Thursday, August 11, 2011

:: Nak, Tak Nak ::


FASA BERTINGKAT



Salam fasa kedua Ramadhan.

Sekejap je kan? Fasa pertama sudah pun berlalu. Tanpa membuang masa fasa kedua pula menjenguk diri. Entah apa yang telah aku buat untuk fasa pertama itu, hanya Allah yang berhak menilai. Saya yakin, pastinya doa saya dan kalian sama. Semoga Allah menilai dan meletakkan amalan2 dan segala taubat kita di sisi-Nya dengan nilaian terindah di akhirat kelak. Amiin.

Sejak sepuluh hari yang lalu, sangat jarang kami ahli Qasr Hauraa' berkesempatan beriftor di qasr kami. Hampir setiap hari ada undangan. Rezeki ramadhan. Berbuka di Mafraq, malah tidak kurang di Amman. Malah hari nie pun kami ada undangan. Alhamdulillah, sebab itulah tidak ada yang kebuluran di bulan Ramadhan. Di mana2 pun ramai yang berkenan mengeluarkan 'zakat'(",)

Istimewanya Ramadhan, ramai yang berebut-rebut mengeluarkan apa yang ada di dalam poket. Kalau di bulan2 lain hanya sekali dua mengeluarkannya dari poket, bulan Ramadhan sudah seminggu sekali. Sebulan sudah empat kali. Sifir yang sangat menarik.

Kadang2 saya tersenyum sendiri bila memikirkan hal ini. Bulan Ramadhan tersangatlah iltizam dan istiqamahnya sedekah dan melakukan amalan2 sunat yang lain. Ada yang susah bangun malam, senang bangun sahur. Susah baca quran walaupun satu muka surat, boleh menghabiskan sejuzu' pada bulan Ramadhan. Masing2 berebut dan tamakkan pahala dan rahmat bulan ini.

Tidak salah. Siapa yang mengatakannya salah? Mai habaq kat chek! hehe

Tapi bukankah lebih afdhal jika ia juga diamalkan pada bulan2 lain?

Sedekah bukan hanya bulan ini.

Tahajud juga bukan hanya dalam bulan ini.

Ya Allah, istiqamahkan kami. Thabbitna....

Alangkah nikmatnya jika bulan2 lain juga adalah Ramadhan^_^


UDARA URDUN

sekadar hiasan


Di bumi Urdun, yang paling best bila bulan ramadhan adalah udaranya. Tanyalah siapa2 yang pernah atau sedang belajar di Jordan (yang pernah melalui Ramadhan kat sinilah) apa yang paling best bila bulan Ramadhan? Saya pasti jawapan mereka bukanlah qutaiyef, bukan juga tamarhind, tapi udaranya.

Amat sukar untuk mencari lelaki yang tidak merokok di bumi padang pasir nie. Waktu mula2 saya menjejakkan kaki ke sini (sampai sekarang pun), saya amat sukar untuk menyesuaikan diri dengan tabiat mereka yang satu nie. Mungkin kerana environment saya dibesarkan tidak ada tabiat ini. Ayah saya juga tidak merokok. Sebab itu adik2 lelaki saya dah kena warning siap2. 'Ayah tak hisap rokok, anak2 jangan gatal2 nak hisap!'

Tapi di sini, jamiah, tempat2 awam, jalan (tambah lagi asap2 enjin kereta), malah di hospital dan klinik pun asap2 rokok berkepul2. Argh tensionnya saya. Kalaupun nak bunuh diri, janganlah bunuh sekali dengan orang2 sekeliling. Tak pasal2 orang lain pun jadi mangsa. Hisy!!

Tapi bila bulan rahmat nie tiba, kita dah tak perlu risau akan keadaan tu. Tiada lagi asap2 rokok yang berkepul2. Nak jalan2 pun rasa selesa. Udara pun segar. Alhamdulillah sekurang2nya ada lagi udara bersih untuk bumi Jordan nie. Hihi...:P


SABAN TAHUN

Tahun nie, ramai sangat sahabat2 yang balik ke Malaysia.

Sejak dua tiga tahun nie makin ramai pulak yang balik ke Malaysia setiap tahun. Bimbang pula saya. Penyakit pulang ke Malaysia setiap tahun semakin menular nampaknya. Bila setiap tahun pulang beraya bersama keluarga di Malaysia, bila pula ingin merasa beraya di Jordan? Empat tahun di bumi orang, sepatutnya kita mengutip pengalaman sebanyak mungkin. Melihat cara bangsa lain merayakan aidilfitri, tidak sama dengan bangsa sendiri. Juga cara mereka mengimarahkan Ramadhan, juga tidak sama. Terlalu banyak mutiara yang kita boleh kutip.


Dears, akal saya tidak mampu memikirkan akan terjadinya situasi begini suatu hari nanti.

A : Best tak Ramadhan dan raya kat Jordan?
B : Ramadhan? erm..erm...bolehlah...sama je dengan sini (Malaysia).

-dialog di atas adalah rekaan semata2. Harap maklum-

Si A adalah orang Malaysia yang tidak pernah ke bumi Jordan untuk berpuasa dan beraya di sana. Tetapi si B adalah salah seorang daripada ribuan graduan Jordan yang pernah menuntut selama empat tahun. Namun jawapannya sama seperti jutaan orang yang tidak pernah ke Jordan. Kerana apa? Kerana pengetahuan dan pengalamannya kosong! Tidak pernah merasai suasananya. Jadi apa yang boleh dia sampaikan kepada si A?

Amat sayang dan rugi jika kita tidak mengambil peluang tersebut. Yang paling saya kagum dengan mereka bangsa Arab di sini, bila masuk ke fasa terakhir Ramadhan. Saya masih belum ingin bercerita. Nanti bila dah masuk ke fasa tersebut, insyaAllah saya akan menulisnya. Tolong ingatkan saya!

Saya tidak berharap orang menganggap sangkaan saya ini sebagai sumpahan. Fikirlah secara positif dan rasional. Tiada yang lebih berharga daripada pengalaman. Setinggi manapun ilmu kita, masih tidak dapat menandingi tingginya harga sebuah pengalaman.

2 comments:

Hamidah Harun said...

wah...[lebarkan mulut anda] kak ummi..jeles la..nak rasa gk ramadhan di joden..huahuahua..

sy rasa,saya dapat rasakan suasana ramadhan tu.1hari tahun lepas amat bermakna!!!

arju sa'adah said...

lebarkan mulut?gane tu?ke luaskan mulut?hahaha

fasa pertama n terakhir ramadhan xsama tau...hehe:P