Sunday, May 22, 2011

:: Untukmu Permataku ::

Bermula langkah pertama,
Ku bertatih mengenal erti hidup,
Seribu halangan dan dugaan menghalang,
Ku kuatkan hati dan diri,
Agar langkah ini seiring denyut nadi,
Kerana aku rindu,
Rindu melihat senyumanmu,
Yang seringkali tidak pernah mati

Tatkala kaki tertusuk duri,
Langkah tersadung,
Mengundang sakit tidak terperi,
Dikau masih di sisi,
Kekal menyiram nasihat tidak henti,
Katamu usah dihirau sakit yang fana,
Kerana di hujungnya masih ada sinar.

Duhai permataku,
Tekadku masih tergenggam kemas,
Tatkala bayang wajahmu menyapa,
Hatiku tak pernah hampa,
Kerana di sebalik keresahan dek culasku,
Tenangmu masih teguh terhampar,
Masih bangga mengatakan aku anakmu,
Menyemarakkan kasihku padamu.

Ibu yang bertarung nyawa melahirkanku,
Jua ayah yang tidak jemu membanting keringatmu,
Terima kasih di atas segala kasih sayangmu,
Bermula merah tubuhku melihat dunia,
Sehingga hari ini kelahiranku,
Daku kan sentiasa memerlukanmu
Takkan ku tega meniti hidup tanpamu.

Ya Allah,
Kedua insan ini amat ku sayangi,
Justeru itu ya Illahi,
Sayangilah mereka,
Rahmatilah mereka,
Kasihanilah mereka,
Setulus kasih mereka buatku,
Sedari kecil hingga akhirnya,
Ku harap kasih ini kan tetap bertaut,
Sehingga saatku bertemu dengan dengan-Mu,
Ya Rahman Ya Rahim....

:: Buenos Compleanos ::

BUON COMPLEANNO 1


"Sanah helwah Che Mie...wish awal ikut waktu Malaysia:) "

Mesej pertama yang sampai ke handset saya. Termenung sebentar saya melihat ke skrin hendset. Sanah helwah? Oh patutlah. Hari lahir saya rupanya. Hehe...

Waktu itu saya bersama rakan sedang bermurajaah untuk final exam Fiqh Muqaran esok hari. Langsung saya tidak teringat akan hari lahir sendiri. Sehinggalah mesej daripada adik seusrah saya sampai ke skrin handset. Jazakillah Che Zue coz ingatkan birthday Che Mie:)

Malam itu, tepat jam 12:05 am (jam saya), tiba2...

'Happy Birthday To You...'

Aduh...rasa nak nangis bila dengar. Ahli bayt buat surprise. Dengan bersaondtrackkan lagu happy birthday nyanyian Upin&Ipin dan rakan2, dan pudding special:D


--Pudding special by Boom^_^--


"Kesian kak umie, xde kek. Esok saya buat kek ek...akak nak kek apa?" Lucu mendengar soalan dari Nadh. Boleh ke make request untuk birthday sendiri? huhu...

Apa-apapun, jazakunnalahu khairal jaza' kepada ahli bayt baru yang belum ada nama;),Husna dan adik2 Aisyah, Maryam dan Faezah. Juga tidak ketinggalan 'ahli bayt baru', dik Nadh:)


BUON COMPLEANNO 2


Sebelum makan malam, ahli bayt sibuk bertanyakan kek hari lahir. Ada ke patut diorang nakkan kek hari lahir yang saya buat sendiri? Ish, tak patut betullah budak nie, huhu...so bila saya cakap tak ada kek, 'ahli bayt baru' buat muka sedih. Konon sedih tak ada kek untuk birthday girl sebab dia dah janji nak buat kek. Sebenarnya dalam hati tak mengharap apa2 sebab memang tahu semua orang sibuk exam. Final exam. Dia sendiri pun ada dua paper lagi selepas itu dan dia pun teruskan makan malam dengan muka monyok (sedih sebab tak sempat buat kek katanya). Haisy budak nie! Sempat lagi nak berdrama air mata kat sini...^_^

Selesai makan, (actually saya belum habis makan). Tiba2 lagu 'sedih' (happy birthday) tu terdengar lagi. Tapi kali nie tak diiringi pudding, but cake! Okey, it's not cake, but cakes!! Sebab ada dua biji kek depan mata saya. Wow! Bulat mata saya tengok kek2 tu. Memang diorang nie ada bakat buat surprise la. Alfun mabruk lah buat korang! hehe. Memang langsung tak sangka, tapi dalam tak sangka tu...excited la jugak. Yelah, dapat surprise dua kali. Siapa tak gembira kan..kan...kan???:D


--‘Kek Kayu Manis’ buatan Nadh--


--sponsored by Ahli Bayt--


Muchas gracias!! Tesekkur Ederim!!

Terharu sangat2 di atas ingatan dan hadiah kalian. Dalam sibuk2 menghadapi final exam, masih nak buat surprise yang sangat best nie. Tak tahu nak balas macamana. Sebenarnya malam nie ahli bayt kami bertambah lagi. Jadi tujuh...terima kasih juga buat Qaiy yang setia dengan mini cameranya.


BUON COMPLEANNO 3


Nadh, molto grazie sudi buatkan 'kek kayu manis' tu (biskut mahal2 jadi kayu manis je, kesian pulak:p) tapi best sangat sampai menjilat jari.

Qaiy, terima kasih coz sudi jadi cameragirl kitorang malam tu sampaikan diri sendiri tak buat ucapan. Kena claim balik nie..huhu

Ahli Bayt tetap Husna, Aisyah, Maryam dan Faezah, thank's a lot for everything. Semoga Allah menautkan hati kita semua agar sentiasa thabat di jalan-Nya. Semoga bayt ini menjadi jannah kita di dunia dan berkekalan sehingga ke jannah abadi, insya-Allah.

Kullu kunna...jazakunnallahu khairal jaza'.

ما بنقص غلاكم لو بالعين ما شفناكم بكفي أن قلبي معاكم وبالوفاه دوم ذكراكم

'Tak akan berkurang kasih sayang kita walaupun mata tak dapat melihat kamu, cukuplah hatiku bersama kamu. Selamanya kamu di ingatan.'


p/s : Tak lupa kepada semua sahabat2 yang menghantar mesej melalui handset, facebook, e-mail, call dan lain2. Sayang kalian kerana Allah....

Saturday, March 19, 2011

:: Mencari Ibrah ::


'Zon Selesa' di Jordan sesekali terarah jua pada saya. Pada akal saya. Pada jiwa dan hati saya.

Dalam kesibukan Mesir menghentikan muzoharot rakyatnya, Libya dan Yaman turut terkena tempiasnya. Jordan, masih aman biarpun muzoharot itu tercetus juga di beberapa tempat. Alhamdulillah ia masih terkawal. Ia berlaku di Amman, sedikit di Aqabah dan sedikit di Irbid. Namun masih terasa selesanya di bumi sahra' Mafraq. Tidak sedikitpun rasa terganggu. Masih sempat bersenang-lenang mencari 'keperluan' diri.

Astaghfirullah....di mana perginya rasa satu ummah dan aqidah?

Atau sekurang-kurangnya pada harga sebuah kemanusiaan??

Tidak lama, Jepun pula mengerah iktibar. Tsunami melanda. Hampir musnah segala yang dibina. Hancur lumat hati rakyat jelata. Namun syukur Allah itu Maha Penyayang. Bencana disedari awal. Manusia terselamat kerana sayangnya Dia pada hamba.

Alhamdulillah.


ANTARA AKAL DAN IMAN


Setiap sesuatu pasti ada ibrah dan hikmahnya. Hanya manusia yang bertindak tanpa ingin mencarinya. Teringat saya pada kata-kata seorang murabbi, bezanya AKAL dan IMAN adalah pada susunan taarifnya.

AKAL : Bermula dari rasional, kemudian percaya akhirnya buat.

IMAN : Bermula dengan buat, kemudian percaya barulah mencari rasionalnya tindakan tersebut.

Bukankah begitu? Setiap kita yang bertindak atas nama 'kehendak', pasti akan menimbang dahulu baik dan buruknya tindakan tersebut. Namun sejauh mana tindakan di atas nama iman, mengimbangi baik dan buruk tindakan dan kelakuan kita? Contohnya ketika kita bersolat dan melakukan ibadah lain. Apakah kita melakukan kerana kita tahu hikmah dan rasionalnya ia??

Ada yang melihat bencana di negeri Matahari Terbit itu dengan mata akal. Tidak kurang yang melihatnya dengan mata iman. Justeru mereka yang melihat dengan mata akal tidak akan berhenti menyalahkan takdir dan tuhan atas segala bencana ini. Sekelip mata melupakan segala kurnia dan rahmat-Nya yang melimpah sebelum ini.

Mungkin mereka pernah bersyukur. Mungkin jua mereka pernah berterima kasih. Tapi sayangnya syukur itu hilang. Juga dengan sekelip mata. Membuktikan betapa syukur mereka tidak lain hanya di bibir.

Yang melihat dengan mata iman pula, tidak akan kering bibir mereka dengan istighfar. Setiap hari tidak mampu melelapkan mata dek kerana takutnya peringatan yang mungkin akan diturunkan buat kali kedua. Hati mereka bergetar. Gentar. Bukan kerana takut hilang dan sayangnya mereka kepada harta. Bukan jua pada nikmat anak dan isteri yang fana. Tetapi pada maha dahsyatnya bentuk ujian yang diturunkan-Nya.

Kerana itu, hamba yang bersyukur dengan sesungguh-sungguh syukur tidak akan mealpakan syukurnya saat ini. Tidak akan sesekali menggugurkan tahap hambanya ketika ini. Mereka tahu siapa Tuhan yang mereka sembah. Mengerti akan ibrah yang cuba disampaikan Tuhan mereka.



Tiada siapa yang lebih sabar melainkan Allah. Tatkala mereka berpaling dan tidak mendengar-Nya, Dia tetap setia memberikan kesihatan dan nikmat kepada mereka.


Berharap ibrah dan hikmah itu kan tersingkap. Allahumma ameeen..

Friday, March 11, 2011

:: Teda Ceta ::

Berjalan-jalan. Melompat dari blog ke blog lain. Tiba-tiba teringat blog sendiri. Oh, nampaknya sudah lama saya tidak menjenguk blog sendiri. Post terakhir adalah bulan Januari. Ish, kesian blog nie bertuankan saya. Huhu...:)

Bersawang lagi blog nie.

Nak dijadikan kisah, hari nie saya masih belum sempat menglipur lara. Masih dalam kekalutan selepas menjayakan program tempoh hari. Program yang sangat meninggalkan kesan di dalam hati. Alhamdulillah...semoga semuanya bernilai ibadah di sisi-Nya. Nak sangat bercerita, tapi masih belum berkesempatan.

Ada amanah yang masih belum terlaksana.

Ada hutang yang belum langsai. Baik dengan Allah mahupun manusia.

Ada kisah di sebalik cerita.

Oh Tuhan, andai ini yang terbaik....ku redha akan semuanya.

Mode : Sangat merindui family. Semoga Allah izinkan kami berjumpa lagi.:D

Sunday, January 9, 2011

:: Kekasihku ::

Assalamualaikum....

Sengaja mencuri sedikit masa. Musim2 imtihan nie, tak banyak kerja boleh dilunaskan mengikut 'due date'nya.

Masih lagi di dalam mode imtihan. Jadual imtihan yang berjarak di antara satu madah dengan madah yang lain mampu membuatkan saya menarik nafas lega. Tidak seperti kebanyakan sahabat2 saya yang terpaksa menempuh nihaienya dengan 1paper setiap hari berderet2 ataupun sehari 2 paper. Alhamdulillah 3ala kulli hal....

Tadi, imtihan Sirah Nabawiyah baru sahaja melabuhkan tirai. Entah apa yang saya rasai sekarang. Asalnya kami mendapat maklumat uslub imtihannya sama seperti imtihan awal dan thani, namun yang kami tempuhi pagi tadi amat berbeza. Setelah menghantar kertas jawapan, di mulut dan hati saya hanya tinggal tawakal. Sama seperti 2paper yang telah saya jawab tempoh hari. Maka setelah kamu berusaha, maka bertawakkallah. Sesungguhnya Allah amat menyukai orang2 yang bertawakkal pada-Nya.

Ya Allah...hidup saya umpama layang2. Terbang tinggi namun terbatas. Tatkala tali yang membelenggunya putus, maka layang2 itu jatuh, menjunam dari gahnya sebentar tadi. Lantas saya cepat2 beristighfar, berharap Allah tidak mengizinkan saya terus hanyut dengan perasaan itu. Mengharapkan hidup saya menjadi lebih baik daripada layang2 tadi.

Benarlah kata ustaz2 saya semasa di maahad dahulu.

'Andai di sini (maahad) kamu sudah tidak mampu mendisiplinkan diri dengan Al-Quran dan beramal dengan ajarannya, jangan berharap kamu boleh menguasainya bila keluar (dari maahad) nanti.'

Hakikatnya, perasaan itulah yang sedang saya rasai saat ini. Jiwa yang kosong, hati yang berkarat, dan diri yang penuh dosa. Mungkin di atas faktor ini jugalah, saya merasa setiap perbuatan saya ada cacat celanya. Ada tidak kenanya dan sentiasa tidak sempurna. Melihatkan kekasih saya yang sering sakit, tidak sihat dan sebagainya, saya tahu saya telah berlaku tidak adil padanya.

Sudah lama saya tidak menghiraukan tahap kesihatannya. Adakalanya saya menjemputnya ke rumah saya, namun 'dia' seolah2 tidak sudi bertandang. Alangkah sakitnya saya bila 'dia' menolak saya...:( Namun saya tahu silapnya berpunca daripada saya juga. Di waktu senang, saya meninggalkannya, bila sakit baru saya terhegeh2. Kekasih mana yang suka diperlakukan sebegitu??

Allah itu Maha Adil. Maka saya akur dengan balasan yang sedang saya lalui lantaran pernah meninggalkannya (Al-Quran). Justeru Dia tidak akan membebani hamba-Nya dengan sesuatu yang tidak sanggup dipikul hamba tersebut.

Semoga Allah tidak mengizinkan saya untuk terus hanyut dan leka.....kerana seorang mu'min tidak akan jatuh ke satu lubang yang sama 2 kali! Thabbitna Ya Allah....