Saturday, November 6, 2010

:: Thank You Allah ::

Alhamdulillah...imtihan awal mula melabuhkan tirai. Imtihan thani pula dalam proses menampakkan diri.

Pejam celik pejam celik, tak lama lagi kita akan menyambut Eid Adha. Pantasnya masa berlalu, usia pun sudah hampir ke penghujung. Memikirkan usia yang makin pendek, hati berdebar. Alangkah indah jika penghujung usia juga seperti kain putih. Suci tanpa noda. Bersih tanpa dosa. Namun itu hanya angan2. Mana mungkin seorang manusia biasa akan pulang seperti dia datang tatkala tanpa segan silu terang-terangan memungkiri-Nya. Dan kerana Allah itu Maha Penyayang, maka kita diberi pilihan samada jalan syurga atau neraka yang binasa.

اللهم اخثم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوء الخاتمة
'Ya Allah, matikanlah kami dengan pengakhiran yang baik dan janganlah Engkau matikan kami dengan pengakhiran yang buruk' Nauzubillah...

Semalam, jaulah kami mengambil tempat di Jerash dan Laut Mati. Memikirkan cuti semester yang akan datang mungkin sukar untuk berjaulah ke sana ke mari, maka Unit Perhubungan PRISMA mengambil inisiatif untuk melaksanakannya di tengah2 ribut semester pengajian. Dalam masa yang singkat, jaulah selama sehari itu tetap berjaya dilaksanakan setelah melalui pelbagai rintangan. Syabas kepada semua peserta dan AJK! Proud of you!:)

Benarlah di sebalik tiap kejadian, ada hikmah yang tersembunyi. Semua maklum dan faham, bahawa Laut Mati adalah bandar kaum Sadoum yang telah dilaknat oleh Allah. Nabi Muhammad s.a.w berpaling bila melaluinya dan para ulama' juga tidak menggalakkan kita ke sana melainkan untuk mengambil ibrah. Namun sejauhmana manusia ke sana untuk mengambil ibrah? Sepanjang pengamatian selama 4 tahun di bumi barakah ini, tiada yang ke sana semata2 untuk mengambil pengajaran. Kebanyakan yang pergi ke sana hanya untuk mengambil 'berkat' garam, bukan ibrah atau pengajaran!

Alangkah ruginya.

Saya bersyukur kerana diselamatkan pada rehlah kali ini. Entah mengapa hati saya tidak terlalu riang ke Laut Mati tempoh hari. Mungkin kerana sebelum kami bertolak ke sana, kami hampir juga melakukan perkara yang sama dengan orang2 yang jahil. Berbabeque dan bersuka ria! Tidak dapat saya bayangkan jika kami meneruskan perancangan awal kami dan sepanjang itu kami berada di bawah murka-Nya! Nauzubillah min zaalik!

Alhamdulillah, kami diselamatkan oleh Allah dengan wasilah salah seorang adik junior. Dia yang pada mulanya meminta izin daripada ayahnya untuk menyertai rehlah ini, jawapan ayahnya ringkas. Jangan pergi kalau buat berbeku di Laut Mati. Alasannya cuma satu, kerana di dalam tentatif kami, ada perancangan untuk berbabeque di Laut Mati. Terpana juga saya ketika itu. Malu pula rasanya, bila orang yang belajar agama dan mendalami ilmu syariat-Nya, melakukan perkara yang bertentangan pula dengan apa yang dipelajari. Selama ini bukan tidak tahu, tetapi buat2 tidak tahu. Pelbagai alasan dicipta untuk mengelakkan rasa berdosa. Alangkah ceteknya iman. Mengikut petunjuk syaitan. Tanpa menyedari ada Dia yang berkuasa memberi hukuman.

Apalah ertinya mencipta kemanisan di atas tingkat dosa? Gerun memikirkan bala yang akan menimpa jika benar kami memungkiri perintah-Nya.


Segalanya Dia


Hikmahnya Allah bila Dia menegur dengan pelbagai cara. Ada hamba-Nya yang ditegur dengan cara mendatangkan musibah. Ada juga dengan wasilah manusia. Tidak kurang kehilangan orang tersayang atau ditimpa penyakit. Andai dengan melaluinya hubungan dengan-Nya bertambah dekat, apalah sangat dengan ujian yang sedikit ini? Maka beruntunglah mereka yang masih ditegur Allah.

Ada manusia yang lalai, lupa dan jauh dari rahmatnya. Ada yang gundah gelana meskipun telah memiliki segala harta dunia. Ada yang berpangkat tapi bahagia sentiasa sepi daripadanya.

Indahnya hidup bila merasa diri bertuhan. Merasa diri adalah hamba. Tanpa melupakan Dia, meneruskan hidup dengan manusia di sekeliling sebagai cermin. Bila ditegur, terima dengan redha. Uslub bukan soalnya. Yang penting ego diletak tepi, terima atas dasar sesama manusia, sesama hamba. Kerana tiada istilah BENAR atau SALAH, yang ada hanya UKHWAH!

وتعاونوا على البر والتقوى ولا تعاونوا على الاثم والعدوان

1 comment:

Hamidah Harun said...

yang terleka itulah manusia.itulah pentingnya 'cermin'.

semoga segalanya dalam rahmat Allah..