Sunday, January 9, 2011

:: Kekasihku ::

Assalamualaikum....

Sengaja mencuri sedikit masa. Musim2 imtihan nie, tak banyak kerja boleh dilunaskan mengikut 'due date'nya.

Masih lagi di dalam mode imtihan. Jadual imtihan yang berjarak di antara satu madah dengan madah yang lain mampu membuatkan saya menarik nafas lega. Tidak seperti kebanyakan sahabat2 saya yang terpaksa menempuh nihaienya dengan 1paper setiap hari berderet2 ataupun sehari 2 paper. Alhamdulillah 3ala kulli hal....

Tadi, imtihan Sirah Nabawiyah baru sahaja melabuhkan tirai. Entah apa yang saya rasai sekarang. Asalnya kami mendapat maklumat uslub imtihannya sama seperti imtihan awal dan thani, namun yang kami tempuhi pagi tadi amat berbeza. Setelah menghantar kertas jawapan, di mulut dan hati saya hanya tinggal tawakal. Sama seperti 2paper yang telah saya jawab tempoh hari. Maka setelah kamu berusaha, maka bertawakkallah. Sesungguhnya Allah amat menyukai orang2 yang bertawakkal pada-Nya.

Ya Allah...hidup saya umpama layang2. Terbang tinggi namun terbatas. Tatkala tali yang membelenggunya putus, maka layang2 itu jatuh, menjunam dari gahnya sebentar tadi. Lantas saya cepat2 beristighfar, berharap Allah tidak mengizinkan saya terus hanyut dengan perasaan itu. Mengharapkan hidup saya menjadi lebih baik daripada layang2 tadi.

Benarlah kata ustaz2 saya semasa di maahad dahulu.

'Andai di sini (maahad) kamu sudah tidak mampu mendisiplinkan diri dengan Al-Quran dan beramal dengan ajarannya, jangan berharap kamu boleh menguasainya bila keluar (dari maahad) nanti.'

Hakikatnya, perasaan itulah yang sedang saya rasai saat ini. Jiwa yang kosong, hati yang berkarat, dan diri yang penuh dosa. Mungkin di atas faktor ini jugalah, saya merasa setiap perbuatan saya ada cacat celanya. Ada tidak kenanya dan sentiasa tidak sempurna. Melihatkan kekasih saya yang sering sakit, tidak sihat dan sebagainya, saya tahu saya telah berlaku tidak adil padanya.

Sudah lama saya tidak menghiraukan tahap kesihatannya. Adakalanya saya menjemputnya ke rumah saya, namun 'dia' seolah2 tidak sudi bertandang. Alangkah sakitnya saya bila 'dia' menolak saya...:( Namun saya tahu silapnya berpunca daripada saya juga. Di waktu senang, saya meninggalkannya, bila sakit baru saya terhegeh2. Kekasih mana yang suka diperlakukan sebegitu??

Allah itu Maha Adil. Maka saya akur dengan balasan yang sedang saya lalui lantaran pernah meninggalkannya (Al-Quran). Justeru Dia tidak akan membebani hamba-Nya dengan sesuatu yang tidak sanggup dipikul hamba tersebut.

Semoga Allah tidak mengizinkan saya untuk terus hanyut dan leka.....kerana seorang mu'min tidak akan jatuh ke satu lubang yang sama 2 kali! Thabbitna Ya Allah....

Friday, December 24, 2010

:: No TitLe ::

Banyak betul perkara yang terjadi semenjak dua menjak nie sehinggakan saya sendiri buntu memikirkan hikmah di sebaliknya. Mengerti hikmahnya ada, namun tidak mengerti apakah ia.

Imtihan awal, thani & nihaie....
semuanya menuntut pengorbanan dan semangat juang yang bukan sedikit!
Itu baru imtihan dunia, belum lagi imtihan akhirat. Entah macamanalah persiapan ke sana. Gerun pula memikirkannya.

Dalam banyak2 madah yang saya ambil pada semester nie, yang paling saya takuti adalah madah Fiqh maliah I. Ouh kenapalah otak saya sangat sukar menghadam setiap bait2 fakta yang tercatat dalam kitab tu? Berbanding dengan madah2 lain, saya rasa lebih rela mengambil sepuluh madah lain daripada satu madah maliah. Sangat susah!! Kata kakak2 senior, madah nie madah skor. Tapi yang saya dapat hanya 'ngango'!! sadis betul!

Allah masih lagi menyembunyikan kefahaman itu daripada saya. Untuk memahami satu mukasurat Maliah sahaja, saya perlu menghabiskan hampir setengah jam masa saya. Bayangkanlah pula jika silibus yang perlu saya habiskan mengandungi beratus2 mukasurat! Sedihnya hanya Dia yang tahu. Hanya pada-Nya tempat saya mengadu segala rasa. Apatahlagi apabila mendapat kertas jawapan peperiksaan, markah saya hanya cukup2 makan. Bimbang pula apa nak jadi dengan pointer saya yang sememangnya tidak baik sedari awal.

Takut pointer menurun di ambang khirij, takut lagi bila memikirkan ilmu yang tidak cukup di dalam diri untuk terjun di dalam lapangan masyarakat.

Ada masanya saya membelek kembali ke dalam diri, mencari erti sebenar kehidupan yang sedang saya lalui. Apa sebenarnya yang saya mahu dalam hidup ini? Apakah cukup dengan hanya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah, seterusnya master dan mendaki tangga PHD lalu terhenti setakat itu? Menaiki tingkat demi tingkat dalam hidup, bergelar pelajar, menyempurnakan tingkat paling atas seorang pelajar, seterusnya mendapat kerja yang baik dan akhirnya mati. Nauzubillah...setakat itu sahajakah kehidupan saya terhenti??

Bila menjejak realiti, saya tahu hidup saya tidak wajar berlalu begitu sahaja. Tanpa sebarang sumbangan kepada orang lain, lalu apakah yang saya bawa menjadi bekal ke sana? Setelah berjanji dengan-Nya untuk menjadi hamba di alam lalu, wajarkah saya menjadi munafiq, berpaling daripada-Nya seterusnya melabelkan diri sebagai raja di alam fana ini? Oh tidak! Yang paling menggerunkan bukanlah dugaan atau ujian di dunia, tetapi natijah kita di sana.

Saya pasti, doa saya dan doa kalian pasti sama.

Semoga Allah menyelamatkan kita dari segala bala, bencana dan kemurkaan-Nya.

Semoga Dia mencantumkan segala perca2 hati kita agar selalu tertaut di jalan-Nya.

Semoga hidup kita di dunia tidak sia2, sepertimana Dia yang telah menjadikan kita bukan sia2.

Semoga Dia menthabatkan kita di jalan-Nya, berpegang teguh dengan kitab-Nya dan sunnah
kekasih-Nya.

Semoga mati kita di dalam husnul khatimah, wa su'ul khatimah nauzubillah ya Rabb.

p/s : Selamat menempuh imtihan kafaah markaz lughah buat semua adik2 tahun 1...juga tidak lupa kepada semua senior2 buat yang terbaik untuk nihaie. Bittawfeq wannajah!!
PUT YOUR TRUST IN ALLAH...walau apapun keputusannya.

Wednesday, November 17, 2010

:: Muhasabahku ::

Salam 10 Zulhijjah

Salam Eid Adha

Menyembelih nafsu dunia, bukan hanya sembelih haiwan semata.

Melapah ego dan tinggi diri, lemak hidup yang sentiasa dilimpahi nikmat dunia.

Bersama sepinggan nasi sabar, semoga hari ini menjadi saksi kesabaran hatiku mendidik nafsu yang tak pernah kenyang. Ku hidangkan sate cinta dan semangkuk kuah kacang taqwa agar ia kan menjadi pendinding buat diri yang sering alpa. Kerana ku mengerti duhai Sang Kekasih, tanpa kek kasih sayang-Mu mana mungkin dapatku gapai sepiring puding ehsan. Ku redha, bersama rendang tawakkal pada-Mu, hanya Engkau yang berhak menentukan hala tujuku....

Pada-Mu ku berserah....

Selamat menyambut Hari Raya Korban

Saturday, November 6, 2010

:: Thank You Allah ::

Alhamdulillah...imtihan awal mula melabuhkan tirai. Imtihan thani pula dalam proses menampakkan diri.

Pejam celik pejam celik, tak lama lagi kita akan menyambut Eid Adha. Pantasnya masa berlalu, usia pun sudah hampir ke penghujung. Memikirkan usia yang makin pendek, hati berdebar. Alangkah indah jika penghujung usia juga seperti kain putih. Suci tanpa noda. Bersih tanpa dosa. Namun itu hanya angan2. Mana mungkin seorang manusia biasa akan pulang seperti dia datang tatkala tanpa segan silu terang-terangan memungkiri-Nya. Dan kerana Allah itu Maha Penyayang, maka kita diberi pilihan samada jalan syurga atau neraka yang binasa.

اللهم اخثم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوء الخاتمة
'Ya Allah, matikanlah kami dengan pengakhiran yang baik dan janganlah Engkau matikan kami dengan pengakhiran yang buruk' Nauzubillah...

Semalam, jaulah kami mengambil tempat di Jerash dan Laut Mati. Memikirkan cuti semester yang akan datang mungkin sukar untuk berjaulah ke sana ke mari, maka Unit Perhubungan PRISMA mengambil inisiatif untuk melaksanakannya di tengah2 ribut semester pengajian. Dalam masa yang singkat, jaulah selama sehari itu tetap berjaya dilaksanakan setelah melalui pelbagai rintangan. Syabas kepada semua peserta dan AJK! Proud of you!:)

Benarlah di sebalik tiap kejadian, ada hikmah yang tersembunyi. Semua maklum dan faham, bahawa Laut Mati adalah bandar kaum Sadoum yang telah dilaknat oleh Allah. Nabi Muhammad s.a.w berpaling bila melaluinya dan para ulama' juga tidak menggalakkan kita ke sana melainkan untuk mengambil ibrah. Namun sejauhmana manusia ke sana untuk mengambil ibrah? Sepanjang pengamatian selama 4 tahun di bumi barakah ini, tiada yang ke sana semata2 untuk mengambil pengajaran. Kebanyakan yang pergi ke sana hanya untuk mengambil 'berkat' garam, bukan ibrah atau pengajaran!

Alangkah ruginya.

Saya bersyukur kerana diselamatkan pada rehlah kali ini. Entah mengapa hati saya tidak terlalu riang ke Laut Mati tempoh hari. Mungkin kerana sebelum kami bertolak ke sana, kami hampir juga melakukan perkara yang sama dengan orang2 yang jahil. Berbabeque dan bersuka ria! Tidak dapat saya bayangkan jika kami meneruskan perancangan awal kami dan sepanjang itu kami berada di bawah murka-Nya! Nauzubillah min zaalik!

Alhamdulillah, kami diselamatkan oleh Allah dengan wasilah salah seorang adik junior. Dia yang pada mulanya meminta izin daripada ayahnya untuk menyertai rehlah ini, jawapan ayahnya ringkas. Jangan pergi kalau buat berbeku di Laut Mati. Alasannya cuma satu, kerana di dalam tentatif kami, ada perancangan untuk berbabeque di Laut Mati. Terpana juga saya ketika itu. Malu pula rasanya, bila orang yang belajar agama dan mendalami ilmu syariat-Nya, melakukan perkara yang bertentangan pula dengan apa yang dipelajari. Selama ini bukan tidak tahu, tetapi buat2 tidak tahu. Pelbagai alasan dicipta untuk mengelakkan rasa berdosa. Alangkah ceteknya iman. Mengikut petunjuk syaitan. Tanpa menyedari ada Dia yang berkuasa memberi hukuman.

Apalah ertinya mencipta kemanisan di atas tingkat dosa? Gerun memikirkan bala yang akan menimpa jika benar kami memungkiri perintah-Nya.


Segalanya Dia


Hikmahnya Allah bila Dia menegur dengan pelbagai cara. Ada hamba-Nya yang ditegur dengan cara mendatangkan musibah. Ada juga dengan wasilah manusia. Tidak kurang kehilangan orang tersayang atau ditimpa penyakit. Andai dengan melaluinya hubungan dengan-Nya bertambah dekat, apalah sangat dengan ujian yang sedikit ini? Maka beruntunglah mereka yang masih ditegur Allah.

Ada manusia yang lalai, lupa dan jauh dari rahmatnya. Ada yang gundah gelana meskipun telah memiliki segala harta dunia. Ada yang berpangkat tapi bahagia sentiasa sepi daripadanya.

Indahnya hidup bila merasa diri bertuhan. Merasa diri adalah hamba. Tanpa melupakan Dia, meneruskan hidup dengan manusia di sekeliling sebagai cermin. Bila ditegur, terima dengan redha. Uslub bukan soalnya. Yang penting ego diletak tepi, terima atas dasar sesama manusia, sesama hamba. Kerana tiada istilah BENAR atau SALAH, yang ada hanya UKHWAH!

وتعاونوا على البر والتقوى ولا تعاونوا على الاثم والعدوان

Sunday, October 3, 2010

:: Corat-coret Awal Fasal ::

Salam ukhuwah dan salam mahabbah...

Suasana sakan masih lagi berdebu. Pening-pening awal fasal ada lagi. Buku kuliah pun masih lagi tak tersentuh. Quran pun banyak lagi tak habis ulang. Sakan belum teratur. Bilik dan barang2 masih bersepah! Aduh...otak saya needs rest.

Semalam 23 Syawal, kami HELWISMA :D (olok2 je) kami akhawat PRISMA beraya. Buat pertama kali dalam sejarah saya berada di sini, kami meraikan syawal dalam dewan, akhawat sahaja!! Gembira dan teruja. Bila diberi peluang yang jarang2 dapat, mengawal keseluruhan dewan by ourselves, tanpa kehadiran lain jenis, perasaan saya sukar diterjemah. Tiba2 merasa sangat beruntung.

Bila berada di atas pentas, baru saya menyedari akan ramainya pelajar2 melayu yang sedang menuntut ilmu di sini. Bayangkan tanpa kehadiran siswa, bilangan kami sudah mencecah 1/3 dewan. Itu belum termasuk sahabat2 lain yang masih bercuti di Malaysia. Agaknya semalam kalau semua ahli siswi berada di dalam dewan tersebut, keadaan saya bukan lagi di Jordan, tetapi di Malaysia. Di mana2 pasti terserempak dengan budak melayu. Namun saya harap janganlah sampai saling tidak mengenali. Sekurang2nya pertambahan ini biarlah memberi impak positif. Bukan semakin ramai semakin renggang.

Semalam, setiap batch dikehendaki membuat satu persembahan. Temanya bebas, suka hatilah nak buat persembahan apa2 pun. Yang sedihnya, kami batch tahun akhir langsung tiada persediaan. Bayangkanlah, kami hanya berlima! Masa tu baru terasa betapa sedikitnya bilangan kami, senior di tahun akhir. Sebenarnya batch kami bukan hanya lima orang, tetapi selebihnya masih berada di Malaysia, ada yang kurang sihat dan sebagainya. Huhu...sadis pulak bila difikirkan balik....:(

Baru2 nie kami ke pameran buku seJordan. Hajatnya nak juga beli buku2 yang payah nak dapat kat kedai buku yang biasa kami pergi tapi hampa. Hajat saya tak kesampaian. Buku2 di situ agak mahal. Mungkin kerana harga tapak yang disewa, menyebabkan harganya pun turut melambung. Berlainan dengan pameran buku di Malaysia, pasti harga buku yang dijual jauh berbeza murahnya daripada kedai2 biasa. 3ala kulli hal, sekurang2nya merasa juga saya mengikuti pameran buku di Jordan selain pameran buku Mesir dua tahun lalu.

Tengahari tadi di dalam kelas Fiqh Aiman, saya tertarik dengan ungkapan yang terlahir daripada mulut sang murabbi Doctor Anas. Beliau mengulang ungkapan ulama' yang ditujukan kepada alQurra' iaitu para ulama' yang banyak membaca. Mafhum ungkapannya lebih kurang begini,

'Wahai alQurra', kamu ini ibarat garam. Jika kamu baik, maka baiklah orang di sekeliling kamu. Tetapi jika kamu rosak, maka rosaklah orang di sekeliling kamu.'

Hal tafhamuuna maaza aqul?~ciplak ayat doctor, hehe~

Mengapa alQurra' dikaitkan dengan garam? Kerana garam adalah sesuatu yang tidak akan rosak, melainkan jika ada sesuatu yang datang lalu merosakkannya. Dan ibarah ini saya tujukan balik buat diri sendiri dan sahabat2.

Di dalam dunia ini, kita adalah garam. Kuasa memilih di genggaman kita, bukan orang lain. Jika kita memilih untuk tidak mendekati perkara2 yang boleh merosakkan kita, maka kita tidak akan rosak dan merosakkan. Tetapi jika kita memilih sebaliknya, maka kita akan menjadi rosak dan merosakkan. Maka pilihlah yang terbaik dari kalangan yang terbaik. Bukan pilihan sebaliknya yang melalaikan kita dan orang lain.

Be the best among the best!
Wallahu a3lam.

p/s: Tahniah buat seluruh AJK pelaksana Majlis Hari Raya PRISMA!! Baarakallahu fikunna