Wednesday, September 2, 2009

:: MaLaySia oh MaLaySia ::

Assalamualaikum w.b.t...pagi yang cerah dan mendamaikan. Rintik-rintik halus gerimis semalam membuatkan suasana pagi ini sedikit berbeza. Bau tanah selepas hujan dan pohon hijau yang masih berembun amat menarik perhatian saya. Tak sia-sia balik ke Malaysia=) Hampir dua tahun saya meninggalkan suasana seperti ini. Di Jordan hujan tidak selalu turun, hanya pada musim sejuk atau lebih dikenali sebagai musim syita'. Itupun bukan selalu, jika cuaca terlalu sejuk yang turun bukanlah air, tetapi ais. Terkejut? Saljilah...bukan ais dalam fridge tu..hehe:)

Semasa saya melangkah ke luar rumah pagi tadi, bayu dingin menyapa. Sambil memandang pokok-pokok hiasan dan buah-buahan yang ditanam ayah di halaman, hati saya masih terus membandingkannya dengan Jordan. Hm, Jordan lagi=) Tak mudah melepaskan Jordan dari kotak fikiran. Apatahlagi 2 tahun di sana banyak mengajar saya erti kehidupan. Berukhwah, bersahabat, berpersatuan dan bermain dengan asam garam kehidupan. Segalanya terhimpun di sana. Kisah suka duka, pahit manis tersisip kemas di lipatan hidup kami.

Ah! Lupakan tentang Jordan. Sekarang saya nak bicarakan tentang Malaysia=)

Sejak pulang ke Malaysia, banyak waktu saya dihabiskan di rumah je. Jauh menyimpang dari apa yang saya bayangkan sebelum ni;p Dulu waktu sebelum keluar dari asrama bekas 'kem tentera' Mafraq=), banyak yang terangka di minda. Tapi apa yang berlaku, tak banyak yang mencapai matlamat. Inilah akibat buat sesuatu tanpa perancangan, kelam kabut jadinya..huhu;)

Dalam masa hampir dua minggu, macam-macam perkara yang berlaku. Baik pada diri sendiri, mahupun negeri, ataupun negara. Dalam macam-macam tu, ada satu perkara yang amat menarik perhatian saya selain daripada pilihanraya kecil Permatang Pasir, iaitu isu yang melibatkan model sambilan Khartika Shukarno yang mencetuskan pelbagai haluan pemikiran bila dia dijatuhkan hukuman sebat atas kesalahan meminum arak depan khalayak. Pelbagai reaksi ditimbulkan. Dari tua, muda, pekerja bawahan dan atasan, dan yang paling saya terkejut, Perdana Menteri kita pun turut sama turun padang! Hebat!!

Di celah-celah kekecohan isu Khartika yang masih panas-suam, timbul pula isu lain. Bersempena hari kemerdekaan baru-baru ini-ops...sebelum terlupa, selamat hari merdeka semua;)- kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga minyak yang sememangnya akan membawa kepada kenaikan harga barang. Walaupun ia hanya dinaikkan 5sen iaitu dari RM1.75 kepada RM1.80 seliter, namun ia memberi kesan yang besar terutamanya kepada golongan yang bergaji sederhana seperti ayahbonda saya:) Hmm, patutlah stesyen-stesyen minyak asyik penuh je minggu nie, rupa-rupanya ada 'hadiah' yang menanti, hehe=)

Malaysia oh Malaysia, macamana nak mencapai objektif 1 Malaysia nie?? Hari ini Ron 95, esok? Hehe..time-time ekonomi meleset nie pun masih nak memelesetkan lagi ekonomi rakyat. Aih, pening-pening...walau apapun, harapnya sahabat-sahabat kat tanah air tercinta bertenang dan sabar ye, don't be sad. Kalau mereka tak mahu dengar dan memahami, takpe...ada lagi yang masih mendengar suara hati anda. Siapa?? Faham-faham jelah ye;)

p/s: Tahniah kepada Ustaz Salleh Man dan seluruh warga Permatang Pasir. Anda bukan tidak mahu perubahan, tetapi tidak mahu kebatilan. ~~Terus Berjuang~~

2 comments:

Anonymous said...

ya..!!teruskan berjuang..heheh...k.mi semangat..sy pon lg smangat..huhu~

k.mie said...

ye betul!! umat Islam kne sntiasa bsemangat xkira slm apa jua keadaan, suka dan duka:) moga thabat...