seorang ikhwah dari mantiqah lain yang cakap). Mungkin kerana sudah terpaksa berdikari sendiri dalam banyak hal. Syabab yang boleh diharap amat sedikit. Seringkali orang yang sama muncul menawarkan diri jika ada akhawat yang ingin meminta tolong. Bila dikata tak boleh diharap, melenting. Menyalahkan akhawat pula dan dikatakan syadid. Aduh...syadid sangatkah jika tidak bergurau senda dengan syabab??

Mencari seorang muraqib, ibarat mencari pasir di dalam timbunan batu. Payahnya mencari seseorang yang sudi memuraqibkan akhawat dengan ikhlas. Bukan tiada langsung. Tapi adanya satu dalam seribu. Sebab itulah akhawat lebih suka berjalan tanpa muraqib. Saya sendiri pun, kalau tidak kerana adanya qoror yang mewajibkan, sudah tentu saya tidak akan bersusahpayah mencari lelaki untuk menjadi muraqib.

Agaknya mereka fikir akhawat gembira berjalan ditemani muraqib? Oh tidak! Saya harap bukan itu yang terlintas di fikiran mereka. Kami mencari bukan untuk menyusahkan antum. Keluar malam2, sekadar menemani sehingga sampai di rumah atau asrama dan tidak mendapat gaji. Bukan itu yang kami rasakan. Kami juga, tidak mahu menjadi sasaran kesusahan antum. Kalau boleh, kami tidak mahu langsung mengganggu antum yang sedang tekun belajar. Kami lebih gembira berjalan2 tanpa lelaki. Bebas berjalan tanpa antum di depan dan belakang kami. Tapi qoror yang ditetapkan untuk dipatuhi bukan sebaliknya.

Dalam hati, terdetik juga perasaan bersalah bila antum sedia keluar memuraqibkan dan memastikan keselamatan kami. Di sebalik rasa tersebut, terselit juga rasa kagum pada antum yang sudi mengorbankan masa dan tenaga. Menjaga keselamatan kami yang langsung tiada hubungan darah dengan antum.

gambar nie diambil di Mesir. bagusnya mereka kerana sanggup melayan karenah kami sepanjang 9 hari di Mesir:)


Doa kami (bukan orang dalam gambar tu je ye):

1) Semoga Allah menghadiahkan ganjaran yang terbaik kepada antum.

2) Semoga Allah melindungi antum sepertimana kesungguhan antum melindungi kami.

3) Semoga Allah memastikan keselamatan ibu, kakak, adik2 perempuan, isteri dan saudara2 perempuan antum lebih daripada antum memastikan keselamatan kami di sini.

4) Dengan susah payah antum mengorbankan masa study sendiri kerana kami yang tidak penting ini, Allah menghadiahkan pemahaman yang sesungguhnya buat antum.

Jadilah antum mu'min yang kuat untuk mu'minat amnya. Seorang mu'min yang sebenar tidak terhenti pedulinya pada keluarga, isteri dan ibunya sahaja tetapi pedulinya pada seluruh umat Islam yang berkongsi aqidahnya.

Jazakumullahu khairal jaza'.

:: Nak, Tak Nak ::


FASA BERTINGKAT



Salam fasa kedua Ramadhan.

Sekejap je kan? Fasa pertama sudah pun berlalu. Tanpa membuang masa fasa kedua pula menjenguk diri. Entah apa yang telah aku buat untuk fasa pertama itu, hanya Allah yang berhak menilai. Saya yakin, pastinya doa saya dan kalian sama. Semoga Allah menilai dan meletakkan amalan2 dan segala taubat kita di sisi-Nya dengan nilaian terindah di akhirat kelak. Amiin.

Sejak sepuluh hari yang lalu, sangat jarang kami ahli Qasr Hauraa' berkesempatan beriftor di qasr kami. Hampir setiap hari ada undangan. Rezeki ramadhan. Berbuka di Mafraq, malah tidak kurang di Amman. Malah hari nie pun kami ada undangan. Alhamdulillah, sebab itulah tidak ada yang kebuluran di bulan Ramadhan. Di mana2 pun ramai yang berkenan mengeluarkan 'zakat'(",)

Istimewanya Ramadhan, ramai yang berebut-rebut mengeluarkan apa yang ada di dalam poket. Kalau di bulan2 lain hanya sekali dua mengeluarkannya dari poket, bulan Ramadhan sudah seminggu sekali. Sebulan sudah empat kali. Sifir yang sangat menarik.

Kadang2 saya tersenyum sendiri bila memikirkan hal ini. Bulan Ramadhan tersangatlah iltizam dan istiqamahnya sedekah dan melakukan amalan2 sunat yang lain. Ada yang susah bangun malam, senang bangun sahur. Susah baca quran walaupun satu muka surat, boleh menghabiskan sejuzu' pada bulan Ramadhan. Masing2 berebut dan tamakkan pahala dan rahmat bulan ini.

Tidak salah. Siapa yang mengatakannya salah? Mai habaq kat chek! hehe

Tapi bukankah lebih afdhal jika ia juga diamalkan pada bulan2 lain?

Sedekah bukan hanya bulan ini.

Tahajud juga bukan hanya dalam bulan ini.

Ya Allah, istiqamahkan kami. Thabbitna....

Alangkah nikmatnya jika bulan2 lain juga adalah Ramadhan^_^


UDARA URDUN

sekadar hiasan


Di bumi Urdun, yang paling best bila bulan ramadhan adalah udaranya. Tanyalah siapa2 yang pernah atau sedang belajar di Jordan (yang pernah melalui Ramadhan kat sinilah) apa yang paling best bila bulan Ramadhan? Saya pasti jawapan mereka bukanlah qutaiyef, bukan juga tamarhind, tapi udaranya.

Amat sukar untuk mencari lelaki yang tidak merokok di bumi padang pasir nie. Waktu mula2 saya menjejakkan kaki ke sini (sampai sekarang pun), saya amat sukar untuk menyesuaikan diri dengan tabiat mereka yang satu nie. Mungkin kerana environment saya dibesarkan tidak ada tabiat ini. Ayah saya juga tidak merokok. Sebab itu adik2 lelaki saya dah kena warning siap2. 'Ayah tak hisap rokok, anak2 jangan gatal2 nak hisap!'

Tapi di sini, jamiah, tempat2 awam, jalan (tambah lagi asap2 enjin kereta), malah di hospital dan klinik pun asap2 rokok berkepul2. Argh tensionnya saya. Kalaupun nak bunuh diri, janganlah bunuh sekali dengan orang2 sekeliling. Tak pasal2 orang lain pun jadi mangsa. Hisy!!

Tapi bila bulan rahmat nie tiba, kita dah tak perlu risau akan keadaan tu. Tiada lagi asap2 rokok yang berkepul2. Nak jalan2 pun rasa selesa. Udara pun segar. Alhamdulillah sekurang2nya ada lagi udara bersih untuk bumi Jordan nie. Hihi...:P


SABAN TAHUN

Tahun nie, ramai sangat sahabat2 yang balik ke Malaysia.

Sejak dua tiga tahun nie makin ramai pulak yang balik ke Malaysia setiap tahun. Bimbang pula saya. Penyakit pulang ke Malaysia setiap tahun semakin menular nampaknya. Bila setiap tahun pulang beraya bersama keluarga di Malaysia, bila pula ingin merasa beraya di Jordan? Empat tahun di bumi orang, sepatutnya kita mengutip pengalaman sebanyak mungkin. Melihat cara bangsa lain merayakan aidilfitri, tidak sama dengan bangsa sendiri. Juga cara mereka mengimarahkan Ramadhan, juga tidak sama. Terlalu banyak mutiara yang kita boleh kutip.


Dears, akal saya tidak mampu memikirkan akan terjadinya situasi begini suatu hari nanti.

A : Best tak Ramadhan dan raya kat Jordan?
B : Ramadhan? erm..erm...bolehlah...sama je dengan sini (Malaysia).

-dialog di atas adalah rekaan semata2. Harap maklum-

Si A adalah orang Malaysia yang tidak pernah ke bumi Jordan untuk berpuasa dan beraya di sana. Tetapi si B adalah salah seorang daripada ribuan graduan Jordan yang pernah menuntut selama empat tahun. Namun jawapannya sama seperti jutaan orang yang tidak pernah ke Jordan. Kerana apa? Kerana pengetahuan dan pengalamannya kosong! Tidak pernah merasai suasananya. Jadi apa yang boleh dia sampaikan kepada si A?

Amat sayang dan rugi jika kita tidak mengambil peluang tersebut. Yang paling saya kagum dengan mereka bangsa Arab di sini, bila masuk ke fasa terakhir Ramadhan. Saya masih belum ingin bercerita. Nanti bila dah masuk ke fasa tersebut, insyaAllah saya akan menulisnya. Tolong ingatkan saya!

Saya tidak berharap orang menganggap sangkaan saya ini sebagai sumpahan. Fikirlah secara positif dan rasional. Tiada yang lebih berharga daripada pengalaman. Setinggi manapun ilmu kita, masih tidak dapat menandingi tingginya harga sebuah pengalaman.

Saturday, August 6, 2011

:: Kotak Hati ::



RAMADHANKU

Pejam celik pejam celik, hari nie dah masuk hari ke-6 Ramadhan.

Semoga Allah sudi menerima segala penat lelah, lesu, lapar, dahaga, taubat dan amalan kita semua.

Juga Dia berkenan untuk memanjangkan hayat kita hingga ke Ramadhan2 seterusnya. Amiin.



PERMATAKU


Semalam, membuat panggilan ke rumah. Mafraq-Jordan-Malaysia-Terengganu. Tersentak seketika, emak di sana sudah 5 hari demam. Suara pun hampir2 tidak kedengaran. Hanya saya yang bercakap T_T....Sehari sebelum puasa, saya dah telefon ke rumah. Masa tu kesihatan emak masih baik. Jadi langsung tidak terlintas di hati keesokan harinya emak akan demam dan melarat hingga ke hari ini. Sahabat2, tolong doakan kesihatan ibu saya. Bila dengar suaranya semalam, rasa nak terus terbang ke Malaysia. Memang sejak kebelakangan ini kesihatan beliau kurang baik. Lebih daripada sedih, saya rasa takut..:/

Semalam juga masih tidak berkesempatan untuk bercakap dengan ayah. Tidak sampai hati pula untuk menyuruh emak memanggil ayah ke telefon dalam keadaannya yang begitu. Hendak bergerak pun sukar...hm, itulah susahnya bila ayah berkeras tidak mahu menggunakan handset. Jawapannya senang. Setiapkali kami menyuruhnya membeli sebuah handset untuk kegunaannya, dia akan jawab : 'Rumah kan dah ada telefon. Telefon jelah rumah.' Oh ayahku...kalaulah telefon rumah tu boleh dibawa ke mana2...:(

Oh permataku...T_T

Ya Allah, Engkau rahmatilah ibubapaku, kurniakanlah mereka kesihatan yang baik. Izinkanlah aku untuk terus berbakti kepada mereka ya Rabb....



اللهم اغفرلنا ذنوبنا ولوالدينا وارحمهما كما ربيانا صغيرا


Urusan tiket saya masih belum selesai sepenuhnya. Doakan semoga segalanya berjalan lancar dan dibukakan pintu2 kesenangan untuk kami pulang ke Malaysia.

Dalam rasa seronok untuk pulang, ada rasa sedih bermukim di dada. Empat tahun bukan jangkamasa yang singkat. Jordan sudah menjadi negara kedua saya. Mafraq sudah menjadi negeri kedua saya. Al al-Bayt sudah menjadi rumah kedua saya. Pelajar2 Al alBayt sudah menjadi adik beradik saya!

Saya pasti akan merindui semuanya. Padangnya yang luas berdebu tanpa tumbuhan. Kawasan jamiah yang hampir 80peratus daripadanya dihiasi pohon zaitun. Sedikit pohon pain dan pohon rhu. Mungkin 10 tahun akan datang, ianya masih begitu. Namun 10 tahun akan datang, saya belum tentu berkesempatan untuk kembali. Namun dalam hati saya masih berdoa untuk ke sini semula. Semoga Allah panjangkan rezeki saya untuk ke sini. Tidak bergelar pelajar pun tidak mengapa, asalkan saya berpeluang untuk menjejakkan kaki di bumi tinggalan anbiya' ini.


SYRIA KEDUA

Dua hari lalu, mendapat panggilan daripada Ketua Helwi PRISMA. Presiden sudah meluluskan permohonan kami ke Syria. Hati berbunga2. Alhamdulillah, semoga Allah mudahkan urusan. Memang sejak awal lagi kami merancang untuk beRamadhan di sana. Jadi bermulalah pencarian muraqib yang akan mengiringi kami pergi dan balik dari Syria.

Telefon sana sini, seorang sahabat saya sudahpun membuat status di FBnya. Syabab Mafraq sudah ramai yang berada di sana rupanya. Bila berita kami ingin ke sana diketahui, ramailah yang memberi nasihat agar dibatalkan saja. Katanya sudah banyak muzaharat (demonstrasi) berlaku di Syria. Damsyiq pun tidak ketinggalan. Tengah2 solat Terawih tiba2 kena lari bertempiaran adalah fenomena biasa. Allah....

Bila sudah begitu, presiden pula macam goyah untuk melepaskan kami. :(( Kalau kami lelaki, tidaklah terlalu sukar rasanya. Kalaupun kena lari semasa solat Terawih, kami boleh lari. Tetapi yang menjadi sukarnya bila kami perempuan. Tambahan pula kami pergi bukan seorang dua, tapi hampir 10 orang. Macamana musyrif hendak memastikan keselamatan kami?

Walaupun keyakinan saya sudah jatuh sedikit, jauh di sudut hati saya tetap ingin ke sana. Terfikir juga, degilkah aku? Tapi kalau bukan sekarang, bila lagi? Saya takut saya sudah tidak berkesempatan lagi untuk ke sana. Bila kaki sudah menjejak Malaysia, sudah pasti peluang ke sana amat tipis. Seperti tipisnya peluang saya untuk kembali ke sini lagi.

Walauapapun, kami masih menunggu keputusan presiden. Kalau ditakdirkan kami tidak diizinkan, insya-Allah adalah hikmah di sebaliknya. Jika presiden mengizinkan, insya-Allah kami akan bertolak ke sana pada 10 Ramadhan. Sahhil...sahiil...sahhil...ya Allah...


Monday, August 1, 2011

:: Excited ::


Dua hari sebelum Ramadhan bertandang, rumah2 Arab di sekeliling dah mula pasang lampu liplap (bahasa fushahnye apa ye?tak tahu,hehe) Mula2 saya perasan dua buah rumah di depan rumah sewa saya. Tapi semalam, semasa saya keluar ke masjid menunaikan solat Isya' plus terawih di Masjid Anas (sebelah rumah), rupa2nya semua rumah menyalakan lampu tersebut. Wah...meriahnya rasa. Seronok tengok lampu tu berkelip2 dalam macam2 warna dan bentuk. But mostly dalam bentuk bulan sabit la. Ada yang kecik, tak kurang yang sederhana sedikit dan besar. Ada sesetengah rumah menyalakan bukan satu, malah dua sekaligus. Memang meriah.

So terdetiklah nak pasang jugak lampu tu. Actually, dah lama nak beli lampu tu. Pasang kat depan rumah. Kalau tak di tingkap pun, letak kat depan pintu. Cantik2...berangan. Hari tu masa pergi Amman, nampak banyak sangat jual kat tepi2 jalan. Mula2 tanya, jd3. So tak jadi ambik. Mahal sangat. Lagipun timbalan bendahari cakap nanti dekat2 raya baru murah. Ikut. Jalan depan sikit, tanya lagi. Kali nie jd1.500. Wah! Baru je nak ambik, tiba2 timbalan bendahari cakap ayat sama. Kali nie saya dan kawan saya seorang lagi tergelak. Berapa agaknya yang diorang akan turunkan kalau harga sekarang dah jd1.500?? Adoi...susah jugak berjalan dengan bendahari nie. Hehehe so, akhirnya kami tak beli. Bukan sebab apa yang bendahari cakap. Kalau minta kurang, rasanya pakcik tu bagi je. Tapi sebab tak banyak pilihan. Nantilah, bila dah ada jodoh, kami beli. =P

Semalam, 31 Julai. Kami akhawat pergi ke kebun buah. Dah lama tak pergi. Biasanya rehlah ke kebun buah memang menjadi agenda tahunan kami akhawat kat sini. Tapi tahun lepas kami tak pergi sebab kekangan masa. Masa free, buah pulak tak ada. Tangguh punya tangguh, sampailah ke bulan Ramadhan akhirnya tak pergi. Cuaca pulak memang panas sangat. Tahun nie pun sama cuacanya. Panas yang amat. Tapi insyaAllah kheir...



Sebenarnya nak cerita pasal kisah semalam. Kebun buah tu besar sangat2. Entah berapa hektarlah kawasannya. Macam2 buah ada. Pear, epal, peach, peach leper, delima, timun cina (tembikai), tembikai susu, macam2 lagilah. Tengah2 semangat + excited mengutip buah semalam, tiba2 terdengar suatu suara. Alkisahnya, adalah 5orang sahabat nie seronok sangat mengutip buah. Sampaikan ke ceruk2 mana diorang masuk. Mula2 saya pun nak masuk jugak kawasan tu. Yelah, sebab sebelum nie tak pernah pun masuk bahagian tu. Nak tengok buah apa yang ada kat situ. Tapi 'anak2' yang ikut sekali dah letih. Tak nak masuk. So saya pun ikut jelah diorang. Rupa2nya ada hikmahnya ikut karenah 'anak2' nie. Tak pasal2 saya jadi 'ibu' sekejap semalam. Ramai sangat nak jadi anak. Hehe..ok, sambung. Bila kami membelok lalu kat kawasan tu, tiba2 terdengar satu suara.

'Macam suara anjing je.' Saya bersuara. Sahabat2 di kiri dan kanan saya memasang telinga. Makin lama makin kuat. Serentak mata saya menangkap sesuatu di hujung jalan. Waaa anjing! Kalau diikutkan rasa takut, memang dah lama saya berlari. Tapi teringatkan haiwan yang satu nie memang sangat berkenan kalau tengok orang berlari, terpaksa tahan niat tu. Kami berpatah ke jalan sebelahnya sambil jalan laju2. Bila saya toleh ke belakang, nampaklah 5orang yang semangat kutip buah tadi berlari ke arah kami.

'Jangan lari weh. Kat sini pun ada anjing jugak.' Rupa2nya suara anjing yang kami dengar tadi datang daripada anjing yang berada dalam kebun yang sama diorang masuk kutip buah. Tergelak2 kami bertiga tengok diorang berlari kelam kabut. Tapi bila anjing tu berpatah balik, diorang masuk balik. Haisy degil betul budak2 nih. =P

Pertama kali sepanjang saya ke kebun buah, ada orang kena kejar dek anjing. :D

Letih kutip buah, kami bertolak balik ke rumah dan sakan masing2. Walaupun letih, tetap best! Terima kasih semua.


**************************************************************************


Sebelah malamnya, kami bertarawih. Tak jauh. Untuk malam yang pertama terawih, kami adik beradik Qasr Hauraa' sepakat pergi masjid sebelah rumah je. Lagipun masing2 dah letih panjat pokok siang tadi:P

Kami sampai awal ke masjid. Bahagian perempuan hanya ada seorang makcik. Itupun sebab dia yang pegang kunci masjid. Kami pun mengambil tempat di bahagian tengah. Afdhalnya begitulah, mula saf dari bahagian tengah betul2 belakang imam. Baru je nak duduk, tiba2 seorang ahli qasr bersuara, alamak terlupa bawak kain. Hah? Hahaha...kami tergelak. Ya Allah...asalnya dia yang paling semangat + excited nak tarawih. Alih2 dia pulak yang tertinggal kain sembahyang. So berjalanlah lagi saya menemani dia balik ke rumah untuk ambil kain telekung yang tertinggal. Mujurlah rumah hanya beberapa langkah dari masjid. Kalau tidak, saya suruh je dia labuhkan kain kurung yang dipakai.

Awal 10 Ramadhan, tarawih di Masjid Anas berimamkan syab Malizi. Nak tahu siapa? Kenalah datang sini dengar sendiri.

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.

Ramadhan ini yang terakhir di Bumi Syam.

Berharap bukanlah terakhir untuk selama2nya.

Ramadhan kareem. Taqabbalallah, minna wa minkum solihul a'mal. Ameen.

Saturday, July 30, 2011

:: Gamitan Turki ::


Rindukan Turki....:'(

Ramadhan kali nie, ingin benar rasanya ke sana. Tapi sayangnya...kenalah ikut peraturan. Kita yang buat qoror, kita juga yang melanggarnya. Apa kes?? heh!

Harap sangat akan sampai lagi ke sana kali kedua...ketiga...keempat...dan seterusnya.

Allahumma ballighna Turkiyah. Boleh ke?? Hahahaha....









Friday, July 29, 2011

:: Taste Of Love ::


Sebelum2 nie, dah banyak kali tengok kakak2 senior masak maqlubeh. Atau paling tidak pun, pernahlah belajar masak maqlubeh nie daripada budak arab kat sakan. Masing2 lebih kurang je cara masak. Ingatkan satu cara tu jelah yang biasa diorang masak. Tapi rupanya....

Pagi tadi, duk tengah elok ambil gambar kek sarang semut kukus (sila lihat gambar di bawah=) tiba2 dengar orang ketuk tingkap. Biasanya bukan orang lainlah, mama alias tuan rumah kitorang je yang biasa ketuk tingkap tu. So saya pun pergilah berbasa-basi dengan dia. Kebetulan suara dia takde. Kenalah mendekatkan diri untuk lebih memahami apa yang dia nak sampaikan.

akhirnya semut berkenan buat sarang=)

Mama : Awalnya korang bangun. Tak tidur lepas Subuh?
Saya : Awal? rasanya kami dah bangun lambat. Bukan tak tidur, cuma dah bangun. Hehe (sengih jela saye. Kalau makcik2 melayu yang tanya, memang saya cakap tak tidur. Hahaha)
Mama : Korang study ke?
Saya : Study? Sorang je yang study. Yang lain buat kerja masing2.

Tengah2 sembang, housemate saya suruh tanya mana nak dapat rempah maqlubeh yang sedap. So saya tolonglah tanyakan.

Saya : Mama, mana nak dapat rempah maqlubeh? Yang jenis bagus punya.
Mama : Awak nak buat maqlubeh ke? Jom, hari nie yang tunjuk cara2 nak masak.
Saya : Erkk...bukan nak buat, tapi nak tau beli kat mana rempah tu (saya dah gelabah ayam...-ayat arda-)
Mama : Takpe2 nanti tengahari sikit pukul 12pm datang rumah saya, saya tunjukkan macamana cara nak buat maqlubeh...Sekarang nie orang tengah tidur lagi=)

Alahai mama!

Okey, dialog tu dah diterangselitkan bahasa melayu. Please understand. hehe

Lepas tu, tepat pukul 12pm mama turun. Ajak kami pergi belajar masak maqlubeh dengan dia.

Cara mama masak maqlubeh lain sikit daripada yang pernah saya belajar.

Mula2, mama rendam terung yang telah dipotong sederhana dalam air garam yang bukan sedikit garamnya. Mama tanya, tahu tak kenapa kena rendam dengan garam. Hah ada sesape yang tau? Tak kan...hihi..nak tau kena tanya sendiri...hahaha

Okey then, mama goreng zahrah (bunga kobis) sampai warna ala2 perang dan comel warnanya. Lepas tu perah terung tadi dan goreng macam zahrah tadi. Then kalau rasa nak letak batoto (kentang) dalam nasi maqlubeh pun, sama juga caranya. Goreng lepas tu toskan.

Sementara tu, potong ayam bersaiz sederhana. Panaskan minyak, letakkan ayam, sedikit garam dan lada hitam. Goreng sampai keperangan. Ala2 separuh masaklaa...guna api sederhana kalau periuk nipis dan api besar kalau periuk tebal. Agak2 dah comey warnanya, tambahkan air dalam periuk, rebus sehingga masak. Rasalah air dia, dah masin ke belum.

Okey then, untuk nasi pulak. Basuh beras kemudian rendam dalam air suam agak2 dalam setengah jam. Lepas tu toskan, masukkan kunyit debu, serbuk buah pelaga, serbuk lada hitam dan rempah kabseh fallahi (yang nie tak tau nak cari kat mana kalau kat malaysia. Ada kot, kena pandai2 cari. Hahaha)

Bila ayam dah masak, ambik sedikit beras tadi dan taburkan ke dalam periuk. Susun ayam atas beras, terung, zahrah dan batoto. Masukkan beras yang selebihnya ke dalam periuk. Letak atas dapur, masukkan air rebusan ayam tadi ke dalam periuk. Sukat air sama macam kita masak nasi biasa. Gunakan api yang besar. Tunggu sehingga nasi masak. Siap!

Kalau ikutkan resepi arab, diorang lebih suka letak kiub ayam ke dalam sup tadi. Tapi kat Malaysia kita banyak pilihan. Letak perencah hilal pun dah okey. Kalau taknak letak pun lagi okey. Jangan banyak sangat makan kiub, botak kepala. Tu pesan kak Lei, hehe...

Pesan mama, jangan godek2 beras masa tengah masak nasi tu. Biarkan sampai air kering dan kecilkan api masa air dah hampir kering tuh. Lepas masak, tungging (erk betul ke perkataan nie?) periuk atas dulang dan terbalikkan ia. Sebab tu nasi nie dipanggil maqlubeh. Berasal dari perkataan qalaba. Maksudnya, bolak balik...=P

Okey, setakat tu je rancangan resepi kali nie...Jom tengok gambar2 yang sempat dirakam semasa proses pembikinan nasi maqlubeh mama alias ummu mohd:)

sebelum digoreng

terung, zahrah dan kentang yang telah siap digoreng





Siap untuk dimakan. Nyum3=P

Okeh, jangan terliur pulak. Dekat2 Ramadhan nie kena berlatih menahan nafsu. Hoho:P

Ramadhan Kareem!!

Monday, July 25, 2011

:: Semakin Hampir ::



Ramadhan semakin menghampiri. Setiap ceruk rantau, masing2 sibuk dengan persiapan. Namun lain orang, lain pula persiapannya. Seperti juga persepsi. Masing2 punya persepsi, prinsip dan pendapat yang berbeza.

Ada yang berpendapat, semakin dekat Ramadhan, semakin hampirlah Syawalnya=)

Ada pula yang berpersepsi, semakin hampir Ramadhan, makin dekatlah ajalnya.

Ramadhan kareem. Hanya Allah yang layak menilai.

Melaungkan slogan Ramadhan : Kehadiranmu dinanti, pemergianmu ditangisi, apakah gerak laku kita seiring?

Ya Allah, semoga Ramadhan ini bukanlah yang terakhir. Jika ditakdirkan Engkau bahawa Ramadhan ini yang terakhir buatku, jadikanlah ianya Ramadhan yang terbaik pernah aku lalui.

Selamat bertamrin dan bermujahadah di madrasah tarbiyah Ramadhan.

Saturday, July 16, 2011

:: Mengisi Jadual ::




Kebelakangan nie, terasa agak kehilangan. Angin apakah yang sedang melanda diri? Tiba2 rasa nak balik Malaysia. Waaa!!!

Huhu, terasa seperti cenggeng pula bila tulis macam tu. Hahaha

Anyway, alhamdulillah, Allah yang Maha Memberi segalanya. Baik atau buruk, sudah pasti hikmahnya ada. Segala perancangan yang diatur semenjak bergelar penganggur terhormat sudah mula menampakkan jalan, walaupun masih kurang dan banyak yang tergendala. Kalaulah Allah tidak Penyayang, sudah tentu manusia sudah lama 'mati'.

Daurah berjalan seperti biasa. Setiap hari Ahad, Selasa dan Khamis. Jam 1pm hingga 2.30pm. Mengantuk. Haha...susah betul nak fokus time2 macam tu dalam kelas. Tapi terpaksa luaskan mata. Kesian doktor bercakap sorang2 kat depan. Sebelum nie dah pernah jadi guru. Dan saya sentiasa rasa bersalah kalau ternampak muka bosan budak2. Sebab tu cancel nak jadi guru. Kesian diorang dapat guru yang tak pandai tarik perhatian macam saya nie...huhu;)

Hari Isnin dan Rabu pulak time 4 hifz. Takut~~:'( debor tengok muka doc Muhammad Musleh Zu'bi. Serius je time dengar kami baca. Nampak gayanya macam tak sempat je nak habiskan 30 juz hafalan. Paling kurang target saya 10 juz. Kalau lebih lagi alhamdulillah. Itu dah kira bonus. Tapi dalam masa sekarang, saya tak nak letak harapan tinggi. Karang jatuh, saya jugak yang sakit. Sebab bulan Ramadhan nanti saya rasa hifz nie akan stop dulu kot. Waktu tu dah habis dawam. Kalau doctor izinkan kami bertandang ke rumah beliau, kecil tapak tangan, padang bola saya tadahkan doktor!!:D Tapi nak ke doctor terima kedatangan kami akhawat ke rumah??Huuu...kena 'rasuah' doctor nie. Wakaka...:)

Okey, cerita hari minggu. Setiap hari Jumaat, kami akan adakah tafaqquh. Atau nama singkatnya, TAFQIN. Ini salah satu dari usaha kami merealisasikan PRISMA UNITED versi budaya ilmu untuk adik beradik HEWISMA. Setiap minggu, kami akan bergilir2 buat tafaqquh nie kat rumah luar-sakan. Tujuannya, untuk merapatkan ukhwah dan bersua muka sesama akhawat. Iyalah, kalau nak tunggu berziarah, masing2 sibuk dengan urusan masing2 di samping penyakit 'daun palas' yang memang ada dalam setiap diri masing2. Setakat nie penglibatannya tidaklah terlalu menggalakkan. Baru permulaan, alhamdulillah. Masanya masih panjang, dan buahnya juga pastilah bukan sekarang. Jujurnya saya mengharapkan hasil yang juga bukan sebarang. Chaiyok adik beradik Hewisma!!!

Hari Sabtu pula, setakat nie masih dalam perancangan. Semuanya sebab 'daun palas'. haha...sepatutnya dah lama ke Amman 'menadah kitab' dan telinga. Tapi sehingga ke hari ini, tak sampai2 lagi ke pintu2 syurga tu. Itulah! Ikutkan sangat hati tu, makin teruk jadinya. Haisy!

Dah habis idea. Siiru ala barakatillah:)

p/s: berharap sangat saya boleh menghasilkan sebuah bahan bacaan ilmiah. Tapi bila kurang ilmu, keringlah idea. Kan? Semoga Allah menguatkan saya, menthabatkan saya di jalan-Nya. Ameen...

Tidakkah hatimu merindui syurga? Allah....

Wednesday, July 6, 2011

:: Wajah-wajah Ceria ::


Maafkan keculasan saya dalam mengupdate blog nie. Banyak sangat aral yang melintang. Sebenarnya post nie dah lama, hampir seminggu bermukim di draft. Hari nie baru berkesempatan untuk publish. Alhamdulillah, Dia masih memberi peluang.

Tarikh 5 Julai 2011. Konvokesyen. Graduasi. Haflah takhrij. Atau apa2 nama yang berkaitan dengannya. Di tengah2 terik mentari. Bahang itu sangat terasa. Keperitan soifi atau musim panas, dan panas mentari pagi 10am musim panas Jordan sangat similar dengan 12pm Malaysia. Sangat panas dan mentari memancar dengan terik.

Tahun2 sebelumnya, haflah takhrij ini diraikan pada sebelah petang. Sebelum jam 4 petang lagi, dataran luas itu sudah dipenuhi dengan sanak saudara yang sedia hadir meraikan para graduan. Tapi tahun ini, entah apa yang dimimpikan pihak penganjur a.k.a jawatankuasa haflah takhrij Universiti Al-alBayt, para graduan diraikan pada sebelah pagi. Waktu dawam, atau waktu bekerja. Kalau nak diikutkan, bonus haflah dibuat di sebelah pagi ialah waktu solat tidak terganggu. Seperti yang selalu terjadi pada tahun2 sebelumnya, bila haflah dibuat pada jam 4pm, para graduan dikehendaki berada di tempat berkumpul satu atau dua jam sebelum haflah bermula. Mana sempat untuk bersolat Asar. Sesuatu yang sangat menjengkelkan. Mengenepikan panggilan Tuhan semata2 untuk manusia. Huh!

Sebelum nie terfikir juga, macamanalah agaknya aku nak masuk haflah. Kelam kabut pergi solat lepas selesai majlis. Terpaksa korbankan waktu bergambar. hahahaha...itu sampingan je. tapi sampingan tu akan menjadi kenangan seumur hidup. Belum tentu selepas ini peluang itu akan ada lagi.

Alhamdulillah, tahun nie tidak seperti tahun2 lepas. Jadi tak perlu kelam kabut mencelah waktu untuk menunaikan solat.Tapi bila buat waktu pagi, lain pula jadinya. Ramai sahabat2 yang tak dapat hadir. Sedihnyeee.....:'( Bila konvo di perantauan, macam nie lah. Sempat kami berseloroh, 'sape suruh belajo jauh2, terima jelah bila mok ayoh dokleh mari.' Keluarga jauh, mak ayah tak ada, sahabat2 seperjuangan jela yang meraikan. Bagi bunga, kibar bendera Malaysia di tengah2 bendera Jordan:P, bergambar di tengah terik soifi....semuanya kenangan yang tak akan dilupa. Jazakumullahu khairal jaza' kepada semua yang sudi meraikan. Sayang korang!:D

Paling tak boleh lupa, pada pagi sebelum konvo. Alkisahnya saya bersama dua lagi sahabat sampai lewat di jamiah. Semua graduan dikehendaki berada di jamiah sebelum jam 9am. Untuk tak jadi kelam kabut masa berarak masuk ke dewan terbuka Solahuddin Al-ayubi. Mengikut jadualnya, majlis bermula jam 10am. Tapi kami terlewat sampai ke jamiah! Haru betul...huhu:P Alkisahnya bila pikap (pick-up) alias kereta sewa yang kami telefon tersilap pergi ke asrama jamiah untuk ambil kami. Aduh...kelam kabut jadinya. Tengok jam dah pukul9, pikap tak sampai2 lagi. Jadilah kami penunggu paling setia di abad ini. ecece...!

So bila sampai jamiah, tengah2 perjalanan ke bangunan yang sepatutnya kami berkumpul, tiba2 kami nampak ada orang berarak. Wah! terus je kami suruh pakcik pikap tu (sebenarnya takdelah pakcik sangat, muda lagi,hehe) berhenti. Nasib baik dia sempat berhenti. So dalam keadaan tergesa2, kami berhenti kat tengah2 jalan dan cepat2 bayar tambang. Bertambah kalut bila kami belum menyarungkan jubah grad sebab cadangnya nak pakai bila sampai jamiah. Tebal rasa muka bila kami sarung jubah tu masa tengah melintas jalan untuk menyertai para graduan yang sedang berarak. Sampai penyangkut baju yang kami gunakan untuk menyangkut jubah konvo pun kami tinggalkan dalam pikap pakcik tu. Hahaha...memang kenangan nie paling tak boleh lupa.

Sangkaan kami, kamilah orang yang paling lewat, rupa2nya bila kami dah masuk dewan tu masih ada yang lebih lambat daripada kami. Bukan seorang dua, hampir sepuluh orang jugaklah. Paling lewat, ada lagi yang baru sampai lima minit sebelum dipanggil nama untuk ambil ijazah. Arab~~hmm....sekurang2nya lewat kami sempat lagi berarak masuk ke dewan. Walaupun sebenarnya memang lewat nie penyakit yang tak patut ada dalam diri umat Islam! Allah...

Okeh, dah tak tahu nak tulis apa. Next, kita imbas gambar yang sempat kami rakam di 13rd Al-alBayt University's Convo....


akhirnya...~alhamdulillah~


bilangan pelajar melayu paling ramai menyertai haflah takhrij sepanjang 4 tahun saya di Jordan jatuh pada tahun ini=)


sebahagian akhawat yang hadir


bergambar kenangan


para khirrijat=)

Alf mabrouk pada semua. Semoga kalian balik dengan ilmu dan bakti.

Monday, June 27, 2011

:: Walk Without Talk ::




Upah berjalan2 sekitar Mafraq. Banyak gelagat yang dapat diperhatikan. Teringat post Ustaz Hasrizal tentang 1001 ragam kehidupan yang dapat dilihat di Taman Tasik Ampang Hiliran. Hari ini, saya melakukan perkara yang sama. Cuma dari tempat dan gaya berbeza.

Dua tempat saya datangi hari ini. Masing2 memberi kesan yang berbeza. Di mana? Biarlah ia menjadi rahsia saya. Saya fikir tidak ramai pelajar melayu di sini tahu akan kewujudan tempat tersebut. Sejak dua tahun yang lalu, tempat itu sudah sebati dengan diri saya. Selama saya datangi tempat itu, belum pernah saya terserempak dengan mana2 pelajar melayu. Ini satu bonus untuk diri saya. Sekurang2nya saya mempunyai tempat 'lepak' saya sendiri. Dan saya tidak diganggu oleh sesiapa.

Tempat yang pertama, pakcik yang menjaga tempat itu rupa2nya masih ingatkan saya. Beliau bertanya ke mana selama ini menghilang? Saya akui sudah agak lama saya tidak bertandang ke situ. Beliau fikir saya sudah tamat belajar. Dan saya hanya tersenyum, tidak mengiakan telahannya yang ternyata benar. Segan untuk mengaku bahawa saya sebenarnya seorang khirrijah.

Di antara banyak2 tempat di muka bumi Mafraq ini, tempat inilah yang paling saya minati. Nyaman dan tenang. Di samping pelbagai gelagat yang dapat dilihat dari sini, banyak juga ibrah yang dapat diambil. Saya yakin, bila saya pulang ke Malaysia nanti, tempat ini adalah antara tempat yang akan saya rindui....walk without talk, but thought!

Ya Allah....campakkanlah sakinah-Mu:'(

Saturday, June 25, 2011

:: Dia Yang Hilang ::


Bila hubungan sesama makhluk terjejas, muhasabahlah hubunganmu dengan Alkhaliq. Kamu akan temui jawapannya di situ.

Subhanallah, alhamdulillah, astaghfirullah.....

Sudah beberapa hari mencari hati yang 'tiada'. Entah ke mana hilangnya. Puas dijenguk kiri dan kanan, kelibatnya tiada. Diintai pula ke depan dan belakang, bayangnya sahaja tidak sudi menjenguk, apatahlagi empunya diri. Akhirnya tenggelam dalam pencarian. Tercari-cari. Hanya kelam yang setia menemani.

Bila sudah begitu, sahabat2 yang berhampiranlah menjadi mangsa. Sudah sedaya upaya mempamerkan wajah yang ceria. Tapi hati yang menangis terkesan jua. Maafkanlah diri yang sedia lemah ini. Allah.......





Akibat ketiadaan mood yang melampau, maka terciptalah mereka.

Berharap 'rasa' ini segera pergi.





Friday, June 24, 2011

:: T.A.F.Q.I.N ::



Jom tafaqquh!!
Tafaqquh Fiqh Nisa' menjana minda.
Bersama menyemarakkan iman.
Berharap sinar itu tidak akan sirna.
Semoga Allah meredhai setiap aturan langkah yang tercipta.

Thursday, June 23, 2011

:: Krisis Hidup ::


Cemburu,
Pada orang yang sentiasa dilanda ujian.

Cemburu,
Pada orang yang hatinya sentiasa husnudzon pada Allah setiap kali ditimpa ujian.

Cemburu,
Pada orang yang tidak pernah suudzon dengan sesama makhluk.

Cemburu,
Pada orang yang sentiasa memohon ampun di atas dosanya.

Cemburu,
Pada orang yang jiwanya lembut dan sensitif dengan sahabat sekeliling.

Cemburu,
Pada orang yang disayangi kerana kebaikannya.

Cemburu,
Pada orang yang berjaya membahagiakan ibu bapanya.

Cemburu,
Pada orang yang tidak pernah jemu berusaha.

Cemburu,
Pada orang yang tidak pernah lelah berjuang untuk agama-Nya.

Monday, June 13, 2011

:: Diri vs Daie ::


Nak update blog pun kena ada mood jugak, betul tak? Huh, disebabkan mencari mood yang berhari2 tak sudi berkunjung, maka cerita saya kat Bumi Syuhada' Mu'tah dah jadi basi, huhu...terpaksa mencari cerita lain.

Tertarik dengan prinsip hidup blogger @ ustaz yang semakin dikenali, Ustaz Hasrizal - 'Erti Hidup Pada Memberi'. Semenjak nama beliau melonjak naik, ramai yang mengubah prinsip ini pada struktur ayatnya. Ayat yang pelbagai, namun maksudnya tetap sama.

'Indah Hidup Pada Memberi'
'Memberi Bukan Untuk Menerima'

Dan macam2 ayat lagi yang lebih kurang sama. Tak perlu berhujah siapa mengolah ayat siapa, yang penting masing2 mengolah bukan kerana sedapnya ayat tersebut. Tetapi lebih pada dalamnya erti dan penghayatan sebaris ayat itu.

Bergelar khirrijah, bukan bermakna pencarian saya di bidang ilmu turut khirij. Masih banyak ilmu Allah yang belum saya dalami dan fahami. Malah terlalu banyak. Dada saya masih kosong. Lompang dari segenap segi. Perasaan itu lebih terasa apabila saya dan rakan2 bercadang untuk memberikan tafaqquh kepada adik2 junior. Tafaqquh tersebut sebenarnya lebih kepada diskusi. Kerana saya sedar akan kurang dan ceteknya ilmu yang ada dalam diri ini. Tapi kalau diikutkan pada tahap ilmu yang ada, entah bila budaya ilmu akan wujud di bumi Mafraq ini. Menyedari hakikat waqie tersebut, saya dan rakan2 yang telah khirij berusaha menyahut cabaran untuk mewujudkannya. Pada saya, amat sukar untuk mengadakannya jika tiada yang mencetus. Malu saya pada sahabat2 di bumi Amman, Mu'tah dan Irbid yang telah melangkah lebih jauh. Meninggalkan kami yang masih terkial2 membina waqie itu sendiri. Doakan kami, semoga semangat kalian mengalir dalam diri kami di sini.

Kami tidak mensasarkan kehadiran yang ramai. Tidak perlu sehingga 20-50 orang. Cukup yang hadir itu benar2 ikhlas ingin menuntut ilmu. Kalaupun yang hadir hanya seorang, kami sepakat ingin meneruskan. Mudah2an dengan seorang itu, akan menghadirkan 100 orang pada masa hadapan. Kerana tafaqquh ini bukan kerana terpaksa, dan kami juga tak ingin memaksa. Allah yusahhil. Semoga dengan usaha yang sedikit ini akan berpanjangan dan bernilai di sisi-Nya.

Bulan Jun 2011 juga menyaksikan saya bergelar mantan kepada persatuan kami di sini atau lebih dikenali sebagai PRISMA. Begitu juga, bergelar mantan bukan bermakna sumbangan saya habis di sini. Saya punya impian yang lebih besar. Kerana itu, selagi kudrat dan tenaga saya masih diperlukan, saya bersedia. Bukan tamakkan taklifan, tetapi saya akan cuba membantu sedaya mungkin. Melihatkan pada posisi saya sekarang sebagai ahli kehormat, mungkin tidak banyak bantuan yang dapat saya hulurkan. Jika keringat saya sudah tidak lagi diperlukan, memadailah saya menjadi salah seorang ahli yang baik. Yang tidak menjadi 'bahan' untuk dibincangkan di dalam mesyuarat atau di kalangan pimpinan. Saya pernah berada di kalangan itu, maka saya tahu betapa peritnya taklifan tersebut. Membincangkan perihal seseorang di samping menjaga aibnya dan berhati2 agar perbincangan tersebut tidak menjadi umpatan. Jangan lupa, ada 5 keadaan yang digariskan oleh Imam al-Ghazali yang dibolehkan mengumpat :

1) Orang yang dizalimi boleh mengadu kezaliman yang ditimpakan kepadanya kepada pihak berkuasa.

2) Bila meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran

3) Apabila meminta fatwa, keaiban dan kelemahan orang lain boleh disebutkan.

4) Apabila cuba menyedarkan masyarakat tentang bahaya dan kesesatan yang berlaku di sekeliling mereka.

5) Apabila maksiat dan kemungkaran berlaku secara terang2an.

Ujian menjunjung taklifan itu amat berat. Berjuang untuk orang ramai, diri sendiri juga tidak wajar dilupa. Islah nafsak wad'u ghairak. Bukan senang mengerjakan dua perkara dalam satu masa. Adakalanya dek terlalu ghairah membetulkan orang lain, diri sendiri terabai. Mana mungkin lahirnya kepimpinan melalui tauladan andai pimpinan sendiri melupakan hakikat itu. Adakala rasa ingin menyendiri, melupakan segala keserabutan yang berpunca dari orang lain. Namun hati cepat menepis. Menyatakan hakikat diri tercipta bukan untuk diri sendiri. Ada hak2 orang lain yang wajib ditunaikan. Itu adalah dilema yang perlu dihadapi oleh seorang pemimpin.

Hakikatnya, diri kita keseluruhannya bukan milik kita yang mutlak. Selain Allah swt yang menjadi pemilik, sebenarnya ia juga milik orang2 di sekeliling kita. Soal pemimpin tolak dulu ke tepi (walau sebenarnya setiap orang adalah ma'sul). Setiap apa yang kita ada, perlu dikongsi dengan orang lain. Apa guna hidup tanpa memberi?

Sungguh saya kesal pada seseorang yang hidupnya hanya untuk diri sendiri. Saya pasti ramai yang tidak suka pada golongan ini atau lebih tepatnya dipanggil 'selfish'. Terus terang saya memang tidak suka golongan semacam ini. Hidup di dalam dunia sendiri. Tidak bergaul, tidak suka berkongsi. Oh sungguh saya tidak suka. Sukar untuk saya meletakkan diri di kalangan mereka. Cukupkah kekuatan saya untuk membawa mereka menyedari bahawa hidup ini indah jika kita berkongsi? Tidak ramai yang tahu, perkongsian membawa seribu kebaikan dari keburukan.

Berkongsi kegembiraan tatkala ada berita gembira mendatangi.

Berkongsi kesedihan tatkala berita sedih menyelubungi.

Berkongsi rezeki saat Dia membagi.

Berkongsi nikmat sebagai tanda mensyukuri.

Bukankah itu yang dianjurkan Nabi saw?

Tugas seorang daie tidak akan pernah berhenti. Walau sejahil manapun seorang mad'u, ia tetap menjadi tanggungjawab kita untuk memberi ajar. Bukan sekadar membetulkan mana yang silap, tetapi juga berjuang mempertahankan mana yang hak.

Monday, June 6, 2011

:: Tanah Itu Aku Bertandang ::


Salam...baru balik dari menziarahi bumi syuhada Mu'tah. Dua hari kami di sana banyak mengajar perkara baru di dalam hidup kami, terutama saya sendiri. Saya ke sana bersama 4 orang rakan akhawat bersama 2 orang muraqib (syabab). Tujuan asalnya pastilah untuk melihat dan merasai sendiri bagaimana sahabat2 PERMATA (persatuan pelajar Malaysia Mu'tah) ber'AGM' atau lebih tepatnya mengendalikan mesyuarat agung persatuan mereka sendiri.

Alhamdulillah, perjalanan yang mengambil masa selama 4 jam perjalanan itu tidak sia2. Banyak istifadah dapat saya belajar dari permusafiran kali nie. Semoga segalanya diberkati, ameen.

Malangnya untuk entry kali nie saya masih belum berkesempatan untuk menulis secara detail tentang perjalanan kami ke sana. Insya Allah saya akan cuba meluangkan masa untuk menulis di lain hari. Kepada mantan2 barisan kepimpinan PERMATA 2010/2011, tahniah kerana telah berjaya menjalankan amnah dengan sebaiknya. Kepada barisan kepimpinan yang baru, teruskan berbakti. Kalian adalah yang terbaik, justeru lakukan yang terbaik demi makmum2 antum!

Tuesday, May 31, 2011

:: Rantai Itu Masih Bersambung ::



Nikmat Allah terasa lagi. Tadi kami baru sahaja meletakkan taklifan sebagai barisan kepimpinan PRISMA 2010/2011. Terasa baru semalam menggalas taklifan tersebut dan melafaz ikrar. Tetapi hari ini sudah bergelar mantan. Mundar-mandir tanpa jawatan. huhu


Alhamdulillah segala2nya berjalan dengan lancar. Walaupun dengan kekangan bajet untuk program dan pelbagai masalah yang timbul sebelum itu, majlis tersebut tetap dapat berlangsung dengan jayanya. Sebagai penghargaan kepada seluruh AJK pelaksana program, syabas dan tahniah diucapkan kepada antum! Hanya Allah yang berhak membalasnya.


Sewaktu mantan presiden 2010/2011 (juga presiden sesi 2011/2012) membuat ucapan pembubaran tadi, serasanya terlepas segala amanah yang tergalas di bahu selama ini. Tiga tahun di dalam prisma, sudah tentu pelbagai kisah suka dan suka saya terakam di situ. Bermula dengan Ahli Majlis Eksekutif sehinggalah memegang tampuk pimpinan sebagai Ahli Majlis Tertinggi selama dua tahun, pastilah coretan diary hidup saya penuh dengan cerita Prisma. Perasaan sayang dan kasih sudah lama sebati dalam jiwa saya. Tipulah jika saya mengatakan saya tidak sayangkan persatuan ini...


Bermotokan Prisma United, saya bersama 22 orang lagi sahabat yang lain cuba menerajui prisma dengan lebih komited. Saya akui masih banyak kekurangan dan kelompangan yang harus diperbaiki. Namun sekurang2nya saya tidak mengalah pada kekurangan tersebut. Terharu saya pada kesatuan dan kerjasama yang diberikan seluruh barisan kepimpinan 2010/2011 terutama dari HEWISMA. Walaupun banyak rintangan dan dugaan yang harus kami tempuhi, namun sahabat2 saya ini tidak pernah berputus asa. Terkadang kami lemah, namun alhamdulillah masih ada yang sudi membangkitkan roh baru. Terkadang kami rebah, tidak mampu berdiri apatahlagi berlari, namun masih ada sahabat yang menahan kami dari tersungkur. Lantas jika anda di tempat saya, apakah wajar anda tidak menyayangi kesatuan ini?


Tatkala mata saya hinggap pada wajah2 baru kepimpinan akan datang, ada air mata mengalir ke pipi. Entah mengapa saya merasa kasihan pada wajah2 polos di hadapan saya. Menggalas sebuah amanah dan tanggungjawab yang bukan sedikit. Malah teramat banyak dan berat. Juga membawa impian sebahagian daripada kami untuk melihat prisma berubah. Impian ini tidak akan terlaksana di dalam jangka masa yang singkat. Mungkin kami sendiri tidak mampu untuk melihatnya apatahlagi merasainya. Mungkin yang akan merasainya nanti bukan anak2 kami, tapi cucu cicit kami di kemudian hari. Tidak mengapa, yang kami harapkan bukan natijah secara mubasyarah, tetapi natijah yang berpanjangan di hari kelak. Sekurang2nya kami sudah menjadi ejen pencetus, dan mengharapkan adik2 untuk menggerakkannya.


Panjang saya berceloteh kali ini. Terus terang saya katakan hati saya berat untuk meninggalkan prisma. Kasihankan adik2 yang bakal meneruskan perjuangan dengan dugaan yang berbeza di masa kelak. Semoga kalian tabah. Usah mundur jika musuh di depan mata. Bangkit bila tersadung langkah. Kalianlah mata rantai penyambung perjuangan risalah suci ini. Jangan mudah menyerah dan berputus asa. Allah ma3akum.