Thursday, April 25, 2013

:: 19 Jam ::


Okey, semalam dah dapat madah apa yang perlu diajar untuk semester depan. Tahniah dan takziah untuk diri sendiri.

Waktu ustaz penyelia jadual nak bahagikan madah kepada pensyarah2, awal2 dia dah siap tulis saya kena ajar madah apa. Sorof, Nahu! Ya ampun pak...aku nggak bisa ngajarin madah itu. Aku kan bukan takhasusnya adab....nak menangis rasa masa tu jugak. Ustaz yang pernah ajar madah tu bantai gelak ramai2 bila tengok reaksi saya bila dapat tahu. Base nguhlaaa....

Akhirnya saya dengan muka seposen minta ustaz penyelia tukar balik madah tu. Saya tak mampu nak ajar nahu sorof. Madah Sejarah Islam yang saya ngajar semester lepas pun saya minta tukar. Sungguh saya rasa ia di luar kemampuan saya. Tidak mampu memberikan yang terbaik untuk muka2 dahagakan ilmu tu.

Nasib baik perkara madah2 nie boleh bawa runding. Tasammuh memang didahulukan. Bila saya terangkan alasan2 saya, dia menyuruh saya memilih sendiri madah apa yang mampu saya ajar. Ustaz kata disebabkan kita tak cukup pensyarah, jadi purata jam yang perlu diajar jadi banyak dari sebelum nie. Setiap pensyarah perlu mencukupkan 18-20 jam madah seminggu untuk diajar semester depan. Mak aiiihhh...nasib baik saya dah pegang tasmie sebanyak 10 jam. Jadi madah2 lain taklah banyak sangat macam pensyarah2 yang tak pegang tasmie quran. Alhamdulillah...sekali lagi sijil 30 menyelamatkan saya.*walaupun saya sering mengabaikannya. Allah...*

Pusing punya pusing, akhirnya saya pilih yang tengah2. 19 jam seminggu. Sebenarnya saya hanya nak 18 jam, tapi kesian pada kawan2 yang telah memberi kelonggaran pada saya dan bersabar dengan saya yang banyak karenah nie. Takpelah, semoga Allah membalasnya dengan balasan yang lebih baik. Madah yang perlu diajar untuk semester depan ialah bahasa arab 2 ( insya', mutolaah, muhadasah) untuk sem 1 dan sem 3, hadith sem 3, quran (tasmie) sem 5 diploma dan sem 5 persijilan. Allahul musta3an....

Dalam banyak2 madah, madah bahasa arab 2 yang paling saya takut. Mana taknya, sebelum nie belum pernah lagi saya mengajar madah2 tu. Tambah lagi dia combine insya' mutolaah dan muhadasah dalam tu. Pandai2 lah ustazah tentukan kaedah dan pembahagian madah tersebut. Kata ustaz si penyelia. Hadoii. Pening. Banyak yang kena setudy. Apatahlagi saya mungkin berhadapan dengan bakal pelajar yang tidak pernah belajar bahasa arab langsung sebelum nie. Rasa terbeban. Tapi semoga Allah menunjukkan jalan untuk mendidik mereka nanti.

Hadith pun sama. Saya tidak pernah belajar kitab mastika hadith. Entah apa yang ada dalam tu pun saya tak tahu. Kena cari tok guru seorang untuk mengajar saya. Belajar atas belajar nie. Habislah kalau pelajar2 tanya, jangan saya bagi ilmu sesat sudah...Nauzubillah.

Hakikat seorang pendidik. Ilmunya perlu lebih tinggi dari pelajarnya. Di samping perlu menyediakan hati yang ikhlas, semangat dan kesabaran juga penting. Tapi ilmu yang saya ada....cukupkah? Gementar. Ya secara jujur saya sangat takut menempuh hari esok dan akan datang. Entah bagaimana fiil perangai pelajar2 baru akan datang dan bagaimana saya menanganinya, Dia sahaja yang boleh meluaskan dan menyempitkan jalan. Semoga Allah jauhkan saya dari perkara2 yang tidak mampu saya tanggung. Amiin...

Monday, April 15, 2013

:: Ke Mana Jalan Ini Membawaku ::


Indah sungguh rencana Tuhan. Tatkala gusar hidup menyapa, hikmahnya tersingkap menyentuh jiwa.

Hidup kita penuh teka-teki. Tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku selepas ini, esok dan akan datang. Tapi kita semua pasti, setiap yang berlaku pasti aturan yang terbaik dari Illahi.

Saya tidak tahu alam kerjaya menjanjikan stress yang bukan sedikit. Sebelum ini saya sudah dapat mengagak apa yang bakal saya lalui di alam kerjaya, tapi adakalanya perkara yang berlaku benar2 di luar jangkaan. Malah kadang2 saya merasa ianya di luar kemampuan saya. Tapi setiap kali ia terjadi, pasti saya teringat akan firman Allah :

لا يكلف الله نفسا الا وسعها

Benarlah, Dia tidak akan membebani seseorang hamba itu melainkan dengan kesanggupannya.

Saya tidak sedar bila sebenarnya saya stress. Tapi saya tahu gejala2 yang saya alami sekarang adalah salah satu dari gejala stress. Puas memikirkan cara untuk bertenang. Kembali dalam halaqah sakinah, tapi sakinah itu terlalu mahal sehingga saya tidak mampu untuk membelinya.

Jujurnya saya ingin keluar dari keadaan ini. Ingin kembali ke zaman belajar. Zaman menuntut ilmu, ada teman2 yang sudi memandu arah. Stress seorang pelajar, tidak sama dengan stressnya seorang pengajar. Agaknya saya tidak ada sifat pengajar itu. Mungkin saya kena cari kerja lain. Kerja yang lebih sesuai dengan kemampuan yang saya ada. Tapi kerja apa? Buntu lagi. Stress pula untuk kali yang ke berapa. Allah....

Kena sambung belajar kot. Tapi dalam kondisi keluarga saya sekarang, saya tidak dapat menemui jalan terbaik. Jauh di sudut hati sangat teringin untuk menyambung pelajaran. Tapi dari sumber mana pula saya ingin mendapatkan wang biaya pengajian? Stress lagi. Allah....

Terlalu banyak kekurangan yang saya rasa sekarang. Ingin menyambung kontrak, teruskan bekerja di sini, ianya memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Betul, gajinya mungkin agak lumayan. Memadai untuk hidup, tetapi saya kurang pasti jika ianya menjadi ukuran utama saya dalam kerjaya. Malah, saya tidak tahu ke mana jalan ini akan membawa saya. Apa guna harta dan gaji yang tinggi jika hati tidak gembira?

Pentingnya mencari bahagia diri sendiri. Pergi ke selatan, balik ke timur, pusing ke barat, terus ke utara, kita tidak akan pernah terlepas dari pandangan Allah. Di mana sahaja, Dia juga tempat kita kembali. Mencari sesuatu yang hilang dalam diri, tetap memandang langit. Pada-Nya tempat berserah. Allah...

Ok, let's smile. It's sunshine. Ops...actually dah 'sundrop' pun. Hari dah senja. Bawak2lah bertaubat. Jangan tunggu umur dah senja baru kenal tikar sejadah.

Thursday, February 7, 2013

...........


Ibarat diari. Sentiasa dibelek. Halaman yang telah siap diisi ditinggalkan. Menjadi kenangan, sesekali dibaca kembali buat pedoman masa hadapan. Suka dan duka, segalanya tercatit kemas pada setiap helaian. Inilah kehidupan.

Agaknya jika dihitung usia hari ini, sudah berapa buah diari yang penuh tercatit. Helaiannya sentiasa bertambah. Pahala dan dosa. Amal dan alpa. Suka dan duka. Pahit dan manis. Entah di pihak mana ia memberat. Jika ditanya pada hati, sudah tentu jawapannya pada pahala, pada amalan sehari2. Namun hakikat yang tercatat bukan pada jawabnya hati. Tetapi pada teguhnya iman, pada kuatnya pautan hubungan dengan Khaliq.

Dunia ini fana. Tiada yang kekal. Setinggi mana pangkat dunia, tidak akan menjamin tingginya pangkat akhirat. Usah bangga menongkat bumi, jika buku amalan diberi kepada tangan kiri. Jangan ego memijak si fakir, jika mizan amal tidak ampuh melawan dosa melangit.

Introspeksi diri. Semoga Allah mengampunkan segala dosa yang telah lalu dan akan datang.

....عفا الله عما سلف....

Tuesday, December 18, 2012

:: Hujan Lagi ::

Musim hujan. Tidak terkira titisan hujan yang turun membasahi bumi. Alhamdulillah....

Pagi tadi ditugaskan bagi tazkirah mewakili pensyarah2 dalam perhimpunan pagi. Berdebarnya memang susah nak kata. Tapi 3ala kulli hal, alhamdulillah selesai dengan baik. All thanks to Allah and my housemate k.Day. Dia yang bersungguh2 memberi semangat dan menadah telinga mendengar luahan debaran saya. Entah2 dah berkarat telinganya mendengar rungutan kosong dan tidak berisi daripada saya. Sorry ya sis! Nak buat macamana, housemate yang lain seorang dah ke Mesir, seorang lagi honeymoon, terpaksalah you seorang yang mendengarnya. =P

Akhirnya dah habis pun tugas tazkirah pagi untuk tahun nie. Alhamdulillah 3x....Harapnya tahun depan tak sempat dah bagi tazkirah. Haha...apa punya ustazah lah kan. Nak suruh bagi tazkirah je pun, bukan suruh mati berjihad halau musuh masuk negara. Penakutnya tak habis2 lagi. Terfikir juga bila agaknya perasaan gemuruh nie nak hilang. Harapnya janganlah sampai ke tua masih takut nak bercakap depan orang.

Bila tengok rintik2 hujan di luar kelas tadi, tiba2 teringat lagu nie. Lepas tu mulalah teringat2 ke wajah mak, ayah, adik2....


Mujurlah Allah mentakdirkan saya bekerja di Kemaman sahaja. Tidaklah jauh sangat dengan rumah kalau nak dibandingkan sampai ke luar negeri Terengganu. Paling kurang, setiap hujung minggu boleh balik menjenguk muka kecuali bila ada hal2 atau program2 tertentu yang menyebabkan saya tidak dapat balik pada hujung minggu. Tapi setakat nie, penglibatannya belum terlalu mendesak.

Kadang2 kasihan juga pada pelajar2 nie. Mereka masih perlukan tunjuk ajar yang banyak untuk menjayakan sesuatu program. Agaknya mereka tidak pernah berdikari untuk menjalankan sesuatu aktiviti. Semuanya bergantung kepada pengurusan dan pentadbiran sekolah. Ah, masuk bab nie malas saya nak ulas. Sudahnya nanti semua terbongkar.

Okey, selamat berhujanlah diriku di sini dan buat adik2 Jordan, all the best 4 ur exams. Bittaufeq wannajah!!! Rindunya lah kat korang2 semua :D

Monday, December 17, 2012

:: SMS ::


Ayah masih sama. Keadaannya tidak banyak berubah. Cuma 2 hari lalu, dia nampaknya sudah boleh bergerak lebih banyak dari biasa. Syukur alhamdulillah. Hari demi hari, kami sekeluarga masih mendoakan kesembuhan yang lebih baik buat ayah.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tidak ramai orang yang benar2 boleh menghayati apa yang orang lain rasa. Saya tidak menujukan kepada siapa2, contoh yang paling dekat adalah diri saya sendiri. Sejauhmana saya boleh merasai keperitan dan kesusahan orang di sekeliling saya. Saya akui, adakalanya diri sendiri sukar untuk meletakkan rasa yang serupa di dalam kasut orang yang melaluinya.

Bila ayah diserang sakit, saya mula merasainya. Dengan hanya sepotong sms 'macamana ayah?' sudah cukup membuatkan saya merasa senang. Rasa sedih terubat apabila ada yang bertanyakan keadaan ayah walaupun orangnya tidak berada di depan mata. Saat ini memang terasa indahnya bersahabat. Mungkin dia sukar untuk berziarah lantaran kerja dan kekangan waktu. Ia langsung tidak menjadi masalah.

Kadang2 saya sendiri hairan, macamana dengan pertanyaan khabar dari seseorang membuatkan kita rasa gembira. Membuatkan kita merasa dihargai dan diingati. Hanya dengan sepotong sms. Yang ditanya pun bukanlah khabar keadaan kita, tetapi khabar ayah. Tidak perlu berada di depan mata berziarah. Juga tidak perlu menelefon bercakap berjam2. Cukup sekadar itu.

Ada ketikanya saya menangis apabila menerima sms begitu. Hati yang sedang sarat dengan rasa sedih kerana ayah yang terlantar, terubat dengan sms ingatan dari sahabat. Saya mulai mengerti, betapa ingatan dan doa seorang sahabat amat bermakna jika kita di dalam kesedihan dan kesunyian. Betapa Allah...menghadirkan rasa nikmat ukhwah dalam cara yang berbeza. Di dalam pelbagai bentuk yang tidak terduga.

Allah...terima kasih. Engkau menghadirkan sahabat yang ikhlas bersamaku. Walau apapun kekurangan yang kekhilafan yang aku perlihatkan kepada mereka, mereka masih setia bersamaku. Jasad mereka mungkin jauh, tetapi mereka masih berada di bumi yang sama denganku.

Ya Allah...peliharalah kami, kumpulkanlah kami di dalam halaqah rahmat-Mu yang Pengasih. 

Sahabat....terima kasih atas keprihatinanmu. Uhibbukunna fillah.