Tuesday, September 6, 2011

:: Menanti Hari ::


Cepat betul masa berlalu. Pejam celik,pejam celik, kami bakal meninggalkan bumi Syam Urdun, tanah sahara Mafraq.

~Andai dapat ku undurkan putaran dunia...~~

Dah tak lama...

Tiba2 rasa seakan2 masa yang berbaki cemburu dengan keberadaan kami di Jordan. Banyak hasrat yang mustahil akan terlaksana.

Tadi dah pergi Amman, alhamdulillah tiket dah confirm. Tapi sebenarnya banyak lagi urusan tak settle. Urusan khirij belum siap sepenuhnya. Masih perlu berulang-alik ke jamiah. Kena pergi Amman lagi. Lagi amanah sahabat2 yang sudah fly dulu ke Malaysia pun masih tak selesai. Macamana nak selesai kalau doktor asyik tak ada je. Hurm....

Esok, kena pergi Amman sekali lagi. Harap2nya setel la urusan ke Amman esok, amiin. Lusa, cadangnya ke Irbid. Kalau tak ada aral yang melintang di hadapan langkah2 kami nie...nak pergi ambil gambar khirij, ....... ^rahsia,hehe^ , kalau sempat pergi terus jumpa adik2 Irbid. Nak ke Mu'tah rasanya dah mustahil. Jauh sangat. Kalau ulang-alik dalam masa sehari tak berbaloi rasanya.

8 September, setakat nie perancangannya nak keluar beli hadiah untuk raya EMJ. Rasanya busy jugakla 8hb tu. Then 9hb satu pasangan pengantin akan diakadnikahkan di masjid Bilal bin Rabah. 9hb malam pula akan ke EMJ untuk persiapan jamuan hari raya pada 10hb. 18hb dah nak fly. Waaa....saya dah tak tahu nak atur jadual saya macamana....Allahu yusahhil, amiin....

Takut nak balik Malaysia. Itulah, siapa suruh malas study! Haisy!

:'(

Monday, August 29, 2011

:: Milik Siapa? ::


Salam akhir Ramadhan.

Ada rasa tak sedih dalam hati sebab dah nak tinggalkan Ramadhan?

T_T

..........................................

Lama kan tak update blog? Hmm...banyak sangat cerita yang nak saya kongsikan kat blog nie. Tapi bila tak ada mood+daunpalas, tak jadi apa2. Salahkan malas. Ye, salahkan dia. :P

Sekarang pun bukan ada mood sangat nak menulis+menaip. Tapi paksakan diri jugak.

Setakat nie jelah dulu..hehe=)


Firman Allah s.w.t di dalam kalam-Nya:

يآء يها الذين ءامنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون

Dua kalimah akhir di penghujung ayat ini, 'لعلكم تتقون'. Membawa maksud 'mudah2an kamu menjadi orang yang bertaqwa.

Setelah sebulan kita menjadi hamba di bulan Ramadhan, apakah jaminan kita menjadi insan yang bertaqwa?

Tepuk dada, tanya iman. Kalau iman masih teguh di dada, insyaAllah piala taqwa itu pasti milik kita.

Selamat bermujahadah di sebelas bulan akan datang.~muhasabah~

Monday, August 15, 2011

:: Maksiat & Dosa ::



Dari sebuah hadith mafhumnya berbunyi begini :

'Barangsiapa yang melakukan kejahatan pada waktu malamnya dan Allah menutupi kejahatan iaitu maksiat yang dilakukannya itu. Tetapi pada siangnya dia berjumpa dengan rakan2nya dan mengatakan, 'malam tadi aku begini, begitu.(menceritakan kejahatan tersebut) maka sesungguhnya dia telah membuka keaibannya yang telah ditutup oleh Allah s.wt.

-sumber (?)-

Mohon maaf kerana tidak dapat berkongsi kesahihan riwayat dan matan hadith di atas.

Tiba2 saja saya teringat akan hadith nie. Sesungguhnya orang di atas masih beruntung dan bertuah kerana Allah telah menutup kesalahan dan keaibannya. Yang silap, bila dia sendiri yang membukanya.

Tapi aib yang dibuka Allah, bagaimana pula? Nauzubillahi min zaalik.

Kadang2 kita tidak sedar, dalam kehidupan seharian kita, banyak langkah yang tersasar. Seringkali bila kita membuat dosa, hati kita resah. Takutkan pandangan manusia, jatuh air muka dan bimbangkan pandangan orang pada kita. Pandangan Allah pula? Tidak pedulikah kita?

Panjatkanlah rasa syukur. Semoga dengan ketakutan dan kebimbangan dosa yang dilakukan itu terbongkar di mata manusia, membawa kita pada gerunnya neraka Allah. Berdoalah semoga Allah tidak membukanya, di samping taubat nasuha dengan harapan tidak akan kembali lagi ke tempat itu.

Seorang mu'min tidak akan terjatuh ke dalam lubang yang sama dua kali!

Kuatkan diri untuk meraih syurga dan redha Allah...


Diri terbuai dengan dunia yang hanya wasilah, sedang cahaya akhirah masih menyala untuk mencapai ghayah. Wake-up diri!!

Thursday, August 11, 2011

:: Doa Seorang Asing ::


Saya lupa nak bagitahu.

Pakatan kami tak jadi pergi Syria. :(

Namun kami yakin pasti ada hikmahnya yang kami tidak tahu. Tersembunyi dalam lipatan maarifah-Nya. Mungkin ini yang terbaik. Redha dan pasti. Mungkin Dia sedang mengaturkan kami pergi ke tempat yang lebih baik untuk kami:)

Kali nie saya nak ceritakan tentang qoror (peraturan) yang telah persatuan tetapkan untuk kami pelajar Malaysia di sini. Bumi Mafraq. Bumi yang paling tandus kot di Jordan nie. Tapi untuk digelar paling sahara, tak boleh juga. Sebab tanah atau tempat yang paling tandus bukan di Mafraq. Tapi saya lupa nama tempat yang seorang pakcik teksi pernah sebut sebagai gurun sahara di bumi Bani Hasyim nie.

Qoror kami, pelajar perempuan yang ingin keluar dari sakan atau rumah selepas maghrib hendaklah diiringi muraqib atau peneman daripada kalangan pelajar lelaki. Tidak lain tidak bukan ini sudah tentulah untuk keselamatan pelajar perempuan itu sendiri. Maklum sajalah bila berada di tempat asing. Segala pergerakan menjadi tumpuan. Sudah banyak kes kecurian, ragut dan tidak kurang pelajar perempuan diraba yang dilaporkan.

Setakat nie alhamdulillah, di Mafraq keadaan masih selamat untuk dihuni. :) Tapi risau pula bila penempatan di luar kawasan universiti dibuka, keadaan menjadi sebaliknya. Sebelum nie pelajar perempuan digalakkan untuk tinggal di asrama dalam universiti. Saya akui akan jaminan keselamatan pelajar perempuan di kawasan asrama. Apatahlagi kawasan universiti Al al-Bayt berada jauh dari penempatan dan bandar. Berlainan dengan Universiti Yarmouk di bumi Irbid. Yarmouk terletak betul2 di pusat bandar dan penempatan penduduk. Menjadikan Yarmouk salah satu daripada pilihan kegemaran pelajar Malaysia kerana kedudukannya yang strategik.

Kita sedia maklum, setiap malam bulan Ramadhan kita akan menunaikan sunat terawih dan witir. Bagi kita majoriti rakyat Malaysia, akan menunaikan solat ini secara berjemaah di surau atau masjid. Perkara yang sama juga dilakukan di sini. Setiap kali ingin menunaikan solat Isyak dan terawih, kami akan berjemaah di masjid2 yang banyak di sekitar Mafraq.

Tahun ini, tahun pertama saya menunaikan sembahyang terawih di luar kawasan universiti selepas berpindah ke rumah sewa Mei lalu. Agak kekok, tapi gembira kerana masih diberi kesempatan untuk merasai pengalaman itu. Kedudukan rumah sewa saya yang terletak bersebelahan dengan masjid memudahkan saya untuk keluar berterawih tanpa ditemani muraqib. Sudah dikira satu bonus.

Malangnya saya nie, seorang yang cepat bosan dengan perkara yang sama. Sebelum Ramadhan lagi, saya dan ahli Qasr merancang untuk berterawih di masjid yang berbeza2 setiap hari. Wah...kononnya lah menjadi makmum pada imam yang berbeza2. Mengenangkan qoror yang mewajibkan muraqib untuk keluar selepas maghrib, saya jadi lemah. Susahnya mencari seorang muraqib!

Bila difikir2kan balik, patutlah akhawat Mafraq nie dikata kuat (bukan saya yang cakap ya, adalah seorang ikhwah dari mantiqah lain yang cakap). Mungkin kerana sudah terpaksa berdikari sendiri dalam banyak hal. Syabab yang boleh diharap amat sedikit. Seringkali orang yang sama muncul menawarkan diri jika ada akhawat yang ingin meminta tolong. Bila dikata tak boleh diharap, melenting. Menyalahkan akhawat pula dan dikatakan syadid. Aduh...syadid sangatkah jika tidak bergurau senda dengan syabab??

Mencari seorang muraqib, ibarat mencari pasir di dalam timbunan batu. Payahnya mencari seseorang yang sudi memuraqibkan akhawat dengan ikhlas. Bukan tiada langsung. Tapi adanya satu dalam seribu. Sebab itulah akhawat lebih suka berjalan tanpa muraqib. Saya sendiri pun, kalau tidak kerana adanya qoror yang mewajibkan, sudah tentu saya tidak akan bersusahpayah mencari lelaki untuk menjadi muraqib.

Agaknya mereka fikir akhawat gembira berjalan ditemani muraqib? Oh tidak! Saya harap bukan itu yang terlintas di fikiran mereka. Kami mencari bukan untuk menyusahkan antum. Keluar malam2, sekadar menemani sehingga sampai di rumah atau asrama dan tidak mendapat gaji. Bukan itu yang kami rasakan. Kami juga, tidak mahu menjadi sasaran kesusahan antum. Kalau boleh, kami tidak mahu langsung mengganggu antum yang sedang tekun belajar. Kami lebih gembira berjalan2 tanpa lelaki. Bebas berjalan tanpa antum di depan dan belakang kami. Tapi qoror yang ditetapkan untuk dipatuhi bukan sebaliknya.

Dalam hati, terdetik juga perasaan bersalah bila antum sedia keluar memuraqibkan dan memastikan keselamatan kami. Di sebalik rasa tersebut, terselit juga rasa kagum pada antum yang sudi mengorbankan masa dan tenaga. Menjaga keselamatan kami yang langsung tiada hubungan darah dengan antum.

gambar nie diambil di Mesir. bagusnya mereka kerana sanggup melayan karenah kami sepanjang 9 hari di Mesir:)


Doa kami (bukan orang dalam gambar tu je ye):

1) Semoga Allah menghadiahkan ganjaran yang terbaik kepada antum.

2) Semoga Allah melindungi antum sepertimana kesungguhan antum melindungi kami.

3) Semoga Allah memastikan keselamatan ibu, kakak, adik2 perempuan, isteri dan saudara2 perempuan antum lebih daripada antum memastikan keselamatan kami di sini.

4) Dengan susah payah antum mengorbankan masa study sendiri kerana kami yang tidak penting ini, Allah menghadiahkan pemahaman yang sesungguhnya buat antum.

Jadilah antum mu'min yang kuat untuk mu'minat amnya. Seorang mu'min yang sebenar tidak terhenti pedulinya pada keluarga, isteri dan ibunya sahaja tetapi pedulinya pada seluruh umat Islam yang berkongsi aqidahnya.

Jazakumullahu khairal jaza'.

:: Nak, Tak Nak ::


FASA BERTINGKAT



Salam fasa kedua Ramadhan.

Sekejap je kan? Fasa pertama sudah pun berlalu. Tanpa membuang masa fasa kedua pula menjenguk diri. Entah apa yang telah aku buat untuk fasa pertama itu, hanya Allah yang berhak menilai. Saya yakin, pastinya doa saya dan kalian sama. Semoga Allah menilai dan meletakkan amalan2 dan segala taubat kita di sisi-Nya dengan nilaian terindah di akhirat kelak. Amiin.

Sejak sepuluh hari yang lalu, sangat jarang kami ahli Qasr Hauraa' berkesempatan beriftor di qasr kami. Hampir setiap hari ada undangan. Rezeki ramadhan. Berbuka di Mafraq, malah tidak kurang di Amman. Malah hari nie pun kami ada undangan. Alhamdulillah, sebab itulah tidak ada yang kebuluran di bulan Ramadhan. Di mana2 pun ramai yang berkenan mengeluarkan 'zakat'(",)

Istimewanya Ramadhan, ramai yang berebut-rebut mengeluarkan apa yang ada di dalam poket. Kalau di bulan2 lain hanya sekali dua mengeluarkannya dari poket, bulan Ramadhan sudah seminggu sekali. Sebulan sudah empat kali. Sifir yang sangat menarik.

Kadang2 saya tersenyum sendiri bila memikirkan hal ini. Bulan Ramadhan tersangatlah iltizam dan istiqamahnya sedekah dan melakukan amalan2 sunat yang lain. Ada yang susah bangun malam, senang bangun sahur. Susah baca quran walaupun satu muka surat, boleh menghabiskan sejuzu' pada bulan Ramadhan. Masing2 berebut dan tamakkan pahala dan rahmat bulan ini.

Tidak salah. Siapa yang mengatakannya salah? Mai habaq kat chek! hehe

Tapi bukankah lebih afdhal jika ia juga diamalkan pada bulan2 lain?

Sedekah bukan hanya bulan ini.

Tahajud juga bukan hanya dalam bulan ini.

Ya Allah, istiqamahkan kami. Thabbitna....

Alangkah nikmatnya jika bulan2 lain juga adalah Ramadhan^_^


UDARA URDUN

sekadar hiasan


Di bumi Urdun, yang paling best bila bulan ramadhan adalah udaranya. Tanyalah siapa2 yang pernah atau sedang belajar di Jordan (yang pernah melalui Ramadhan kat sinilah) apa yang paling best bila bulan Ramadhan? Saya pasti jawapan mereka bukanlah qutaiyef, bukan juga tamarhind, tapi udaranya.

Amat sukar untuk mencari lelaki yang tidak merokok di bumi padang pasir nie. Waktu mula2 saya menjejakkan kaki ke sini (sampai sekarang pun), saya amat sukar untuk menyesuaikan diri dengan tabiat mereka yang satu nie. Mungkin kerana environment saya dibesarkan tidak ada tabiat ini. Ayah saya juga tidak merokok. Sebab itu adik2 lelaki saya dah kena warning siap2. 'Ayah tak hisap rokok, anak2 jangan gatal2 nak hisap!'

Tapi di sini, jamiah, tempat2 awam, jalan (tambah lagi asap2 enjin kereta), malah di hospital dan klinik pun asap2 rokok berkepul2. Argh tensionnya saya. Kalaupun nak bunuh diri, janganlah bunuh sekali dengan orang2 sekeliling. Tak pasal2 orang lain pun jadi mangsa. Hisy!!

Tapi bila bulan rahmat nie tiba, kita dah tak perlu risau akan keadaan tu. Tiada lagi asap2 rokok yang berkepul2. Nak jalan2 pun rasa selesa. Udara pun segar. Alhamdulillah sekurang2nya ada lagi udara bersih untuk bumi Jordan nie. Hihi...:P


SABAN TAHUN

Tahun nie, ramai sangat sahabat2 yang balik ke Malaysia.

Sejak dua tiga tahun nie makin ramai pulak yang balik ke Malaysia setiap tahun. Bimbang pula saya. Penyakit pulang ke Malaysia setiap tahun semakin menular nampaknya. Bila setiap tahun pulang beraya bersama keluarga di Malaysia, bila pula ingin merasa beraya di Jordan? Empat tahun di bumi orang, sepatutnya kita mengutip pengalaman sebanyak mungkin. Melihat cara bangsa lain merayakan aidilfitri, tidak sama dengan bangsa sendiri. Juga cara mereka mengimarahkan Ramadhan, juga tidak sama. Terlalu banyak mutiara yang kita boleh kutip.


Dears, akal saya tidak mampu memikirkan akan terjadinya situasi begini suatu hari nanti.

A : Best tak Ramadhan dan raya kat Jordan?
B : Ramadhan? erm..erm...bolehlah...sama je dengan sini (Malaysia).

-dialog di atas adalah rekaan semata2. Harap maklum-

Si A adalah orang Malaysia yang tidak pernah ke bumi Jordan untuk berpuasa dan beraya di sana. Tetapi si B adalah salah seorang daripada ribuan graduan Jordan yang pernah menuntut selama empat tahun. Namun jawapannya sama seperti jutaan orang yang tidak pernah ke Jordan. Kerana apa? Kerana pengetahuan dan pengalamannya kosong! Tidak pernah merasai suasananya. Jadi apa yang boleh dia sampaikan kepada si A?

Amat sayang dan rugi jika kita tidak mengambil peluang tersebut. Yang paling saya kagum dengan mereka bangsa Arab di sini, bila masuk ke fasa terakhir Ramadhan. Saya masih belum ingin bercerita. Nanti bila dah masuk ke fasa tersebut, insyaAllah saya akan menulisnya. Tolong ingatkan saya!

Saya tidak berharap orang menganggap sangkaan saya ini sebagai sumpahan. Fikirlah secara positif dan rasional. Tiada yang lebih berharga daripada pengalaman. Setinggi manapun ilmu kita, masih tidak dapat menandingi tingginya harga sebuah pengalaman.