Wednesday, September 18, 2013
:: Kerana Syurga Itu Manis ::
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Sahabat saya Mariyam, diduga dengan ujian yang sangat berat. Cemburunya saya, kerana di sebalik segala keperitan yang dialami, dia masih mampu tersenyum. Cemburunya saya, kerana betapa Allah sangat menyayanginya.
Memang sejak dulu, saya tahu dia diduga dengan ujian yang bukan sedikit. Perjalanannya bergelar huffaz melalui liku2 yang sangat perit dan memerlukan kekuatan mental yang bukan sedikit. Bukan murah harga yang perlu dibayar. Tetapi dia tetap positif. Amanahnya dijaga sebaik mungkin. Dia dalam ingatan saya bukan seorang insan yang mudah menyerah kalah. Auranya sentiasa positif. Tidak mudah gentar pada kezaliman.
Sekarang, hidupnya diuji lagi. Baru sahaja ingin mengecap bahagia, kekasih Abadi memanggil lagi. Kali ini dengan panggilan sayang yang lebih hebat. Dalam sarat menunggu kelahiran cahaya mata sulung, suaminya disabitkan kesalahan yang tidak layak dipanggil dosa. Bergelar penjenayah di mata pemimpin, tetapi hero di mata rakyat. Dihukum penjara dua tahun dan denda rm5000. Memisahkan suami dari isteri, juga ayah dan anak dalam kandungan.
Entah hikmah apa yang sedang disembunyikan oleh Allah, hadiah khusus untuk hamba-Nya Mariyam. Moga dikau kuat Yam, doa kami mengiringimu. Berdoalah, kerana doa orang yang dizalimi tidak pernah diabaikan. Cepat atau lambat tidak penting, yang pasti doamu pasti terkabul.
Yam,
Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak akan bersedia menerima ujian. Aku tahu pasti bukan dirimu hamba itu. Usah ditanya kenapa ujian ini pahit, kerana jawapannya syurga itu manis dan tidak pahit.
Allah ma'aki.
Saturday, September 14, 2013
:: Get Your Grip ::
Sungguh! Saya merindui zaman belajar.
Hidup dalam kenangan. Saya tidak mahu itu. Tapi rasa yang hadir sukar ditepis. Memang benar kata2 yang sering diungkap orang, 'zaman belajar adalah zaman paling best!' No wonder.....
Berpijaklah di bumi nyata Ummi! Get ur grip! gather your strenght! You better give ur best in whatever u do.
Tinggallah kenangan,
Bukan bermakna melupakan,
Tapi cukuplah diambil segala kebaikan,
Buat pedoman masa hadapan,
Agar engkau tidak mudah lupakan Tuhan,
Yang sentiasa menjagamu susah dan senang.
Tabahlah wahai hati,
Sedihmu bukan bermakna hatimu mati,
Duniamu bukan hanya hari ini,
Berilah peluang pada diri sendiri,
Semoga esok bangunmu diiring pelangi,
Bersama peluang bahagia menanti.
Dunia milik-Nya. Kerjamu, hanya melaksanakan segala amanah yang terpikul di pundakmu.
All the best sayang!
Monday, July 29, 2013
:: Bukan Milikku ::
Setiap sesuatu yang Allah aturkan, pasti ada hikmah dan musabab. Tiada satu pun perkara yang Allah jadikan dengan sia2. Kata2 ini buat pengubat jiwa, penguat hati. Bersabarlah, terima dengan redha. Dia sedang mengaturkan yang terrrrbaik untukmu. Jika bukan untuk duniamu, berharaplah untuk akhiratmu.
Minggu lepas, seseorang menimbulkan tandatanya. Jadi ke sambung master bulan 9? Jawapan saya, belum tahu. Bila persoalan itu ditimbulkan, saya terfikir akan permohonan saya ke pusat siswazah ukm Jun lalu. Sudah dijawab atau belum. Seminggu sebelum Ramadhan, ada juga saya cuba buka laman web, tapi belum ada jawapan. Jadi saya kira mungkin lambat lagi keputusannya.
Ketika saya mengisi borang master, hati saya kurang yakin. Sekadar isi, saya kira permohonan saya tidak berjaya. Jadi saya langsung tidak menaruh harapan. Tapi bila saya membuka portal ukm, saya jadi panik. Terdiam. Permohonan saya berjaya dan dikehendaki mendaftarkan diri pada 29 ogos 2013. Bermakna jika saya menerima tawaran ini, paling lewat saya perlu menghantar notis perletakan jawatan pada 28 Julai.
Blurr. Saat itu saya tidak tahu di mana letaknya kewarasan saya. Fikiran saya kosong. Hati menjerit bahagia, tapi akal melarang. Tidak tahu mana satu yang saya harus ikut. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dengan sewajarnya. Keputusan kali ini bukan keputusan saya seorang. Melibatkan banyak pihak, keluarga terutamanya. Jadi saya perlu menimbangkan segala baik buruk keputusan yang akan saya ambil nanti.
Semalam, hari akhir saya beristikharah. Juga hari akhir bermusyawarah mungkin. Tapi saya belum habis fikir. Saya keliru. Istikharah saya tiada petunjuk. Musyawarah saya tidak memihak pada kehendak hati saya. Saya takut, ikut hati jadi mati. Ikut rasa jadi binasa. Emak tidak melarang dan tidak menyokong. Segala keputusan diserahkan kepada saya sepenuhnya. Makin keliru saya dibuatnya. Kalau emak memberi satu keputusan pasti, kan senang. Ikut sahaja kehendak emak, pasti ada barakahnya di situ, insyaAllah.
Mungkin, mungkin...mungkin belum rezeki saya. Keputusan saya sekarang nie sudah condong ke negatif. Menolak dulu tawaran ini, tanpa apa2 surat pengangguhan. Takut2 akan datang keputusannya masih sama dan hanya mencemarkan nama saya sebagai seorang yang tidak bersungguh menyambung belajar. Dalam masa yang sama, saya amat berharap dapat bergelar graduan sarjana sebelum usia 30. Ya Allah, permudahkanlah...
Sesungguhnya keputusan ini saya buat dengan berat hati. Seiring dengan redha Allah, moga Dia hadirkan penyembuh buat penenang jiwa yang lara. Berharap ini yang terbaik untukku, agamaku, hidupku....
Tuesday, May 28, 2013
:: Nikmatnya Ikhlas ::
Sewaktu melayari alam maya mukabuku, saya terlihat akan satu post yang memuatkan gambar guru2 saya. Saya tidak meletakkan perkataan 'bekas' di hadapan kalimah guru itu walaupun saya sudah lama meninggalkan alam menjadi pelajar mereka. Bagi saya, mereka tetap guru saya. Dulu, kini dan selamanya. Jasa mereka yang tercurah tidak mungkin saya lupakan.
Ini gambar terbaru. Sebahagiannya pernah menjadi guru saya, rakan sekerja saya, ada yang tidak sempat saya kenal. Dan sebahagian lagi yang pernah bergelar guru kepada saya tiada dalam gambar.
Ramai juga yang telah berpindah, mencari haluan dan rezeki di tempat lain. Yang masih kekal, masih istiqamah, seperti dalam gambar. Setiap kali saya menatap wajah2 yang masih istiqamah, hati saya sering dipagut pilu dan terharu. Saya teramat kagum. Sungguh. Pada keikhlasan dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak dahulu sehingga sekarang. Tiada ucapan penghargaan yang mampu diungkap. Pengorbanan mereka benar2 tidak ternilai.
Manakan tidak, sewaktu saya masih bergelar pelajar di situ, terlalu banyak andaian2 yang boleh meruntuhkan semangat mereka yang mendengar. Yang tidak pernah menjadi sebahagian dari warga ini, tidak akan pernah memahaminya.
Saya masih terlalu mentah ketika itu. Di usia 12 tahun, saya mula mengenali hidup berasrama. Mengenali kawan2 dari pelbagai latar belakang dan asal usul. Gurauan2 bahawa sekolah ini akan ditutup setahun atau dua tahun akan datang (ketika itu) sentiasa meniti di bibir para pelajar. Segalanya timbul melalui pengamatan terhadap sekolah yang daif, pada akhlak pelajarnya yang tunggang langgang, pada ketidakberangsangan akademik penghuninya, pada ketidakcukupan jumlah gurunya. Pendek kata segala shortcoming yang hadir dari sekolah itu pasti menjadi buah mulut pelajar.
Saya sendiri, pernah meramalkan bahawa MTT tidak akan bertahan lama. Mungkin cukup dalam 5 tahun. Salah satu tanda kecetekan akal yang ada pada saya ketika itu. Saya menyesal mengucapkannya. Sungguh2 menyesal. Entah dari segi mana akal saya mengukur, Allah...
Tetapi kuasa Allah, tiada siapa yang boleh menghalang. Masa menginjak dari tahun ke tahun, dan ia tetap kukuh mengorak langkah menuju tujuan asal penubuhannya. Melahirkan generasi rabbani yang berilmu dan beramal. Betapa sekolah itu, dalam kedhaifannya bersaing membina nama di tengah2 sekolah2 sains dan elit yang lain, masih teguh berdiri sehingga ke hari ini. Bersama dengan guru2 yang masih istiqamah. Dengan teguh dan ikhlasnya cuba membina peribadi muslim dalam setiap individu pelajarnya.
Saya kagum, pada setiap kerutan yang terukir di wajah, mereka masih teguh menyusun langkah. Guru baru datang bersilih ganti. Kebanyakannya beralih angin ke tempat lain apabila tempat lain menawarkan upah yang lebih lumayan. Berganda lumayan daripada gaji mereka di sini. Salah satu faktor yang menyebabkan saya mengagumi mereka.
Bergelar guru di sekolah swasta, gajinya tidak lumayan. Hendak menyamakannya dengan tempat2 yang lain, amat jauh bezanya. Terselit juga rasa hairan mengapa mereka masih teguh di sini. Gaji tidak banyak, dengan keperluan dunia sekarang yang terlalu mengagungkan wang, saya lihat mereka masih mampu tersenyum. Ada sesetengah mereka yang terdiri dari suami isteri, berada di tempat yang sama, dengan gaji yang tidak jauh beza. Bilangan anak2 yang ramai, dan kebanyakan anak para guru berada di sekolah ini, yang yuran bulanannya mencecah 3 angka setiap bulan. Hendak difikirkan dengan akal manusia, memang tidak akan tercapai. Akal kita tidak boleh memikirkannya. Dari mana mereka mendapat sumber rezeki, jika gaji bulanan mereka hanya sekitar seribu atau dua ribu sahaja yang dalam perkiraan kerajaan, mereka diisytiharkan sebagai miskin! Sungguh, Allah telah benar2 menunjukkan keagungan-Nya. Mereka masih mampu hidup, cukup malah masih mampu berinfaq. Rezeki yang tidak disangka2, bila hamba-Nya ikhlas dan menyerah diri kepada-Nya dengan sebenar2 penyerahan.
Saya memuji mereka, tidak bermakna saya tidak menyayangi guru2 saya di sekolah yang lain. Tetapi kerana mereka mempunyai keunikan yang tersendiri. Tanpa gaji yang beribu2, mereka mampu menyara keluarga. Mampu membeli kereta dan membina rumah. Bahkan ada di kalangan mereka lebih mampu daripada orang yang bekerja makan gaji dengan kerajaan. Melihat mereka, sering sahaja saya merasa insaf. Mungkin kesenangan dan ketenangan mereka itulah barakah dari duit hasil titik peluh mereka. Ada orang yang gajinya berbelas2 ribu, namun hidupnya sentiasa merasa sempit. Tidak tahu ke mana belasan dan puluhan ribu itu dihabiskan. Nauzubillah, moga Allah tidak memasukkan kita ke dalam golongan seperti ini.
Jauh di sudut hati, saya merasakan saya tidak akan mampu menjadi seperti mereka. Golongan pendidik yang sememangnya ikhlas mendidik pelajarnya. Bukan kerana gaji yang setiap bulan masuk poket, bukan jua dahagakan pujian yang melangit. Tetapi kerana ikhlas. Bukan saya tidak pernah mencuba, malah sudah dua kali saya cuba menyumbang tenaga di sekolah ini. Tapi dua kali juga percubaan saya gagal. Agaknya kerana saya belum cukup ikhlas. Disebabkan itu, saya menjadi malu untuk berhadapan dengan guru2 saya ini. Malu kerana saya tidak mampu menjadi seperti mereka. Bukan kerana didikan mereka tidak berjaya, tapi kerana diri saya sendiri yang tidak reti mendidik nafsu sendiri.
Saya hanya mampu menyumbang doa, semoga akan hadir pelapis guru2 yang saya sayangi ini untuk generasi akan datang. Saya berdoa semoga saya adalah orangnya, suatu hari nanti. Kalaupun bukan saya yang ditakdirkan, semoga Allah menghadirkan yang terbaik. Juga semoga Allah sentiasa memberikan kekuatan dan kesihatan kepada guru2 saya untuk sentiasa bersemangat mendidik pelajar. Bukan mengharapkan balasan dunia, semoga balasan syurga sahaja yang menanti.
Guru2ku, sungguh kalian anugerah yang tidak ternilai. Keikhlasan kalian mendidik, hanya Allah yang berhak membalasnya dengan sebaik2 balasan. Ya Allah, kurniakan mereka kesihatan dan istiqamah. Semoga mereka terus setia.
.
Terima kasih....
Guru...
Saturday, May 18, 2013
:: 16 & 18 Mei ::
Tarikh keramat 16 mei. Hari Guru INSPI disambut meriah. Tapi bagi saya, meriah lagi tahun lepas. Mungkin faktor pensyarah dah tak ramai, jadi sambutan pun ala kadar je kan. Rasanya tahun lepas lagi banyak hadiah. Or...sama je kot. Huhu...
Indah betul bila fikirkan masa bergelar pelajar. Tak payah nak risaukan apa2. Risaukan exam jelah. Atau...risaukan sebab dah sakitkan hati guru. Ya, tapi walau semarah manapun guru, rasanya belum sampai tahap tidak redha dengan ilmu yang diberi. Sakit, tapi sakit hati dengan perangai anak murid tu sementara. Petang sikit dah hilang. Mana sampai hati nak marah anak orang lama2. Saya pasti itu perasaan kebanyakan guru. Ok, mungkin tidak semua. Tapi itulah perasaan saya.
Bila anak murid wish : 'Selamat Hari Guru, ustazah' or ' Selamat Hari Pensyarah, ustazah', hati saya berbunga. Gembira rupanya bila dapat ucapan, belum dapat hadiah lagi tu. At least, mereka masih rasa saya nie guru diorang kan? ^_^
Jazakumullahu khairaljaza'...semoga Allah menghadiahkan kejayaan dunia dan akhirat buat antum.
Tak lupa buat guru2 yang pernah mengajar saya...:
Cikgu dan ustazah di PASTI Tok Jiring ~ 1992-1993 ~
Ustaz dan ustazah di Madrasah Darul Taqwa Batu Enam ~ 1994-1998 ~
Ustaz, ustazah, cikgu, sir dan teacher di Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah (MTT) ~1999-2002 ~
Ustaz, ustazah, cikgu, sir dan teacher di Ma'ahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu ~ 2003-2006 ~
Duktur dan dukturah di Jamiah Al al-Bayt, Jordan ~2007-2010 ~
Dan yang teristimewa guru paling awal dan selamanya, mak dan ayah tercinta
SELAMAT HARI GURU. BARAKALLAHU FI UMRUKUM.
Tarikh keramat 18 mei, ucapan khas buat ibubapa yang telah melahirkan, bersusah payah mendidik dan membesarkan sehingga 26 tahun usiaku, pada Allah sahaja diserah segala balasan.
Allahumma ighfir lana zunubana wa liwadiina warhamhuma kama rabbayaani saghira. Alluhamma amiin.
~Semakin bertambah umurku, semakin dekat pula aku dengan kematian. Semoga Allah ampunkan segala dosa laluku dan akan datang~
Subscribe to:
Posts (Atom)


