Sunday, May 29, 2011

:: One Day To Go ::


Blog nie dah jadi macam rumah kedua. Erk...betul ke statement nie? Huhu...

Esok Annual Grand Meeting (AGM) PRISMA sesi 2010/2011 bakal bersidang. Bersaksikan lebih 200 orang ahli yang sama2 akan turun bermuhasabah sesi pimpinan tahun ini. Tak tahu nak describe macamana perasaan sekarang nie. Takut, berdebar, gembira semua ada. Hai susahnya bila ada banyak2 perasaan nie...:D

Kesian pulak bila tengok adik2 AJK AGM buat kerja. Terkejar2 dari sakan-luar-muslim. Semata2 nak uruskan dewan dan semua perkara2 lain yang berkaitan. Apatahlagi ada dua majlis dalam satu masa. Selepas selesai kami bersidang, ada satu pasangan dari kalangan ahli PRISMA sendiri akan diijabkabulkan. Doa saya semoga niat dan ikatan yang suci itu akan dirahmati dan diberkahi sepanjang hidup. Kerja jodoh, ajal dan maut semuanya di tangan Tuhan. Pasti mereka sendiri tidak pernah terfikir untuk menamatkan zaman bujang di tengah pengajian. Tapi rencana Dia siapa berhak menghalang?

Alhamdulillah dalam kekalutan adik2 AJK berulang-alik, mereka masih sempat tersenyum. Lega melihat senyuman mereka. Senyuman ikhlas, biarpun dalam sakit hati berurusan dengan pak2 arab yang sangat demand dan banyak songeh. Semoga usaha, penat lelah kalian dibalasi dengan sebaik2 ganjaran. Ameen.

About one day to go! Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Allahummaftah alaina futuhal arifin ya Rabb...selamat bersidang sahabat2!


No comments: