Saturday, July 17, 2010

:: Atas Nama Cinta ::


"Korang kat mana?"

"Dalam bot kaca nie, dah kat tengah laut."

"Semua dah naik bot ke?"

"A'ah. Kecuali nenek, kakak dan adik je(bukan nama sebenar). Diorang taknak."

"Sampai hati korang. Akak pun nak naik jugak..." Suaranya terdengar rajuk.

Saya terkedu.

"Erm, takpe2, petang nie kita naik lagi ye. Lagipun lepas nie nak naik bot kayuh pulak.” Pujuk saya berbaur cuak.

“Tapi tak sama...”

Alahai...matilah saya. Teman di sebelah berpaling bila menyedari perubahan air muka saya.

“Kenapa?” Dia bertanya. Saya tersenyum pahit.

“Betul akak, nanti kita naik sekali lagi. Petang nie, lepas makan ye.”

Sebaik sahaja panggilan ditamatkan, saya dihimpit rasa bersalah. Betapa tidak endahnya saya pada sebuah pertalian bernama persahabatan. Sepatutnya sewaktu dia membenarkan kami membuat aktiviti bebas sementara dia bersama seorang lagi sahabat mencari hotel untuk kami menginap, kami boleh pergi membeli-belah atau membuat aktiviti lain. Kerana saya tahu, dia juga ingin bersama-sama menaiki bot kaca tersebut dan merasai perasaan melihat ke dasar laut di sebalik cermin yang dipanggil ‘kaca’ itu.

Cukup setengah jam mengelilingi pantai Aqabah, pengemudi bot tersebut memberhentikan botnya di tepi jeti yang dipenuhi remaja-remaja lelaki Arab yang sedang enak bermandi-manda, bukannya di pesisir pantai tempat kami mula-mula menaiki bot tadi. Segan juga, tapi sempat lagi kami berpossing di atas jeti tersebut dan mengabadikan wajah-wajah ceria dalam memori kami.

Langkah kami dipercepatkan ke coaster yang sedia menunggu dan mengambil barang masing-masing sebelum keluar mencari makan tengahari. Dua sahabat kami sudah merehatkan tubuh yang kepenatan di dalam bilik masing-masing setelah penat berulang-alik mencari hotel yang murah.

Dipendekkan cerita, demi menebus semula kesilapan dan kesalahan kami pada si teman yang merajuk tadi, kami membuat keputusan untuk kembali ke pantai dan menaiki sekali lagi bot kaca tersebut. Walaupun bot kali kedua ini tidak serancak dan seriuh bot yang pertama, tapi saya tetap gembira kerana Allah masih mengizinkan kami menunaikan hajat si sahabat yang hampir merajuk tadi.


Saya lega. Lega apabila melihat wajah yang hampir mendung kembali menggariskan senyuman. Pada saya, nilai sebuah persahabatan bukan hanya terletak pada gembira dan duka si teman, tetapi pada kesediaan kita berkongsi suka dan duka bersamanya. Mungkin dengan keikhlasan atas nama ukhwahfillah dan cintakan sahabat, susah terasa senang, pahit menjadi manis dan racun bertukar penawar. Kerana itulah tunjang sebuah persahabatan.

Dialah sahabat yang membimbingmu ke syurga,

Jauh dari neraka,

Membawamu kepada kebaikan,

Jauh dari kejahatan,

Yang membuka pintu hatimu ,

Melemparkannya dengan cahaya iman,

Dan menutupnya dari wajah-wajah syaitan,

Dialah sebaik-baik sahabat….

p/s : Uhibbukunna fillah…jazakunnallah akhawati…

No comments: