Monday, June 13, 2011

:: Diri vs Daie ::


Nak update blog pun kena ada mood jugak, betul tak? Huh, disebabkan mencari mood yang berhari2 tak sudi berkunjung, maka cerita saya kat Bumi Syuhada' Mu'tah dah jadi basi, huhu...terpaksa mencari cerita lain.

Tertarik dengan prinsip hidup blogger @ ustaz yang semakin dikenali, Ustaz Hasrizal - 'Erti Hidup Pada Memberi'. Semenjak nama beliau melonjak naik, ramai yang mengubah prinsip ini pada struktur ayatnya. Ayat yang pelbagai, namun maksudnya tetap sama.

'Indah Hidup Pada Memberi'
'Memberi Bukan Untuk Menerima'

Dan macam2 ayat lagi yang lebih kurang sama. Tak perlu berhujah siapa mengolah ayat siapa, yang penting masing2 mengolah bukan kerana sedapnya ayat tersebut. Tetapi lebih pada dalamnya erti dan penghayatan sebaris ayat itu.

Bergelar khirrijah, bukan bermakna pencarian saya di bidang ilmu turut khirij. Masih banyak ilmu Allah yang belum saya dalami dan fahami. Malah terlalu banyak. Dada saya masih kosong. Lompang dari segenap segi. Perasaan itu lebih terasa apabila saya dan rakan2 bercadang untuk memberikan tafaqquh kepada adik2 junior. Tafaqquh tersebut sebenarnya lebih kepada diskusi. Kerana saya sedar akan kurang dan ceteknya ilmu yang ada dalam diri ini. Tapi kalau diikutkan pada tahap ilmu yang ada, entah bila budaya ilmu akan wujud di bumi Mafraq ini. Menyedari hakikat waqie tersebut, saya dan rakan2 yang telah khirij berusaha menyahut cabaran untuk mewujudkannya. Pada saya, amat sukar untuk mengadakannya jika tiada yang mencetus. Malu saya pada sahabat2 di bumi Amman, Mu'tah dan Irbid yang telah melangkah lebih jauh. Meninggalkan kami yang masih terkial2 membina waqie itu sendiri. Doakan kami, semoga semangat kalian mengalir dalam diri kami di sini.

Kami tidak mensasarkan kehadiran yang ramai. Tidak perlu sehingga 20-50 orang. Cukup yang hadir itu benar2 ikhlas ingin menuntut ilmu. Kalaupun yang hadir hanya seorang, kami sepakat ingin meneruskan. Mudah2an dengan seorang itu, akan menghadirkan 100 orang pada masa hadapan. Kerana tafaqquh ini bukan kerana terpaksa, dan kami juga tak ingin memaksa. Allah yusahhil. Semoga dengan usaha yang sedikit ini akan berpanjangan dan bernilai di sisi-Nya.

Bulan Jun 2011 juga menyaksikan saya bergelar mantan kepada persatuan kami di sini atau lebih dikenali sebagai PRISMA. Begitu juga, bergelar mantan bukan bermakna sumbangan saya habis di sini. Saya punya impian yang lebih besar. Kerana itu, selagi kudrat dan tenaga saya masih diperlukan, saya bersedia. Bukan tamakkan taklifan, tetapi saya akan cuba membantu sedaya mungkin. Melihatkan pada posisi saya sekarang sebagai ahli kehormat, mungkin tidak banyak bantuan yang dapat saya hulurkan. Jika keringat saya sudah tidak lagi diperlukan, memadailah saya menjadi salah seorang ahli yang baik. Yang tidak menjadi 'bahan' untuk dibincangkan di dalam mesyuarat atau di kalangan pimpinan. Saya pernah berada di kalangan itu, maka saya tahu betapa peritnya taklifan tersebut. Membincangkan perihal seseorang di samping menjaga aibnya dan berhati2 agar perbincangan tersebut tidak menjadi umpatan. Jangan lupa, ada 5 keadaan yang digariskan oleh Imam al-Ghazali yang dibolehkan mengumpat :

1) Orang yang dizalimi boleh mengadu kezaliman yang ditimpakan kepadanya kepada pihak berkuasa.

2) Bila meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran

3) Apabila meminta fatwa, keaiban dan kelemahan orang lain boleh disebutkan.

4) Apabila cuba menyedarkan masyarakat tentang bahaya dan kesesatan yang berlaku di sekeliling mereka.

5) Apabila maksiat dan kemungkaran berlaku secara terang2an.

Ujian menjunjung taklifan itu amat berat. Berjuang untuk orang ramai, diri sendiri juga tidak wajar dilupa. Islah nafsak wad'u ghairak. Bukan senang mengerjakan dua perkara dalam satu masa. Adakalanya dek terlalu ghairah membetulkan orang lain, diri sendiri terabai. Mana mungkin lahirnya kepimpinan melalui tauladan andai pimpinan sendiri melupakan hakikat itu. Adakala rasa ingin menyendiri, melupakan segala keserabutan yang berpunca dari orang lain. Namun hati cepat menepis. Menyatakan hakikat diri tercipta bukan untuk diri sendiri. Ada hak2 orang lain yang wajib ditunaikan. Itu adalah dilema yang perlu dihadapi oleh seorang pemimpin.

Hakikatnya, diri kita keseluruhannya bukan milik kita yang mutlak. Selain Allah swt yang menjadi pemilik, sebenarnya ia juga milik orang2 di sekeliling kita. Soal pemimpin tolak dulu ke tepi (walau sebenarnya setiap orang adalah ma'sul). Setiap apa yang kita ada, perlu dikongsi dengan orang lain. Apa guna hidup tanpa memberi?

Sungguh saya kesal pada seseorang yang hidupnya hanya untuk diri sendiri. Saya pasti ramai yang tidak suka pada golongan ini atau lebih tepatnya dipanggil 'selfish'. Terus terang saya memang tidak suka golongan semacam ini. Hidup di dalam dunia sendiri. Tidak bergaul, tidak suka berkongsi. Oh sungguh saya tidak suka. Sukar untuk saya meletakkan diri di kalangan mereka. Cukupkah kekuatan saya untuk membawa mereka menyedari bahawa hidup ini indah jika kita berkongsi? Tidak ramai yang tahu, perkongsian membawa seribu kebaikan dari keburukan.

Berkongsi kegembiraan tatkala ada berita gembira mendatangi.

Berkongsi kesedihan tatkala berita sedih menyelubungi.

Berkongsi rezeki saat Dia membagi.

Berkongsi nikmat sebagai tanda mensyukuri.

Bukankah itu yang dianjurkan Nabi saw?

Tugas seorang daie tidak akan pernah berhenti. Walau sejahil manapun seorang mad'u, ia tetap menjadi tanggungjawab kita untuk memberi ajar. Bukan sekadar membetulkan mana yang silap, tetapi juga berjuang mempertahankan mana yang hak.

4 comments:

Hamidah Harun said...

cane kite nak 'bekki' org yang selfish tu kak long??

arju sa'adah said...

dakwah fardiyyah yg istiqomah:D xprnh try lg,ssh kot...

Hamidah Harun said...

kalo kite gune dakwah badaniyah buleh dok?kite sepuk je.hehe

arju sa'adah said...

haha...maen sepuk2 je,bahaye gok dik mieha:P ngan badaniyah2 sekali ilang:)