Sunday, May 29, 2011

:: One Day To Go ::


Blog nie dah jadi macam rumah kedua. Erk...betul ke statement nie? Huhu...

Esok Annual Grand Meeting (AGM) PRISMA sesi 2010/2011 bakal bersidang. Bersaksikan lebih 200 orang ahli yang sama2 akan turun bermuhasabah sesi pimpinan tahun ini. Tak tahu nak describe macamana perasaan sekarang nie. Takut, berdebar, gembira semua ada. Hai susahnya bila ada banyak2 perasaan nie...:D

Kesian pulak bila tengok adik2 AJK AGM buat kerja. Terkejar2 dari sakan-luar-muslim. Semata2 nak uruskan dewan dan semua perkara2 lain yang berkaitan. Apatahlagi ada dua majlis dalam satu masa. Selepas selesai kami bersidang, ada satu pasangan dari kalangan ahli PRISMA sendiri akan diijabkabulkan. Doa saya semoga niat dan ikatan yang suci itu akan dirahmati dan diberkahi sepanjang hidup. Kerja jodoh, ajal dan maut semuanya di tangan Tuhan. Pasti mereka sendiri tidak pernah terfikir untuk menamatkan zaman bujang di tengah pengajian. Tapi rencana Dia siapa berhak menghalang?

Alhamdulillah dalam kekalutan adik2 AJK berulang-alik, mereka masih sempat tersenyum. Lega melihat senyuman mereka. Senyuman ikhlas, biarpun dalam sakit hati berurusan dengan pak2 arab yang sangat demand dan banyak songeh. Semoga usaha, penat lelah kalian dibalasi dengan sebaik2 ganjaran. Ameen.

About one day to go! Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Allahummaftah alaina futuhal arifin ya Rabb...selamat bersidang sahabat2!


Thursday, May 26, 2011

:: Di Sini Akhirnya ::


Kuat azam tak bermakna kuatnya usaha. Mungkin itulah kata2 yg tepat boleh ditujukan kepada saya.

Alhamdulillah, empat tahun di bumi Syam. Dua hari lepas, semua markah untuk imtihan nihaie dah turun. Walaupun pointer keseluruhan belum keluar, tapi saya sudah boleh menarik nafas lega. Najih. Hampir saja air mata mengalir masa tengok markah (walaupun taklah best mana). Akhirnya saya dah bergelar khirijah.

Terus terang semester kali nie sangat mencabar. Banyak perkara yang tidak saya jangka berlaku dalam hidup saya. Ala kulli hal, hidup nie kan banyak cabaran. Terkadang setiap hari bukanlah perkara yang kita dah jangka akan mengiringi hari kita. Terpulang kepada bagaimana kita mengharungi dan mendepaninya.

Sebenarnya target saya semester nie paling kurang mumtaz @ imtiyaz. Namun sayangnya tak dapat. Huhu...itulah yang saya kata, tak bermakna tekad saya untuk dapat imtiyaz tu mendorong ke arah kuatnya usaha saya. Usaha saya memang sangat sikit jika dibandingkan dengan orang2 yang memang serius untuk mendapatkan pangkat imtiyaz. Tapi tak apalah, apa yang saya usaha, itulah yang saya dapat. Yang penting, redha dan syukur=)

Sudah bergelar khirrijah, tapi saya takut untuk memegang gelaran itu. Banyak impian tak terlaksana sebagai seorang pelajar. Banyak yang saya lepaskan dengan 'sengaja'. Seringkali terlena dengan masa yang kononnya banyak. Ya Tuhan, macamana saya ingin menebusnya semula???

Banyak sangat kerja menanti. Schedule saya sangat ketat sehingga awal bulan Jun nanti. Allahumma yassir umurana...

27 Mei - Family Day Prisma n Haflah Zawaj Ain&Raihan
30 Mei - AGM n Haflah Zawaj Hanie&Mel
--yang lain2 kne rahsiakan utk kebaikan bersama,huhu--

p/s : Adik2 nie semua dah langkah bendul. Ramai sangat yang nak kahwin. Memang musimnya atau umur yang dah meningkat, menyebabkan ramai kawan2 sebaya yang dah sampai jodoh? Hehehe...anyways, barakallahu lakuma baraka 3alaikuma fil kheir...ameen=)

Sunday, May 22, 2011

:: Untukmu Permataku ::

Bermula langkah pertama,
Ku bertatih mengenal erti hidup,
Seribu halangan dan dugaan menghalang,
Ku kuatkan hati dan diri,
Agar langkah ini seiring denyut nadi,
Kerana aku rindu,
Rindu melihat senyumanmu,
Yang seringkali tidak pernah mati

Tatkala kaki tertusuk duri,
Langkah tersadung,
Mengundang sakit tidak terperi,
Dikau masih di sisi,
Kekal menyiram nasihat tidak henti,
Katamu usah dihirau sakit yang fana,
Kerana di hujungnya masih ada sinar.

Duhai permataku,
Tekadku masih tergenggam kemas,
Tatkala bayang wajahmu menyapa,
Hatiku tak pernah hampa,
Kerana di sebalik keresahan dek culasku,
Tenangmu masih teguh terhampar,
Masih bangga mengatakan aku anakmu,
Menyemarakkan kasihku padamu.

Ibu yang bertarung nyawa melahirkanku,
Jua ayah yang tidak jemu membanting keringatmu,
Terima kasih di atas segala kasih sayangmu,
Bermula merah tubuhku melihat dunia,
Sehingga hari ini kelahiranku,
Daku kan sentiasa memerlukanmu
Takkan ku tega meniti hidup tanpamu.

Ya Allah,
Kedua insan ini amat ku sayangi,
Justeru itu ya Illahi,
Sayangilah mereka,
Rahmatilah mereka,
Kasihanilah mereka,
Setulus kasih mereka buatku,
Sedari kecil hingga akhirnya,
Ku harap kasih ini kan tetap bertaut,
Sehingga saatku bertemu dengan dengan-Mu,
Ya Rahman Ya Rahim....

:: Buenos Compleanos ::

BUON COMPLEANNO 1


"Sanah helwah Che Mie...wish awal ikut waktu Malaysia:) "

Mesej pertama yang sampai ke handset saya. Termenung sebentar saya melihat ke skrin hendset. Sanah helwah? Oh patutlah. Hari lahir saya rupanya. Hehe...

Waktu itu saya bersama rakan sedang bermurajaah untuk final exam Fiqh Muqaran esok hari. Langsung saya tidak teringat akan hari lahir sendiri. Sehinggalah mesej daripada adik seusrah saya sampai ke skrin handset. Jazakillah Che Zue coz ingatkan birthday Che Mie:)

Malam itu, tepat jam 12:05 am (jam saya), tiba2...

'Happy Birthday To You...'

Aduh...rasa nak nangis bila dengar. Ahli bayt buat surprise. Dengan bersaondtrackkan lagu happy birthday nyanyian Upin&Ipin dan rakan2, dan pudding special:D


--Pudding special by Boom^_^--


"Kesian kak umie, xde kek. Esok saya buat kek ek...akak nak kek apa?" Lucu mendengar soalan dari Nadh. Boleh ke make request untuk birthday sendiri? huhu...

Apa-apapun, jazakunnalahu khairal jaza' kepada ahli bayt baru yang belum ada nama;),Husna dan adik2 Aisyah, Maryam dan Faezah. Juga tidak ketinggalan 'ahli bayt baru', dik Nadh:)


BUON COMPLEANNO 2


Sebelum makan malam, ahli bayt sibuk bertanyakan kek hari lahir. Ada ke patut diorang nakkan kek hari lahir yang saya buat sendiri? Ish, tak patut betullah budak nie, huhu...so bila saya cakap tak ada kek, 'ahli bayt baru' buat muka sedih. Konon sedih tak ada kek untuk birthday girl sebab dia dah janji nak buat kek. Sebenarnya dalam hati tak mengharap apa2 sebab memang tahu semua orang sibuk exam. Final exam. Dia sendiri pun ada dua paper lagi selepas itu dan dia pun teruskan makan malam dengan muka monyok (sedih sebab tak sempat buat kek katanya). Haisy budak nie! Sempat lagi nak berdrama air mata kat sini...^_^

Selesai makan, (actually saya belum habis makan). Tiba2 lagu 'sedih' (happy birthday) tu terdengar lagi. Tapi kali nie tak diiringi pudding, but cake! Okey, it's not cake, but cakes!! Sebab ada dua biji kek depan mata saya. Wow! Bulat mata saya tengok kek2 tu. Memang diorang nie ada bakat buat surprise la. Alfun mabruk lah buat korang! hehe. Memang langsung tak sangka, tapi dalam tak sangka tu...excited la jugak. Yelah, dapat surprise dua kali. Siapa tak gembira kan..kan...kan???:D


--‘Kek Kayu Manis’ buatan Nadh--


--sponsored by Ahli Bayt--


Muchas gracias!! Tesekkur Ederim!!

Terharu sangat2 di atas ingatan dan hadiah kalian. Dalam sibuk2 menghadapi final exam, masih nak buat surprise yang sangat best nie. Tak tahu nak balas macamana. Sebenarnya malam nie ahli bayt kami bertambah lagi. Jadi tujuh...terima kasih juga buat Qaiy yang setia dengan mini cameranya.


BUON COMPLEANNO 3


Nadh, molto grazie sudi buatkan 'kek kayu manis' tu (biskut mahal2 jadi kayu manis je, kesian pulak:p) tapi best sangat sampai menjilat jari.

Qaiy, terima kasih coz sudi jadi cameragirl kitorang malam tu sampaikan diri sendiri tak buat ucapan. Kena claim balik nie..huhu

Ahli Bayt tetap Husna, Aisyah, Maryam dan Faezah, thank's a lot for everything. Semoga Allah menautkan hati kita semua agar sentiasa thabat di jalan-Nya. Semoga bayt ini menjadi jannah kita di dunia dan berkekalan sehingga ke jannah abadi, insya-Allah.

Kullu kunna...jazakunnallahu khairal jaza'.

ما بنقص غلاكم لو بالعين ما شفناكم بكفي أن قلبي معاكم وبالوفاه دوم ذكراكم

'Tak akan berkurang kasih sayang kita walaupun mata tak dapat melihat kamu, cukuplah hatiku bersama kamu. Selamanya kamu di ingatan.'


p/s : Tak lupa kepada semua sahabat2 yang menghantar mesej melalui handset, facebook, e-mail, call dan lain2. Sayang kalian kerana Allah....

Saturday, March 19, 2011

:: Mencari Ibrah ::


'Zon Selesa' di Jordan sesekali terarah jua pada saya. Pada akal saya. Pada jiwa dan hati saya.

Dalam kesibukan Mesir menghentikan muzoharot rakyatnya, Libya dan Yaman turut terkena tempiasnya. Jordan, masih aman biarpun muzoharot itu tercetus juga di beberapa tempat. Alhamdulillah ia masih terkawal. Ia berlaku di Amman, sedikit di Aqabah dan sedikit di Irbid. Namun masih terasa selesanya di bumi sahra' Mafraq. Tidak sedikitpun rasa terganggu. Masih sempat bersenang-lenang mencari 'keperluan' diri.

Astaghfirullah....di mana perginya rasa satu ummah dan aqidah?

Atau sekurang-kurangnya pada harga sebuah kemanusiaan??

Tidak lama, Jepun pula mengerah iktibar. Tsunami melanda. Hampir musnah segala yang dibina. Hancur lumat hati rakyat jelata. Namun syukur Allah itu Maha Penyayang. Bencana disedari awal. Manusia terselamat kerana sayangnya Dia pada hamba.

Alhamdulillah.


ANTARA AKAL DAN IMAN


Setiap sesuatu pasti ada ibrah dan hikmahnya. Hanya manusia yang bertindak tanpa ingin mencarinya. Teringat saya pada kata-kata seorang murabbi, bezanya AKAL dan IMAN adalah pada susunan taarifnya.

AKAL : Bermula dari rasional, kemudian percaya akhirnya buat.

IMAN : Bermula dengan buat, kemudian percaya barulah mencari rasionalnya tindakan tersebut.

Bukankah begitu? Setiap kita yang bertindak atas nama 'kehendak', pasti akan menimbang dahulu baik dan buruknya tindakan tersebut. Namun sejauh mana tindakan di atas nama iman, mengimbangi baik dan buruk tindakan dan kelakuan kita? Contohnya ketika kita bersolat dan melakukan ibadah lain. Apakah kita melakukan kerana kita tahu hikmah dan rasionalnya ia??

Ada yang melihat bencana di negeri Matahari Terbit itu dengan mata akal. Tidak kurang yang melihatnya dengan mata iman. Justeru mereka yang melihat dengan mata akal tidak akan berhenti menyalahkan takdir dan tuhan atas segala bencana ini. Sekelip mata melupakan segala kurnia dan rahmat-Nya yang melimpah sebelum ini.

Mungkin mereka pernah bersyukur. Mungkin jua mereka pernah berterima kasih. Tapi sayangnya syukur itu hilang. Juga dengan sekelip mata. Membuktikan betapa syukur mereka tidak lain hanya di bibir.

Yang melihat dengan mata iman pula, tidak akan kering bibir mereka dengan istighfar. Setiap hari tidak mampu melelapkan mata dek kerana takutnya peringatan yang mungkin akan diturunkan buat kali kedua. Hati mereka bergetar. Gentar. Bukan kerana takut hilang dan sayangnya mereka kepada harta. Bukan jua pada nikmat anak dan isteri yang fana. Tetapi pada maha dahsyatnya bentuk ujian yang diturunkan-Nya.

Kerana itu, hamba yang bersyukur dengan sesungguh-sungguh syukur tidak akan mealpakan syukurnya saat ini. Tidak akan sesekali menggugurkan tahap hambanya ketika ini. Mereka tahu siapa Tuhan yang mereka sembah. Mengerti akan ibrah yang cuba disampaikan Tuhan mereka.



Tiada siapa yang lebih sabar melainkan Allah. Tatkala mereka berpaling dan tidak mendengar-Nya, Dia tetap setia memberikan kesihatan dan nikmat kepada mereka.


Berharap ibrah dan hikmah itu kan tersingkap. Allahumma ameeen..