Wednesday, March 26, 2014

:: Counting Days ::


Dua tiga minggu kebelakangan nie, memang agak letih setiap kali balik ke rumah. Ada sahaja perkara yang perlu diuruskan terutamanya mengemas rumah. Kadang2 mengelat juga, seharian duduk lepak saje2 sebab malas nak kemas rumah yang gedabak tu. Itulah, masa renovate rumah dulu, ayah memang bercadang nak buat rumah setingkat je. Susah nak kemas katanya. Lagipun my family is not big. Tak perlu rumah besar2. Tapi saya membantah sebab saya memang suka rumah besar dan banyak ruang. Nah sekarang..siapa yang susah? Padan muka mung umie. :p

Bila nak buat majlis begini baru terasa susahnya. Lebih2 lagi bila yang bekerja hanya 2 orang. Heww..susah betul. Majlis pula julung kali di rumah. Semua benda terasa kekok. Dari hal penyediaan jamuan, aturcara majlis, pelamin, bilik...semua benda perlu diuruskan dan semuanya memerlukan duit. Sebab itu bila masuk hal pelamin, cepat2 saya membantah bila si pengantinnya mahu menyewa. Membazir. Guna pun sekali je, buat rugi duit yang memang tak banyak mana nie.

Ops..sebelum pergi jauh, lupa saya nak bagitau. Esok 27/3/2014 adik saya yang kedua akan diakadnikahkan. Masa tu tunggulah saya akan dihujani banyak soalan2 yang klise. Adiknya dah, kakaknya bila? Hadoiii jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Memang takkan boleh jawab soalan penuh sirr itu..Apatahlagi bila adik lelaki yang lompat kakak. Memang akan menjadi buah mulut. Tapi bila saya sendiri tak kisah adik langkah bendul, kenapa orang lain yang susah2 tolong fikir? Kalau tolong fikir+cari sekali takpe lah juga. Tapi kalau fikir+cakap saja, hmm...wallahua'lam. Moga Allah jauhkanlah saya dari mulut2 jahat dan fitnah manusia, amiin.

Tempoh hari, adik saya whatsaap..

'Eh, berdebarlah plk rasa dh dekat nie :p '

Hahaha...honestly, bukan dia seorang yang berdebar. Saya nie pun berdebar. Memang berharap majlis akan berjalan lancar. Tapi rasa bimbang tu tetap ada...maklum sajalah, majlis pertama kali. Tak ada pengalaman, tangan pun tak banyak menolong. Bab menolong tu, saya lebih selesa jika tak banyak tangan. Bukan menyombong, tapi saya sendiri tidak reti bila ada banyak tangan. Saya lebih selesa bekerja sendiri. Lebih2 lagi dalam hal membuat pelamin. Walaupun tiada pengalaman, tapi saya cuba buat dengan idea dan kreativiti sendiri WALAUPUN saya meeeemang tiada pengalaman dalam hal nie. Kreatif pun jauh sekali. Galok nak buat sendiri. Konon jimat bajet :p

Majlis menyambut menantu dijadualkan 29/3. D-day. Nervous+happy. Nervous sebab majlis, happy sebab dapat adik ipar. Tak lama lagi saya akan ada younger sister! Teruja. Maklumlah, tak pernah ada adik or any female siblings. So memang agak teruja menerima orang baru. 

Doa saya, moga majlis tu nanti berjalan lancar dan meriah. Semoga dijauhkan dari buah mulut dan hasad dengki manusia, tertutup segala keaiban isi rumah dan terpelihara dalam redha Illahi. Ya Allah, Engkau yang Maha Mendengar, permudahkanlah segala urusan majlis ini dan redhailah perjalanan bakal pengantin dan seluruh keluarganya. Amiin.

p/s : Entry akan datang insyaAllah saya akan kongsikan pelamin buatan sendiri saya yang tak seberapa ;)

4 comments:

Anonymous said...

hapdet gambo sket uming

Hamidah Harun said...

vah vah..cepatla hapload gmbo tuuu

IzzahbtJainudin said...

haah..nak gambo gak

surijunior said...

semoga umie sekeluarga adik beradik bahagia hingga syurga.... The CLOSER you get to ALLAH , the CLOSER you are to EACH OTHER
klu free..jemput jejalan blog http://www.surijunior.com/ juga :)