Wednesday, August 13, 2008

- ISLAM HANYA DIMULUT -


ISLAM DIMULUT TP TIDAK DIHATI

Tuhan memberitahu kita pun tahu tapi macam tak tahu
Tuhan memberitahu tapi tak mahu tahu
Tuhan membawa berita kita percaya
Tapi mendengar acuh tak acuh aja
Tuhan membawa perintah larangan dan tegah endah tak endah sahaja
Tuhan membawa berita gembira dengan Syurga, tidak pun rasa gembira
Tuhan membawa berita ancaman dengan Neraka
Dengar juga tapi tidak pun terasa gerun dengan berita
Tuhan membawa syariat, peraturan di semua aspek kehidupan
Hati merasa tidak senang sahaja dan membuat-buat tidak dengar
Walaupun telah diperdengar

Peraturan dibaca, bahkan digalakkan
Pembaca yang berjaya diberi hadiah pula
Namun diamalkan tidak juga
Bahkan dianggap pengacau negara
Begitulah Islam di mulut tidak di hati
Tuhan disebut fi lisan (di lidah) tidak di hati
Barulah kita tahu setelah pengalaman diberi
Menjadi orang Islam mudah
Menjadi mukmin amat sulit sekali.

:: PUT UR TRUST IN ALLAH ::

No comments: