Monday, August 24, 2009

:: SaLam PeRJuaNgaN ::

Salam untuk semua…harapnya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Ramadhan Kareem, selamat datang ke madrasah tarbiyah ramadhan buat seluruh umat Islam yang menyambut Ramadhan kali ini. Tidak kira di mana dan apa posisi anda pada waktu dan ketika ini, saya menaruh harapan agar kita semua sama-sama mendapat keberkatan luar biasa bulan ini, insya-Allah.

Tatkala Ramadhan meniti bibir umat manusia, ada persoalan yang terlintas di benak cetek saya. ‘Akan sampaikah aku lagi pada Ramadhan yang akan datang?’ Persoalan ini amat menekan minda saya sehinggakan saya merasa setiap perkara yang saya lakukan pada Ramadhan kali ini tidak sempurna.

Selayaknya saya bersyukur kerana Ramadhan kali ini menyampaikan saya pada keluarga di Malaysia. Kepada teman-teman yang mengetahui setiap pergerakan saya, pasti sudah memaklumi di mana saya sekarang. Benar, dalam gembira menatap wajah ayahbonda tersayang, tersisip pilu tatkala mengenangkan wajah sahabat-sahabat yang sedang berjuang dalam golongan minoriti. Tanpa sebilangan besar dari kami, pasti amat terasa biarpun bukan saya yang diingat dan dikata=)

Bukan sengaja meninggalkan,

Bukan jua ku melepas beban,

Namun izinkanku mencari ruang,

Demi meneruskan sebuah perjuangan,

Kerana orang mu’min takkan berjuang kerana insan,

Jauh lagi berjuang kerana wang,

Tapi kita berjuang kerana Dia yang menciptakan,

Mendidik nurani membawa diri kepada Tuhan.

P/s : Selamat mendidik nafsu di bulan tarbiyah.

Wednesday, August 13, 2008

- ISLAM HANYA DIMULUT -


ISLAM DIMULUT TP TIDAK DIHATI

Tuhan memberitahu kita pun tahu tapi macam tak tahu
Tuhan memberitahu tapi tak mahu tahu
Tuhan membawa berita kita percaya
Tapi mendengar acuh tak acuh aja
Tuhan membawa perintah larangan dan tegah endah tak endah sahaja
Tuhan membawa berita gembira dengan Syurga, tidak pun rasa gembira
Tuhan membawa berita ancaman dengan Neraka
Dengar juga tapi tidak pun terasa gerun dengan berita
Tuhan membawa syariat, peraturan di semua aspek kehidupan
Hati merasa tidak senang sahaja dan membuat-buat tidak dengar
Walaupun telah diperdengar

Peraturan dibaca, bahkan digalakkan
Pembaca yang berjaya diberi hadiah pula
Namun diamalkan tidak juga
Bahkan dianggap pengacau negara
Begitulah Islam di mulut tidak di hati
Tuhan disebut fi lisan (di lidah) tidak di hati
Barulah kita tahu setelah pengalaman diberi
Menjadi orang Islam mudah
Menjadi mukmin amat sulit sekali.

:: PUT UR TRUST IN ALLAH ::

- KEKALKAN -


KEKALKAN RASA HAMBA

Orang yang tidak merasa bersalah dengam dosa, celaka
Orang yang merasa aman dengan kebaikan, binasa
Orang yang berbangg dengan dosa, sejahat-jahat manusia
Orang yang berbangga dengan ketaatan dianggap neraka
Orang binasa dengan dosanya
Ada orang selamat dengan dosa
Bila menderita kerananya
Selalu meminta ampun kepada Tuhannya

Ada orang binasa dengan amal soleh
Yang tiada lagi merasa berdosa
Ada orang yang selamat dengan amal soleh
Tapi merasa dia orang jahat yang tiada berguna
Setiap amal ibadah yang dibuat
Tidak merasa lagi kehambaan yang hina
Tidak berguna lagi ibadahnya
Allah mahu setiap orang merasa hina
Rasa berdosa selalu
Sekalipun tidak melakukannya
Betapa membuatnya

Tuhan mahu setiap orang melupakan amal ibadahnya
Justeru amal ibadah belum tentu diterima
Lebih-lebih lagi amal ibadah itu Tuhan punya
CiptaanNya, anugerahNya kepada hambaNya
Yang perlu diingat adalah segala dosa
Setiap dosa sekalipun kecil, Allah murka
Jika tidak diampunkannya
Nerakalah padahnya
Merendah dirilah kepadaNya
Sematkan rasa takut di dalam jiwa
Ia adalah sifat hamba
Rasa itu kekalkan selalu
Ia akan mensyafaatkan kita

:: PUT UR TRUST IN ALLAH ::

- KELEBIHAN AKAL -


Siti Aishah r.a.ha berkata:
" Akal ada 10 bhgn. Lima bahagian nampak secara lahiriah dan lima bahagian lagi tidak nampak.

BAHAGIAN YG NAMPAK
1. Merendah diri (tawadhuk)
2. Hati sering teringat utk bt kebaikan dan meninggalkan segala perbtan mungkar.
3.Sentiasa bt amal kebaikan
4. diam krn kadang2 tanpa disedari dlm berkata2 kita boleh menyakitkan hati org lain/memperkatakan tentang keburukan orang lain.

BAHAGIAN YG TIDAK NAMPAK
1. Menganggap dosa sebg masalah besar.
2. takut kpd ALLAH
3. Mampu mengawal nafsu
4. Memberi contoh kpd yg lain.
5. Berfikir sblm melakukan sesuatu.

-salam dr meja mu'allif-