Saturday, July 17, 2010

:: Atas Nama Cinta ::


"Korang kat mana?"

"Dalam bot kaca nie, dah kat tengah laut."

"Semua dah naik bot ke?"

"A'ah. Kecuali nenek, kakak dan adik je(bukan nama sebenar). Diorang taknak."

"Sampai hati korang. Akak pun nak naik jugak..." Suaranya terdengar rajuk.

Saya terkedu.

"Erm, takpe2, petang nie kita naik lagi ye. Lagipun lepas nie nak naik bot kayuh pulak.” Pujuk saya berbaur cuak.

“Tapi tak sama...”

Alahai...matilah saya. Teman di sebelah berpaling bila menyedari perubahan air muka saya.

“Kenapa?” Dia bertanya. Saya tersenyum pahit.

“Betul akak, nanti kita naik sekali lagi. Petang nie, lepas makan ye.”

Sebaik sahaja panggilan ditamatkan, saya dihimpit rasa bersalah. Betapa tidak endahnya saya pada sebuah pertalian bernama persahabatan. Sepatutnya sewaktu dia membenarkan kami membuat aktiviti bebas sementara dia bersama seorang lagi sahabat mencari hotel untuk kami menginap, kami boleh pergi membeli-belah atau membuat aktiviti lain. Kerana saya tahu, dia juga ingin bersama-sama menaiki bot kaca tersebut dan merasai perasaan melihat ke dasar laut di sebalik cermin yang dipanggil ‘kaca’ itu.

Cukup setengah jam mengelilingi pantai Aqabah, pengemudi bot tersebut memberhentikan botnya di tepi jeti yang dipenuhi remaja-remaja lelaki Arab yang sedang enak bermandi-manda, bukannya di pesisir pantai tempat kami mula-mula menaiki bot tadi. Segan juga, tapi sempat lagi kami berpossing di atas jeti tersebut dan mengabadikan wajah-wajah ceria dalam memori kami.

Langkah kami dipercepatkan ke coaster yang sedia menunggu dan mengambil barang masing-masing sebelum keluar mencari makan tengahari. Dua sahabat kami sudah merehatkan tubuh yang kepenatan di dalam bilik masing-masing setelah penat berulang-alik mencari hotel yang murah.

Dipendekkan cerita, demi menebus semula kesilapan dan kesalahan kami pada si teman yang merajuk tadi, kami membuat keputusan untuk kembali ke pantai dan menaiki sekali lagi bot kaca tersebut. Walaupun bot kali kedua ini tidak serancak dan seriuh bot yang pertama, tapi saya tetap gembira kerana Allah masih mengizinkan kami menunaikan hajat si sahabat yang hampir merajuk tadi.


Saya lega. Lega apabila melihat wajah yang hampir mendung kembali menggariskan senyuman. Pada saya, nilai sebuah persahabatan bukan hanya terletak pada gembira dan duka si teman, tetapi pada kesediaan kita berkongsi suka dan duka bersamanya. Mungkin dengan keikhlasan atas nama ukhwahfillah dan cintakan sahabat, susah terasa senang, pahit menjadi manis dan racun bertukar penawar. Kerana itulah tunjang sebuah persahabatan.

Dialah sahabat yang membimbingmu ke syurga,

Jauh dari neraka,

Membawamu kepada kebaikan,

Jauh dari kejahatan,

Yang membuka pintu hatimu ,

Melemparkannya dengan cahaya iman,

Dan menutupnya dari wajah-wajah syaitan,

Dialah sebaik-baik sahabat….

p/s : Uhibbukunna fillah…jazakunnallah akhawati…

Friday, June 18, 2010

:: Blog Ku Yang Bersawang ::

Oh alangkah tak rajinnya saya mengupdate blog nie. Agaknya dua tahun sekali baru saya buka blog yang dah naik habuk berkaki-kaki nih. Hehe…apalah nasib engkau ye wahai blogku…

Saya dah mati idea. Blog nie memang pada asalnya untuk suka-suka. Itu sebab nama dia pun macam tak ada maksud je. Alkisahnya blog ini boleh tercipta, sebab gatal sangat bila tengok orang lain ada blog, nak ada blog jugak. Akibatnya blog ini terkurung lama sehingga naik hitam kelabu…huhu…

Blog nie sebenarnya dimiliki tiga orang pemegang syer terbesar (syer kecik2 tak termasuk ye). So tak boleh salahkan saya seorang sahaja yang gatal nak berblog. Disebabkan birthday blog ini dah lama tak dicelebrate so saya rasa tak salah kalau saya menyambutnya sendirian. Yang sebenarnya lagi 2 orang pemegang saham blog ini dah berpatah arang. Yang satu memang dah tutup syarikat a.k.a muflis dan seorang lagi dah melabur dalam syarikat blog yang lain. Waahhhh…apalah nasib blog malang ini. Agaknya sebab saya yang tamak kot, jadi mereka dah tak nak sambung kontrak. Huh, apalah yang saya melalut nie ye...

Anyway, banyak sebenarnya yang saya nak kongsikan kat sini. Pada 3 Jun yang lalu, bermulalah cuti rasmi saya selepas bertungkus lumus menjawab peperiksaan akhir semester yang bermula pada 22 Mei 2010. Walaupun sebenarnya sudah ramai sahabat-sahabat yang menamatkan kertas mereka sebelum itu lagi, tapi takpelah. Biar lambat asal selamat. Huhu…

So nak dijadikan cerita, sepanjang tempoh exam memang banyak yang terencana di minda. Kononnya untuk lepaskan tension study. Nak pergi sana, jalan sini, rehlah situ…plan punya plan, akhirnya terancanglah sebuah plan untuk ke Aqabah dan Wadi Rum. Itu saja yang termampu dalam kemelesetan ekonomi nie. Tak kisahlah, asalkan tak terperuk dalam sakan je.

Bila tengok cuaca yang panas kering musim 'bahang' nie, kami jangkakan tentulah pantai Aqabah lebih dahsyat dari tempat tinggal kami. Jadi untuk persediaan awal, kami pesan kat kawan-kawan yang akan ikut serta ke Aqabah tu untuk bawak sunblock, spek mata hitam, topi pantai dan bagi sesiapa yang ada payung bawaklah semua. Dalam seronok-seronok nak pergi ke sana, terdetik jugak kat hati takut-takut cuaca panas sangat bimbang pulak ada yang pengsan ke, balik nanti dah tak kenal sape ke..(dek terbakar kena matahari) tapi alhamdulillah, bila sampai je kat Aqabah, terjeda sejenak. Alangkah indahnya perancangan Allah...lain yang kami fikir, lain pula yang menanti kami kat sempadan tanah haram Israel itu.

Kami bertolak lebih kurang jam 4.00 pagi. Alhamdulillah pagi tu senang je semua orang bangun. Walaupun mata masih merah dek kurang tidur, tetapi semua masih bersemangat untuk meneruskan rehlah. Masa tu terfikir jugak, alangkah indahnya kalau setiap hari semangat untuk bangun merintih di dinihari macam tu ada dalam diri masing-masing. Hmm...memang syaitan pangkat Jeneral yang dihantar untuk menidurkan anak Adam di bumi Urdun nie.

Sampai di sana, jarum jam baru di angka 9. Angin pantai yang kuat menerpa ke wajah masing-masing. Hairan, anginnya sejuk. Tidak seperti jangkaan kami. Subhanallah...cuaca di pantai Aqabah memang terbalik dengan darat. Langsung tidak terlintas di hati apakah yang berada dalam rencana Illahi. Terharu...waktu itu baru menyedari betapa tidak minatnya saya pada matapelajaran Geografi dahulu...hinggalah sekarang. Patutlah saya masih terkial-kial bila diterangkan oleh seorang teman tentang bayu laut, bayu darat...n etc...

Perkara pertama yang perlu kami buat adalah mencari hotel untuk menginap dan merehatkan badan malam nanti selepas penat bershopping. Hehe...so dua orang dayang dan seorang hulubalang ditugaskan untuk membookinghotel bersama seorang lagi pak nujum yang dikatakan telah masak dengan selok belok Aqabah. Tunggu punya tunggu (sambil bergambar), sampai pula posto mengatakan semua rakyat jelata bolehlah menjalankan aktiviti bebas. Jadi sebahagian daripada kami mencadangkan agar menaiki bot kaca dahulu sebelum shopping. Dan masing-masing setuju.

Selepas tawar-menawar dan rajuk-merajuk di antara kami pelanggan dengan pemandu bot kaca berlaku, akhirnya kami sepakat menaiki bot kaca dengan harga JD1 seorang. Maka belayarlah kami membelah pantai Aqabah pagi itu dengan gembira dan riuhnya. Bila hampir di tengah-tengah laut, saya mendapat satu panggilan.

....alamak bersambung pulak...

Thursday, September 3, 2009

:: Wo Ai Ni ::

Wo ai ni....kalimah bahasa Mandarin, namun difahami banyak bangsa.
Wo ai ni....suatu ungkapan luhur pemuda pemudi Tionghua kepada pasangan masing-masing.


Lesen P
Dulu semasa saya bergelar pendidik tak bertauliah, lesen P saya amat bermakna dan berharga kerana berbekalkan sekeping lesen yang masih panas itulah saya bergerak. Ke tempat kerja, ke YT, ke bank-bank yang boleh menyumbang untuk pengajian saya ke Jordan, ke rumah sahabat-sahabat, dan ke mana sahaja yang saya ingin pergi. Tapi hari ini...langit tak seindah semalam, kerana ia tidak selalu cerah.

Disebabkan sudah dua tahun saya melepaskan tangan dari bulatan stereng kereta, jadi bulan ini ayah saya yang bertindak sebagai 'JPJ' telah 'menggantung' lesen besar saya! Sedihnya:(

Lesen kanak-kanak (P) berapi-api,
Lesen besar diam hilang taring dan gigi:((

GMA
Jadi semalam saya telah melancarkan GMA atau nama panjangnya 'Gerakan Memujuk Ayah', hehe...Sudah lama saya mengurung niat untuk membeli buku. Niat itu terpaksa saya pendam disebabkan Jordan tak ada buku Melayu;p Jadi di Jordan saya hanya membeli kitab-kitab berbahasa Arab ( tu pun tak habis baca) ;)

Alkisahnya semalam saya ajak ayahbonda saya ke kedai buku. Hm, kedai buku yang besar kat Terengganu ni boleh dikira dengan jari. Tak banyak...yang banyaknya kedai menjual majalah. Agaknya rakyat Terengganu ni suka baca majalah je kot. Ops...jangan marah sahabat-sahabat senegeriku, terimalah kenyataan dengan hati terbuka, huhu:p

Alah, melalut lagi. Apa kaitannya dengan tajuk post saya kali ini?

Wo Ai Ni


Nampak cover buku kat atas? Ha...inilah hasilnya bila saya berjaya memujuk ayahbonda saya ke kedai buku. Alhamdulillah, tak sia-sia saya ke sana. Biarpun beratus duit saya berhabis, namun saya puas. Wo Ai Ni Allah adalah salah sebuah karya terbitan PTS yang mampu menarik minat saya untuk membelinya.

Buku ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Amei Chan yang sangat kasihkan ayahnya yang terbunuh dalam pencariannya mencari Tuhan. Dilahirkan dalam keluarga yang berfahaman ateis, dia meneruskan misi ayahnya mencari Tuhan kerana itu adalah amanat terakhir dari seorang ayah. Pelbagai perkara dan onak dilalui tubuh kecil di usia 14 tahun itu. Dan akhirnya, Wo Ai Ni Allah....lafaz yang terungkap di bibir gadis kecil itu tatkala sinar hidayah menyapa.

Saya tenggelam dalam keasyikan watak gadis ini yang bertanya pelbagai soalan. Ada yang tidak pernah terjangkau dek akal manusia biasa yang berTuhan. Namun saya kira persoalan-persoalan ini punya harganya yang tersendiri. Kerana setiap persoalan dan jawapan pada persoalan tersebut merupakan satu bonus bagi kita umat Islam andai ditanya soalan yang pelik-pelik dari insan yang mencari sinar hidayah. Wallahu a'lam.

Wednesday, September 2, 2009

:: MaLaySia oh MaLaySia ::

Assalamualaikum w.b.t...pagi yang cerah dan mendamaikan. Rintik-rintik halus gerimis semalam membuatkan suasana pagi ini sedikit berbeza. Bau tanah selepas hujan dan pohon hijau yang masih berembun amat menarik perhatian saya. Tak sia-sia balik ke Malaysia=) Hampir dua tahun saya meninggalkan suasana seperti ini. Di Jordan hujan tidak selalu turun, hanya pada musim sejuk atau lebih dikenali sebagai musim syita'. Itupun bukan selalu, jika cuaca terlalu sejuk yang turun bukanlah air, tetapi ais. Terkejut? Saljilah...bukan ais dalam fridge tu..hehe:)

Semasa saya melangkah ke luar rumah pagi tadi, bayu dingin menyapa. Sambil memandang pokok-pokok hiasan dan buah-buahan yang ditanam ayah di halaman, hati saya masih terus membandingkannya dengan Jordan. Hm, Jordan lagi=) Tak mudah melepaskan Jordan dari kotak fikiran. Apatahlagi 2 tahun di sana banyak mengajar saya erti kehidupan. Berukhwah, bersahabat, berpersatuan dan bermain dengan asam garam kehidupan. Segalanya terhimpun di sana. Kisah suka duka, pahit manis tersisip kemas di lipatan hidup kami.

Ah! Lupakan tentang Jordan. Sekarang saya nak bicarakan tentang Malaysia=)

Sejak pulang ke Malaysia, banyak waktu saya dihabiskan di rumah je. Jauh menyimpang dari apa yang saya bayangkan sebelum ni;p Dulu waktu sebelum keluar dari asrama bekas 'kem tentera' Mafraq=), banyak yang terangka di minda. Tapi apa yang berlaku, tak banyak yang mencapai matlamat. Inilah akibat buat sesuatu tanpa perancangan, kelam kabut jadinya..huhu;)

Dalam masa hampir dua minggu, macam-macam perkara yang berlaku. Baik pada diri sendiri, mahupun negeri, ataupun negara. Dalam macam-macam tu, ada satu perkara yang amat menarik perhatian saya selain daripada pilihanraya kecil Permatang Pasir, iaitu isu yang melibatkan model sambilan Khartika Shukarno yang mencetuskan pelbagai haluan pemikiran bila dia dijatuhkan hukuman sebat atas kesalahan meminum arak depan khalayak. Pelbagai reaksi ditimbulkan. Dari tua, muda, pekerja bawahan dan atasan, dan yang paling saya terkejut, Perdana Menteri kita pun turut sama turun padang! Hebat!!

Di celah-celah kekecohan isu Khartika yang masih panas-suam, timbul pula isu lain. Bersempena hari kemerdekaan baru-baru ini-ops...sebelum terlupa, selamat hari merdeka semua;)- kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga minyak yang sememangnya akan membawa kepada kenaikan harga barang. Walaupun ia hanya dinaikkan 5sen iaitu dari RM1.75 kepada RM1.80 seliter, namun ia memberi kesan yang besar terutamanya kepada golongan yang bergaji sederhana seperti ayahbonda saya:) Hmm, patutlah stesyen-stesyen minyak asyik penuh je minggu nie, rupa-rupanya ada 'hadiah' yang menanti, hehe=)

Malaysia oh Malaysia, macamana nak mencapai objektif 1 Malaysia nie?? Hari ini Ron 95, esok? Hehe..time-time ekonomi meleset nie pun masih nak memelesetkan lagi ekonomi rakyat. Aih, pening-pening...walau apapun, harapnya sahabat-sahabat kat tanah air tercinta bertenang dan sabar ye, don't be sad. Kalau mereka tak mahu dengar dan memahami, takpe...ada lagi yang masih mendengar suara hati anda. Siapa?? Faham-faham jelah ye;)

p/s: Tahniah kepada Ustaz Salleh Man dan seluruh warga Permatang Pasir. Anda bukan tidak mahu perubahan, tetapi tidak mahu kebatilan. ~~Terus Berjuang~~

Tuesday, September 1, 2009