Sunday, September 12, 2010

:: EiD MuBaRak ::

Salam aidilfitri buat semua....kullu am wa antum bikheir

Dah sebulan blog nie tak ber'update'...hm...nak kata sibuk, bolehlaa...banyak sangat perkara yang berlaku dalam sebulan nie. Tak tahu macamana nak create. Anyway, alhamdulillah ala kulli hal. Ramadhan yang berlalu telah selamat ditempuh. Sejauh mana penerimaan Yang Maha Esa, hanya Dia yang lebih mengetahui. Allahu a'lam.

Malam 1 syawal, tiba-tiba hati terasa sayu. Tiba-tiba terbayangkan tahun ini adalah raya terakhir saya di Jordan, insya Allah kalau diizinkan Tuhan Perencana. Sedih jugak, tapi ini adalah hakikat yang perlu ditempuh. Namun saya merasa sangat bertuah kerana diizinkan-Nya untuk berada di sini, bumi anbiya' yang penuh barakah. Biarpun jauh di perantauan, tanpa ibu dan ayah di sisi dan adik-adik menemani. Tahun depan mungkin saya belum kembali ke pangkuan keluarga kerana saya ada rencana untuk berRamadhan di tempat lain, insyaAllah.

Tamat Ramadhan bermakna episod kuliah bakal bermula. Kalau melihat taqwim jamiah, kuliah akan bermula pada 19 oktober nanti. Berdebar...sebab saya sudah berada di tahun akhir. Takut...kerana masih banyak yang belum saya tahu. Gelisah...kerana tidak tahu apa yang bakal saya tempuhi nanti. Sebenarnya saya lebih bimbang akan hakikat yang saya sudah berada di tahun akhir. Rasa kosong, apa yang telah saya usaha selama ini? Apa yang telah saya raih selama saya berada di sini?

Harapan saya, semoga tahun terakhir saya adalah tahun paling istimewa saya di Jordan.
Doa saya, semoga Allah meredhai usaha dan ilmu saya dan sahabat-sahabat.
Taqabbalallahu minna wa minkum
Ahlan wasahlan kepada semua adik-adik yang bakal menadah ilmu di bumi anbiya'...




Wednesday, August 11, 2010

:: Madrasah Ramadhan ::

Satu Ramadhan,
Aku perlu kekuatan,
Untuk meneruskan kehidupan,
Biar perit kehidupan menghalang,
Ku akur hakikat perjuangan,
Walau tanpa kawan,
Biar tanpa teman,
Wajib ku teruskan,
Wajib ku laksanakan,
Di jalan ini ku tetapkan pilihan,

Benar,
Ia jalan keperitan,
Ia jalan kepedihan,
Ia jalan kesusahan,
Namun tidak ku tega menafikan,
Ia juga jalan kemanisan,
Ia juga jalan kemenangan,
Ia juga jalan PERJUANGAN!

Ya Allah,
Sampaikan salamku buat junjungan,
Jangan lupakan aku duhai Tuhan,
Di Madrasah Ramadhan tetamu diundang,
Juga di masa silam dan akan datang





Saturday, August 7, 2010

.: Iman Yang Kelam :.

Hati yang kusut ini,
Tak mungkin jumpa lerainya,
Jika hanya tersiram bunga kelalaian,
Mengikut kata nista syaitan,
Ya Tuhan,
Aku ingin kembali,
Pada-Mu Yang Maha Penyayang

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah....
Pagi tadi selesai sudah imtihan duniaku untuk musim soifi yang sangat menguji. Bahang mentari yang terik memancar sepanjang minggu ini amat terasa. Tidak sanggup membayangkan peritnya Mahsyar. Nauzubillah ya Allah...ampuni kami.

Tamat imtihan nihaie, bermakna episod Ramadhan bakal bermula. Bulan tarbiyyah....gentar rasa hati mendengarnya. Mampukah aku?? Takut tertewas lagi. Takut gagal lagi. Takut terlepas lagi. Terfikir, bagaimana mereka mampu mengharunginya dengan cemerlang? Sedangkan aku, masih bertatih, terkial-kial mencari kekuatan diri melawan nafsu.

Untungnya mereka....ruginya aku....Allah....
Selamat menempuh bulan tarbiyyah, semoga diberi kekuatan.

Saturday, July 17, 2010

:: Atas Nama Cinta ::


"Korang kat mana?"

"Dalam bot kaca nie, dah kat tengah laut."

"Semua dah naik bot ke?"

"A'ah. Kecuali nenek, kakak dan adik je(bukan nama sebenar). Diorang taknak."

"Sampai hati korang. Akak pun nak naik jugak..." Suaranya terdengar rajuk.

Saya terkedu.

"Erm, takpe2, petang nie kita naik lagi ye. Lagipun lepas nie nak naik bot kayuh pulak.” Pujuk saya berbaur cuak.

“Tapi tak sama...”

Alahai...matilah saya. Teman di sebelah berpaling bila menyedari perubahan air muka saya.

“Kenapa?” Dia bertanya. Saya tersenyum pahit.

“Betul akak, nanti kita naik sekali lagi. Petang nie, lepas makan ye.”

Sebaik sahaja panggilan ditamatkan, saya dihimpit rasa bersalah. Betapa tidak endahnya saya pada sebuah pertalian bernama persahabatan. Sepatutnya sewaktu dia membenarkan kami membuat aktiviti bebas sementara dia bersama seorang lagi sahabat mencari hotel untuk kami menginap, kami boleh pergi membeli-belah atau membuat aktiviti lain. Kerana saya tahu, dia juga ingin bersama-sama menaiki bot kaca tersebut dan merasai perasaan melihat ke dasar laut di sebalik cermin yang dipanggil ‘kaca’ itu.

Cukup setengah jam mengelilingi pantai Aqabah, pengemudi bot tersebut memberhentikan botnya di tepi jeti yang dipenuhi remaja-remaja lelaki Arab yang sedang enak bermandi-manda, bukannya di pesisir pantai tempat kami mula-mula menaiki bot tadi. Segan juga, tapi sempat lagi kami berpossing di atas jeti tersebut dan mengabadikan wajah-wajah ceria dalam memori kami.

Langkah kami dipercepatkan ke coaster yang sedia menunggu dan mengambil barang masing-masing sebelum keluar mencari makan tengahari. Dua sahabat kami sudah merehatkan tubuh yang kepenatan di dalam bilik masing-masing setelah penat berulang-alik mencari hotel yang murah.

Dipendekkan cerita, demi menebus semula kesilapan dan kesalahan kami pada si teman yang merajuk tadi, kami membuat keputusan untuk kembali ke pantai dan menaiki sekali lagi bot kaca tersebut. Walaupun bot kali kedua ini tidak serancak dan seriuh bot yang pertama, tapi saya tetap gembira kerana Allah masih mengizinkan kami menunaikan hajat si sahabat yang hampir merajuk tadi.


Saya lega. Lega apabila melihat wajah yang hampir mendung kembali menggariskan senyuman. Pada saya, nilai sebuah persahabatan bukan hanya terletak pada gembira dan duka si teman, tetapi pada kesediaan kita berkongsi suka dan duka bersamanya. Mungkin dengan keikhlasan atas nama ukhwahfillah dan cintakan sahabat, susah terasa senang, pahit menjadi manis dan racun bertukar penawar. Kerana itulah tunjang sebuah persahabatan.

Dialah sahabat yang membimbingmu ke syurga,

Jauh dari neraka,

Membawamu kepada kebaikan,

Jauh dari kejahatan,

Yang membuka pintu hatimu ,

Melemparkannya dengan cahaya iman,

Dan menutupnya dari wajah-wajah syaitan,

Dialah sebaik-baik sahabat….

p/s : Uhibbukunna fillah…jazakunnallah akhawati…

Friday, June 18, 2010

:: Blog Ku Yang Bersawang ::

Oh alangkah tak rajinnya saya mengupdate blog nie. Agaknya dua tahun sekali baru saya buka blog yang dah naik habuk berkaki-kaki nih. Hehe…apalah nasib engkau ye wahai blogku…

Saya dah mati idea. Blog nie memang pada asalnya untuk suka-suka. Itu sebab nama dia pun macam tak ada maksud je. Alkisahnya blog ini boleh tercipta, sebab gatal sangat bila tengok orang lain ada blog, nak ada blog jugak. Akibatnya blog ini terkurung lama sehingga naik hitam kelabu…huhu…

Blog nie sebenarnya dimiliki tiga orang pemegang syer terbesar (syer kecik2 tak termasuk ye). So tak boleh salahkan saya seorang sahaja yang gatal nak berblog. Disebabkan birthday blog ini dah lama tak dicelebrate so saya rasa tak salah kalau saya menyambutnya sendirian. Yang sebenarnya lagi 2 orang pemegang saham blog ini dah berpatah arang. Yang satu memang dah tutup syarikat a.k.a muflis dan seorang lagi dah melabur dalam syarikat blog yang lain. Waahhhh…apalah nasib blog malang ini. Agaknya sebab saya yang tamak kot, jadi mereka dah tak nak sambung kontrak. Huh, apalah yang saya melalut nie ye...

Anyway, banyak sebenarnya yang saya nak kongsikan kat sini. Pada 3 Jun yang lalu, bermulalah cuti rasmi saya selepas bertungkus lumus menjawab peperiksaan akhir semester yang bermula pada 22 Mei 2010. Walaupun sebenarnya sudah ramai sahabat-sahabat yang menamatkan kertas mereka sebelum itu lagi, tapi takpelah. Biar lambat asal selamat. Huhu…

So nak dijadikan cerita, sepanjang tempoh exam memang banyak yang terencana di minda. Kononnya untuk lepaskan tension study. Nak pergi sana, jalan sini, rehlah situ…plan punya plan, akhirnya terancanglah sebuah plan untuk ke Aqabah dan Wadi Rum. Itu saja yang termampu dalam kemelesetan ekonomi nie. Tak kisahlah, asalkan tak terperuk dalam sakan je.

Bila tengok cuaca yang panas kering musim 'bahang' nie, kami jangkakan tentulah pantai Aqabah lebih dahsyat dari tempat tinggal kami. Jadi untuk persediaan awal, kami pesan kat kawan-kawan yang akan ikut serta ke Aqabah tu untuk bawak sunblock, spek mata hitam, topi pantai dan bagi sesiapa yang ada payung bawaklah semua. Dalam seronok-seronok nak pergi ke sana, terdetik jugak kat hati takut-takut cuaca panas sangat bimbang pulak ada yang pengsan ke, balik nanti dah tak kenal sape ke..(dek terbakar kena matahari) tapi alhamdulillah, bila sampai je kat Aqabah, terjeda sejenak. Alangkah indahnya perancangan Allah...lain yang kami fikir, lain pula yang menanti kami kat sempadan tanah haram Israel itu.

Kami bertolak lebih kurang jam 4.00 pagi. Alhamdulillah pagi tu senang je semua orang bangun. Walaupun mata masih merah dek kurang tidur, tetapi semua masih bersemangat untuk meneruskan rehlah. Masa tu terfikir jugak, alangkah indahnya kalau setiap hari semangat untuk bangun merintih di dinihari macam tu ada dalam diri masing-masing. Hmm...memang syaitan pangkat Jeneral yang dihantar untuk menidurkan anak Adam di bumi Urdun nie.

Sampai di sana, jarum jam baru di angka 9. Angin pantai yang kuat menerpa ke wajah masing-masing. Hairan, anginnya sejuk. Tidak seperti jangkaan kami. Subhanallah...cuaca di pantai Aqabah memang terbalik dengan darat. Langsung tidak terlintas di hati apakah yang berada dalam rencana Illahi. Terharu...waktu itu baru menyedari betapa tidak minatnya saya pada matapelajaran Geografi dahulu...hinggalah sekarang. Patutlah saya masih terkial-kial bila diterangkan oleh seorang teman tentang bayu laut, bayu darat...n etc...

Perkara pertama yang perlu kami buat adalah mencari hotel untuk menginap dan merehatkan badan malam nanti selepas penat bershopping. Hehe...so dua orang dayang dan seorang hulubalang ditugaskan untuk membookinghotel bersama seorang lagi pak nujum yang dikatakan telah masak dengan selok belok Aqabah. Tunggu punya tunggu (sambil bergambar), sampai pula posto mengatakan semua rakyat jelata bolehlah menjalankan aktiviti bebas. Jadi sebahagian daripada kami mencadangkan agar menaiki bot kaca dahulu sebelum shopping. Dan masing-masing setuju.

Selepas tawar-menawar dan rajuk-merajuk di antara kami pelanggan dengan pemandu bot kaca berlaku, akhirnya kami sepakat menaiki bot kaca dengan harga JD1 seorang. Maka belayarlah kami membelah pantai Aqabah pagi itu dengan gembira dan riuhnya. Bila hampir di tengah-tengah laut, saya mendapat satu panggilan.

....alamak bersambung pulak...