Thursday, August 11, 2011

:: Doa Seorang Asing ::


Saya lupa nak bagitahu.

Pakatan kami tak jadi pergi Syria. :(

Namun kami yakin pasti ada hikmahnya yang kami tidak tahu. Tersembunyi dalam lipatan maarifah-Nya. Mungkin ini yang terbaik. Redha dan pasti. Mungkin Dia sedang mengaturkan kami pergi ke tempat yang lebih baik untuk kami:)

Kali nie saya nak ceritakan tentang qoror (peraturan) yang telah persatuan tetapkan untuk kami pelajar Malaysia di sini. Bumi Mafraq. Bumi yang paling tandus kot di Jordan nie. Tapi untuk digelar paling sahara, tak boleh juga. Sebab tanah atau tempat yang paling tandus bukan di Mafraq. Tapi saya lupa nama tempat yang seorang pakcik teksi pernah sebut sebagai gurun sahara di bumi Bani Hasyim nie.

Qoror kami, pelajar perempuan yang ingin keluar dari sakan atau rumah selepas maghrib hendaklah diiringi muraqib atau peneman daripada kalangan pelajar lelaki. Tidak lain tidak bukan ini sudah tentulah untuk keselamatan pelajar perempuan itu sendiri. Maklum sajalah bila berada di tempat asing. Segala pergerakan menjadi tumpuan. Sudah banyak kes kecurian, ragut dan tidak kurang pelajar perempuan diraba yang dilaporkan.

Setakat nie alhamdulillah, di Mafraq keadaan masih selamat untuk dihuni. :) Tapi risau pula bila penempatan di luar kawasan universiti dibuka, keadaan menjadi sebaliknya. Sebelum nie pelajar perempuan digalakkan untuk tinggal di asrama dalam universiti. Saya akui akan jaminan keselamatan pelajar perempuan di kawasan asrama. Apatahlagi kawasan universiti Al al-Bayt berada jauh dari penempatan dan bandar. Berlainan dengan Universiti Yarmouk di bumi Irbid. Yarmouk terletak betul2 di pusat bandar dan penempatan penduduk. Menjadikan Yarmouk salah satu daripada pilihan kegemaran pelajar Malaysia kerana kedudukannya yang strategik.

Kita sedia maklum, setiap malam bulan Ramadhan kita akan menunaikan sunat terawih dan witir. Bagi kita majoriti rakyat Malaysia, akan menunaikan solat ini secara berjemaah di surau atau masjid. Perkara yang sama juga dilakukan di sini. Setiap kali ingin menunaikan solat Isyak dan terawih, kami akan berjemaah di masjid2 yang banyak di sekitar Mafraq.

Tahun ini, tahun pertama saya menunaikan sembahyang terawih di luar kawasan universiti selepas berpindah ke rumah sewa Mei lalu. Agak kekok, tapi gembira kerana masih diberi kesempatan untuk merasai pengalaman itu. Kedudukan rumah sewa saya yang terletak bersebelahan dengan masjid memudahkan saya untuk keluar berterawih tanpa ditemani muraqib. Sudah dikira satu bonus.

Malangnya saya nie, seorang yang cepat bosan dengan perkara yang sama. Sebelum Ramadhan lagi, saya dan ahli Qasr merancang untuk berterawih di masjid yang berbeza2 setiap hari. Wah...kononnya lah menjadi makmum pada imam yang berbeza2. Mengenangkan qoror yang mewajibkan muraqib untuk keluar selepas maghrib, saya jadi lemah. Susahnya mencari seorang muraqib!

Bila difikir2kan balik, patutlah akhawat Mafraq nie dikata kuat (bukan saya yang cakap ya, adalah seorang ikhwah dari mantiqah lain yang cakap). Mungkin kerana sudah terpaksa berdikari sendiri dalam banyak hal. Syabab yang boleh diharap amat sedikit. Seringkali orang yang sama muncul menawarkan diri jika ada akhawat yang ingin meminta tolong. Bila dikata tak boleh diharap, melenting. Menyalahkan akhawat pula dan dikatakan syadid. Aduh...syadid sangatkah jika tidak bergurau senda dengan syabab??

Mencari seorang muraqib, ibarat mencari pasir di dalam timbunan batu. Payahnya mencari seseorang yang sudi memuraqibkan akhawat dengan ikhlas. Bukan tiada langsung. Tapi adanya satu dalam seribu. Sebab itulah akhawat lebih suka berjalan tanpa muraqib. Saya sendiri pun, kalau tidak kerana adanya qoror yang mewajibkan, sudah tentu saya tidak akan bersusahpayah mencari lelaki untuk menjadi muraqib.

Agaknya mereka fikir akhawat gembira berjalan ditemani muraqib? Oh tidak! Saya harap bukan itu yang terlintas di fikiran mereka. Kami mencari bukan untuk menyusahkan antum. Keluar malam2, sekadar menemani sehingga sampai di rumah atau asrama dan tidak mendapat gaji. Bukan itu yang kami rasakan. Kami juga, tidak mahu menjadi sasaran kesusahan antum. Kalau boleh, kami tidak mahu langsung mengganggu antum yang sedang tekun belajar. Kami lebih gembira berjalan2 tanpa lelaki. Bebas berjalan tanpa antum di depan dan belakang kami. Tapi qoror yang ditetapkan untuk dipatuhi bukan sebaliknya.

Dalam hati, terdetik juga perasaan bersalah bila antum sedia keluar memuraqibkan dan memastikan keselamatan kami. Di sebalik rasa tersebut, terselit juga rasa kagum pada antum yang sudi mengorbankan masa dan tenaga. Menjaga keselamatan kami yang langsung tiada hubungan darah dengan antum.

gambar nie diambil di Mesir. bagusnya mereka kerana sanggup melayan karenah kami sepanjang 9 hari di Mesir:)


Doa kami (bukan orang dalam gambar tu je ye):

1) Semoga Allah menghadiahkan ganjaran yang terbaik kepada antum.

2) Semoga Allah melindungi antum sepertimana kesungguhan antum melindungi kami.

3) Semoga Allah memastikan keselamatan ibu, kakak, adik2 perempuan, isteri dan saudara2 perempuan antum lebih daripada antum memastikan keselamatan kami di sini.

4) Dengan susah payah antum mengorbankan masa study sendiri kerana kami yang tidak penting ini, Allah menghadiahkan pemahaman yang sesungguhnya buat antum.

Jadilah antum mu'min yang kuat untuk mu'minat amnya. Seorang mu'min yang sebenar tidak terhenti pedulinya pada keluarga, isteri dan ibunya sahaja tetapi pedulinya pada seluruh umat Islam yang berkongsi aqidahnya.

Jazakumullahu khairal jaza'.

6 comments:

miEhaEl-iRsyad said...

baru nok tanye jadi ke dok gi syiria.hurm..lepas ni la kite pakat gi kak umi.but why cancel???

citer pasal muraqeb ni..kesian sbenanye kat derang kan kak umi.rase macam tak sanggup nak susahkan derang pun ade.walaupun tahu,kekadang derang ikhlas.[tapi tak semua la,hehe]

kak umi menghitung hari x?

k.mie said...

sbb pe cancel?adelaa..hehe

mmg kesian,tp diorg pn xleh la liat sgt klu kita mtk tlg.kn?:D

mhitung hari mnde plop cik mieha???@_@

miEhaEl-iRsyad said...

cume cadangan saye lah as ahli prisma.adakan kursus untuk muraqeb.biar derang clear camane tugas derang.lame dah nak cadang.lupe je..

ala,menghitung hari nak balik mesia la..xkan menghitung hari nak kawen plak..

arju sa'adah said...

haha...silap peti cadangan nih.g la post kt blog prisma@fb prisma.ade plop bg cdgn kt blog nie..:D

hitung hari kawen pn xpe gk...aha

miEhaEl-iRsyad said...

eh eh..amboi amboi.hamboi!!haha.

erm..segan la nk bg cadangan...hehe[ gewdik ]

arju sa'adah said...

haha...mmg gewdik powm...:P