Monday, August 24, 2009

:: SaLam PeRJuaNgaN ::

Salam untuk semua…harapnya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Ramadhan Kareem, selamat datang ke madrasah tarbiyah ramadhan buat seluruh umat Islam yang menyambut Ramadhan kali ini. Tidak kira di mana dan apa posisi anda pada waktu dan ketika ini, saya menaruh harapan agar kita semua sama-sama mendapat keberkatan luar biasa bulan ini, insya-Allah.

Tatkala Ramadhan meniti bibir umat manusia, ada persoalan yang terlintas di benak cetek saya. ‘Akan sampaikah aku lagi pada Ramadhan yang akan datang?’ Persoalan ini amat menekan minda saya sehinggakan saya merasa setiap perkara yang saya lakukan pada Ramadhan kali ini tidak sempurna.

Selayaknya saya bersyukur kerana Ramadhan kali ini menyampaikan saya pada keluarga di Malaysia. Kepada teman-teman yang mengetahui setiap pergerakan saya, pasti sudah memaklumi di mana saya sekarang. Benar, dalam gembira menatap wajah ayahbonda tersayang, tersisip pilu tatkala mengenangkan wajah sahabat-sahabat yang sedang berjuang dalam golongan minoriti. Tanpa sebilangan besar dari kami, pasti amat terasa biarpun bukan saya yang diingat dan dikata=)

Bukan sengaja meninggalkan,

Bukan jua ku melepas beban,

Namun izinkanku mencari ruang,

Demi meneruskan sebuah perjuangan,

Kerana orang mu’min takkan berjuang kerana insan,

Jauh lagi berjuang kerana wang,

Tapi kita berjuang kerana Dia yang menciptakan,

Mendidik nurani membawa diri kepada Tuhan.

P/s : Selamat mendidik nafsu di bulan tarbiyah.

1 comment:

Anonymous said...

salam perjuangan drku juga..
..--kullu 'am wa anti bikhaer--..