Saturday, March 19, 2011

:: Mencari Ibrah ::


'Zon Selesa' di Jordan sesekali terarah jua pada saya. Pada akal saya. Pada jiwa dan hati saya.

Dalam kesibukan Mesir menghentikan muzoharot rakyatnya, Libya dan Yaman turut terkena tempiasnya. Jordan, masih aman biarpun muzoharot itu tercetus juga di beberapa tempat. Alhamdulillah ia masih terkawal. Ia berlaku di Amman, sedikit di Aqabah dan sedikit di Irbid. Namun masih terasa selesanya di bumi sahra' Mafraq. Tidak sedikitpun rasa terganggu. Masih sempat bersenang-lenang mencari 'keperluan' diri.

Astaghfirullah....di mana perginya rasa satu ummah dan aqidah?

Atau sekurang-kurangnya pada harga sebuah kemanusiaan??

Tidak lama, Jepun pula mengerah iktibar. Tsunami melanda. Hampir musnah segala yang dibina. Hancur lumat hati rakyat jelata. Namun syukur Allah itu Maha Penyayang. Bencana disedari awal. Manusia terselamat kerana sayangnya Dia pada hamba.

Alhamdulillah.


ANTARA AKAL DAN IMAN


Setiap sesuatu pasti ada ibrah dan hikmahnya. Hanya manusia yang bertindak tanpa ingin mencarinya. Teringat saya pada kata-kata seorang murabbi, bezanya AKAL dan IMAN adalah pada susunan taarifnya.

AKAL : Bermula dari rasional, kemudian percaya akhirnya buat.

IMAN : Bermula dengan buat, kemudian percaya barulah mencari rasionalnya tindakan tersebut.

Bukankah begitu? Setiap kita yang bertindak atas nama 'kehendak', pasti akan menimbang dahulu baik dan buruknya tindakan tersebut. Namun sejauh mana tindakan di atas nama iman, mengimbangi baik dan buruk tindakan dan kelakuan kita? Contohnya ketika kita bersolat dan melakukan ibadah lain. Apakah kita melakukan kerana kita tahu hikmah dan rasionalnya ia??

Ada yang melihat bencana di negeri Matahari Terbit itu dengan mata akal. Tidak kurang yang melihatnya dengan mata iman. Justeru mereka yang melihat dengan mata akal tidak akan berhenti menyalahkan takdir dan tuhan atas segala bencana ini. Sekelip mata melupakan segala kurnia dan rahmat-Nya yang melimpah sebelum ini.

Mungkin mereka pernah bersyukur. Mungkin jua mereka pernah berterima kasih. Tapi sayangnya syukur itu hilang. Juga dengan sekelip mata. Membuktikan betapa syukur mereka tidak lain hanya di bibir.

Yang melihat dengan mata iman pula, tidak akan kering bibir mereka dengan istighfar. Setiap hari tidak mampu melelapkan mata dek kerana takutnya peringatan yang mungkin akan diturunkan buat kali kedua. Hati mereka bergetar. Gentar. Bukan kerana takut hilang dan sayangnya mereka kepada harta. Bukan jua pada nikmat anak dan isteri yang fana. Tetapi pada maha dahsyatnya bentuk ujian yang diturunkan-Nya.

Kerana itu, hamba yang bersyukur dengan sesungguh-sungguh syukur tidak akan mealpakan syukurnya saat ini. Tidak akan sesekali menggugurkan tahap hambanya ketika ini. Mereka tahu siapa Tuhan yang mereka sembah. Mengerti akan ibrah yang cuba disampaikan Tuhan mereka.



Tiada siapa yang lebih sabar melainkan Allah. Tatkala mereka berpaling dan tidak mendengar-Nya, Dia tetap setia memberikan kesihatan dan nikmat kepada mereka.


Berharap ibrah dan hikmah itu kan tersingkap. Allahumma ameeen..

Friday, March 11, 2011

:: Teda Ceta ::

Berjalan-jalan. Melompat dari blog ke blog lain. Tiba-tiba teringat blog sendiri. Oh, nampaknya sudah lama saya tidak menjenguk blog sendiri. Post terakhir adalah bulan Januari. Ish, kesian blog nie bertuankan saya. Huhu...:)

Bersawang lagi blog nie.

Nak dijadikan kisah, hari nie saya masih belum sempat menglipur lara. Masih dalam kekalutan selepas menjayakan program tempoh hari. Program yang sangat meninggalkan kesan di dalam hati. Alhamdulillah...semoga semuanya bernilai ibadah di sisi-Nya. Nak sangat bercerita, tapi masih belum berkesempatan.

Ada amanah yang masih belum terlaksana.

Ada hutang yang belum langsai. Baik dengan Allah mahupun manusia.

Ada kisah di sebalik cerita.

Oh Tuhan, andai ini yang terbaik....ku redha akan semuanya.

Mode : Sangat merindui family. Semoga Allah izinkan kami berjumpa lagi.:D

Sunday, January 9, 2011

:: Kekasihku ::

Assalamualaikum....

Sengaja mencuri sedikit masa. Musim2 imtihan nie, tak banyak kerja boleh dilunaskan mengikut 'due date'nya.

Masih lagi di dalam mode imtihan. Jadual imtihan yang berjarak di antara satu madah dengan madah yang lain mampu membuatkan saya menarik nafas lega. Tidak seperti kebanyakan sahabat2 saya yang terpaksa menempuh nihaienya dengan 1paper setiap hari berderet2 ataupun sehari 2 paper. Alhamdulillah 3ala kulli hal....

Tadi, imtihan Sirah Nabawiyah baru sahaja melabuhkan tirai. Entah apa yang saya rasai sekarang. Asalnya kami mendapat maklumat uslub imtihannya sama seperti imtihan awal dan thani, namun yang kami tempuhi pagi tadi amat berbeza. Setelah menghantar kertas jawapan, di mulut dan hati saya hanya tinggal tawakal. Sama seperti 2paper yang telah saya jawab tempoh hari. Maka setelah kamu berusaha, maka bertawakkallah. Sesungguhnya Allah amat menyukai orang2 yang bertawakkal pada-Nya.

Ya Allah...hidup saya umpama layang2. Terbang tinggi namun terbatas. Tatkala tali yang membelenggunya putus, maka layang2 itu jatuh, menjunam dari gahnya sebentar tadi. Lantas saya cepat2 beristighfar, berharap Allah tidak mengizinkan saya terus hanyut dengan perasaan itu. Mengharapkan hidup saya menjadi lebih baik daripada layang2 tadi.

Benarlah kata ustaz2 saya semasa di maahad dahulu.

'Andai di sini (maahad) kamu sudah tidak mampu mendisiplinkan diri dengan Al-Quran dan beramal dengan ajarannya, jangan berharap kamu boleh menguasainya bila keluar (dari maahad) nanti.'

Hakikatnya, perasaan itulah yang sedang saya rasai saat ini. Jiwa yang kosong, hati yang berkarat, dan diri yang penuh dosa. Mungkin di atas faktor ini jugalah, saya merasa setiap perbuatan saya ada cacat celanya. Ada tidak kenanya dan sentiasa tidak sempurna. Melihatkan kekasih saya yang sering sakit, tidak sihat dan sebagainya, saya tahu saya telah berlaku tidak adil padanya.

Sudah lama saya tidak menghiraukan tahap kesihatannya. Adakalanya saya menjemputnya ke rumah saya, namun 'dia' seolah2 tidak sudi bertandang. Alangkah sakitnya saya bila 'dia' menolak saya...:( Namun saya tahu silapnya berpunca daripada saya juga. Di waktu senang, saya meninggalkannya, bila sakit baru saya terhegeh2. Kekasih mana yang suka diperlakukan sebegitu??

Allah itu Maha Adil. Maka saya akur dengan balasan yang sedang saya lalui lantaran pernah meninggalkannya (Al-Quran). Justeru Dia tidak akan membebani hamba-Nya dengan sesuatu yang tidak sanggup dipikul hamba tersebut.

Semoga Allah tidak mengizinkan saya untuk terus hanyut dan leka.....kerana seorang mu'min tidak akan jatuh ke satu lubang yang sama 2 kali! Thabbitna Ya Allah....

Friday, December 24, 2010

:: No TitLe ::

Banyak betul perkara yang terjadi semenjak dua menjak nie sehinggakan saya sendiri buntu memikirkan hikmah di sebaliknya. Mengerti hikmahnya ada, namun tidak mengerti apakah ia.

Imtihan awal, thani & nihaie....
semuanya menuntut pengorbanan dan semangat juang yang bukan sedikit!
Itu baru imtihan dunia, belum lagi imtihan akhirat. Entah macamanalah persiapan ke sana. Gerun pula memikirkannya.

Dalam banyak2 madah yang saya ambil pada semester nie, yang paling saya takuti adalah madah Fiqh maliah I. Ouh kenapalah otak saya sangat sukar menghadam setiap bait2 fakta yang tercatat dalam kitab tu? Berbanding dengan madah2 lain, saya rasa lebih rela mengambil sepuluh madah lain daripada satu madah maliah. Sangat susah!! Kata kakak2 senior, madah nie madah skor. Tapi yang saya dapat hanya 'ngango'!! sadis betul!

Allah masih lagi menyembunyikan kefahaman itu daripada saya. Untuk memahami satu mukasurat Maliah sahaja, saya perlu menghabiskan hampir setengah jam masa saya. Bayangkanlah pula jika silibus yang perlu saya habiskan mengandungi beratus2 mukasurat! Sedihnya hanya Dia yang tahu. Hanya pada-Nya tempat saya mengadu segala rasa. Apatahlagi apabila mendapat kertas jawapan peperiksaan, markah saya hanya cukup2 makan. Bimbang pula apa nak jadi dengan pointer saya yang sememangnya tidak baik sedari awal.

Takut pointer menurun di ambang khirij, takut lagi bila memikirkan ilmu yang tidak cukup di dalam diri untuk terjun di dalam lapangan masyarakat.

Ada masanya saya membelek kembali ke dalam diri, mencari erti sebenar kehidupan yang sedang saya lalui. Apa sebenarnya yang saya mahu dalam hidup ini? Apakah cukup dengan hanya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah, seterusnya master dan mendaki tangga PHD lalu terhenti setakat itu? Menaiki tingkat demi tingkat dalam hidup, bergelar pelajar, menyempurnakan tingkat paling atas seorang pelajar, seterusnya mendapat kerja yang baik dan akhirnya mati. Nauzubillah...setakat itu sahajakah kehidupan saya terhenti??

Bila menjejak realiti, saya tahu hidup saya tidak wajar berlalu begitu sahaja. Tanpa sebarang sumbangan kepada orang lain, lalu apakah yang saya bawa menjadi bekal ke sana? Setelah berjanji dengan-Nya untuk menjadi hamba di alam lalu, wajarkah saya menjadi munafiq, berpaling daripada-Nya seterusnya melabelkan diri sebagai raja di alam fana ini? Oh tidak! Yang paling menggerunkan bukanlah dugaan atau ujian di dunia, tetapi natijah kita di sana.

Saya pasti, doa saya dan doa kalian pasti sama.

Semoga Allah menyelamatkan kita dari segala bala, bencana dan kemurkaan-Nya.

Semoga Dia mencantumkan segala perca2 hati kita agar selalu tertaut di jalan-Nya.

Semoga hidup kita di dunia tidak sia2, sepertimana Dia yang telah menjadikan kita bukan sia2.

Semoga Dia menthabatkan kita di jalan-Nya, berpegang teguh dengan kitab-Nya dan sunnah
kekasih-Nya.

Semoga mati kita di dalam husnul khatimah, wa su'ul khatimah nauzubillah ya Rabb.

p/s : Selamat menempuh imtihan kafaah markaz lughah buat semua adik2 tahun 1...juga tidak lupa kepada semua senior2 buat yang terbaik untuk nihaie. Bittawfeq wannajah!!
PUT YOUR TRUST IN ALLAH...walau apapun keputusannya.

Wednesday, November 17, 2010

:: Muhasabahku ::

Salam 10 Zulhijjah

Salam Eid Adha

Menyembelih nafsu dunia, bukan hanya sembelih haiwan semata.

Melapah ego dan tinggi diri, lemak hidup yang sentiasa dilimpahi nikmat dunia.

Bersama sepinggan nasi sabar, semoga hari ini menjadi saksi kesabaran hatiku mendidik nafsu yang tak pernah kenyang. Ku hidangkan sate cinta dan semangkuk kuah kacang taqwa agar ia kan menjadi pendinding buat diri yang sering alpa. Kerana ku mengerti duhai Sang Kekasih, tanpa kek kasih sayang-Mu mana mungkin dapatku gapai sepiring puding ehsan. Ku redha, bersama rendang tawakkal pada-Mu, hanya Engkau yang berhak menentukan hala tujuku....

Pada-Mu ku berserah....

Selamat menyambut Hari Raya Korban